"Isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata, penenang jiwa..."
Disini saya perturunkan beberapa kaedah kepada para isteri semoga menjadi isteri yang solehah berdasarkan kaedah terapi Pengubatan Jawi .Terapi ini paling berkesan dilakukan kepada suami anda apabila ia pulang dengan keletihan.
1. Aroma terapi - sediakan satu alat pemanas bagi menyemarakan rumah anda dengan aroma
yang sesuai. Biasanya aroma untuk penenang yang terbaik ialah minyak
Kenanga.
2. Air bermadu - Sediakan segelas air mineral HPA yang dicampurkan dengan madu Lebah asli
ataupun kopi radix bercampur madu.Jangan letak diatas meja tetapi hulurlah
dari tangan anda yang ikhlas.
2. Rendaman kaki - Sesekali anda sediakan pula air panas yang dicampur dengan garam dan
pokok hempedu bumi untuk rendaman kaki suami.Ini akan melegakan
keletihan kakinya berjalan mencari rezeki untuk anda sekeluarga.
3. Urutan reflexologi - sangat baik dan saya yakin tidak sampai 5 minit anda membuat terapi
untuk suami,dia akan tertidur.Kalau untuk tujuan membolehkan suami
tidur jangan gunakan minyak but-but tetapi gunakan minyak VCO atau
minyak zaitun kerana MBB akan menyebabkan dia terus segar.Sewaktu
pasangan anda sedang tidur,berdoalah agar dia
diberikan kesihatan dan bertambah kuat imanya dari hari kehari.
(ikut krusus reflexologi KPJ)
4. Kiro - kalau diperlukan anda boleh melakukan kiro pada suami anda.Jika
terdapat bunyi yang banyak,fahamilah bahawa dia sedang dilanda dengan
banyak masalah.Jadi jangan ditambah dengan masalah lagi.
Saya rasa cukup dahulu 4 tip perawatan Jawi untuk menjadi Isteri yang sentiasa di redhoi suami.InsyaAllah.
1 comment:
Asalamu'alaikum...,
Apakah pendapat Tuan Haji sekiranya si isteri melayani si suami lebih daripada tips-tips yang diberikan oleh Tuan Haji.....dengan ibadahnya..doa-doanya serta layanan lebih dari permaisuri kepada Raja tetapi kesetiaan yang tulus dikhianati dan dibalas dengan kecurangan?
Post a Comment