Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

24 June 2008

Mesyuarat ALP Koperasi HPA Wahida.

Mesyuarat ALP koop akan diadakan pada 3 Julai 2008 untuk membincangkan tarikh mesyuarat Agong yang akan datang.Kelewatan ini kerana menanti lapuran oudit dari jabatan pembangunan koperasi(JPK).Pehak HPA sangat-sangat berharap agar koperasi akan menjadi wadah perjuangan yang lebih mantap untuk ahli-ahli koperasi HPA yang kini seramai 3000 orang.

Kita telah meletakan satu matlamat agar koperasi HPA juga akan menjadi sebuah bank disuatu hari nanti.ALP yang akan dilantik diminta supaya lebih aktif dalam mengadakan mesyuarat bulanan dan mengatur aktiviti-aktiviti yang boleh menguntungkan ahli.

Pehak HPA sangat menentang penubuhan koperasi yang terlibat dalam skim cepat kaya.Koperasi adalah amanah ahli-ahli HPA yang bagitu setia menabungkan keewangan yang kini melebihi 3 juta ringgit.Apapun HPA memberi jaminan koop HPA wahida walaupun mempunyai entiti berasingan akan memastikan keewangan diuruskan dengan baik.InsyaAllah.

No comments: