Ada lagi amalan perubatan Melayu yang perlu saya beri pandangan iaitu mandi pesakit di tempat-tempat tertentu.Biasanya tempat-tempat yang dipilih ialah dikawasan yang dikatakan membunyai keramat seperti dikuburan wali,di Telaga Tok Sheikh dan lain-lain lagi.
Paling menyedihkan amalan perdukunan ini walaupun banyak mendatangkan perkara-perkara buruk tetapi masyarakat masih menerimanya sebagai pengubatan Islam.Di Kedah misalnya,Telaga Tok Shiekh di atas Gunung Jerai dijadikan sebagai tempat mandian bagi menolak sesuatu penyakit. Mereka percaya bahawa para wali yang ada disitu akan membantu amalan mereka."berkawan dengan wali apa salahnya" itulah alasan bodoh yang menjadi pegangan mereka.
Islam adalah agama yang lurus. Dalam beraqidah ia tidak disandarkan kepada kepercayaan serta pengagungan kepada benda atau tempat.
Wali Allah ialah manusia yang hidup dengan membawa aqidah yang jelas serta berpegang kepada sunnah Rasullulah saw.Mereka berjuang untuk menyelamatkan ummah bukannya membawa kepada perkara-perkara yang mistik dan luar biasa.Mereka tidak mengangkat diri dengan menceritakan kelebihan-kelebihan yang ada pada guru-guru mereka.
Amalan bagini wajib di bersihkan dari pengubatan Islam.InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment