Ramai ahli-ahli HPA yang berkeupayaan melakukan diagnosis melalui pemeriksaan tapak tangan.Berdasarkan kepada ciri fizikal seperti warna,perubahan bentuk jari dan lain-lain lagi mereka seakan akan sebuah mesin x-ray yang boleh mencari kelemahan pada tubuh badan sesaorang.
Terdapat pelbagai kaedah untuk melakukan diagnosis seperti melihat pada iris,nadi,lidah dan lain-lain lagi.Ketepatan kaedah ini bergantung kepada pengalaman sesaorang sejauh mana dia mampu melihat pertunjuk pada tubuh badan.
Namun bagitu petunjuk atau kelemahan tidak boleh di sandarkan kepada perkara yang akan belaku pada masa hadapan.Adalah salah jika kita menyatakan "anda akan kena serangan stroke pada masa hadapan".Ini di sebut sebagai meramal dan tidak diizinkan oleh Islam.
Apa yang boleh kita katakan "kelemahan di tubuh anda boleh membawa kepada stoke jika tidak berhati-hati".Ini bererti tidak semestinya akan berlaku kerana tidak ada sesiapapun yang mengetahui perkara akan datang,boleh jadi ada sebab lain yang menyebabkan kemungkinan serangan penyakit itu tidak berlaku.
Berlindunglah kita daripada sifat suka menunjuk kelebihan pada orang lain dengan kenyataan-keyataan yang menakutkan pesakit.Berikanlah dengan pendekatan yang positif seperti kata-kata " InsyaAllah ,mudah-mudahan tidak berlaku sesuatu pada anda hasil dari pengamalan pemakanan mengikut sunnah Nabi saw.
Percaya pada peramal ,tertolak amalan 40 hari dan kufur kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi saw.
No comments:
Post a Comment