Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

05 June 2008

Pencapaian Zon Utara.

Zon Utara telah mencatat jumlah jualan paling tinggi dalam bulan Mei 2008 iaitu RM3,244,698.90 berbanding dengan zon-zon yang lain(tengah,selatan,timur dan borneo)Pencapaian ini adalah hasil kesepakatan PJS melaksanakan program bersama di tiga buah negeri iaitu Perlis,Kedah dan Penang.

PJS Utara (KPU) di bawah kepimpinan Ust.Zahir dan Sdr.Azizan sepakat melakukan program-program mingguan yang efektif.Ramai lagi seperti Cikgu Ismail,Sdra.Asri, Cikgu Nazri, Cikgu Razak serta PJS Wanita seperti Kak Pah,Kak Zaharah,Kak Maliah dan lain-lainnya terus memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi pada HPA.

Maaf kerana saya tak boleh menulis semua nama-nama disini tapi insyaAllah kalau tidak mendapat bantuan dari anda semua HPA juga tidak kemana.Saya juga sangat bersyukur mendapat pengurus zon yang sangat bertanggungjawab iaitu Ust.Samad(lulusan Universiti Al Azhar).

Info KPJ : Di zon utara ada dua kelas KPJ diadakan iaitu di Alor Setar dan di Sungai Petani dan sambutan,masya'Allah..memenuhi dewan yang disediakan.Syukur.

4 comments:

Anonymous said...

repost:

"Assalamualaikum WBT.

Saya ingin memohon jasa baik Pihak Pengurusan HPA dapat menyiarkan sedikit maklumat berkenaan ahli Panel Syariah HPA.

Ini adalah penting untuk menambahkan lagi keyakinan ahli terhadap sistem MLM yang digunapakai oleh HPA serta menghilangkan keraguan apabila kami hendak memperkenalkan HPA kepada bakal prospek.

Jika kedapatan sijil atau surat pengiktirafan yang berkenaan, ada baiknya bagi pihak HPA scan dan letakkan di website HPA. Untuk security mungkin pihak HPA boleh menggunkan konsep watermark pada gambar tersebut.

Mungkin pihak HPA dapat merujuk kepada website berikut:
http://www.bimbtrust.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=59&Itemid=111
http://www.rhb.com.my/unit_trust/corporate_profile/unit_syariah_panel.html

Terima Kasih.
Wassalamu'alaikum WBT."

minta maaf tn haji, ana rasakan ia amat penting untuk diperkenalkan ahli majlis syariah HPA beserta kelayakan mereka serta keterangan bagaimana HPA mendapat sijil MLMS. juga amat molek jika perkara 'MLM yg halal' ini dapat dibincangkan bersama ust zaharuddin (zaharuddin.net) memandangkan beliau kini menjadi 'pakar rujuk tak rasmi' ramai muslimin-muslimat yg mahukan pendapatan yg halal. moga mendapat perhatian. insyaAllah ana doakan Allah senantiasa merahmati&meredhai perjuangan HPA. segala penulisan ana ini tiada tujuan lain melainkan dgn niat utk kebaikan HPA & Islam semata2, insyaAllah :)

ws wbt

JawiHerbShop said...

Terimakasih atas ambil berat sdra. abgkhalid. Panel syariah HPA adalah org berwibawa dari segi pengetahuan Agamanya nya. Dan untuk makluman sdra. abgkhalid. HPA di anggotai oleh ramai lulusan agama dalam dan luar misalnya Al-Azahar, UIA, UM.

Leader kami dan staff kami juga ramai lulusan agama. Misalnya Ust.Zahir lulusan Al-Azhar Mesir, Ust.Samad pengurus zon Utara juga lulusan Al-Azhar, termasuk juga Pengurus Pentadbiran Ust Adnan yang banyak menulis buku agama.

Harap Maklum.

Anonymous said...

:) jzkk di atas maklumbalas yg amat pantas. insyaAllah ana yakin panel syariah terdiri drpd org2 yg berwibawa dan thiqah dlm menasihati perjalanan MLM HPA. cumanya apabila persoalan ttg "siapa panel syariah HPA yg dikatakan tersebut?" diajukan oleh bakal prospek, ana xdpt memberikan jawapan yg meyakinkan disebabkan tiada info mengenainya. harap pihak HPA dapat mengusahakan sesuatu tentang perkara ini, iAllah :)

ohya, saya turut memberikan sedikit pandangan ttg RFC pada post yg lepas. semoga ianyanya pandangan yg membina, iAllah ;)

-khalid-

JawiHerbShop said...

KAMI TERIMA PANDANGAN SDRA TTG RFC. KAMI AKAN CUBA MEMBAIKI SEBARANG KEKURANGAN. SOKONGAN PARA AHLI HPA DI ALU-ALUKAN.

wasalam