Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

29 December 2009

Malam satu Mimpi.

Persembahan konsert HPA Raihan yang dikenali sebagai "Malam satu Mimpi" akan diadakan tidak lama lagi. Tiket-tiket akan dijual dengan harga rm30 dan boleh dibeli di cawangan-cawangan HPA mulai 15 januari 2010. Malam satu Mimpi (MSM) mengajak seluruh ahli HPA ataupun bukan ahli bagi menikmati persembahan nasyid dari kumpulan Raihan dan pembacaan puisi-puisi HPA bagi tujuan mengumpul dana untuk "Tabung kemanusiaan Palestin".

Tiket masuk juga boleh diperolehi dengan membeli 36 botol minuman air berkabonat HPA spt cola Radix botol besar. (dalam satu invoice) dan akan mendapat 1 kupon masuk percuma. Pembelian tidak ada had dan bermula pada 1 januari hingga akhir Februari.

Persembahan ini akan dibuat di lima zon (utara,tengah,selatan,timur dan Borneo) pada masa yang akan di tentukan nanti . Disamping itu pehak AWM juga menyediakan cabutan-cabutan bertuah pada malam tersebut. InsyaAllah.

Bukit Tambun menjadi kota ilmu HPA

Lokasinya yang terletak di Seberang Prai menampakkan ia tidak sesuai sangat untuk di jadikan medan pendidikan ilmu. Namun bagi HPA kita selalu berfikir bahawa banyak sekali batasan fikiran itu boleh kita atasi dengan kerja yang bersungguh-sungguh. Kini kita sedang menyiapkan bangunan 4 tingkat yang akan memuatkan 500 orang pelajar ITHPA bagi persiapan pembentukan kolej universiti 3 tahun lagi.

Bangunan yang berharga 2.6 juta ini akan menjadi medan ilmu dimana pendidikan ilmu ugama dan keusahawanan akan berterusan disini. Bahasa pengantar ITHPA ialah bahasa Malaysia disamping bahasa Inggeris,Bahasa Arab dan bahasa Cina juga menjadi bahasa wajib .

Disamping program diploma dalam bidang ugama,ITHPA juga membuka sekolah peniagaan dan keusahawanan yang terbuka kepada semua ahli atau bukan ahli. Bangunan-bangunan tambahan akan diambil bagi membolehkan kesediaan tempat belajar yang selesa untuk para pelajar.

27 December 2009

Lawatan Dari Muar

Terima kasih atas lawatan dua hari para leader dan ahli-ahli HPA ke Utara. Lawatan ini sebenarnya memberikan kesan motivasi yang mendalam dimana ahli-ahli boleh mengenali HPA dengan lebih dekat lagi. Diharapkan semua leader setempat mengambil inisiatif bagi membuat banyak lagi lawatan sambil belajar ke HPA. HPA adalah milik kita bersama yang perlu dikenali dengan jarak dekat kerana kitalah yang sama-sama berjuang menaikan HPA di pesada MLM.

Satu lagi berita gembira buat kita semua ialah dengan pembukaan kilang baru di Serkam Halal Park ,Melaka. Kilang HPA menjadi Vendor kepada kilang-kilang yang lain. Selain daripada lokasi yang menarik dan saiz kilang yang besar kita menjangkakan perkembangan HPA di Selatan juga akan berlaku sehebat di Utara. Sebuah lapangan terbang antarabangsa dijangka akan dibuka di Melaka pada tahun 2010 dan ini memberikan kesan sedikit sebanyak pada HPA untuk memperkuatkan jalur niaganya.

Di Melaka juga selain dari RFC yang cantik di Mydin Mall,kita juga merancang bagi membuka HPA Halal Mart di kota Fesyen yang terletak ditengah-tengah medan niaga negeri ini. Melaka yang juga menjadi negeri tarikan pelancung luar kini juga menjadi tempat peniagaan HPA yang besar. InsyaAllah.

26 December 2009

Jemputan Majlis Perkahwinan

Saya ingin mengucapkan sejuta terima kasih atas jemputan ke Majlis Perkahwinan Ahli-ahli HPA dan anak ahli yang banyak sekali saya terima. Miskipun saya tidak dapat menghazirinya tetapi saya doakan semoga semua majlis tersebut di berkati Allah dengan sajian produk-produk yang halal.
Kita bangga lagi bersyukur jika masakan ayam rendang itu dari ayam organik dengan rempah HPA. Kita lagi bersyukur jika air mineral yang diletakan di atas meja dari air mineral HPA. Didapur pula pencuci HPA sekali lagi digunakan. Bagi meriahkan majlis tiba-tiba nazam HPA di mainkan dan sudah tentulah keceriaan juga bertambah.

Tadi saya terima khabar bahawa barang hantaran untuk pengantinpun mereka buat dari sachet kopi radix .Amin.

Kursus Keusahawanan Herbalis (JHS)

Kursus ini akan diadakan pada 19,20 dan 21 Januari di Jejawi Perlis. Penyertaan hanya dibuka untuk 50 orang sahaja. Antara pelajaran yang akan dipelajari ialah:-
1. Ilmu kiropraktik asas
2. Ilmu kiropraktik(advance)
2. Pembetulan tulang belakang menggunakan tungku besi
3. selangkah ke alam herba(Taman herba Perlis)
4. Tiru Macam saya - usahawan herbalis.
5 . Praktikal & soaljawab langsung dengan PU.

Pehak JHS hanya akan menerima 50 orang terawal yang mendaftar dan mereka yang membuat bayaran RM200 sebagai bukti penyertaan. Semua pemohonan hendaklah melalui pejabat pengurus Zon Masing-masing.

KPJ seluruh Malaysia

Alhamdulilah KPJ akan mula diadakan dengan aktifnya diseluruh Malaysia. Selain daripada Pengarah urusan sendiri yang mengendalikan program ini,kini KPJ juga akan diisi oleh "Ustaz Mat Cina" yang juga pengurus program pendidikan HPA di China. Ustaz Mat Cina - nama yang beliau senangi,mendapat pendidikan di Universiti Al Azhar,Mesir dan pendidikan bahasa cina di sebuah universiti di negara China. Beliau juga mengusai pengetahuan bahasa Inggeris dan sangat excited dalam melaksanakan misi dan visi HPA masa kini.

Kebolehan beliau menyampaikan kuliah sangat menarik dan sangat disenangi oleh pendengar . HPA sangat bertuah dikurniakan Allah figure ini. "Saya mewakafkan diri saya untuk pejuangan HPA" ucap beliau di Hotel De Palma baru-baru ini.

Saya juga mengharapkan seratus orang lagi mereka yang ada talent akan bersama-sama HPA mengukuhkan peniagaan halal ini. Amin.

24 December 2009

Insentif 2010 - Durian Runtuh.

Benar-benar menjadi kenyataan ! bila syarikat berada dalam keadaan stabil dan kuat , ia akan memberikan impak positif kepada ahli. Kali ini target 20 juta dijangka akan berjaya dicapai lebih awal daripada masa yang ditentukan . Perjumpaan PJS Malaysia dan Indonesia menampakan petanda bahawa tahun 2010 HPA akan bangkit lebih berprestige di pesada MLM.

Kalau dahulu HPA hanya dikenali dengan kopi radix sahaja tetapi masahadapan ia akan dikenali sebagai pengeluar produk halal yang terbesar di Negara ini. Semuanya bergantung sejauh mana HPA memainkan peranan utama sebagai penyelamat ummat. Apapun insentif 2010 tetap menjadi pemangkin pasaran yang telah sedia ada.

Musim sardin bertelor

Pemintaan sardin yang "ditinkan" juga bagitu tinggi di pasaran. Rasanya lebih sedap dibandingkan dengan jenama lain. Namun bagitu pengguna yang "concern" tentang halal haram terus menerima sardin HPA sebagai pilihan utama. Saya menjangkakan pemintaan akan sampai kepada sejuta tin sebulan sekiranya sardin kita dapat diperkenalkan kepada kedai-kedai makan dan kedai runcit. Ini memerlukan pengedar yang boleh bekerja sepenuh masa mempromosikanya secara serious.
Selain dari Sardin mereka juga boleh membawa cola Radix,koko radix,teh manjakani,kordial dan lain-lain lagi. Ini akan lebih kuat mempromosi HPA sebagai pengeluar pelbagai produk halal di Malaysia.InsyaAllah.

23 December 2009

Senarai RFC sehingga kini.

Terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bagi dari semua ahli-ahli HPA sehingga kini kita mempunyai beberapa rangkaian RFC iaitu:-
1. RFC Lagenda - Sungai Petani
2. RFC Shahab Perdana - Alor Setar
3. RFC Laguna - Sungai Petani
4. RFC Kluang - Johor
5. RFC Mydin Mall - Melaka.

RFC Mydin Mall di Melaka akan di lakukan majlis pembukaanya dengan pada esok hari 24 Disember InsyaAllah. Walaupun pembukaan ini tidak dilakukan secara besar besaran tetapi RFC ini merupakan RFC tercantik sehingga kini menurut pandangan beberapa orang pemerhati. InsyaAllah akan menyusul segara 4 lokasi baru yang akan di beritahu kelak.Amin.

Tahun 2010

Kita meletakan sebuah harapan agar tahun 2010 akan menjadi tahun terbaik pada HPA dalam sejarah peniagaan mlmnya. Program PIC yang diadakan pada 4 hari yang lepas menjadi program keilmuan herba yang terakhir pada tahun ini. Sementara itu, kelmarin juga berlangsungnya pehimpunan alumni sijil herbalis yang bertekad untuk mengembalikan kecemerlangan pengubatan herba JAWI pada tahun hadapan.
Cawangan-cawangan HPA yang berpotensi juga akan membuka pusat-pusat perawatan yang dikelolakan oleh para herbalis disamping reka bentuknya menjurus kepada HPA HALAL MART. Hari ini pula seramai 200 orang PJS dan leader yang dikumpulkan bagi mengetuai gempur radix dipasaran. Kehaziran ini cukup menjadi perangsangkan peniagaan HPA yang kini sedang menuju puncak 20 juta sebulan InsyaAllah.