Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

29 September 2008

Teh Manjakani.

Nama saintifiknya ialah Quercus infectoria dan kebanyakanya di import daripada India.Ia mempunyai sifat astringen,antiseptik dan hemostatik.Kandungan pirogalotonin didalam manjakani telah dijadikan sebagai ubat keputihan,peradangan sendi dan untuk melangsingkan tubuh.
Teh manjakani mempunyai kelebihan yang sangat unit kerana ia baik sekali digunakan untuk wanita bagi keputihan dan mengecutkan peranakan dan tidak memberi kesan negatif jika diambil oleh wanita belum berkahwin.

Kegunaan umum untuk lelaki dan wanita ialah bagi rawatan peradangan sendi,senguh,sakit atau kelebihan asid urid .Kesan jangkapanjang yang akan dapat dilihat teh manjakani digunakan untuk melangsingkan tubuh.Ini dapat dilihat setelah 1bulan mengamalkanya.InsyaAllah.

28 September 2008

Dewan Fatimah zahra

Terletak di pejabat Kluang baru ,Kluang Johor.Dewan yang berada di tingkat 2 ini boleh memuatkan 140 orang peserta dalam sati-satu program.Dijangka siap untuk digunakan pada 14 hb oktober nanti.HPA mempelawa semua pemimpin dan ahli-ahlinya bagi memanafaatkan dewan ini sebaik mungkin untuk mengadakan program PBC,pic,pertemuan ataupun kursus-kursus kepimpinan.

Disamping Ini dalam merialisasikan impian ke dua bagi menjadikan Kluang sebagai HPA Town sebanyak 10 buah homestay akan diadakan untuk kemudahan penginapan ahli-ahli semuanya.Bersebelahan dengan pejabat itu juga HPA menyewa untuk menyediakan hall yang lebih besar serta restoran RFC nanti InsyaAllah.

PIC DI SUNGAI PETANI KEDAH.

Terbuka penyertaan kepada mereka yang ingin mendalami ilmu tentang produk-produk terbaru HPA yang berada dipasaran boleh mengikutinya dalam program PIC kali ini.Perbincangan Herba bersekitarkan dengan produk baru dipasaran bagi memudahkan para pengedar membuat jualan.Hubungi bahagian Latihan segera kerana tempat dihadkan kepada 200 orang sahaja dengan bayaran RM200.


TENTATIF PROGRAM P.I.C

25 OCTOBER 2008

8.00 A.M - PENDAFTARAN

9.00 A.M - UCAPAN PEMBUKAAN MAJLIS DAN TAKLIMAT

(EN.JAFRI BIN ABU BAKAR)

9.30 A.M - SLOT “PERKEMBANGAN HPA MASA KINI”

( EN.JAFRI BIN ABU BAKAR)

11.15 A.M - SLOT “PBC SATU JALAN KEJAYAAN”

(EN.FAISOL BIN ABD RAHMAN)

1.30 P.M REHAT & SOLAT JEMAAH

3.00 P.M - SLOT KULIAH HERBA

7.00 P.M - SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH / KULIAH MAGHRIB

(UST.AHMAD ADNAN BIN HJ FAZIL- penal syariah HPA)

9.10 P.M - MAKAN MALAM

9.30 P.M - SLOT KULIAH HERBA


26 OKTOBER 2008

*4.00 A.M - QIYAMULLAIL, SOLAT SUBUH & KULIAH SUBUH

(INILAH PEGANGAN KAMI)

7.00 A.M - RIADHAH

7.30 A.M - SARAPAN PAGI

9.00 A.M - SLOT KULIAH HERBA

12.00 P.M - REHAT DAN SOLAT ZOHOR

02.15 P.M - SOALJAWAB.

4.30 P.M - UJIAN & PERBINCANGAN

5.00 P.M - MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL & DOA

PENUTUP

Program KPU

Syukur...dari lapuran yang saya terima, KPU telah merancang bagi mengadakan PBC 5 kali dalam bulan oktober yang melibatkan 3 buah negeri iaitu Perlis,Kedah dan Penang.Saya juga difahamkan setiap program KPU dihaziri lebih daripada 100 orang.Ini menandakan bahawa arus kesedaran masyarakat untuk bersama HPA makin meningkat dan kami bagi pehak wargakerja HPA mengucapkan terima kasih atas segala usaha dari para leader bagi memasarkan produk kita bersama ini.InsyaAllah.

11 - 12 OKTOBER - PUTRA BRASMANA, KUALA PERLIS, PERLIS
17 - 18 OKTOBER - HAVARD SUASANA HOTEL, BEDONG, KEDAH
18 - 19 OKTOBER - NAZA HOTEL, TG BUNGAH, PULAU PINANG
18 - 19 OKTOBER - HOTEL SERI MALAYSIA, KULIM, KEDAH
24 - 25 OKTOBER - HOTEL REGENCY, ALOR STAR, KEDAH

25 September 2008

Penajaan Semula

hal ini telah diputuskan bersama dalam majlis tribunal HPA apabila ujudnya lebih dari 80% ahli yang tidak aktif.Pada ketika itu kami berpendapat yang menjadi halangan kejayaan sesaorang itu kerana mereka tidak dorong untuk bangkit sebagai usahawan HPA oleh up linenya yang juga "tidur".Hasil daripada itu kita berjaya mengaktifkan ramai ahli yang dah lama meninggalkan HPA.
Hari ini situasi itu mula berubah apabila kelonggaran ini dijadikan medan untuk mencuri line - sesuatu yang tidak dibenarkan dalam etika peniagaan Islam.Kami sangat menyedari hal ini dan kelmarin diperbincangkan dalam perjumpaan PJS.keputusanya ialah meminta tribunal menimbang semula hal ini agar ia tidak menghilangkan rasa percaya orang kepada kredibiliti HPA sebagai MLM yang beretika Islam.
Kepada Ahli yang setia,saya mengambil kesempatan menyeru akan segala teknikal pengurusan di sampaikan dan kami sebagai wargakerja HPA akan memikirkan yang terbaik untuk anda semua.Teruskan perjuangan bersama impian kita bersama.Salam Aidil Fitri buat semua.
Bagitu juga dengan produk baru yang sangat tergantung dengan pesediaan bahan mentah tetapi oleh kerana pemintaan yang sangat tinggi menjadikan ada orang yang sanggup booking dulu.Hal ini juga kami telah memberi teguran pada pengurus cawangan agar memastikan penjualan produk dibahagi secara bijaksana.InsyaAllah kami sedang meningkatkan lagi jumlah semua pengeluaran bagi mencapai jualan 20 juta nanti.TK.

RADIX KOKO

Semua persiapan untuk mengeluarkan Maila (spt Milo) telah siap dibuat namun bagitu HPA meminta maaf kerana nama tersebut telahpun digunakan oleh sebuah syarikat MLM yang lain.Nama baru Maila ialah Radix Koko yang dijangkakan akan dikeluarkan pada minggu pertama bulan syawal.
Semalam kita telah meresmikan 2 produk kita yang baru iaitu Teh Manjakani dan kordial jambu batu merah bersama dengan PJS seluruh Malaysia di Jejawi Perlis.Hasil dari maklum balas dua produk ini mempunyai cirinya yang tersendiri membolehkan ia menjadi produk terlaris dipasaran.
kelebihan produk-produk ini akan saya tulis didalam blog jawimedherb nanti.Kita sedang mensasarkan jumlah keluaran sebanyak 500 item dipasaran dan produk yang kita keluarkan mengambil kira soal 3 aspek penting - Ilahiah(halal),alamiah(organik) dan ilmiah(ada kajian pengubatan).
Radix KOKO dijangka akan bersaing hebat dipasaran negara ini nanti.InsyaAllah.Ramai para pengedar HPA yang siap menanti untuk mengempur pasaran...Gempur Radix KOKO .InsyaAllah.

21 September 2008

hadist menyusu anak.

Recorded by Ibn Khuzaymah (no.1986), Ibn Hibban and others. Verified to be authentic by Sheikh Albani (Sahih ut-Targhib no.991)



Breastfeeding the Children

A woman has the obligation of breast feeding her children for up to two complete years. Allah says: "Mothers should nurse their children two complete years-- for whosoever desires to complete the nursing term." (Al Baqarah 2:233)

A woman may not forsake this important obligation unless she has an ISLAMICALLY acceptable excuse, such as a genuine medial problem. Women who deny their children their nursing rights are liable to punishment in the grave and in the Hereafter.

Abu Umamah al-Bahili reported that Allah's Messenger (saw) said:

"While I was sleeping, two men (angels) came to me, held my upper arms, and took me to a rough mountain. They said," Climb." I said," I cannot climb it."

They said, " We will make it easy for you."

He continued: " So I ascended until I reached a high place in the mountain. I heard fierce cries and asked, " What are those cries?" The replied, " That is the howling of the people of the Fire."

He continued: "We moved on until I saw some people who were suspended by their Achilles' tendons, their cheeks cut and gushing blood. I asked, "Who are those?" The replied, "Those are the ones who break their fast when it is not permissible."

He continued: "We moved on until I saw people whowere awfully swollen, and had the most foul stench and the most hideous appearance. I asked," Who are those?" He replied,"Those are the dead of the kuffar (on the battlefield)."

He continued: "We moved on until I saw some people who were awfully swollen, and had the most foul stench--their stench was like that of gutters. I asked," Who are those?" The replied," Those are the male and female adulterers."

He continued: "We moved on until I saw some women with snakes biting at their breasts. I asked," Who are those?" The replied, " Those are the women who deny their children their milk."

He continued: "We moved on until I saw boys playing between two rivers. I asked," who are those?" The replied, " Those are the believers' offspring (who die before puberty.)


Recorded by Ibn Khuzaymah (no.1986), Ibn Hibban and others. Verified to be authentic by Sheikh Albani (Sahih ut-Targhib no.991)

Pengeluaran Ayam organik HPA

Target keluaran ayam semasa HPA Farm ialah sebanyak 500,000ekor/sekali pusingan(5 minggu)Jumlah ini di perlukan bagi menampung bilangan cawangan HPA sebanyak 150 buah menjelang jun 2009.Namun bagitu target sebenar ialah sejuta ekor bagi tempoh terdekat memandangkan pemintaan semasa yang tinggi dan keperluan RFC.

Taburan penternak ayam masakini ialah di Terengganu,Kelantan,perlis,kedah,Penang dan Perak utara.HPA Farm masih mempelawa penternak-penternak ayam yang berpengalaman bagi menyertai skim payung ini.Untuk pengetahuan kita,kerajaan terpaksa mengeluarkan AP bagi membolehkan ayam luar negara dibawa masuk akibat kekurangan suply ayam pada musim perayaan.

Permintaan melebihi keluaran

Kapasiti kilang cola radix tak mampu untuk memenuhi pemintaannya menjelang bulan Syawal.Dijangka dalam masa terdekat HPA terpaksa mengadkan 2 line lagi untuk mencukupi kehendak semasa.Pemintaan yang tinggi ini berikutan dengan sambutan hari raya aidil Fitri yang akan tiba seminggu lagi.Pemintaan yang luar biasa ini sukar dijangka diperingkat awal kerana kita baru sahaja melibatkan diri dalam industri ini.
Target pengeluaran untuk sebulan ramadhan telah dicapai dan kepada para pengedar saya ucapkan terima kasih dan kita terus beropesai 2 shif sampai di malam raya.nsyaAllah terus perjuangan.

Tazkirah Ramadhan "Jangan kau tahan hak Allah padaku"

Kenapa tak mahu menyusu anak sendiri? anak yang datang dari darah daging ibu dan ayahnya sepatutnya tidak ditahan haknya pada rezeki itu.Penahanan hak anak akan dituntut diakhirat kelak dan si ibu maupun bapa perlu menyediakan penjelasan yang membolehkan mereka berlepas diri dari mahkamah Allah yang Maha Adil.

Mari kita sama-sama menyemak apakah terdapat hadis-hadis yang menerangkan berupa siksa pada ibu yang enggan memberikan hak anaknya itu.Anak kecil yang tidak tahu memprotes langsung memberi kepercayaan pada si ibu tetapi bukan susu segar dari tubuh ibu yang diberikan malah daripada susu tepung dengan pelbagai formula yang diterima.

Anak itu terus meminumnya kerana disangkan itu adalah susu ibunya tapi hari ini anak tersebut sudah tidak berkata-kata lagi kerana ternyata susu tepung itu mengandungi racun yang membunuh manusia.

Oh..ibu..."jangan kau tahan Hak Allah padaku"

Susu ibu penyubur kesih sayang,cinta si anak sepanjang zaman.

Bagi mereka yang tidak banyak susu InsyaAllah minumlah set bersalin HPA ditambahi spirulina dan omega 3.InsyaAllah.

Program Herbalis dan krusus Kiropraktik

Program herbalis pula akan diadakan pada 1 - 25 hb Disember dengan kendalian daripada para doktor HPA.Program kali ini akan diadakan di dewan Fatimah Zahraa Kluang johor.InsyaAllah

Kursus kiropraktik kali kedua juga akan diadakan ditempat yang sama pada 15 dan 16 November.Dewan Fatimah zahraa hanya memuatkan sejumlah 150 orang peserta sahaja.Oleh sebab itu mereka yang mendaftar dan membuat bayaran awal sahaja akan diterima mengikuti kursus ini.

Bagi mereka yang berminat boleh menghubungi HQ(cik Azira)untuk tujuan tempahan tempat.TK.

Perkongsian Ilmu Cemerlang

PIC terakhir bagi tahun 2008 akan diadakan pada 25 dan 26 oktober akan datang.Mereka yang berminat untuk mengikuti program ini boleh menghubungi HQ bahagian latihan(cik Azira).PIC kali ini akan ditambah dengan ilmu kiropraktik selain daripada pengetahuan produk,MLM dan pengubatan Islam.Bagi PJS yang belum pernah mengikuti PIC ,saya mencadangkan agar memantapkan diri dengan ilmu pengubatan herba dari masa kesemasa.PIC akan diadakan di Sungai Petani (Dewan Omar Mokhtar) dan latihan riadah penafasan pula akan diadakan di padang Laguna Merbuk.InsyaAllah.
Mereka yang berminat hendaklah membuat tempahan tempat terlebih dahulu sebelum terlambat kerana PIC kali ini akan dihadkan kepada 200 penyertaan sahaja.

latihan di Jawi Herbshop

JHS kini menawarkan latihan amali kepada bekas-bekas pelajar sijil herbalis yang lepas.Tempoh masa Latihan ini tergantung kepada masa pelatih tersebut.Ia akan dibimbing terus bagi memahami rawatan dan ubatan yang sesuai dengan sesuatu penyakit.

Tempat tinggal percuma dan kos makan,minum dan pengangkutan adalah dengan pembiayaan sendiri.Latihan amali ini termasuklah pengenalan kepada 50 jenis herba,mengenali penyakit,diskusi pengubatan dan kajian kes dari masa kesemasa.

Herbalis yang berminat boleh menghubungi
1. Hafiz : 0134899917
2. Suhairi: 0134239717

19 September 2008

Produk-produk baru

Produk baru yang akan keluar dipasaran ialah seperti Krim But-But (pengolahan dari minyak but-but dalam bentuk krim,rasa panas dan wangi.Sesuai dipakai bagi menghilangkan lenguh-lenguh sendi dan urutan minyak panas.

Tepung RFC juga akan berada dicawangan dalam minggu ini untuk juadah berbuka sebaiknya menggunakan ayam organik HPA yang terpelihara halal dan bersih.

Jumlah produk HPA ialah 137/500.

Zon Selatan

Selepas Sungai petani akan dijadikan sebagai HPA city dengan pembangunan setempat yang pesat kini HPA mula melebarkan jaringan di kawasan selatan pula. Kluang menjadi pilihan bakal dibangunkan dengan jolokan "HPA TOWN".4 buah cawangan baru akan disiapkan sebelum 15/10 iaitu
1. Muar 2.masai 3. Batu pahat 4. Segamat.

Di Sungai petani HPA memiliki 7 buah kilang dan lebih 15 lot kedai yang sedang dan akan beroperasi.Dijangka bilangan pekerja akan menjadi seramai 1000 orang dalam tempoh 6 bulan akan datang.Syarikat-syarikat yang beroperasi di Sungai Petani ialah
1. Cola Radix Sdn Bhd (air bikarbonat)
2. Centella white sdn Bhd (kosmetik)
3. RFC sdn Bhd (restoran)
4. HPA collection sdn Bhd (perabut,buku dan pakaian)
5. El Zahraa sdn Bhd (hotel,Homestay dan dobi)
6. HPA ilham Sdn Bhd (Agensi pelancungan)

HPA juga sedang mendapatkan permit 20 buah bas pesiaran khas untuk kemudahan ahli-ahlinya.

Modius operandi di Sungai Petani akan dilakukan di Kluang Johor sebagai pusat pentadbiran wilayah selatan.Puan Zaimah (pegawai pinjaman dan pengurus akaun HPA Industries)dilantik sebagai pengurus pembangunan wilayah Selatan akan ditukarkan pada 1/12/08 sementara En Hafiz Ismail (pengurus pejabat Pengarah Urusan) juga ditugaskan kesana dengan jawatan yang sedia ada)

Lebih kurang 5 tenaga kerja HQ akan dihantar ke Kluang bagi membantu untuk membangunkan wilayah selatan.InsyaAllah.Buat masa ini cawangan baru di Kluang telah dibuka dan tingkat atasnya memuatkan bahagian pentadbiran dan IT.Dewan latihan akan disiapkan serta merta bagi menampung program sijil selama sebulan yang akan diadakan disitu.

HPA juga dijanga akan membuka beberapa buah kilang disana seperti kilang minuman bikarbanat,kilang mineral dan kilang roti.InsyaAllah.

Teh Manjakani dan Maila

InsyaAllah pada 24/9/08 bersamaan dengan mesyuarat PJS,Teh Manjakani akan mula dikeluarkan dipasaran.Pakaging teh ada sedikit perbezaan dengan kopi Radix dan nampak lebih memenuhi kehendak pasaran semasa.Dijangka teh akan menduduki tempat kedua sebagai pilihan pengguna selepas kopi Radix.

Maila pula dijangkan akan masuk kepasaran pada 20/10/08 setelah melakukan kajian hampir setahun.Kita akan bersaing dengan persaingan sihat dimana setiap ahli sekurang-kurangnya membuat 2 daripada 3 pilihan iaitu (kopi,teh atau maila)

Mesin baru kilang kopi mampu beroperasi 24 jam dan dapat menyiapkan sebanyak sebuah kontena dalam tempoh 24 jam berbanding dengan sekarang memerlukan masa 4- 5 hari.InsyaAllah stok kopi akan cukup dipasaran tempatan dan exspot.

Buat masa kini kita mempunyai 135 produk yang telah berada dipasaran.

Cawangan baru di zon utara

Tiga buah cawangan baru akan muncul di utara menjadikan jumlah cawangan zon utara sebanyak 23 buah iaitu :
1. Kepala Batas - Bertam utama (tarikh mula operasi 10/10/08)
2. Cangloon - dijangka mula operasi pada 15/10.
3. Tasik - Simpang 4 (penang) - Dijangka mula operasi pada 31/10/08.

Pengurusan Zon utara dibawah kendalian ustaz Samad Ayob yang juga merangkap pengurus HPA collection sdn Bhd.Beliau merupakan bekas pelajar universiti Al-Azhar dan bila ditanya kenapa dia bersama HPA,beliau menjawab ringkas " kerana perjuangan HPA" .Syukur.

HPA merancang untuk mencukupkan 150 cawangan seluruh malaysia dengan 500 produk dipasaran.InsyaAllah.

13 September 2008

Jualan Promosi Ramadhan dan Aidil Fitri

Hampir semua produk kosmetik boleh didapati dengan harga promosi disepanjang Ramadhan dan Syawal.Namun bagitu nilai mata masih tidak berubah ,ini yang penting kepada para pengedar.HPA akan menjadikan jualan promosi sebagai satu daya tarik kepada pengguna bagi mencuba produk-produk baru yang dikeluarkan.Sesuatu yang menarik boleh kita melihat apabila ramai para agen setok yang mengambil peluang untuk membuat belian dengan harga promosi kerana ianya lebih rendah daripada harga ahli.Ini tidak menjejaskan sistem dan di bolehkan.
HPA mesasarkan jualan baru kosmetik sejuta ringgit sebulan InsyaAllah.Walaupun pesaingan bagitu hebat namun para leader HPA lebih hebat melakukan kempen promosi kosmetik halal dari Centella White sdn Bhd (syarikat baru di daftarkan).Menurut pengurus baru Centella White sdn Bhd ,puan cik Roszaiton ,mereka akan cuba menyediakan setiap cawangan HPA seorang promoter bagi menerangkan kegunaan produk kosmetik.

lawatan ke ladang roselle Bertam

Bertam sebuah tempat di Pulau Pinang boleh dilawati dengan mudah melalui susur keluar highway utara selatan. Apabila anda berada disini anda akan dapat melihat ladang roselle yang luas dengan buah-buahnya yang sedang masak sedia untuk dipungut.

Pemandangan ini nampak cantik seolah-olah menjadikan anda berada di luar dari negara anda sendiri.Kawasan pengeluaran yang telah mengeluarkan hasil ialah seluas 50ekar insyaAllah akan dapat mencukupi keperluan sementara pembuatan kordial ,kapsul dan RTD roselle buat masa kini.
Projek ini merupakan kontrak perladangan antara HPA Farm dengan petani-petani disitu .Sesuatu yang menarik di ladang ini ramai pengusahanya terdiri daripada para pensyarah dari USM dengan tenaga kerja luar yang digunakan.Selain daripada itu projek roselle ini juga mendapat bantuan daripada agensi-agensi pertanian yang terlibat.
pegawai projek roselle : en Shahril 0135187157

Air Mineral label biru

Dalam mengemaskinikan pengeluaran air mineral label biru dipasaran,maka kilang akan menghentikan operasi sementara bagi menyiapkan kilang baru yang lebih canggih.Namun bagitu pasaran air mineral label merah(air gau) akan terus disedarkan.Pehak pengurusan HPA akan cuba menyelesaikan dengan secepat mungkin.
Label mineral baru nanti akan tertulis nombor kelulusan Kementerian Kesihatan (KK)untuk rujukan para ahli HPA.HPA masih lagi mencari altenatif mineral pot yang dihasilkan oleh umat Islam untuk pasaran yang sedia ada.Isu air mineral ini jarang sekali diperbincangkan disudut halal haram kerana kita mudah terima apa sahaja yang dikatakan Halal tanpa penyelidikan yang mendalam.Bagi HPA selagi kita tidak dapat pastikan "sahih" kita tak akan mengemukan pada ummah.

pusat pemerosesan ayam.Kodiang kedah.

Alhamdulilah HPA Farm telahpun memiliki kilang pemerosesan ayamnya sendiri di Kodiang Kedah.Kapasiti proses ayam disini mencapai 3000 ekor sehari siap lengkap dengan mesin pemotongan otomatik.Kos pembinaan bangunan dan tanah menjangkau rm1juta termasuk kemudahan lain seperti bangunan 2 tingkat yang akan didirikan untuk menjadi pejabat HPA Farm Sdn Bhd,kenderaan dll.
Proses kerja yang dilakukan disini termasuklah penyembelihan,pembekuan,pemotongan dan pembungkusan bagi diedarkan keseluruh Malaysia.Selain daripada ayam,Ia juga boleh digunakan untuk pemerosesan daging kambing dan lembu.
InsyaAllah kilang HPA Farm boleh dijadikan distinasi lawatan para ahli HPA nanti.Majlis perasmian akan diadakan pada 15hb sept nanti sekaligus dengan majlis buka puasa.
Mohon doa dari semua ahli HPA agar kita berjaya untuk menguasai pasaran global disuatu hari nanti.

07 September 2008

Operasi Kilang Radix Cola.

Walaupun orang lain dapat bercuti pada hari minggu namun kilang Radix Cola terus beroperasi.Pegawai operasinya ,en Amin berkata ia akan cuba mencukupkan keperluan hari Raya dengan sejuta pengeluaran.
Kilang ini beroperasi 2 shif dengan kapasiti keluaran 40.000 unit sehariOleh kerana pemintaan bulan Ramadhan melebihi 10 kaliganda dari biasa dijangka Radix Cola akan memperbesarkan kilangnya pada masa hadapan dengan meujudkan dua line pengeluaran.

HPA akan buka cawangan dan RFC di Tesco

Hasil daripada perbincangan awal menampakan beberapa potensi baru seluruh Malaysia dengan pembukaan cawangan dan RFC .Dijangka pada tahun hadapan sebanyak 5 buah Tesko baru yang akan dimasuki oleh HPA.Hpa bukan menjual produknya kepada Tesko tetapi kita membuka cawangan kita sendiri untuk menjadi altenatif produk halal pada umat Islam yang berkunjung ke sana.
Brand HPA dan Radix telah mula dikenali seperti masyarakat mengenali produk Adabi cuma HPA akan mempelbagaikan keluaranya bagi memenuhi kehendak seisi rumah.InsyaAllah.

Satu sahaja Doaku malam ini.

Ramadhan..
hari-hari yang kulalui
tidak terasa detiknya berlalu pergi
cahaya bulan dan matahari
sama sahaja dirasai..

kuntum-kuntum malam
kian mekar mewangi
ditiup angin menghembus ke hati
dan cahaya cinta pun menyala
dikamar dinginku
untuk dirasai kehangatannya
sujud,doa,zikir padamu Ilahi.

tiba-tiba..
kamarku gelap membahang
seribu rasa menerjah di dada
bumiku...
masjidku...
saudaraku..
terkais dalam siksa
berbuka dengan deraian air mata
peluru bagai tabuh di balairaya

ya Ilahi...
satu sahaja doaku malam ini
merdekalah anak-anak bumi ini
dengan kemenangan yang dekat
limpahan keberkatan israk dan mikraj

teman..
kau asyik bertanya
bumi mana lagi
kalau bukan Al-Aqsa yang tercinta.

Program dalam HPA- Majlis berbuka Puasa.

Berikut adalah tarikh-tarikh majlis berbuka puasa yang akan diadakan sepanjang Ramadhan:-

1. 5/9/08 - HQ
2. 11/9/08 - Kilang Kuala Perlis
3. 13/9/08 - Masjid Bertam
4. 16/9/08 - Kilang Sungai Petani
5. 20/9/08 - Kilang Napoh
6. 24/9/08 - Kilang Jejawi bersama PJS

Pengurus-pengurus zon perlu membuat cadangan majlis berbuka puasa dengan Kelab Pemimpin Utara(KPU),Kelab pemimpin Al-Wahida(KPA) dan Kelap pemimpin Timur (KPT)segera.

Perasmian Kilang Kopi dan Teh Manjakani

Perasmian kilang kopi baru (Fully Automatik) akan diadakan bersamaan dengan majlis buka puasa PJS pada 24hb nanti.Tarikh tersebut juga HPA akan melancarkan produk Teh Manjakani yang terbaru dipasaran.Teh Manjakani bukan hanya untuk wanita sama seperti kopi radix yang bukan hanya untuk lelaki.
Kilang ini mempunyai kapasiti 10 kali ganda keluaran semasa dan boleh mempelbagaikan keluaran seperti kopi,teh dan maila.Terima kasih atas atas semua sokongan PJS yang akan meramaikan program nanti InsyaAllah.

Syarikat-syarikat HPA .

Kini Setiap syarikat HPA telah meujudkan pentadbiran sendiri bagi memastikan 10 buah syarikat yang baru dan lama mampu bersaing sesama mereka.Keuntungan syarikat akan dapat dinikmati oleh pekerja masing-masing.Kalau dahulu insentif bulanan diberikan hasil dari keuntungan keseluruhan tetapi kini akan diberikan mengikut keuntungan syarikat,tempat mereka bekerja.Terpulanglah kepada pentadbiran masing-masing bagi merancang bagaimana mengoptimakan keuntungan.
Syarikat-syarikat HPA dan aktiviti ekonominya adalah seperti berikut:-
1. Al-Wahida Marketing Sdn Bhd - Pemasar semua produk melalui peniagaan MLM.
2. HPA Industri Sdn Bhd - Pengeluar ubatan herba
3. Cola Radix Sdn Bhd - Pengeluar minuman berkarbonat(Radix Cola dll)
4. HPA Food Sdn Bhd - Pengeluar minuman dan makanan
5. Radix Industries Sdn Bhd - Pengeluar kopi Radix
6. HPA Farm Sdn Bhd - Pengeluaran ayam dan air Mineral
7. HPA Ilham Sdn Bhd - agensi pelancungan
8. RFC sdn Bhd - Restoran RFC
9. El- Zaharaa Sdn Bhd - Hotel,homestay,JHS,collection,toharah dobi.
10. Centella White sdn Bhd - Produk kosmetik.

Pejabat pentadbiran zon Selatan.

HPA kini sedang menyiapkan pejabat pentadbiran zon selatan di Kluang Johor.Pejabat ini merangkumi cawangan baru Kluang,pejabat,dewan Nuruddin Al- Zinki dan pelbagai kemudahan pentadbiran.Beberapa orang kakitangan HQ akan dihantar kesana untuk memastikan zon selatan tidak terlepas dari pekembangan pesat HPA masakini.
Semua unit akan ditubuhkan mengikut keperluan seperti unit ladang,unit promosi dan latihan,RFC dan lain-lain lagi.Cawangan baru Kluang juga telah siap dan akan beroperasi pada 15hb september ini sementara cawangan lama masih dikekalkan bagi kemudahan ahli-ahli HPA.
Mengikut kata pengurus zon tengah dan selatan Pn Siti dan en Ismail Omar,sebanyak 4 buah cawangan baru akan terus disiapkan dalam tempoh terdekat ini.Apa yang penting Kelab Pemimpin Selatan perlu sama-sama membantu untuk menghidupkan semua cawangan yang ada,InsyaAllah penjualan akan meningkat dengan cepatnya.

Cawangan Pokok Sena Kedah.

Cawangan Pokok Sena Kedah merupakan cawangan ke 20 yang telah dibuka di zon Utara.Cawangan ini mula beroperasi pada minggu ini dan dijangka mampu membuat jualan rm100,000 sebulan seperti sasaran.InsyaAllah.KPU yang memainkan peranan utama dalam menggerakan aktiviti PBC di harap mampu menjadikan cawangan ini seperti cawangan-cawangan lain di Zon utara.
Menurut pengurus Zon,Ust Samad dia akan akan menyiapkan cawangan ke 21 di Kepala Batas Penang dengan kadar segera kerana melihat kepada pemintaan produk halal yang semakin meningkat.

06 September 2008

Beli untuk kegunaan harian dan rekrut ahli baru.

Saya telah bertemu dengan beberapa pemimpin HPA baru-baru ini dan mereka semua setuju bahawa jika kita melakukan 2 perkara sahaja insyaAllah boleh berjaya bersama MLM HPA.2 perkara itu ialah 1. Mengguna 2. Menaja.

Jika ini benar dapat dibuktikan ,Subhanallah saya yakin akan ramai orang yang tidak mampu membuat jualan akan menempah kejayaan dengan HPA.Musuh-musuh HPA yang menjual kopi dengan harga murah akan kecewa kerana teknik ini akan menyebabkan jualan mereka akan menjadi semakin sukar.

HPA pula menawarkan harga yang berpatutan sesuai dengan harga produk lain dipasaran.InsyaAllah pembukaan cawangan baru nanti akan mengambil kira rekabentuk sebuah pasar moden yang menawarkan semua keperluan ummat.Contuh Pasar Moden akan di siapkan pada 15/11/08 di Bandar Laguna Merbok.InsyaAllah.Datanglah dimasa perasmian nanti.

RFC mula mengembangkan peniagaanya.

Syukur
Dengan Izin Allah RFC cawangan Alor Setar,Kepala Batas (Penang),Bandar Laguna Sg Petani dan Kangar (perlis) akan mula beroperasi pada pertengahan bulan 11 nanti insyaAllah.Penambahan RFC ini menjadikan HPA kian mantap sebagai penggerak produk Halal diPasaran.Buat masa ini RFC menjadi salah satu restoran ayam segera yang mendapat tempat dikalangan pengguna Islam dan bukan Islam.

RFC di Bandar Laguna dan Kangar perlis akan diubah suai menjadi Pasar Moden yang akan tertulis dengan tulisan jawi di ruangan hadapanya "Produk Halal Tanggungjawab Bersama".Ia menyediakan penjualan semua produk HPA,produk sejuk beku dan RFC.Perkhidmatan penghantaran kerumah juga disediakan disamping pembelian secara "Drive-thru" .Semua lawatan ke HPA Sungai Petani akan bepeluang melihat konsep pasar Moden dimana RFC boleh dinikmati didalam bangunan berhawa dingin ataupun terbuka dibawah langit luas.Kesemuanya mempunyai nilai Mata.
Jika konsep ini berjaya semua RFC yang akan datang akan di buat dalam bentuk pasar moden 2 dalam 1.InsyaAllah.Sokongan anda diperlukan untuk memastikan peniagaan kita terus menguasai pasaran global.Amin.

RFC di negeri-negeri lain juga akan dibuka mengikut kawasan peternakan ayam yang paling hampir.InsyaAllah selain daripada di utara,Kelantan,Terangganu dan Perak juga telah bersedia untuk membuka RFC .Semua para pengedar HPA bersedia untuk mendukung empayar kita bersama.

Puasa merupakan kaedah terbaik melakukan detox

Pelbagai cara detox telah kita maklumi darapada penggunaan air sampailah kepada penggunaan herba dan menggunakan mesin colon hidroterapi.Namun dalam Islam terdapat satu kaedah detox yang paling terbaik di sebalik syariat berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan.

Detox dalam bulan Ramadhan bukan hanya berlaku pada fizikal sahaja namun ianya juga berlaku pada rohani manusia bagi mengeluarkan keburukan hati yang telah lama terkumpul.Puasa sepertimana yang dituntut bukan hanya menahan diri dari tidak makan dan minum tetapi puasa zahir dan batin.Puasa zahir batin mempunyai perbezaan yang jauh dengan puasa zahir kerana puasa ini merupakan tarbiah ruhiah yang sangat bernilai.Jika berjaya melepasi tarbiah ini,Allah akan mengurniakan bintang takwa yang menjadi syarat lulus menuju kepada kerezaan dunia dan akhirat.Sementara puasa fizikal cuma akan menjadikan manusia letih dan lapar semata-mata.