Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

07 September 2008

Pejabat pentadbiran zon Selatan.

HPA kini sedang menyiapkan pejabat pentadbiran zon selatan di Kluang Johor.Pejabat ini merangkumi cawangan baru Kluang,pejabat,dewan Nuruddin Al- Zinki dan pelbagai kemudahan pentadbiran.Beberapa orang kakitangan HQ akan dihantar kesana untuk memastikan zon selatan tidak terlepas dari pekembangan pesat HPA masakini.
Semua unit akan ditubuhkan mengikut keperluan seperti unit ladang,unit promosi dan latihan,RFC dan lain-lain lagi.Cawangan baru Kluang juga telah siap dan akan beroperasi pada 15hb september ini sementara cawangan lama masih dikekalkan bagi kemudahan ahli-ahli HPA.
Mengikut kata pengurus zon tengah dan selatan Pn Siti dan en Ismail Omar,sebanyak 4 buah cawangan baru akan terus disiapkan dalam tempoh terdekat ini.Apa yang penting Kelab Pemimpin Selatan perlu sama-sama membantu untuk menghidupkan semua cawangan yang ada,InsyaAllah penjualan akan meningkat dengan cepatnya.

1 comment:

Asfaizal said...

Alhamdulillah.. Saya selaku ahli di Kluang berharap sangat supaya HPA di Kluang semakin berkembang. Berbagai masalah yang di hadapi di Kluang dari segi barangan yang sentiasa tiada, lambat sampai, tiada stok dan berbagai mehnah lagi. Sebagai contoh, Radix Cola, Sarsi, Kismis, dan lain-lain lagi. Ini membantutkan usaha untuk menyebarluaskan penggunaan barangan HPA. Terima ksih kepada Tuan Hj Ismail kerana sudi turun meninjau cawangan Kluang. Harap dengan pembukaan pejabat pentadbiran zon selatan yang baru dapat memudahkan pengguna untuk mencari produk-produk HPA. Untuk pertanyaan kepada tuan haji, bagaimana prosedur untuk buka reban ayam hpa dan apa yang HPA dapat sediakan untuk mereka yang berminat. Untuk mendapatkan tapak projek Insya Allah tak de masalah, tinggal lagi saya nak tahu prosedur penuh untuk buka reban di Kluang Insya Allah. Asfaizal SMKP