Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

19 September 2008

Zon Selatan

Selepas Sungai petani akan dijadikan sebagai HPA city dengan pembangunan setempat yang pesat kini HPA mula melebarkan jaringan di kawasan selatan pula. Kluang menjadi pilihan bakal dibangunkan dengan jolokan "HPA TOWN".4 buah cawangan baru akan disiapkan sebelum 15/10 iaitu
1. Muar 2.masai 3. Batu pahat 4. Segamat.

Di Sungai petani HPA memiliki 7 buah kilang dan lebih 15 lot kedai yang sedang dan akan beroperasi.Dijangka bilangan pekerja akan menjadi seramai 1000 orang dalam tempoh 6 bulan akan datang.Syarikat-syarikat yang beroperasi di Sungai Petani ialah
1. Cola Radix Sdn Bhd (air bikarbonat)
2. Centella white sdn Bhd (kosmetik)
3. RFC sdn Bhd (restoran)
4. HPA collection sdn Bhd (perabut,buku dan pakaian)
5. El Zahraa sdn Bhd (hotel,Homestay dan dobi)
6. HPA ilham Sdn Bhd (Agensi pelancungan)

HPA juga sedang mendapatkan permit 20 buah bas pesiaran khas untuk kemudahan ahli-ahlinya.

Modius operandi di Sungai Petani akan dilakukan di Kluang Johor sebagai pusat pentadbiran wilayah selatan.Puan Zaimah (pegawai pinjaman dan pengurus akaun HPA Industries)dilantik sebagai pengurus pembangunan wilayah Selatan akan ditukarkan pada 1/12/08 sementara En Hafiz Ismail (pengurus pejabat Pengarah Urusan) juga ditugaskan kesana dengan jawatan yang sedia ada)

Lebih kurang 5 tenaga kerja HQ akan dihantar ke Kluang bagi membantu untuk membangunkan wilayah selatan.InsyaAllah.Buat masa ini cawangan baru di Kluang telah dibuka dan tingkat atasnya memuatkan bahagian pentadbiran dan IT.Dewan latihan akan disiapkan serta merta bagi menampung program sijil selama sebulan yang akan diadakan disitu.

HPA juga dijanga akan membuka beberapa buah kilang disana seperti kilang minuman bikarbanat,kilang mineral dan kilang roti.InsyaAllah.

2 comments:

nad said...

Alhamdulillah...semoga bumi Johor kembali bersinar dengan kehadiran HPA di sana...amin.

ppkp_shuib said...

alhamdulillah..
moga terus berkembang ke seluruh pelusuk dunia..
insyaAllah..