Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

31 January 2010

Milad HPA Indonesia 2010

Sambutan ulang tahun ke sepuluh HPA di Indonesia baru sahaja selesai diadakan. Ribuan para anggota HPA Indonesia berkumpul di dewan Cendrawasih, Jakarta Convention Centre (JCC) bagi menyokong perjaungan HPA yang bertemakan "Bangkitnya ekonomi Islam Indonesia". Siapa yang menyaksikan acara ini secara automatiknya akan menyakini saat kebangkitan ekonomi Islam secara global kini mula dirasai. Mungkin dari bertolaknya isu halal dan haram produk makanan sampailah kepada perbiacraan tentang ekonomi yahudi yang mencengkam kemaslahatan umat Islam hari ini.

Saya rasa, itulah sebabnya mereka berada disini kerana terpanggil dengan tututan fitrah iaitu ingin menegakkan perekonomian Islam. Peniagaan HPA kini menjadi saksi bahawa pembangunan ekonomi atas dasar Islam bagitu kukuh dan ia mengundang seribu keberkatan dari jalan yang tidak pernah terduga. Dasar ekonomi itu juga mestilah "kaffah" iaitu menyeluruh termasuk ekonomi mikro dan makro. Bermula dari meujudkan industri yang menjadi keperluan harian sampailah kepada industri-industri sokongan yang berupa projek hiliran maupun huluan.

Semoga HPA dalpat berbuat sesuatu bagi mencetuskan rangkaian pengeluar dan pengguna produk muslim di dunia.InsyaAllah.

27 January 2010

Kenapa kita sanggup ditipu!

Selama ini kita terus menggunakan penapis air yang di keluarkan tanpa boleh bertanya bahan yang digunakan itu daripada apa. Mudah-mudahan halal walaupun kebanyakannya penapis air masih lagi menggunakan serbuk tulang. Jurujual juga tidak jujur dan kemungkinan tidak turut menyelidiki sumber asalnya. Kita terima sahaja sambil berdoa semoga Allah mendatangkan usaha yang baik untuk kegunaan ummah hari ini.

Alhamdulillah..kini kita mempunyai pilihan bagi menggantikan satu persatu penapis air di rumah terutama untuk kegunaan minuman dengan "dew filter". Penapis Dew Water dibuat daripada batu gunung berapi,tempurung kelapa,cengkerang dan tanah liat. Syukur , Dew Water diakui halal oleh "JAKIM" sebagai produk awal yang diberi status itu.

Bukan sahaja mendapat status halal,malah ia mempunyai keupayaan alat ganti (katrij)yang boleh tahan lama. Mungkin ada yang mampu menawarkan harga yang lebih murah lagi selepas ini tetapi menggunakan kualiti katrij yang tidak berkualiti. Harga yang ditawarkan oleh HPA mengambil kira keperluan pengguna bukan sahaja untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi semata-mata. "Kita perlu membiasakan pasaran agar peka dengan isu harga kerana pengguna itu adalah kita sendiri. Kalau bukan kitapun , saudara-saudara seugama dengan kita. Sanggupkah kita menipu harga dalam keadaan ekonomi yang kian meruncing.

SEMUA BOLEH MEMBELI DENGAN HPA..

13 January 2010

PENAPIS AIR & KRISTAL MINERAL DEW

KEISTIMEWAAN PENAPIS AIR DEW

Katrij Dew bebas dari unsur-unsur penggunaan tulang haiwan, hanya menggunakan tempurung kelapa sebagai bahan gantian tulang haiwan.

Formula kandungan setiap katrij di dalam berbeza dan tiada syarikat lain yang boleh menciplak sukatan dan ukuran bahan tersebut dalam katrij. kajian hampir 7 tahun untuk menghasilkan penapis air Dew yang berkualiti.

Sesetengah penapis air di pasaran, tempoh hayat gantian katrij dalam 1 tahun mencapai sehingga RM300.00 hingga RM400.00 setahun dan melibatkan 2 atau 3 katrij dalam setahun, sedangkan Penapis Air Dew hanya memerlukan belanja RM98.00 untuk tempoh 1 tahun pertama. Harga katrij yang murah dan mampu dimiliki.

PH air yang hampir menyamai air Zam Zam.

Boleh membantu menyelesaikan pelbagai penyakit seperti sakit-sakit sendi, sel kanser, darah tinggi, kencing manis, batu karang, gout, membantu meneutralkan asid dalam badan dan sebagainya.

Penyelenggaraan yang mudah dan murah kerana tidak menggunakan elektrik.
Penapis Dew telah melalui ujian makmal Sirim.

Air Dew boleh diminum tanpa was-was dan boleh digunakan sebagai air penawar untuk tujuan perubatan.

KAJIAN MAJLIS AIR ANTARABANGSA

Kajian para saintis menyatakan pelbagai penyakit berpunca dari sel tubuh yang berasid dan ia terbentuk dari pemakanan seharian kita.

Mineral berakali yang terdapat didalam air minuman boleh membantu meneutralkan sisa buangan berasid sebagai pencegahan terhadap pelbagai penyakit seperti gout, kencing manis, sakit sendi dan sebagainya termasuk kanser.

Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kanser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic.

Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.

MENGAPA MEMILIH PRODUK PENAPIS AIR DEW

Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kenser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.

Apa yang menjadi masalah ialah harga tunai di pasaran Penapis Air terlalu tinggi sehingga mencapai RM2,000.00 harga tunai dan kos penyelengaraan yang mahal berbanding penapis Dew yang lebih murah dan berkualiti tinggi.

...Dew WATER berupaya memulihkan penyakit migrain, darah tinggi, kencing manis, gout, gastrik, buasir, batu karang, kanser payudara, kanser pangkal rahim, hepatitis A, hepatitis C, lelah, sakit urat, masalah mental, mengurangkan masalah syndrom down dan berbagai penyakit lagi...

10 January 2010

Perjalanan seorang hamba.

Perjalanan hidup bagaikan warna pada lukisan pelangi di langit luas. Keindahanya terbina di balik hujan dan panas dek biasnya cahaya pada mata yang memandang. Namun sudah pasti keindahan itu tetap ia pada hati untuk dirasai kerana jika gelisah sudah tentu dan pasti semua keindahan tidak muncul lagi. Tenang itu dari sumber kolam rasa kerana sudah terjaga semua pancaindra dari maksiat pada tuhannya. Hati hati dia melangkah bagai berjalan dicelah kaca tajam yang bertaburan.
Apa lagi yang lebih tinggi dari "redho"? kerana sepenuh langit dan bumi dosa dilakukan jika sudah mendapat redhoNya pasti bahagia buat selama-lamanya. Inilah perjalanan seorang hamba yang benar-benar mencari redho Allah dan dimana keredhaan itu ditemui pasti diupayakanya miskipun perlu merenangi lautan api setelah mendaki bukit kepayahan. Orang yang redha tidak pernah mengeluh atas apa jua takdir pada dirinya. Jika takdirnya buruk ia yakin sudah pasti itu dari pilihannya sendiri lantaran kealpaan dan kecuaiannya dari meneliti sebelum membuat sebuah tindakan. Jika takdir baik ,atas rahmat Allah jua menyayanginya dengan pilihan yang benar. Apapun nafasnya yang masih bergerak sudah sangat bererti, Allah memberikan sehari lagi waktu untuk melakukan perubahan.Kembalilah kepada Allah dalam keadaan redha dan di redhoi.Amin.

05 January 2010

Potensi 2010.

Peningkatan jualan pada bulan Disember 2009 menampakkan unjuran garis lintang peniagaan yang membanggakan. Jika kecerunan daripada hujung tahun 2009 dikekalkan pencapaian 20juta akan dapat dicapai pada bulan april tahun ini. Namun begitu masih banyak angkubah-angkubah pasaran yang pasti menjadi sedikit penghalang kepada pencapaian tersebut. Kenaikan harga gula misalnya sedikit sebanyak juga meningkatkan kos kopi radix. HPA boleh mengambil 2 pendekatan samada menguranginya dalam kopi Radix atau dengan sedikit kenaikan harga baru dipasaran.
Banyak juga yang mencadangkan agar kopi radix dikurangi gulanya kerana dibimbangi menjadi pemacu penyakit kencing manis dan darah tinggi. Namun bagitu kelompok yang lebih ramai sering mengingatkan jangan lagi diubah resepinya. Kedua-duanya ada benarnya tetapi HPA akan mencari jalan keluar ditengah-tengah supaya harga dapat dikekalkan dan kemanisan juga harus sedikit kurang manis. Kita kena didik masyarakat dan warga HPA menghargai kesihatan dengan makanan yang tidak terlalu manis.
Cerita tentang kencing Manis,dahulu kita sebut kopi radix boleh digunakan untuk pesakit kencing manis.Kes yang sama seperti madu lebah dan kencing manis, ada yang menjadi baik sesudah mengambil kopi radix dan ada yang meningkat gulanya. Bergantung kepada penerimaan tubuh sesaorang pengguna tetapi dalam HPA kita tidak ambil satu herba sahaja dalam pengubatan sesuatu penyakit. Kena ada sinergi kerana sinergi itulah yang menghilangkan keracunan dan mengelakan dari berlakunya kesan sampingan.
Jadi ada produk HPA namanya "Madu Plantisol" madu yang disinergikan dengan herba plantisol. Ia sangat berkesan untuk mereka yang impotensi(lemah tenaga lelaki) kerana kencing
manis. Inilah seni pengubatan Jawi yang melihat keberkesanan herba melalui sinergistik herb. Apa yang saya nak tuliskan ialah tentang jualan dan potensi tahun 2010 untuk mencatat sejarah gemilang HPA sempena hijrah 1431.InsyaAllah.