Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

26 February 2010

Kuliah Penghayatan Herba di Sabah dan Sarawak

Sabah: 27hb Feb 2010 di Swiss Hotel Sandakan, 7.00 pagi - 12.00 tgh

Sarawak : 28hb Feb 2010 di Pustaka Bandar Kuching, 9.00 Pagi - 4 petang

Call en izham : 0134885717

24 February 2010

Lawatan Pengarah Jabatan Pertanian Se Malaysia

Esok 25hb Feb 2010. Pengarah-Pengarah Jabatan Pertanian dari seluruh Malaysia seramai 40 orang akan membuat lawatan ke HPA HQ, Kilang-Kilang HPA di Perlis dan Sg.Petani, Dan Outlet-Outlet Perniagaan HPA seperti RFC, RCH, RBH, Radix Pizza House, Hotel HPA dan sebagainya. Selamat Datang di ucapkan.

Perasmian HPA Cawangan Merbuk

Malam ini 24hb Feb 2010 Perasmian HPA Cawangan Merbuk berdekatan MRSM dan sebelah UITM akan diadakan pada pukul 8.00pm.Perasmian ini akan boleh ikuiti live melalui radio HPA.fm : http://hpa.com.my/hpa.fm. Insyallah

Semua PJS, Leader dan Warga HPA dijemput hadir

18 February 2010

Peningkatan jualan.Tahniah buat semua.

Kita kian mara membawa obor yang menyalakan jalan peniagaan dengan sesuatu yang halal. Aduhai...bagaimana hendak aku katakan ,entah dari mana,anda semua berada,dikampungkah atau di kota tetapi yang pasti jualan terus meningkat. Tahniah pada semua upline yang menggerakkan pasar kita menjadi ramai dan meriah.
Dari wang masuk setiap hari,sudah boleh kita jangkakan peningkatan jualan akan melebihi sejuta dari bulan lepas dan ini bermakna kemungkinan jualan mencecah 17 juta lebih. Kita memerlukan 3 bulan untuk menghantar jualan keparas target 20 juta. Insentif taawun menanti sebanyak 4 juta untuk dimiliki bersama.
Apakah jualan akan terus naik kerana masa kemuncak ialah pada bulan jun hingga bulan 12. Apakah penapis air dew dan produk moments akan "killer product"pada masa kini ? Mungkin....apapun pasaran herba ubatan yang lain tetap gagah dengan kaedah sinergi yang berkesan. Semuanya ini nikmat Allah pada kita untuk menguji sejauhmana kita mensykurinya.

07 February 2010

Kampus sementara MANHAL.

Kampus Sementara HPA MANHAL akan mula berpindah secara besar-besaran mulai minggu hadapan ke pekan Sungai Pertani. Sebanyak 11 lot kedai telah mula disiapkan untuk beberapa fahulti pengajian seperti Fakulti Syariah, Fakulti Usuludin, Fakulti Tahfiz Al Quran, Fakulti Bahasa Arab, Fakulti perubatan Islam dan komplimentari dan fakulti keusahawanan. Semua pelajar yang sedang mengikuti program diploma seramai 120 orang akan mula dipindahkan ke Asrama Pelajar di Bandar Laguna Merbuk, HPA City Sg.Petani.

Dalam perkembangan yang sama seramai 2 orang pensyarah dari Universiti Al Azhar akan mula berkhidmat di HPA MANHAL tidak lama lagi. Keduanya mempunyai kepakaran dalam bidang hadis dan bahasa Arab.

Kembara Radix

Sekali lagi kelab kembara Radix akan melakukan program "penelitian herba" di Gunung jerai sempena percutian sekolah pada bulan March. Mereka yang telah menjadi ahli kelab dijemput menghubungi en Mahadi bagi mendapat maklumat selanjutnya nanti. Program ini merupakan program ke dua selepas ke Pulau Tuba dimana penumpuan program kepada mengenali spesis-spesis herba ubatan di gunung tersebut.

Sila bawa peralatan perkemahan sendiri termasuk makanan yang akan dimasak. Kamera sangat diperlukan bagi mendapatkan gambar-gambar cantik dari puncak gunung jerai nanti.InsyaAllah.

05 February 2010

Wisuda Herbalis dari Program AFI RADIX.

Seramai 32 orang yang telah menamatkan pelajaran herbalis di Indonesia akan di Wisudakan sebagai herbalis pada 7hb di Dewan Omar Mukhtar, HPA City Sungai Petani. Mereka kesemuanya adalah pelajar yang mengikuti kursus herbalis dibawah latihan Afi Radix Indonesia. Selepas mengikuti pelajaran selama setahun dengan kehaziran 3 kali seminggu melayakan mereka terpilih untuk menerima sijil herbalis di HPA Malaysia.
Pehak Institut Teknologi HPA mengucapkan tahniah atas istiqamah yang telah ditunjukkan sehingga berjaya melahirkan anggota HPA yang mempunyai ilmu pengetahuan herba yang mendalam. Jika ini diteruskan kita berjaya meujudkan generasi baru yang dikenali sebagai USAHAWAN HERBALIS. InsyaAllah.

01 February 2010

Perasmian Kilang botol kordial HPA

Kita telah menurunkan harga kordial baru-baru ini. Ini adalah disebabkan kos pengeluaran juga berjaya kita tutunkan dan salah satunya ialah kos botol. Bersebelahan kilang kola Radix di Sungai Petani kita sudah siap bangunkan kilang membuat botol. Kilang ini akan dirasmikan secara kecil- kecilan pada 4/2/10 .

Pada semua ahli HPA dijemput hadir untuk sama-sama kita merasmikan industri huluan kita yang kian bertambah. Acara bermula jam 9 pagi. T kasih atas semua pehak terutama pada en Rashid dari syarikat Alive yang memberikan "technical know how" pada HPA.

Mari teman-teman

Mari teman-teman
mari kita berniaga
mari teman-teman
mari kita tegakan Sunnah....

Saya sebenarnya sangat bersyukur bila dapat berniaga di Indonesia. Selain daripada potensi bisnis yang besar sekurang-kurangnya HPA dapat memberikan peluang pekerjaan kepada ribuan umat Islam di negara tersebut. Rata-rata yang bersama HPA adalah dari peringkat menengah kebawah. Bila memperkatakan tentang gulungan yang berpendapatan rendah di Indonesia ,saya dapat merasai situasi kegawatan mereka. Apapun mereka adalah pemuda pemudi yang bersemangat tinggi,yang ingin merubah diri menjadi pedagang yang berjaya. Inilah kebanggaan saya bersama mereka dan kalau umur panjang, saya mahu sama merasakan saat kejayaan mereka mengubah ekonomi ummah dinegara ini. InsyaAllah.

Tahniah kerana memilih HPA bukan peniagaan yang lain kerana disini kita menyediakan pakej pekerjaan untuk keuntungan dunia dan akhirat. Sebenarnya jika kita meletakan niat yang betul dalam kebersamaan ini,sudah cukup bagi mengaut untung akhirat kerana apa yang diperjuangkan oleh HPA ialah sebuah kebebasan dari belengu produk haram. Kita mengeluarkannya dan kita menjadi penggunanya kerana kita mempunyai masalah yang sama.

Pada semua PJS,teman-teman hampir dan seluruh warga HPA Indonesia pastikan jangan pernah merasakan ingin keluar dari barisan ini kerapa posisi anda adalah benar dan perjuangan kita adalah benar bagi membenarkan kebangkitan semula ekonomi Islam di dunia Ini. InsyaAllah ..Teruskan perjuangan......