Perjalanan hidup bagaikan warna pada lukisan pelangi di langit luas. Keindahanya terbina di balik hujan dan panas dek biasnya cahaya pada mata yang memandang. Namun sudah pasti keindahan itu tetap ia pada hati untuk dirasai kerana jika gelisah sudah tentu dan pasti semua keindahan tidak muncul lagi. Tenang itu dari sumber kolam rasa kerana sudah terjaga semua pancaindra dari maksiat pada tuhannya. Hati hati dia melangkah bagai berjalan dicelah kaca tajam yang bertaburan.
Apa lagi yang lebih tinggi dari "redho"? kerana sepenuh langit dan bumi dosa dilakukan jika sudah mendapat redhoNya pasti bahagia buat selama-lamanya. Inilah perjalanan seorang hamba yang benar-benar mencari redho Allah dan dimana keredhaan itu ditemui pasti diupayakanya miskipun perlu merenangi lautan api setelah mendaki bukit kepayahan. Orang yang redha tidak pernah mengeluh atas apa jua takdir pada dirinya. Jika takdirnya buruk ia yakin sudah pasti itu dari pilihannya sendiri lantaran kealpaan dan kecuaiannya dari meneliti sebelum membuat sebuah tindakan. Jika takdir baik ,atas rahmat Allah jua menyayanginya dengan pilihan yang benar. Apapun nafasnya yang masih bergerak sudah sangat bererti, Allah memberikan sehari lagi waktu untuk melakukan perubahan.Kembalilah kepada Allah dalam keadaan redha dan di redhoi.Amin.
No comments:
Post a Comment