Lokasinya yang terletak di Seberang Prai menampakkan ia tidak sesuai sangat untuk di jadikan medan pendidikan ilmu. Namun bagi HPA kita selalu berfikir bahawa banyak sekali batasan fikiran itu boleh kita atasi dengan kerja yang bersungguh-sungguh. Kini kita sedang menyiapkan bangunan 4 tingkat yang akan memuatkan 500 orang pelajar ITHPA bagi persiapan pembentukan kolej universiti 3 tahun lagi.
Bangunan yang berharga 2.6 juta ini akan menjadi medan ilmu dimana pendidikan ilmu ugama dan keusahawanan akan berterusan disini. Bahasa pengantar ITHPA ialah bahasa Malaysia disamping bahasa Inggeris,Bahasa Arab dan bahasa Cina juga menjadi bahasa wajib .
Disamping program diploma dalam bidang ugama,ITHPA juga membuka sekolah peniagaan dan keusahawanan yang terbuka kepada semua ahli atau bukan ahli. Bangunan-bangunan tambahan akan diambil bagi membolehkan kesediaan tempat belajar yang selesa untuk para pelajar.
No comments:
Post a Comment