Terima kasih atas lawatan dua hari para leader dan ahli-ahli HPA ke Utara. Lawatan ini sebenarnya memberikan kesan motivasi yang mendalam dimana ahli-ahli boleh mengenali HPA dengan lebih dekat lagi. Diharapkan semua leader setempat mengambil inisiatif bagi membuat banyak lagi lawatan sambil belajar ke HPA. HPA adalah milik kita bersama yang perlu dikenali dengan jarak dekat kerana kitalah yang sama-sama berjuang menaikan HPA di pesada MLM.
Satu lagi berita gembira buat kita semua ialah dengan pembukaan kilang baru di Serkam Halal Park ,Melaka. Kilang HPA menjadi Vendor kepada kilang-kilang yang lain. Selain daripada lokasi yang menarik dan saiz kilang yang besar kita menjangkakan perkembangan HPA di Selatan juga akan berlaku sehebat di Utara. Sebuah lapangan terbang antarabangsa dijangka akan dibuka di Melaka pada tahun 2010 dan ini memberikan kesan sedikit sebanyak pada HPA untuk memperkuatkan jalur niaganya.
Di Melaka juga selain dari RFC yang cantik di Mydin Mall,kita juga merancang bagi membuka HPA Halal Mart di kota Fesyen yang terletak ditengah-tengah medan niaga negeri ini. Melaka yang juga menjadi negeri tarikan pelancung luar kini juga menjadi tempat peniagaan HPA yang besar. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment