Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

14 June 2008

Ma'rifat Dalam Berubat

"Percaya kepada sebab yang memberi bekas adalah syirik manakala menolak sebab adalah kufur".Membentuk kepercayaan yang mendalam terhadap kuasa yang mutlak datang dari Allah bukanlah sesuatu yang senang kerana biasanya manusia sangat tergantung kepada sebab musabab.Mata dan telinga sering dijadikan ukuran untuk membuat sebuah kesimpulan pada tiap-tiap kejadian.

Ma'rifat atau tidak sesaorang itu boleh dikenal dari ucapan yang terkeluar daripada lidahnya apabila dimaklumkan sesuatu perkara buruk berlaku.Lantas ia akan menyatakan "daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali"Ucapan ini merupakan penyerahan yang total bagi kuasa dan hak Allah yang maha menentu.

Apapun Makrifat mestilah bersandarkan syariat(ajaran dari Allah S.W.T melalui Nabi S.A.W).Jika nabi juga berubat apabila sakit maka kita juga perlu berubat kerana itulah syariat yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.Walaupun ada pendapat yang mengaku apabila berada di sesuatu maqam nafsu (maqam nafsu 7) sesaorang itu tidak perlu berubat lagi.

Kita mengambil ubat kerana mencontohi Nabi S.A.W dan hatipun menjadi sedikit terhibur bukan kerana sandaran pada ubat tetapi Ma'rifat tentang kehebatan Allah S.W.T dalam memnciptakan ubat.'InsyaAllah'.

Kita tidak menggunakan tangkal kerana Nabi S.A.W melarang bertangkal walaupun ada guru-guru menyatakan itu hanyalah ma'rifat semata-mata.Ma'rifat pada kita mestilah bersandar kepada syariat. Wallahualam.

No comments: