Dunia perubatan sekali lagi dikejutkan dengan satu kaedah pencegahan penyakit berdasarkan pemilihan makanan yang betul.Pemilihan makan berdasarkan jenis-jenis darah manusia adalah hasil penemuan Dr Peter J. D'Adamo (1996)AS.
Beliau menyatakan orang-orang macam saya (darah B) sangat sesuai dengan produk susu dan hasil olahan susu.,tidak dianjurkan makan daging ayam tetapi dicadangkan mengambil dari kambing yang kurang lemak,daging lembu dan ikan.
Juga dicadangkan agar mendapatkan istirahat dan olahraga yang cukup.Stres diatasi dengan mengambil buah seperti pisang,tembikai/semangka-ind dan papaya.
Diet D'Adamo ini tidak mendapat sokongan dari para pakar-pakar pemakanan kerana katanya tidak memenuhi gizi pemakan yang sempurna.Isu ini turut dibahaskan oleh para doktor di Malaysia dan dimuatkan didada akhbar.
Siapapun yang memberi pendapat , saya ingin menyatakan bahawa diet yang terbaik adalah seperti dietnya Rasullulah saw .Ini terbukti kerana Rasullulah saw tidak pernah diare/cirit/mencret dalam kehidupanya mengalahkan pakar-pakar pemakanan yang selalu diare.Kedua,kekuatan tubuh badan Rasulullah saw dapat dilihat dari keupayaanya menjadi pemimpin umat tanpa lelah.Pemimpin kepada negara,pemimpin kepada keluarga,pemimpin dalam peperangan,pemimpin dalam pendidikan,pemimpin dalam solat ,pemimpin dalam ekonomi dan semua bidang kehidupan.Menjadi contuh nombor satu yang tidak ada tolok bandingan sampai hari ini.
Itu tidak lagi kita lihat ibadat baginda di malam hari,berdiri solat sahaja berjam-jam lamanya menghabiskan surah-surah Al-quran yang panjang. Jika kita kaji rahsia kekuatan tubuh badan Rasullah saw nanti kita akan temui jawapan bagi sebuah perbincangan "diat harian cara Nabi"
Kenapa Rasullulah saw melarang pengambilan ikan dengan susu? Apa pula yang tersembunyi dibalik puasa wajib dan puasa sunat? kenapa perlu berbekam? apakah zat pemakanan di dalam kurma ajwah?bagaimana dengan habatul saudak,kenapa Rasulullah mengambil madu?
Diet permakanan Rasulullah saw bukanya sebuah tiori diet sehari-hari tetapi ianya bersumberkan dari wahyu ilahi yang mengandungi haq,ma'ruf dan khair.
Ikuti kuliah KPJ bagi memantabkan anda dengan keyakinan ini.Amin.
No comments:
Post a Comment