Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

04 June 2008

Daun ketum dan kopi harga murah

Berbagai usaha pihak tertentu telah dilakukan untuk memastikan HPA tidak muncul sebagai syarikat MLM yang berjaya.Mereka cuba merosakan pasaran dengan tawaran harga yang sangat rendah sehinggakan peniaga-peniaga HPA yang jujur juga terkubur.Namun usaha ini tidak memberi bekas kepada warga HPA yang telah matang dalam politik perniagaan.Mereka beralih langsung kepada pengguna tidak hanya bergantung kepada kedai-kedai kopi.Keadaan tetap damai dan tidak ada perkataan "mengamuk" pada HPA.'Syukur kepada Allah'.

Kini taktik yang kedua pula dijalankan dimana kopi radix dikaitkan dengan penggunaan daun ketum(diharamkan oleh Kementerian Kesihatan).Walaupun mereka cuba menambah bilangan herba dari tujuh kepada 8 namun terdapat 2500 orang ahli HPA yang telah mengikuti KPJ dan puluhan ribu yang mengikuti PBC dan PIC terus mempertahankan kejujuran dan keaslian kopi Radix."Kalau masuk daun ketum masakan dapat kelulusan kementerian" kata mereka.

Berita berita buruk ini akan terus datang untuk menghalang kopi Radix menguasai pasaran kopi pada masa hadapan.InsyaAllah dengan siapnya kilang kopi radix kita yang bernilai 30 juta,kita akan pastikan pasaran kopi negara dipegang oleh HPA di suatu hari nanti,InsyaAllah.

1 comment:

BincangGlobal said...

bagi memastikan jenama RADIX terus kukuh, dicadangkan cawan berlogo RADIX dikeluarkan utk kegunaan dikedai-kedai kopi(cth : beli 2 jumbo percuma 1 cawan). wasalam