Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

05 June 2008

Penggunaan "Racak"

Masih ada lagi masyarakat orang Islam yang mengubati sesaorang pesakit melalui kaedah membuangnya ke laut atau sungai.Mereka membuat sesuatu objek yang dinamakan "racak" lalu dibacakan wirid tertentu dan di niatkan untuk di halau ke laut.Kadangkala berupa hidangan terdiri dari ayam yang dimasak separuh atau kadangkala pula berupa rajah yang di tusuk dengan jarum.

Ada satu lagi amalan perubatan iaitu memindahkan penyakit pada haiwan.Keadaan ini juga kadangkala diamalkan oleh para ustaz dan guru-guru (kiyai).Semuanya ini adalah amalan yang tidak ada dasar nas hadis maupun Al-quran.

Kita wajib menentang dan menjauhi gulungan ini kerana ternyata ia membawa kepada kesesatan yang nyata.Islam datang membawa aqidah yang sahih bebas dari amalan yang membawa kepada syirik.

No comments: