Malam ini seramai 44 orang peserta KPJ Alor Setar dan Sungai Petani telah mengambil peperiksaan.Soalan objektif sebanyak 80 soalan perlu dihabiskan dalam tempoh sejam setengah bermula dari jam 9.30pm sampai jam 11 pm.
KPJ membuat soalan dalam bentuk yang dapat memberikan kelegaan kepada orang yang menjawabnya.Kita tidak mahu pelajar KPJ menjadi stress kerana kita adalah perawat.Dalam kertas ujian juga perlu ada rawatan pada mental ,namun bagitu kaedah ini tidak dilakukan di mana-mana universiti maupun sekolah .
Apa yang berlaku sekarang ,peperiksaan itu sesuatu yang boleh menyebabkan belakunya tekanan fikiran.Kadangkala berlaku histeria(hilang kawalan diri) pada masa musim peperiksaan di sekolah- sekolah.Ramailah bomoh-bomoh yang telah dipanggil bagi memulihkan para pelajar yang telah lupa ingatan ataupun untuk membuang apa jenis penunggu yang ada disitu.Benarkah bagitu,penunggu menjadi marah pada musim peperiksaan?
Bagi saya histeria merupakan kemuncak tekanan yang dialami oleh para pelajar kerana memikirkan peperiksaan yang telah tiba.Mereka takut untuk berhadapan dengan ujian kalau berlakunya gagal dalam peperiksaan.Mereka tidak mendapat "deep sleeping" malah kadangkala berjaga sampai larut-larut malam.Suhu badan meningkat diikuti dengan kurang mandi dan kurang minum air dan halusinasi pun berlaku.
Ubatnya ialah mandi dan rehat yang cukup disamping menanamkan keyakinan dan redha atas apa jua takdir selepas kita berusaha.Melihat hikmah dibalik kegagalan maupun kejayaan.Berjaya kita bersyukur,gagal kita bersabar.
No comments:
Post a Comment