Jika kita ingin menjadi perawat lagi murabbi,syarat pertama hendaklah terlebih dahulu membuang sifat mazmumah pada diri sendiri.Perawat perlu meyakini berlaku semua kesembuhan bukanlah dari kepandaiannya tetapi kerana suratan takdir kesembuhanya itu melalui dirinya.Dia persis seorang posmen yang menyampaikan surat berisi wang pada penerima dan sudah tentu tidak layak berbangga bahawa wang itu daripadanya.
kedua,jangan sekali-kali menyabitkan kesakitan dengan "buatan orang" tetapi katakan "Minallah" kerana apa jua kesakitan hakikatnya datangnya dari Allah jua tidak perlu dibawa kehebatan manusia atau jin dalam jiwa persakit tetapi masukanlah kebesaran Allah yang menentukan segala-galanya.
ketiga, Jangan melakukan penilikan atau berkata sesuatu yang akan datang kerana tidak ada sesiapa yang mengetahui perkara yang akan datang walaupun dia seorang wali.Tekaan itu boleh jadi betul dan boleh jadi salah sedangkan Rasulullah saw menyatakan bahawa dia sendiri tidak mengetahui perkara akan datang.Doa juga mengubah sesuatu ketentuan.
Bila mazmumah sudah bersarang dalam hati,maka binasalah kekuatan akal dan iman melainkan "ghurur" semata-mata.Menjadi perosak hati dan aqidah pada pesakit.Pesakit akan menerima apa jua kata-kata perawat tanpa sempat di pertimbangkan dengan akal.Bertemu perawat bagini akan menjadikan keadaan semakin teruk tetapi inilah yang paling diminati oleh orang sakit iaitu menghubungkan kesakitan dengan buatan orang sedangkan merasa diri tetap bersih dari segala dosa.
No comments:
Post a Comment