Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

04 June 2008

HPA akan keluarkan jenama seperti MILO

Tidak lama lagi HPA akan mengeluarkan produknya dari koko sama seperti MILO yang dikenali "MAILA".Persiapan akhir sedang dibuat bagi mendapatkan bekalan tetap koko bermutu tinggi dari Sabah.Dari segi persiapan kilang dan mesin ,kita telah bersedia dengan kapasiti keluaran melebihi dari kopi Radix dan dijangka produk ini akan menjadi produk killer selepas kopi radix.InsyaAllah.

"MAILA" dalam bermaksud "mai la cuba,mai la minum,mai la try dll.Saya menjangkakan produk MAILA kita akan menjadi altenatif kepada pengguna khususnya yang mencari produk halal dan baik dipasaran.

Terima kasih atas sokongan anda semua untuk projek RFC kita bersama.Bersabarlah,kesempurnaan tidak akan berlaku dalam satu hari.Bantulah HPA untuk membantu ummah.

4 comments:

BincangGlobal said...

InsyaAllah, semoga usaha HPA berjaya!

ibnudarus said...

Assalamualaikum........
ada tak rancangan HPA untuk keluarkan susu tepung...

Kembara Di Bumi Allah said...

Salam.
Saya nak sentuh pasal penggunaan prepaid ahli-ahli HPA.

Untuk merealisasikan sokongan dan pemboikotan kepada perkhidmatan musuh-musuh Islam, ahli2 HPA perlu bertukar kepada talian yang dipelopori oleh orang islam.

Cuba elakkan menggunakan Maxis dan jenama2 lain yang menyumbang kepada musuh-musuh Islam.

Tidak dilupa proses melaksanakan dan mengamalkan islam secara keseluruhan terutama perkara2 yg asas dlm islam spt menutup aurat dgn betul dan pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Sama-samalah kita merelisasikan dalam setiap kehidupan:
Surah Al-Baqarah ayat ke-208.

Wallahu a'lam bissawab.

hez said...

Salam,
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi yang teramat sangat dengan pembukaan RFC pada 1 jun 2008. Dilihat sehingga minggu ke-3 masih ramai yang terpaksa beratur hampir 1 jam mendapatakan orde, tetapi tiada yang hampa atau pulang tanpa menikmati kehebatan RFC ini. Tahniah kepada Tuan Haji Ismail kerana perjuangan beliau yang tidak pernah jemu walaupun suatu ketika dulu HPA telah hampir tersungkur... dengan ketabahan dan mempersembahkan diri kepada Allah, maka hari ini kita lihat kejayaan anak tani yang Allah berikan.

Suka saya merujuk kepada penggunaan Milo milik Nestle di RFC kita !! Dalam PBC kita bercakap boikot nestle tapi di RFC kita ada jual MILO. Mohon penjelasan disebalik penggunann MILO ini.. adakah ia sebagai gantai Maila yang HPA akan keluarkan tidak lama lagi? Saya mohon penjelasan yang sejelasnya supaya tidak timbul fitnah kepada sebuah syarikat yang kita sayangi.
wassalam.