Ramai kedai kopi yang ada di Malaysia menjadi pelanggan setia kopi Radix.Jualan kopi radix dalam bentuk "kopi papan" sentiasa meningkat dari masa kesemasa.Peningkatan ini adalah hasil dari para ahli HPA yang terus menggempur pasaran mengikut kapasiti mereka sendiri.hakikatnya kopi Radix sangat laris dipasaran.
Dalam masa yang sama ramai pekedai runcit terutama diKedah juga percaya peningkatan jualan Kopi Radix mereka kerana ilmu pelaris yang mereka gunakan.Ilmu yang mereka gunakan ialah dengan menggantungkan gambar seorang tokoh zaman dahulu didalam kedai-kedai mereka.Lebih 50% buah kedai kopi yang turut menggantungkan gambar tersebut.Dahulu gambarnya dalam bentuk hitam putih dan kini telahpun diwarnakan.
Kita juga merasa kesal dan berusaha untuk mengikis kepercayaan khurafat ini dalam masyarakat kita.Berdoalah agar generasi masa hadapan boleh memahami tentang penentuan rezeki itu adalah milik Allah.Lebih menyedihkan hati,Kebanyakan mereka adalah pelanggan kopi radix.
No comments:
Post a Comment