Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

02 June 2008

HPA Town (Sungai Petani)

Anda tentu mencari satu distinasi pelancongan pada musim percutian sekolah.Berkunjunglah ke Sungai Petani,bandar yang menjadi pusat kegiatan HPA.Antara tempat yang boleh anda lawati adalah seperti ;

1. Cawangan HPA Sg Petani - Cawangan yang paling banyak jualannya di seluruh Malaysia terletak di lokasi Bandar Amanjaya.(keluar Sungai Petani tol utara, simpang kekiri dan bangunan sebelah kiri yang pertama )

2. HPA Collection - Menyediakan pelbagai jualan barangan tanpa nilai mata seperti payung,t-shirt kanak-kanak,buku-buku HPA,alat bekam dll (bersebelahan cawangan).

3. Jawi Herbshop - Melihat konsep perubatan jawi dan beberapa jenis ubatan yang tidak masuk dalam MLM seperti Minyak Seribu Penawar,ubat periuk dan lain-lain lagi.

4. Homestay - HPA mempunyai homestay yang boleh disewa dari masa kesemasa dengan harga yang berpatutan untuk ahli.(terletak di bandar Laguna 5 minit dari cawangan)

5. RFC - restoran makanan segera yang menyelerakan daripada semua produk HPA.(Terletak bersebelahan Village Mall.)

6. Kilang Kosmetik Muslimah - menjadi pengeluar produk kosmatik kepada HPA.(terletak di kawasan perindustrian Sg Lalang,5 minit dari cawangan)

7. Kilang Kola Radix - terletak berhampiran kilang kosmetik muslimah.(mula beroperasi pada 1 julai 08)

8. Hotel El Zaharaa - Dalam persiapan terakhir dan dijangka siap pada 1 oktober(berhampiran RFC)

9. Pusat rawatan reflexologi dan bekam - dalam perancangan di sebelah JawiHerb Shop.

10. HPA Ilham Holiday - agensi pelancungan HPA berhampiran cawangan bagi mendapatkan khidmat booking tiket kapal terbang dan hotel.

11. Dan akan muncul pelbagai aktiviti dari masa kesemasa.InsyaAllah.

Sebarang pertanyaan hubungi Ustaz Samad 0194340717.

No comments: