Kini sudah 2 tahun isu bihun diperbincangkan dalam HPA namun belum lagi nampak kilangnya yang akan didirikan.Industri bihun mengalami satu zaman yang paling muram kerana dinegara ini tidak ada satupun kilang bihun muslim yang halal.HPA mengambil tangungjawab ini untuk mengumpulan semua kekuatanya bagi mengeluarkan produk keperluan harian yang dinanti-nantikan.
Mesyurat khas akan diadakan pada minggu hadapan dengan hanya satu agenda iaitu "pembinaan kilang bihun".Kami memerlukan sokongan yang tidak berbelah bagi dari anda semua bagi memastikan pasaran bihun kita tidak akan mati di tengah jalan.
Bila saya melihat pelanggan RFC , sangat terharu,pelanggan sanggup menanti sejam lebih untuk mendapatkan makanan dari sumber yang halal.Ramai YB-YB yang hadir,para ustaz yang memakai serban dan jubah tidak janggal menikmati produk bersama ini.Salah seorang ustaz menyatakan "saya menjadi sebak melihat sambutan ini" sambil air matanya berlinangan.Hati kecil saya terus berdoa "Ya Allah bantulah HPA dengan hamba-hambamu yang solih".Amin.
1 comment:
Assalamualaikum......
Kami ahli-ahli HPA memang dah lama menantikan kemunculan bihun yang halal drpd HPA...setiap kali program penerangan di cawangan ada dikhabarkan ttg akan wujudnya bihun HPA...PJS selalu war-warkan ttp kami tetap setia menanti kemunculannya....
Saya sebenarnya masih belum berkesempatan utk mengunjungi RFC tetapi jika dilihatkan sambutan kepada produk HPA,mmg saya yakin sambutannya amat menggalakkan tambahan pula 100% halal...
Nak cerita tentang air mata...sebelum RFC dibuka pun ramai yang menitiskan air mata...kerana ramai yang sayang dengan HPA....takut HPA terkubur..sebab apa terkubur?...ini kerana manusia yang berada dalam HPA bukan lagi kerana produk yang HALAL tetapi kerana ingin merebut bonus dan pangkat.....ada ahli yang dah bertahun menjadi ahli dan setia membeli barang dan mempunyai downline yang ramai hasil penerangan sendiri akhirnya hilang begitu saja kerana downline dipikat orang lain akibat halalnya taja semula....PJS yang terlibat berkata kononnya perlu berjuang dalam jemaah...habis tu HPA tu bukan satu jemaah ke??cuma berlainan upline ja......tetapi sekarang alhamdulillah HPA dah sekat penajaan semula..terima kasih...
Post a Comment