Sesudah timbulnya pelbagai isu berhubung halal dan haram produk dari ayam,ramai di antara kita yang tidak berani untuk menjamu selera di restoran-restoran makanan segera.Apatah lagi golongan ustaz-ustaz yang berkepiah putih dan berserban lebih lagi tidak akan masuk kekedai sebegitu.
Apabila ujudnya RFC ,anda akan dapat melihat sampai ke saat malam ini,RFC yang baru kita resmi pagi tadi terus diserbu orang.Diluar jangkaan kita permintaan bagitu tinggi dan pelanggan juga seolah-olah tidak mahu meninggalkan RFC.Mereka terharu dengan pencapaian syarikat yang mereka kasihi.
Pengurus RFC,Tuan Syed tetap tenang mengawal anak buahnya dari depan sampai ke belakang dan yang lebih terharunya katanya ,pelanggan bukan hanya minta menu tetapi mereka nak beli semua sos yang RFC gunakan.Ini tidak pernah berlaku di tempat lama dia berkerja dan lagi pelanggan sanggup berbaris sampai kepintu besar.Inilah sesuatu yang unik menjadi milik HPA,para ahli akan memberikan sokongan tanpa berbelah bagi lantaran kasih dan cinta mereka pada syarikat ini. Tahniah.
No comments:
Post a Comment