Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

05 June 2008

RFC hari ini

MasyaAllah dan Alhamdulillah...pengunjung tak putus-putus datang memberi sokongan pada peniagaan kita.Terpaksa menunggu sejam setengah untuk mendapatkan ayam RFC,mereka sangat bersabar sambil bercerita yang positif tentang RFC dan HPA.Inilah bahasa tanpa suara memberi pertunjukan bahawa makanan halal sangat dinanti-nantikan oleh ummah.

"kami lama dah tak makan bagini" seorang pelanggan mengadu pada saya.Hati kecil saya menangis melihat batapa besarnya harapan umat Islam khususnya kepada makanan yang diyakini halalnya.Terbayang pada saya bagaimana disuatu hari nanti RFC mempunyai cawanganya diseluruh dunia termasuk Makkah dan Madinah."Ya Allah,perkenankanlah doa kami" Amin.

Insyaalah,RFC akan menambah peralatannya bagi mempercepatkan pengeluaran.Beri sikit masa untuk perubahan ini.Bantulah perjuangan ini walaupun dengan seketul ayam goreng,wang anda sangat diperlukan pada kami untuk pengeluaran produk halal.

5 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah, jzkk HPA kerana telah berjaya merealisasikan impian umat Islam utk menikmati makanan segera tanpa keraguan. ana amat terharu dgn sambutan yg diberikan malahan ana sudah 2 kali berkunjung (pertama membawa keluarga & kedua membawa rakan2). ana perhatikan non-muslim turut sama beratur panjang semata-mata utk menikmati RFC!

alhamdulillah, kami berpuas hati menikmati kesemua menu & outlet yg disediakan, ianya setanding malah melebihi KFC. ayam herb & sos HPA amat digemari ;)

iAllah, sedikit cadangan penambahbaikan:

1-perlu cari jalan utk kurangkan waktu menunggu para pelanggan. mungkin dgn penambahan kaunter atau pekerja.

2-ada di antara menu yg belum lagi 'available' dlm menu cthnya nasi ayam radix & pineapple burger, namun gambar serta harga sudah terpampang. ini mungkin akan sedikit mengelirukan pelanggan. harap dijelaskan, mungkin dgn cara meletakkan kenyataan bhw menu2 tersebut 'coming soon...tungguuu'

3-harga set Chicken Delight C (rm15.00) tidak kompetitif. ini kerana jika pelanggan membeli DUA set Chicken Delight A (rm6.90), mereka cuma perlu membayar harga rm13.80 sahaja dan mendapat menu yg serupa dgn Chicken Delight C (malah dapat 2-extra bun lagi!).

4-sistem 'ventilation' di dapur RFC kurang memuaskan, menyebabkan suasana di ruang makan 'berjerebu' dgn asap dari dapur.

5-mungkin setiap kali masuk waktu solat azan dapat didengarkan sbg peringatan (mungkin surau dpt diwujudkan sebahagian drpd design RFC kelak). perlu diambil berat juga kesempatan para pekerja utk menunaikan tuntutan solat walaupun ketika ramai pelanggan.

6-mungkin boleh diletakkan info brg2 HPA, latest news, bhn tazkirah serta bahan bacaan ttg kepentingan makanan yg halal di RFC, supaya pelanggan dpt menikmati makanan disamping mendapat ilmu.

insyAllah, setakat ini dahulu cadangan ana. kami doakan agar RFC & HPA terus maju dan dapat dibuka cawangan diserata dunia dlm masa terdekat. ameennn ;)

mukhlis min,

khalid

budin said...

Assalamualaikum...

Pertama kali syabas kepada HPA kerana telah berjaya membuka restoran RFC di Sungai petani.Saya sememangnya ahli HPA dan tinggal di Sungai petani sangat teruja bila setiap kali melalui jalan besar,kerana melihat RFC begitu megah berdiri.Tambahan pula selang beberapa blok pula ada pembinaan hotel HPA tersergam indah.
Ini membuatkan saya merasa bangga dengan menjadi ahli HPA.
Semoga Allah memanjangkan usia tuan Hj.Ismail Sekeluarga
Amin.

budin said...

Assalamualaikum...

Pertama kali syabas kepada HPA kerana telah berjaya membuka restoran RFC di Sungai petani.Saya sememangnya ahli HPA dan tinggal di Sungai petani sangat teruja bila setiap kali melalui jalan besar,kerana melihat RFC begitu megah berdiri.Tambahan pula selang beberapa blok pula ada pembinaan hotel HPA tersergam indah.
Ini membuatkan saya merasa bangga dengan menjadi ahli HPA.
Semoga Allah memanjangkan usia tuan Hj.Ismail Sekeluarga
Amin.

Syed Zulfauzi said...

Assalamualaikum,
Saya salah seorang Ahli HPA. Saya amat mengharap agar RFC dapat dibuka di sekitar lembah klang dgn segera. Pada pendapat saya, lembah klang merupakan kawasan yang mempunyai ahli HPA yg sangat ramai terutamanya di sekitar bandar baru bangi dan gombak. Wallahua'lam...

Hafiz Nabilah said...

Saya pula bermastautin di Sungai Petani dan bermukim di Lembh Klang. Sekadar nak memberi respon balas kepada syed zulfauzi. Saya sudah dua kali ke RFC dan memang terharu dengannya.

Saya bersetuju utk kita bawa ke Lembah Klang. Tapi kita juga prlu menimbang kos yang diperlukan utk membawa ayam2 HPA dr Perlis. Memang ia akan memakan kos. Jadi amat baik sekali sekiranya perlaburan ini di tetapkan dulu dibumi yang berampiran Perlis.

Selepas keuntungan, dan penubuhan terjamin barulah kita beralih angin ke Lembah Klang.

Saya juga nak mencadangkan agr RFC ini difrancaiskn dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Tunjukkan ekonomi alternatif ummah.