Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

14 June 2008

Pengalaman perawatan

Saya ceritakan sedikit pengalaman saya melakukan perawatan di Jawi Herb Shop (JHS).Kadangkala agar sukar juga untuk meyakinkan pesakit dengan herba kerana mereka tidak pernah mengikuti mana-mana kuliah perubatan herba sebelum ini.Mereka datang dengan penuh harapan untuk sembuh.Biasanya yang datang kebanyakanya berada dalam tahap kritikal.

Selain dari tindakan herba yang lambat untuk beriaksi dalam tubuh,pesakit biasanya tidak sabar apatah lagi jika ada doc yang muncul.Kesemuanya ini perlu di terangkan dengan jelas pada pesakit.Saya akan bekalkan pada mereka sebuah buku doa yang dihimpun oleh seorang ulamak Indonesia bagi membantu perkuatkan harapan mereka dengan Allah.

Rawatan ini perlu kesabaran dari semua pehak(perawat,pesakit dan keluarga pesakit).Syukur,ramai yang faham hal ini walaupun pada peringkat awal mereka perlu segera sembuh seperti sediakala.Saya sering katakan pada pesakit "disini tidak ada yang dapat disembuhkan dengan cara pantas,ubat pertama yang perlu anda telan ialah pil kesabaran".

Saat yang paling mengembirakan saya ialah apabila pesakit datang membawa 'report lab' menunjukan telah berlaku perubahan yang dinanti-nantikan.Biasanya mereka yang dicadangkan oleh doktor untuk membuat pembedahan tidak perlu melakukan itu lagi.'Syukur'.

Petang hari hampir waktu maghrib selesailah perawatan dengan jumlah pesakit biasanya 40 orang.Saya meninggalkan JHS dalam keadaan sangat letih tapi bahagia dan berharap esok Allah panjangkan usia saya untuk tugas yang sedia ada.

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum, saya ingin bertanya adakah produk Omega 3 melalui proses sulingan molecular yang bertujuan menapis toksin yg terdapat dalam ikan

Herbalis-Hadi™ said...

alhamdulillah ..syukur atas kejayaan tn haji dalam mencipta blog bagi kemudahan penyaluran maklumat dan juga berkongsi idea cetusan minda yang terjana.

Sesungguhnya kesabaran pasti membuahkan hasil yang bermakna di dalam kehidupan.. teruskan usaha murnimu dalam memartabatkan herba di persada dunia