Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

23 June 2008

Kehadiran yang dinanti-nantikan.

Cuba lapangkan masa anda sebulan sekali bagi mengikuti program KPJ.Selain daripada mempelajari perubatan Jawi ,anda juga akan mengikuti perkembangan semasa HPA.Di sini semangat anda akan kembali kuat untuk tabah bertahan dalam perjuangan yang panjang.Semangat itu datang dan boleh hilang ,jadi bagi mempertahankannya perlukan satu suntikan semangat yang berterusan.

Kalau anda suka,anda boleh mengambil peperiksaan KPJ untuk melihat sejauh mana penguasaan ilmu anda dalam HPA.Tidak ada paksaan di sini yang penting anda datang setiap bulan dalam program yang kita telah rancang.

Saya hanya menjalankan amanah yang telah di berikan oleh anda semua,sehingga ini saya melakukan yang terdaya untuk pengeluaran produk halal di pasaran.Terima kasih pada mereka yang menghaziri KPJ di KLIH malam tadi dan maaf atas pengurusan kuliah secara "live"yang tidak memuaskan.Lihat rakaman KPJ KLIH di WEBTV HPA ( http://hpa.com.my/webtv ) sekarang.

Kekurangan akan segera kita tampung bersama.Bantulah HPA kerana ummah.Amin.

No comments: