Faktor sikap banyak mempengaruhi kejayaan sesaorang dalam MLM.Berfikir bahawa MLM merupakan peniagaan yang mudah,tak perlu modal,boleh buat bila-bila masa menjadikan sesaorang individu itu gagal mencapai kejayaan.MLM ialah kerja profesional yang memerlukan daya fikir yang tinggi untuk mengunakan ruang pasaran yang sedia ada walaupun telah padat dengan seribu produk
Orang yang selalu memikirkan MLM sesuatu yang mudah sering terkena kejutan apabila beberapa bulan pertama masih tidak membuahkan kejayaan.Oleh sebab itu ia memerlukan bimbingan dari up line yang telah masak dalam asam garam bisnis MLM.
Jangan permudahkan bisnis ini tetapi belajarlah dari bawah,berani untuk bermula dari awal walaupun dahulu kita adalah penjawat jawatan awam yang tinggi.Menghaziri program MLM dengan rasa rendah diri kerana kejayaan tidak pernah bertanya siapa kita sebelum ini.Tidak ada jalan mudah dalam peniagaan MLM dan jangan terperangkap dengan sistem lambakan barang bagi mengejar pangkat dan bonus kerana kaedah ini seperti mendirikan rumah di atas tanah gambut.
Bila sudah menjadi leader,pindahkan semua kemahiran anda untuk melahirkan seribu leader berwibawa dibawah anda.Anda akan terhibur apabila cara dan kaedah anda digunakan untuk mencapai kejayaan bersama.Amin.
No comments:
Post a Comment