Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

28 December 2008

Sebuah doa seurat bihun.

"Bila kita akan keluarkan bihun sendiri" itulah pertanyaan yang sering di ajukan setiap kali bertemu ahli-ahli HPA yang sangat perihatin tentang makanan. Mereka mengetahui bahawa tidak ada seurat bihun pun yang dihasilkan oleh orang Islam. Sokongan diberikan kepada HPA tidak berbelah bahagi maupun bonus baru mencecah RM1000.00, Ada yang sudah tidak makan bihun bertahun-tahun lamanya kerana menantikan sumber yang halal dari umat Islam sendiri.
Menyedari hal inilah HPA tepanggil dan dengan kekuatan ahli seramai hampir setengah juta orang melangkah terus melangkah tanpa toleh kiri dan kanan lagi mengejar impian ummah ini.

Kita tidak berupaya mendapatkan beras hancur di negara ini untuk pembuatan bihun kerana semua beras hancur telah ada pembelinya.Kita perlu memikirkan bagaimana kilang bihun boleh didirikan dinegara jiran yang mempunyai bekalan beras yang cukup.Saudara-saudara kita di selatan Thailand mempunyai kilang-kilang bihun yang besar tetapi terhad pasaranya boleh di lihat sebagai jalan keluar kepada pemasalahan ini.

InsyaAllah,hantarkanlah kepada HPA doa ikhlas dari para-para pengedar kerana setiap kali doa terkabul perjalanan menjadi mudah dan ada sahaja pertolongan dari sumber yang tidak disangka-sangka.Mudah-mudahan kita dapat keluarkan bihun di awal Februari.Amin.

No comments: