Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

30 September 2009

Berat mata memandang.

Kalau anda ke taman haiwan anda dapat berjalan dengan bebas melihat haiwan-haiwan yang di kurung dalam sangkar masing-masing. Sambil menikmati sausana alam yang indah dan permai sudah tentu anda lupa bahawa haiwan-haiwan itu juga menjerit minta dibebaskan. Umar Ibnu Aziz pernah menghentikan pembinaan jalan untuk memberikan kesempatan seekor burung yang sedang mengeram telurnya. Apabila anak burung sudah boleh terbang barulah pohon itu di tebang. Inilah hati seorang pemimpin yang sangat halus untuk meraba perasaan sekelian makhluk dibawa pentadbirannya.

Hati yang halus tidak sampai ketawa melihat burung merbuk terkuar-kuar minta kebebasan. Jika pesalah mati dipenjara dunia menanti saat pengampunan hari keputraan DYMM Raja atau Agung tetapi sang burung pula menantikan saat kematian tuannya mudah-mudahan hari itu dia dibebaskan.

Mari kita cuba merasai hidup dalam sangkar dengan mengunjungi “Orang Utan Ireland “di Bukit Merah Lake ,Perak. Kita berjalan dalam sangkar melihat orang utan yang hidup bebas di Pulau mereka. Rasakan kebebasan kita selama ini tersekat dan terbatas. Apakah kita bahagia melihat orang Utan ketawa melihat kita?

Penemuan ubatan Gout

Baru-baru ini saya mencuba resepi terbaru untuk gout. Sangat berkesan namun bagitu HPA perlu mempunyai kawasan penanaman herba-herba itu terlebih dahulu. Sementara mencukupi stok dan dimasukkan ke pasaran MLM , bagi mereka yang kesakitannya sudah tidak tertanggung lagi boleh menghubungi saya melalui SMS 0124059717 .InsyaAllah saya akan poskan ubat tersebut ke alamat anda. Segala pembayaran akan dinyatakan dalam bil yang diberikan.

Gout menyebabkan kesakitan yang sangat sehinggakan pesakit akan menangis seperti anak-anak kecil. Kebiasaan mengambil ubat tahan sakit pula akan menyebabkan berlakunya luka-luka dalam usus dan kerosakan buah pinggang. "Tak makan ubat sakit tak tertahan,bila makan bahaya pula menanti". Solusinya kita kembali ke Alami dengan Izin Allah setiap penyakit ada ubatnya. Amin.

Pembukaan cawangan baru Kuala Kedah

Satu lagi cawangan HPA akan diresmikan pada malam ini. Peresmian berbentuk bacaan yaasin dan doa selamat akan di adakan selepas solat Insya di cawangan baru Ini. Ahli KPU bersama leader-leader dijemput hadir kepertemuan ini bagi sama-sama menyokong bertambahnya rantaian peniagaan kita.
Penambahan cawangan ini merupakan persediaan syarikat bagi mengadakan semua barang yang diperlukan oleh umat Islam dan memberi kemudahan kepada semua agen stok mendapatkan produk di sini. Jemputan ini terbuka untuk semua ahli. Segala pertolongan tuan-tuan bagi meningkatkan jualan HPA akan kembali semula keuntunganya buat umat ini.InsyaAllah.

27 September 2009

Pasaran ayam yang meningkat di cawangan-cawangan

Musim perayaan yang lepas peningkatan penjualan ayam KITA telah berlaku diseluruh Malaysia. Ini bererti bahawa pengguna sudah memberikan respon positif terhadap halal dan haram industri ayam di Malaysia. "Saya tak beli ayam HPA tapi saya beli ayam kampung..." kata salah seorang pengguna.
Sekali lagi saya perlu berikan infomasi pada ahli-ahli HPA bahawa ayam kampung yang dijual bukan kesemua ayam yang dipelihara dikampung dengan makanan organik diatas tanah,padi dan dedak.Tetapi ayam kampung yang dimaksudkan ialah ayam yang diternak komersial daripada spesis yang dikenali sebagai ayam kampung. Sama seperti ayam pedaging yang lain,boleh di sembelih pada umur 35 hari tetapi ia lebih tahan dengan penyakit. Cara penternakanya ,makanan dan ubatanya tetap sama masih menggunakan dedak yang mengandungi DCP(tulang haiwan). Apa beza dengan ayam daging ? tak ada beza cuma namanya sahaja yang berubah seperti riba dan interest!

Coklat Radix - kini berada diPasaran (homemade)

Satu lagi produk kita muncul di pasaran iaitu coklat koko. Kelazatan koko asli dapat dirasai tanpa pewarna atau aroma sintatik. Koko juga banyak kelebihannya kerana mengikut kajian ,mereka yang sering minum koko kurang diserang serangan jantung. Koko juga mempunyai pengaruh emosi dan di Barat mereka menjadikan koko sebagai bahan afrodisiac.
Buat masa kini HPA telah berjaya menghasilkan 2 produk utama daripada koko iaitu Radix koko dan coklat koko. Semoga peminat koko selamat daripada penggunaan bahan lemak dalam coklat yang diharamkan. Kita menyediakan altenatif perubatan dan yang halal di HPA. InsyaAllah.Amin

Besi Kursani untuk pengubatan

Ia adalah sejenis batu yang mengandungi zat besi (fe) sehinggakan jika didekatkan dengan magnet ia akan tertarik. Batu ini digunakan sebagai bahan ubatan untuk melancarkan perjalanan darah dan membetulkan saraf. Jika anda menghadapi masalah gangguan saraf,anda akan dapat merasai kesan aliran eletrik ringan apabila batu ini digenggam dalam tangan.
Batu ini ini juga sekali gus mengembalikan fungsi organ-organ dalam tubuh manusia. Kajian kepada pengguna yang bermasalah menunjukan terdapat respon positif kepada sistem kelenjar tubuh badan dan sistem imuniti.
Dalam kitab perubatan Melayu besi kursani dijadikan sebagai bahan untuk menguatkan tubuh badan. Ramai juga pengguna yang menjadikan besi ini untuk perkara-perkara syirik pada Allah. Ini amatlah ditegah dan bercanggah dengan konsep perubatan Islam. Pemujaan keris dan batu cincin tidak boleh mengislamkan seorangpun manusia malah lebih menyesatkan aqidah. Oleh itu jika ada orang yang menjual batu ini dengan gambaran mistik "tinggalkan dia" dan jangan bersubahat dalam urusan dosa yang tidak berampun.

26 September 2009

Lagi pertanyaan tentang STEROID

" Saya ahli HPA yang setia,pulang berhari raya di kampung(Perlis) ada berita katanya kopi HPA ada steroid, benarkah?" satu SMS yang saya terima membayangkan rasa cemas seorang ahli HPA dengan berita yang didengarinya. "aduhai..." pertamanya saya sangat berterima kasih pada individu yang prihatin ini kerana berani bertanya sebelum mempercayai sesuatu berita kerana ramai orang kita yang biasanya terus menghukum tanpa usul periksa.

Saya juga sering mendengar tuduhan-tuduhan yang tak berasas ini,ada yang kata dimasukan daun biak(ketum),ada yang kata di masukan bahan kimia dan ada yang kata di jampi supaya orang makan tak jadi lupa dll.

Dalam HPA bukan sahaja daun biak itu dianggap haram,merokokpun juga haram. kalau rokok pun tak boleh hisap,takkanlah HPA nak guna daun biak yang ketagih tu. Kita nak cari rezeki halal dengan peniagaan HPA.InsyaAllah.

Ke dua..HPA ada GMP dan ISO ,satu persijilan kawalan kualiti produk dan semua ubatan HPA yang perlu telah didaftarkan dengan Kementrian Kesihatan Malaysia. HPA ada unit R&D yang mengawal QA dab QC pengilangan.

ke 3...jampi memang tak diamalkan oleh HPA kerana kita takut bercampur amalan syirik tapi warga HPA mengamalkan wirid al maksurat (dari hadis sohih) yang ada dijual bukunya ditoko toko buku.

jadi kenapa HPA sering di lemparkan fitnah....sebab ada pengeluar yang cuba menjadikan HPA sebagai sandaran membolehkan penggunaan daun ketum oleh syarikat - syarikat mereka. Mereka sanggup melihat anak-anak muda terketar-ketar kerana kehabisan air daun ketum. Mereka samakan dengan kopi Radix yang dikatakan "ketagih". Kopi radix memberikan rasa oom bukan dengan steroid tetapi dengan paduan herba dan cremer yang mencukupi.

Terima kasih pada saudara yang bertanya dan memberikan peluang saya untuk menjelaskanya.
Teruskan perjuangan bersama HPA. Allahuakbar.

Program Bulan Oktober

Bulan Oktober nampaknya banyak agenda yang sedang menanti. Bermula dengan program di Jakarta pada 2hb - 4hb perasmian ITHPA di Pulau Mas Jakarta. Pada 7 dan 8hb pula kursus penghayatan PJS yang terakhir untuk darjah awal pada tahun ini. Sijil herbalis pula akan bermula pada 11 hb sampai 31 hb. Kali ini pelajarnya terdiri dari berbagai negara dan kuliah akan diberikan dalam dua bahasa.(bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia)

17hb - 18hb pula program kembara HPA di Pulau Harapan " siri dukumentari herba" untuk program selangkah kealam herba "talk show"khas dari stadio galeri herba HPA. Disamping itu kursus penghayatan HPA untuk staf akan diteruskan lagi di sepanjang bulan.InsyaAllah.

Kuatkan PBC

Adalah dicadangkan supaya semua PBC yang diadakan diseluruh Malaysia memasukan slot MLMS didalam modiul bagi membezakan antara MLM HPA dengan MLM yang lain. PJS yang dilantik perlu mengikuti kursus penghayatan HPA darjah pertama di Sungai Petani dan kursus ini juga melayakan sesaorang leader itu di beri status PJS.
Buat masa kini terdapat PJS yang enggan mengikuti kursus atas alasan masa dan lain-lain lagi. Adalah tidak wajar alasan ini diberikan sedangkan semua PJS lain boleh memberikan masa untuk mereka. Pelantikan PJS masa hadapan dibuat dalam tempoh kontrak 6 bulan- 6 bulan,dimana mereka yang tidak aktif akan digugurkan dari mendapat bonus khas PJS. Ini bagi memastikan HPA boleh menyamai peniagaan MLM yang lain sedangkan kita sedia meyakini bahawa MLMS sahaja yang sewajarnya menjadi pilihan seorang Muslim.

Pembukaan RFC Kluang

Syukur, RFC Kluang akan dibuka untuk umum pada 24/10/09. InsyaAllah. Persiapan dibuat hampir siap dan team RFC HQ kini telah mula mengatur kerja dan shif. Sebenarnya mereka telahpun membuat kursus RFC dan kursus Penghayatan HPA sebulan yang lepas bagi persiapan ini. Namun bagitu membuka RFC bukan hanya kepada kedainya sahaja tetapi menguruskan semua keperluan yang terlibat.
Tarikh cadangan awal telah di tukar ke tarikh ini bagi menyempurnakan semua persiapan yang diluarjangka. Semoga warga HPA selatan akan menjadi juru bicara kepada produk unggul kita dipasaran makanan segera. Amin.

RCH di Ipoh

Tahniah kepada koperasi Masjid di Ipoh apabila mereka memohon untuk membuka Radix chicken House. Bermodalkan sekitar rm500k mereka akan menyiapkan semua prasarana RCH dengan segera . Ini adalah hasil dari lawatan mereka ke RCH disuatu masa dahulu. InsyaAllah RCH akan segera dibuka untuk keperluan umat Islam.

Produk makanan.

Satu lagi produk makanan diedarkan dipasaran iaitu Kacang tumbuk dan kacang potong. Produk ini mendapat pemintaan yang tinggi tetapi kebiasaanya mengandungi lelemak haiwan yang haram. HPA mengambil inisiatif ini bagi mengeluarkan ke dua produk tanpa lelemak malah memasukan madu lebah didalamnya .

Kapsul IMT telah mendapat pemintaan yang baik terutama sebagai herba demam dan kini kita telah keluarkan dalam bentuk minuman IMT pula bagi mengantikan air penawar demam yang berada dipasaran.

Disamping itu produk pakaian juga sedang dipasarkan dalam MLM HPA dengan tambahan produk tuala berlogokan HPA . Ini adalah produk-produk awal dalam bentuk pakaian sementara kita merancang agar HPA menjadi sebuah Mall disuatu hari nanti.InsyaAllah.

24 September 2009

Inilah Jalan Kami

Inilah jalan Kami
kalau hidup panjang kita terus berjuang
kalau kita mati..
ada orang yang akan teruskan

hidup dan mati..
bukan kita yang tentukan
pada orang dikasihi
tiba-tiba dipanggil kembali
sudah tentu hati menanggung hiba
tetapi ...
bercerai kasih bertalak tidak.

urusan dagang ini
bukan dagang sebarangan
untuk memenuhi kehendak yang tidak puas
tapi dagangan ini membawa risalah
berita gembira dari al furqan

kita yang bermukim didaerah ini
barakahnya bukan dari sebab diri sendiri
telah terbukti pengorbanan
telah teruji kesetiaan
baru turunnya pertolongan.

lihatlah...sudah ramai yang datang kesini
tetap tabah sampai menemui mati
tidak berubah hati dan kesetiaan
miskipun dipujuk rayu kesenangan.
bukan...
bukan itu yang mereka cari
bukan wang berjuta dan emas segunung
tapi air kehidupan yang ingin diteguk
dari telaga kausar untuk umaat Nabi

bertahanlah kita disini
biarpun dingin membekukan tulang dan jemari
besok ada berita yang dinanti
musim bunga yang indah
keharumannya melata disetiap inci bumi.

Kak Bedah dalam Ingatan.

“Selama ini ku mencari-cari..teman yang sejati..buat menemani perjuangan suci”

Kini dia pergi buat selama-lamanya(kak Bedah ).Walaupun usianya di mamah masa namun semangat dan perjuangannya terus kental tanpa mengenal erti surut kebelakang. Saat HPA berada dalam situasi gawat,pada ketika itu ramai leader-leader utama meninggalkan peniagaan mlm ini,dialah satu satunya leader yang menjadi benteng kuat mempertahan HPA terutama di Telok Intan dan Perak. “Kak bedah nak mati dalam memperjuangkan HPA” kata-katanya yang sering diulang-ulang apabila bertemu. “Kak bedah percaya perjuangan HPA bukan hanya untuk dunia tetapi mencari kerezaan Allah” tambahnya lagi. Ucapan ini menyebabkan airmataku tak mampu ditahan lagi ,apatah lagi bila mendengar kematian Kak Bedah. Sebelum ini kembalinya Pak Kusnadi juga menggoncang rasa hiba yang panjang dan berita ini juga semakin mengamit seribu nostalgia aku dengan kak Bedah.

Ketika pic di Dewan Amir Ramadhan Perlis setahun lalu kak Bedah sempat bergurau “Abang Yusuf ni baik orangnya,dialah kekasih awal dan akhir kak Bedah”.Abang Yusuf tersenyum dan aku tumpang bahagia melihat pasangan ini. “kalau kak Bedah mati, peniagaan ini kak Bedah wariskan pada anak kak Bedah”itulah pesanan akhir kak Bedah kepadaku.

Aduhai..hibanya aku malam ini,kak Bedah menemui tuhan pada malam Jumaat. Allahuakbar...kepada abang Yusuf Sekeluarga,bersabarlah dan ikhlaskan diri dengan takdir ilahi ini. Kita doakan ruhnya ditempatkan dalam simpanan ruh orang orang yang beriman. Paling Istimewa seorang Isteri ialah apabila mendapat kerezaan suaminya. Kak Bedah...di pesada niaga ini,aku tidak akan mungkiri janji ini bahawa semua usaha dagang kita semata-mata mencari kerezaan Ilahi. Ya Allah..terimalah amal bakti kami dan ampunilah kami.Amin. Al fatihah.

23 September 2009

Pasar Ansor.

mari kesini ....
dengarlah cerita ini..
tentang sejarah yang tidak pernah lupa
pasar Ansor..
tempat para sahabat berniaga
berhimpun tua dan juga muda

mereka membawa contuh hingga kini
bukan hanya pada ukuran benda dan laba
tetapi perdagangan ....
yang tidak pernah mengundang rugi
pada hati dan cita-cita.

semangatnya membara terus menyala
pasaran yahudi kian digempur
agar selamat dunia dan seisinya
kerana yahudi bangsa takabbur.

sejarah ini akan berulang
jika muncul pahlawan terbilang
dari segenap penjuru bumi
menyalakan obor yang dinanti.

Pasar ansor
bukan pasar mati
tapi tempat berniaganya
orang yang punya hati..

Cecair Fresia (CF) produk killer masa depan.

Pernahkah anda mencuba cecair Fresia? jangan ketinggalan kerana dia adalah produk houseware HPA, pertama akan diiklan dalam TV! .....keberkesananya, keharumanya mengalahkan semua cecair pencuci yang lain di pasaran. Kenapa saya berkata bagitu?
Entah...tapi hati saya berkata bagitu. Ustaz Adnan juga setuju selepas ia mencubanya. Ada orang Cina yang bertanya tentang fresia.

Ya Allah, doa siapa yang mustajab ini, sehingga rezeki kita terus terbuka . Teruskan berdoa, agar HPA berjaya menggegarkan ekonomi dunia. Apakah boleh jadi jutawan dengan pencuci kain? ya..tentu sahaja dengan Izin Allah kerana AMWAY(maaf terpaksa guna nama sebagai contuh) juga dahulu kuat dengan SA 8(pencuci kain dalam bentuk serbuk).

Semua rumah perlu pencuci kain...mereka menanti produk Muslim yang betul-betul standard dan kini produk itu telah muncul ditengah pasaran didokongi oleh 600 ribu orang ahli-ahlinya yang sangat setia.
YA Allah...amanah ini akan ku kembalikan kepada yang berhak menerimanya.Amin.

RFC diserbu warga bercuti

Berulang kembali.....beratur satu jam kerana seketul ayam. "Bukan kerana itu" kata seorang anak muda. "kerana apa" si lebih tua bertanya. "nenekku!" katanya selamba. "Ya..nenekku yang pesan ayam RFC ini,katanya bantu Islam bukan Yahudi".Dia terus memberi alasan kenapa dia terus berdiri di depan RFC Laguna.

"Hai...nampaknya pengurusan RFC kena lebih cekap" tingkah pemuda yang lain. Itulah dailog petang kelmarin didepan RFC Laguna yang menyaksikan ratusan umat Islam membanjiri tempat itu. Bukan sahaja di Laguna tetapi di RFC Sungai Petani dan RFC Alor Setar juga begitu.

InsyaAllah bantulah RFC walaupun dengan seketul ayam goreng kerana kekuatan ekonomi itu akan kembali kepada ummah. Terima Kasih pada semua. Oh ya....ada berita baik nak disampaikan,RFC di Kluang sudah hampir 99.9% siap. Satu lagi bendera kita kebarkan diselatan. En Rahmat dan team pemimpin selatan, tolong gempur pasaran RFC disana. Iklankan dalam program..datang beramai-ramai . Team dari Melaka, ayuh turun dulu membantu di Kluang,sebulan lagi kita resmikan RFC di Maidin Mall. Team leader Lembah Kelang, En Hafizan, Dr Ishak, Cikgu Murad dan lain-lain bersiap sedia dengan dua RFC di Shah Alam dan Kajang. Ini semua adalah kerja gigih dari kalian semua yang mengadakan PBC dari utara sampai Selatan. Pantai Timur bersedia untuk menyusul RFC kubang Krian dan 5 lokasi lagi yang sedang dipilih.

Kesetian kalian semua dituntut kerana kalianlah yang menjadi pilar bagunan HPA ini. InsyaAllah.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Kita terus berjuang miskipun ramadhan telah berlalu. "jagalah apa yang masuk ke perutmu" itulah inti perjuangan kita. Seruan kepada yang halal dari sumber dan cara makanan diperolehi. Kepada semua pejuang ekonomi Islam,terus maju membawa laugan "Halalal wataiyiban". Kita masuk ke semua ceruk dan rantau,kita sampaikan kepada semua yang ditemui bahawa hidup ini perlu ada perjuangan dan diatas nama berjuangan kita bersama HPA.

Mana yang tersalah,silap mohon di perbetulkan. Sesama kita jangan ada sengketa baru atau sengketa lama . Perpecahan bererti terbukanya pintu kelemahan cuma menanti keluarnya kebinasaan sesuatu bangsa dan kaum. Hari raya adalah hari kemenangan, kemenangan melawan nafsu,menahan lapar dan dahaga. Hari raya adalah hari untk dibesarkan dan diharamkan berpuasa lagi bila sudah ada pengistiharan raya. Ini membawa makna bahawa selepas sesuatu ujian ,Allah akan memberikan habuan. Di dunia mendapat laba dan diakhirat mendapat syurga.
Ini boleh berlaku jika kita berpuasa kerana Allah dan jika kita berniaga juga kerana Allah. Berniaga bukan hanya pada barang tetapi pada untung dilihat mengalir kemana. Jika berniaga sudah menjadi besar tapi keuntungan untuk sibedebah "yahudi" terlaknat,didunia tidak senang di akhirat berkawanlah dengan mereka bergembira diatas darah dan air mata orang Islam.

Takbir Hari Raya sama dilaungkan dari bumi Aqsa sudah tidak ada lagi air mata kesedihan melainkan yang hidup harus mampu bertahan,miskipun sesama muslim terus berbelanja mengkayakan Yahudi sedunia. Takbir raya kita kertawa dan mereka saudara kita lebih terseksa.
Maafkan kami atas kealpaan ini kerana terus menjadi pengguna produk yahudi.....Ya Allah ampunilah kami....Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin pada semua Warga HPA.Teruskan perjuangan Anda kerana Allah melihat apa yang kita kerjakan. Amin.

16 September 2009

Tabung Gempa Bumi

Tabung ini dibuka terus di cawangan-cawangan HPA sehingga akhir syawal bagi membantu pembinaan 3 buah masjid yang telah roboh dan rosak akibat gempabumi di Pergalengan Bandung Indonesia. Bagi mereka yang telah menyumbang ,jutaan terima kasih atas sumbangan tersebut dan jumlah sumbangan masakini sudah melebihi RM20,000 dan kita memerlukan hanya RM 110 ,000 sahaja lagi. Pembinaan semula Masjid akan bermula lepas lebaran dan semoga Allah memberikan pada kita semua sebuah peniagaan yang tidak ada ruginya. Amin.

PIC Jakarta pada 3 -4 oktober.

Buat pertama kali PIC dijakarta akan diadakan di ITHPA Indonesia bertempat di Pulau Mas Jakarta Pusat pada 3 dan 4 oktober nanti. Mereka yang berminat boleh mendaftar segera dengan pehak ITHPA dengan menghubungi kantor AWMIT Indonesia. PIC ini juga diadakan serentak dengan perasmian Institud Teknologi HPA dan 3 buah homestay yang disiapkan untuk keperluan anggota .

Disamping itu PIC kali ini dibuat antara peserta Malaysia dan Indonesia dimana peserta Malaysia yang berminat untuk mengikuti program hanya perlu menyediakan tiket penerbangan pergi balik ,makan dan tambahan pengurusan RM200.00 (ditanggung tempat tinggal,jemput di Bandara,lawatan ke AWMIT, Cawangan -cawangan HPA ,pusat perawatan ahli-ahli HPA).Manakala aktiviti lain adalah tangungan sendiri dan pakej ini hanya untuk kunjungan 5 hari sahaja iaitu 3 hari acara resmi dan 2 hari acara bebas.

Pakej ini hanya dibuka untuk 10 pemohonan terawal daftar segera di http://hpa.com.my/ithpa/daftar_pic.php. Atau Mereka yang berminat boleh memohon kepada pengurus HPA Indonesia (En Ghani - 013 5139717) atau Pengurus Antarabangsa(Ust Samad - 0194340717) dengan membuat bayaran segera.

Kelab Kembara HPA

Kelab kembara HPA merupakan aktiviti kembara dalam dan luar negeri bagi mengenali pelbagai spesis herba yang ada di sesuatu tempat. Ia terbuka hanya kepad ahli HPA yang berminat untuk meneroka alam yang sangat unit ciptaan Allah.

Setiap ahli diminta untuk membawa kamera bagi merakamkan gambar-gambar pemandangan yang sangat cantik untuk koleksi pengembaraan. Disamping itu juga pelbagai latihan akan diadakan seperti kecekapan penggunaan kamera, penentuan spesis herba ubatan, survival dihutan, penggunaan kompas dan lain-lain lagi. Peserta juga akan membiayai sendiri semua kos yang terlibat dan peralatan-peralatan yang diperlukan adalah tanggungjawab peserta seperti khemah,kompas dan alatan lain yang akan diberitahu. Kelab ini kebanyakanya tidak akan bermalam di hotel tetapi memilih tempat perkemahan kecuali dalam situasi-situasi tertentu.

Oleh kerana aktiviti ini melibatkan aktiviti lasak maka dinasihatkan ahli ahli kembara memilih program-program yang sesuai untuknya dan tidak wajib mengikuti semua program.

Manafaat yang akan diperolehi daripada program ini ialah pendedahan yang lebih meluas tentang tumbuhan-tumbuhan ubatan dan kaedah perawatan sesuatu etnik.InsyaAllah.

Setiausaha Kelab ialah En Mahadi (0139299944) dan mereka yang telah bank in duit ke acc saya perlu memaklumkan ke setiausaha kelab segera. Daftar di http://hpa.com.my/kembara

08 September 2009

RCH KE 3

Perasmian akan diadakan pada esok (9hb Sep 2009) bertempat di jalan Tandop Alor Setar.Ini menjadikan Rangkaian RCH juga bergerak pantas dengan RFC dan lokasi lebih banyak dikawasan utara bagi memudahkan pembekalan bahan mentah dibuat. Namun bagitu dalam sebulan dua lagi RFC dan RCH akan berada bagi kawasan tengah,selatan dan pantai Timur. Ahli-ahli yang berada berdekatan dengan Pasar Besar tandop dijemput untuk majlis tersebut disamping boleh dijadikan tempat untuk berbuka puasa bersama keluarga.Tahniah kepada Team RCH.

Minyak Kelapa Sawit jadi ubatan.

MPOB telah mempekenalkan vitamin E yang sangat baik untuk kesihatan. Vitamin E ini diambil daripada kelapa sawit dimana dari penyelidikan mendapati bahawa vitamin E ini sangat baik untuk Jantung,anti kanser,kulit dan pelbagai lagi kegunaannya terutama bagi mereka yang mempunyai kolesterol buruk yang tinggi.
Syukur kenyataan ini sebenarnya membantu pengguna akan kegunaan Vitamin E Alami yang dikeluarkan oleh HPA. Vitamin E Alami yang di keluarkan dalam bentuk soft gel sekali gus menjadi pilihan bagi mengelakan berlakunya serangan jantung kerana ketersumbatan plak di arteri.InsyaAllah.

Rasa gembira kita juga kepada MPOB yang akan mengeluarkan keju halal dari minyak kelapa sawit pada awal tahun hadapan. Semoga sedikit sebanyak akan menjadi harapan baru kepada produk halal di negara ini. Amin.

Bihun dan Laksa dekat Kandang Babi.

Sudah sekian kali kita mendengar hal-hal bagini betapa kesucian produk yang mendapat kelulusan "Halal" di ragukan. Apa solusinya ? selagi kita tidak berani menjadi pengeluar selagi itulah masalah ini tak akan berakhir. Hendak jadi pengeluar pun bukannya mudah bukan soal modal sahaja tetapi bekalan bahan mentah,mesin dan pasaran cukup akan menyebabkan kita berada pada tahap lama . Jadi bagaimana jalan penyelesaianya?

Kena berjuang.......bersungguh-sungguh, tidak boleh main-main supaya HPA benar-benar menjadi pintu keluar pada permasalah ini. Syukur kita dah mula pasarkan mee kuning tapi tak banyak,masih baru ,kena bersabar seperti pemulaan pengeluaran ayam dan ais krim dahulu. Lama-lama akan memenuhi pasaran.

Bagitu juga Kilang Kola radix dah mula beroperasi di Johor sebagai kilang ke 2 HPA bagi keperluan hari raya. InsyaAllah.Kilang ais Krim di Ipoh juga sedang dalam pembesaran dimana penambahan mesin sedang dilakukan. Kilang aiskrim mendapat kelulusan "Panel Syariah" sepenuhnya dan penal berpuashati dengan bahan-bahan yang digunakan.

Bantuan kemanusiaan ke Bandung

Ribuan saudara kita sedang merana disana,tanpa rumah tanpa makanan.Mereka hanya menjadi penghuni di khemah-khemah(tenda-ind) sebagai pengongsi-ind. Kehidupan perlu diteruskan, dahulu mereka menjadi ahli HPa dengan setia tapi kini mereka tidak punya apa-apa lagi. Apakah kita hanya bersahabat ketika senang sahaja sedangkan dalam situasi bagini kita menghilang diri?

Ayoh semua anggota HPA bersama deligasi khas "bantuan kemanusian" 12 /9 - bertolak dari Jakarta kedaerah bencana 3 hari. InsyaAllah.

06 September 2009

Bantuan Amal HPA - ke Cianjur

Bantuan kemanusiaan untuk tragedi gempa bumi di Indonesia mulai hari ini dibuka diseluruh cawangan HPA Malaysia . PJS Malaysia atau ahli -ahli yang berkemampuan yang ingin bersama saya kesana boleh menghubungi pejabat Pengarah (Suhairi - 013 4239717) secepat mungkin. Pengurus-pengurus Zon akan pastikan tabung-tabung dibuka di setiap cawangan dibawah kendalian mereka dan bantuan ini akan di serahkan segera kepada ahli-ahli HPA dan penduduk yang terlibat disana. InsyaAllah.

03 September 2009

RFC Sungai Petani dan RFC Shah Alam.

Pehak RFC sdn Bhd bersetuju untuk menyewa ruangan kedai di Sungai Petani dan Shah Alam dengan Koperasi Wahida HPA bagi diujudkan peniagaan kedai makan segera (RFC). Dengan ini kita mengharapkan koperasi boleh menyediakan lebih banyak ruangan kedai bagi tujuan seperti diatas.
Pehak RFC juga akan mencari lebih banyak tempat borpotensi bagi memperbesarkan lagi peniagaan ini. Target tahun 2009 ,RFC memiliki lebih dari 20 buah cawangan diseluruh Malaysia. InsyaAllah. Pada masa kini terdapat 3 buah RFC iaitu 2 di Sungai Petani dan 1 buah di Alor setar. RFC di Melaka,Perlis dan Kluang dijangka siap dalam bulan ini atau awal bulan hadapan. InsyaAllah.

Tahniah kepada KOOP Wahida

Tahniah kepada koperasi yang boleh membayar dividen sebanyak 14% pada tahun keewangan yang lepas. Semoga ia akan menyemarakan lagi pergerakan koperasi-koperasi di Malaysia. Bagi pehak HPA kita mengharapkan koperasi akan bangun menjadi sebuah wadah peniagaan yang berjaya mengembalikan ekonomi negara ke tahap yang boleh dibanggakan.

Banyak koperasi yang ujud dinegara ini masih belum dapat menjadi perinstis untuk meujudkan peniagaan yang berdaya saing. Walaupun kadangkala koperasi itu mempunyai simpanan wang berjuta-juta ringgit tetapi hanya menjadi tempat simpanan semata-masa. Objektif koperasi bukan hanya untuk menyimpan kutipan wang ahli tetapi koperasi boleh meneroka bidang peniagaan yang terbuka luas buat masa kini.

Sayugialah diharapkan semua koperasi yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia menjadi lebih aktif terutama dengan ujudnya kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta. Tahniah sekali lagi pada koperasi Wahida.