Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

30 June 2008

RFC di TV 3

Pehak HPA mengucapkan terima kasih atas promosi TV3 kepada RFC yang disiarkan di dalam BULETIN 1.30 kelmarin.Liputan ini dibuat kerana pehak TV3 sangat tertarik dengan konsep makanan segera yang sehat berserta dengan penggunaan herba-herba ubatan.

Wakil HPA,Tn Syed Azhar yang juga merupakan pengurus operasi telah menjelaskan konsep peniagaan RFC yang berasaskan fresh~organik~halal .Inilah keunikan RFC sehingga dijangkakan masa hadapan ia akan menjadi pilihan utama masayarakat dinegara ini.InsyaAllah.

28 June 2008

WebRadio

HPA sedang menyiapkan siaran radionya sendiri melalui laman web http://hpa.com.my/webradio yang dapat diikuti seluruh dunia.Mereka yang berminat untuk menjadi Juruhebah tetap boleh mengemukakan pemohonan kepada En Mahadi (0139299944) atau cik Azira (0172980436).

Radio HPA dirancang akan disiarkan selama 24 jam pada setiap hari memuatkan berita-berita perkembangan HPA,PBC,projek- projek HPA,kuliah pengubatan jawi,tetamu jemputan,kuliah perubatan Islam dan lain-lain lagi yang menarik.

Projek ini adalah untuk memberikan infomasi terus kepada semua ahli HPA seramai 450 ribu orang dan sasaran kita seramai 10,000 orang yang akan mengikuti siaran ini setiap hari.Siaran ini akan dikawal di bilik rakaman dan studio HPA di Sungai Petani..

Rancanganya akan bermula pada bulan julai nanti InsyaAllah.

RFC dan kopi murah

Di mana ada sokongan di situ juga ada tentangan.Setelahmana Kopi radix terus menguasai pasaran kopi maka pelbagai helah dilakukan untuk menjadikan imej HPA supaya menjadi buruk disisi pengguna.Penjualan harga murah dipasaran sempat menjadikan pasar kopi radix terjejas dan resah dikalangan Ahli.Kopi Radix dikaitkan dengan daun ketum.Kopi radix juga dikatakan tidak mengandungi tongkat Ali walaupun pahitnya pokok tongkat Ali terasa bila meminumnya.

Kita tidak hairan jika esok RFC pula dijadikan sasaran untuk burukan HPA setelah imej restoran makanan segera ini mendapat sambutan daripada pengguna.Ini kerana peniagaan RFC akan menjadi satu pasar besar diseluruh Malaysia.InsyaAllah.Para leader hendaklah memberikan gambaran jelas pada ahli-ahli tentang ujudnya usaha-usaha jahat ini bagi menjatuhkan mlm kita bersama.

PBC di Singapore

PBC pertama akan dikendalikan pada 28 - 29 June 2008 di Aiditorium Masjid Mujahidin,Stirling Road,Singapore.InsyaAllah.HPA mempunyai lebih 900 orang ahli di Singapore yang telah berdaftar tetapi tidak aktif dan penajaan semula boleh dilakukan kepada mereka yang tidak membuat apa-apa belian dalam tempoh 6 bulan.

Hasil dari pertemuan di Singapore malam tadi besar kemungkinan HPA juga akan membuka cawanganya di sini.InsyaAllah.Singapore menguatkuasakan undang-undang melarang kemasukan pokok Tungkat Ali ke negaranya atas alasan yang tidak jelas.Larangan ini juga termasuk kopi Radix.

27 June 2008

Kursus Bekam di KLIH

Krusus bekam akan diadakan di KLIH pada 19 dan 20 hb Julai akan datang.Mereka yang berminat boleh memohon melalui cawangan-cawangan HPA .Krusus bekam ini dianjurkan oleh pejabat pentadbiran HPA Zon Tengah.

Antara yang menarik dibahaskan dalam krusus ini adalah seperti berikut:-

1. Titik-titik bekam menurut sunnah Nabi saw
2. Titik-titik khas dan sinerginya dengan herba
3. latihan amali bekam
4. Tawaran menyertai kelab bekam pengubatan jawi.

Pendaftaran dibuka sekarang dan tempat adalah terhad.Sila dapatkan infomasi daripada cawangan atau pengurus zon (Pn Siti 0134219727) TK.

Pemintaan yang tinggi di RFC

Pihak pentadbiran RFC akan membuat tempahan dapur tambahan bagi memastikan order pelanggan cepat disediakan. InsyaAllah dalam tempoh masa sebulan pelanggan RFC tidak perlu lagi menunggu masa lama untuk sesuatu order. Ini berlaku kerana sambutan kepada RFC diluar jangka. Disudut persiapan ayam organik HPA, kita tidak menghadapi masalah malah ada 3 negeri lagi yang mengundang untuk kontrak perladangan bersama para petani.

Doakan kejayaan kita bersama.Amin.

Rangkaian AbdulRahman Al Auf

Tahniah pada Rangkaian ini yang berjaya meujudkan pusat operasi dan training mereka sendiri di Lagenda Height.Pihak HPA sangat berbesar hati dengan persediaan yangbersungguh-sungguh daripada kumpulan ini.Selamat meraikan majlis perasmian pada esok hari 28 Jun 08.

Pihak saya memohon maaf tidak dapat menghadiri majlis gilang gemilang ini kerana mengisi program di Singapore, Johor dan Melaka. Menurut Ustaz Zahir (DOTY) selaku pemimpin kumpulan ini dijangka lebih seribu orang yang akan hadir pada hari esok.Tahniah...teruskan perjuangan dan jangan lupa singgah di RFC.InsyaAllah.

Liputan TV 3 di RFC

Terima kasih kepada pihak TV 3 yang membuat liputan berhubung dengan RFC pagi ini dan saya difahamkan akan disiarkan dalam buletin utama malam ini(28 atau 29hb).RFC adalah milik bersama 450 ribu orang ahli-ahlinya dan kejayaannya juga adalah kejayaan bersama.

HPA bermula dari awal,mulai dari penanaman jagung untuk makanan ayam,kajian makanan ayam organik,kajian penternakan ayam terbuka ,kilang sos ,kola Radix dan lain-lain lagi .Ayam-ayam HPA juga dijual di seluruh cawangan HPA .Kita mempunyai 69 buah cawangan seluruh malaysia sebagai pusat pengedaran semua produk halal HPA.

Pada awal tahun 2007 kita memiliki 22 cawangan sahaja dan dalam tempoh satu tahun kita berkembang melebihi 300%.Doakan agar tahun 2009 HPA akan mempunyai 150 buah cawangan di negara ini.Di Indonesia HPA mempunyai cawangan di Jakarta Pusat(AWMID),Palembang,Batam dan Makasar.Namun bagitu Di Indonesia HPA di bantu kukuh oleh pt Wahida Indonesia dan mempunyai stokis seluruh negara Indonesia.

Badan Syariah HPA

Sesuai dengan misi dan visi HPA untuk menguasai pasaran global,mewujudkan jaringan pemasaran antarabangsa,pembukaan bank Syariah ,Yayasan HPA dan lain-lain lagi maka kami akan membentuk badan syariah HPA yang telus bagi memastikan perjalanan HPA benar-benar menepati syariat.InsyaAllah.
Mereka yang mempunyai kelulusan dipelawa untuk bersama kami secara sukarela dan bolehlah menghubungi dengan Ust Mohd Adnan :019-5703410.Terima kasih atas sumbangan anda untuk peniagaan ini.Amin.

26 June 2008

Perkongsian Bijak RFC (PBR)

Sudah sampai masanya kami mempelawa mereka yang mempunyai modal dan berminat untuk membuka RFC dalam peluang PBR di empat lokasi iaitu :-
1. Perlis
2. Alor Setar
2. Pulau Pinang
3. kelantan
4. Terengganu.

Syarat awal yang diperlukan ialah:
1. Modal RM1 juta(minimun)bergantung pada keluasan tempat.
2. Mempunyai tempat yang stategik
3. Menjadi ahli HPA lebih dari 3 bulan dll.

Tempat-tempat yang lain masih belum dibuka lagi.Mereka yang berminat boleh menulis surat kepada HPA atau menghubungi pegawai kami :-

Pn Sobihah : 0195089842.

Pehak kami akan mengadakan temuduga segera kepada mereka yang berkelayakan.

Kontrak penanaman jagung.

HPA Farm (bahagian tanaman)sedang cuba menanam sejenis jagung untuk persediaan makanan ayam organik.Bagi mereka yang berminat dan ingin mencuba tanaman ini bolehlah menghubungi pegawai kami seperti dibawah:-

Kapten Zul : 0134093737

kontrak penanaman ini merangkumi kepada syarat-syarat seperti di bawah:-

1. bekalan benih f1 daripada HPA Farm
2. penggunaan sepenuhnya baja organik HPA
3. Tidak menggunakan racun kimia
4. harga belian yang dipersetujui.

Tawaran kerja.

Tawaran kerja 1(doktor)
Terbuka kepada para doktor yang ingin bersama-sama untuk berkerja dan membuat penelitian pengubatan herba di Pusat Latihan Pengubatan Jawi.Mereka yang berminat boleh menghubungi pehak Pentadbiran HPA seperti Dibawah:-

Ust Mohd Adnan - 0195703410
Pn Husni - 0134308717

Tawaran ke 2 ( penyelidik pertanian )

Terbuka kepada mereka yang mempunyai diploma pertanian atau ijazah pertanian untuk tawaran kerja sebagai penyelidik Pertanian Organik HPA.Mereka yang berminat boleh menghubungi pegawai di atas pada waktu pejabat.

25 June 2008

Produk Halal Tanggungjawab Bersama

Dalam satu khutbah jumaat di Indonesia,khatib berkhutbah tentang halal dan haram dalam makanan.Tiba-tiba nama HPA di sebut dalam khutbah. "solusinya kembali kepada produk yang halal seperti contuh dari produk HPA".Berulangkali dia menyebut nama HPA menyebabkan saya terfikir kalaulah ulamak memainkan peranan bagini sudah tentu produk haram tidak akan berada dipasaran.

Tidak ramai para ulamak yang berani menunjukan produk mana yang halal dipasaran.Mereka hanya menyatakan soal halal dan haram tanpa memberikan kesimpulan,sepatutnya produk mana yang perlu kita ambil dan yang mana pula patut kita jauhi.Ini kononnya untuk menjaga imej dirinya supaya tidak dikatakan mengambil kesempatan.Jadi...bila masyarakat akan mengerti?
Lebih malang sekali rumah mereka dipenuhi dengan produk-produk yang tidak halal dan mereka melarikan diri dari tangungjawab ini melalui kaedah fekah yang mudah."jangan banyak bertanya"'.
Sampai bila akan jadi begini?

"Franchise" RFC

Mana-mana syarikat yang hendak mengadakan sistem "franchise" hendaklah beroperasi melebihi dari 3 tahun.Setelah diteliti kedudukan untung rugi projek barulah pehak kerajaan membenarkan sistem ini dilaksanakan.Bagitulah juga dengan sistem "franchise" HPA

Bagi pehak HPA kita terpaksa menambah jumlah penternakan ,makanan dan pusat penetasan anak ayam untuk mencukupi keperluan.Buat masa ini RFC akan dibuka mengikut kawasan yang berdekatan dengan tempat penternakan ayam untk membolehkan pengurusan yang cepat dan bermutu tinggi.Lokasi yang terdekat ialah di Alor Setar,Kelantan dan Terengganu.

Pehak HPA Farm sedang mengenal pasti tempat-tempat baru penternakan di negeri-negeri yang belum ada.InsyaAllah.

24 June 2008

Talkum Powder IJK,MBK dan IPK.

Alhamdulilah,kita telah selesai melakukan R&D bagi menghasilkan talkum powder bermutu tinggi dengan haruman yang menyegarkan.Ini semua adalah cadangan dari para pengedar yang sentiasa terus bertanya "bila HPA nak keluarkan talkum sendiri?".

HPA akan memperkenalkan 3 jenis talkum iaitu

1. Talkum IJK (lelaki)
2. Talkum MBK (wanita)
3. Talkum IPK (kanak-kanak)

* IJK - Inilah Jalan Kami
*MBK - Mari bersama kami
*IPK - Inilah Pandangan kami.

Dijangka siap dan berada dipasaran pada 1 ogos 2008.InsyaAllah.
Menguasai Pasaran Global.Amin.

Kilang Kola Radix

Kilang kola radix yang bertaraf antarabangsa hampir siap dalam pembinaan.Kilang yang menelan belanja jutaan ringgit ini dijangka akan menjadi pesaing hebat di pasaran.Selain daripada zam-zam cola,mecca cola dijangka produk atas nama Radix cola akan muncul dipasaran tempatan dan international.
Marilah kita sama-sama mencatat sejarah dunia untuk datang beramai-ramai meresmikan kilang ini pada 6/7/08 nanti.InsyaAllah.Semoga Allah menghadiahkan kepada kita pasaran dan rezeki yang halal sepertimana dikurniakan kepada orang-orang yang soleh sebelum daripada kita.Amin.

Insyallah Pelancaran Kilang Kola Radix akan disiar secara langsung melalui WebTv HPA. di http://hpa.com.my/webtv

Mesyuarat ALP Koperasi HPA Wahida.

Mesyuarat ALP koop akan diadakan pada 3 Julai 2008 untuk membincangkan tarikh mesyuarat Agong yang akan datang.Kelewatan ini kerana menanti lapuran oudit dari jabatan pembangunan koperasi(JPK).Pehak HPA sangat-sangat berharap agar koperasi akan menjadi wadah perjuangan yang lebih mantap untuk ahli-ahli koperasi HPA yang kini seramai 3000 orang.

Kita telah meletakan satu matlamat agar koperasi HPA juga akan menjadi sebuah bank disuatu hari nanti.ALP yang akan dilantik diminta supaya lebih aktif dalam mengadakan mesyuarat bulanan dan mengatur aktiviti-aktiviti yang boleh menguntungkan ahli.

Pehak HPA sangat menentang penubuhan koperasi yang terlibat dalam skim cepat kaya.Koperasi adalah amanah ahli-ahli HPA yang bagitu setia menabungkan keewangan yang kini melebihi 3 juta ringgit.Apapun HPA memberi jaminan koop HPA wahida walaupun mempunyai entiti berasingan akan memastikan keewangan diuruskan dengan baik.InsyaAllah.

23 June 2008

Kehadiran yang dinanti-nantikan.

Cuba lapangkan masa anda sebulan sekali bagi mengikuti program KPJ.Selain daripada mempelajari perubatan Jawi ,anda juga akan mengikuti perkembangan semasa HPA.Di sini semangat anda akan kembali kuat untuk tabah bertahan dalam perjuangan yang panjang.Semangat itu datang dan boleh hilang ,jadi bagi mempertahankannya perlukan satu suntikan semangat yang berterusan.

Kalau anda suka,anda boleh mengambil peperiksaan KPJ untuk melihat sejauh mana penguasaan ilmu anda dalam HPA.Tidak ada paksaan di sini yang penting anda datang setiap bulan dalam program yang kita telah rancang.

Saya hanya menjalankan amanah yang telah di berikan oleh anda semua,sehingga ini saya melakukan yang terdaya untuk pengeluaran produk halal di pasaran.Terima kasih pada mereka yang menghaziri KPJ di KLIH malam tadi dan maaf atas pengurusan kuliah secara "live"yang tidak memuaskan.Lihat rakaman KPJ KLIH di WEBTV HPA ( http://hpa.com.my/webtv ) sekarang.

Kekurangan akan segera kita tampung bersama.Bantulah HPA kerana ummah.Amin.

Kenapa gagal dalam MLM ?

Faktor sikap banyak mempengaruhi kejayaan sesaorang dalam MLM.Berfikir bahawa MLM merupakan peniagaan yang mudah,tak perlu modal,boleh buat bila-bila masa menjadikan sesaorang individu itu gagal mencapai kejayaan.MLM ialah kerja profesional yang memerlukan daya fikir yang tinggi untuk mengunakan ruang pasaran yang sedia ada walaupun telah padat dengan seribu produk

Orang yang selalu memikirkan MLM sesuatu yang mudah sering terkena kejutan apabila beberapa bulan pertama masih tidak membuahkan kejayaan.Oleh sebab itu ia memerlukan bimbingan dari up line yang telah masak dalam asam garam bisnis MLM.

Jangan permudahkan bisnis ini tetapi belajarlah dari bawah,berani untuk bermula dari awal walaupun dahulu kita adalah penjawat jawatan awam yang tinggi.Menghaziri program MLM dengan rasa rendah diri kerana kejayaan tidak pernah bertanya siapa kita sebelum ini.Tidak ada jalan mudah dalam peniagaan MLM dan jangan terperangkap dengan sistem lambakan barang bagi mengejar pangkat dan bonus kerana kaedah ini seperti mendirikan rumah di atas tanah gambut.

Bila sudah menjadi leader,pindahkan semua kemahiran anda untuk melahirkan seribu leader berwibawa dibawah anda.Anda akan terhibur apabila cara dan kaedah anda digunakan untuk mencapai kejayaan bersama.Amin.

Pengeluaran Kola Radix

Dalam masa seminggu ini kita mempunyai sedikit masalah pembekalan produk cola radix dan sarsi radix.Ini adalah disebabkan kerana persiapan dan pemindahan ke kilang baru sedang dilakukan.Mengikut kapasiti pengeluaran kilang kita mampu mengeluarkan 1 juta botol sebulan.

Pemintaan air minuman yang meningkat 10 kali ganda pada bulan Ramadhan merupakan target jualan kita.Pehak kami mempersilakan tuan puan untuk menghaziri program pembukaan kilang ini nanti pada 6/7/08.InsyaAlah.

22 June 2008

Perjuangan II

Pejuang ...
kau masih tetap menanti
sebuah keberhasilan dari langkahmu yang tidak mati
miskipun parut lama dan luka baru terus berdarah.
Kekadang bagaikan menanti masa untuk rebah

Aduhai..pejuang
Di dadamu seribu rasa
yang sukar di beri erti
dibalik senyuman
tapi ...
kau sahaja yang mengerti



(khas untuk semua staf-staf HPA ,di posisi mana anda berada)

21 June 2008

Peperiksaan yang mengembirakan

Malam ini seramai 44 orang peserta KPJ Alor Setar dan Sungai Petani telah mengambil peperiksaan.Soalan objektif sebanyak 80 soalan perlu dihabiskan dalam tempoh sejam setengah bermula dari jam 9.30pm sampai jam 11 pm.

KPJ membuat soalan dalam bentuk yang dapat memberikan kelegaan kepada orang yang menjawabnya.Kita tidak mahu pelajar KPJ menjadi stress kerana kita adalah perawat.Dalam kertas ujian juga perlu ada rawatan pada mental ,namun bagitu kaedah ini tidak dilakukan di mana-mana universiti maupun sekolah .

Apa yang berlaku sekarang ,peperiksaan itu sesuatu yang boleh menyebabkan belakunya tekanan fikiran.Kadangkala berlaku histeria(hilang kawalan diri) pada masa musim peperiksaan di sekolah- sekolah.Ramailah bomoh-bomoh yang telah dipanggil bagi memulihkan para pelajar yang telah lupa ingatan ataupun untuk membuang apa jenis penunggu yang ada disitu.Benarkah bagitu,penunggu menjadi marah pada musim peperiksaan?

Bagi saya histeria merupakan kemuncak tekanan yang dialami oleh para pelajar kerana memikirkan peperiksaan yang telah tiba.Mereka takut untuk berhadapan dengan ujian kalau berlakunya gagal dalam peperiksaan.Mereka tidak mendapat "deep sleeping" malah kadangkala berjaga sampai larut-larut malam.Suhu badan meningkat diikuti dengan kurang mandi dan kurang minum air dan halusinasi pun berlaku.

Ubatnya ialah mandi dan rehat yang cukup disamping menanamkan keyakinan dan redha atas apa jua takdir selepas kita berusaha.Melihat hikmah dibalik kegagalan maupun kejayaan.Berjaya kita bersyukur,gagal kita bersabar.

4 Produk Baru Di Indonesia.

Merujuk kepada perancangan "menguasai pasaran besar di Indonesia" pada minggu ini HPA Malaysia akan mengadakan mesyuarat bersama dengan PT Wahida Indonesia dibawah pengendalian Bapak Taufik Kemas dan Ibu Tuti bagi meluluskan 4 produk herba di Indonesia.

Hasil dari kata sepakat yang akan diambil,satu majlis peluncuran-ind produk akan diadakan pada masa yang terdekat.Kebijakan ini di ambil bagi mengatasi keterbatasan produk HPA di Indonesia.

Semua produk yang dijual di Indonesia akan dihasilkan di negara ini-Ind.Ini dapat mengatasi masalah birokrasi dalam penghantaran barang dari Malaysia dan Indonesia.Produk-produk tersebut mendapat kelulusan POM dan MUI.InsyaAllah.

Terima kasih atas sokongan teman-teman disana.Teruskan perjuangan kalian semua demi kerana ummah.Amin.

Umrah kali ke 2

Dengan mengambil kira cadangan dan kelemahan rombongan umrah yang pertama kini HPA Ilham Holidays terus melangkah kehadapan dengan Pakej Istimewa umrah HPA seperti berikut:-

Tarikh : 15 Ogos - 26 Ogos 2008

Flight : Saudi Air (Direct Flight KL to Jeddah)

Tambang : RM6000.00

Bilangan ahli umrah : 40 0rang (baki ada 19 seat sahaja lagi)

Nama perlu diberikan pada minggu ini sahaja untuk "confirmation" tiket.

HPA akan terus berjuang sehingga berjaya mewujudkan hotel,RFC dan transportation sendiri di Kota Haramain.InsyaAllah.

Bantulah HPA diposisi mana anda berada.Terimakasih

Kursus Kiro

Kursus kiro buat pertama kali akan diadakan di Sungai petani pada 11 dan 12 Julai bertempat di Dewan Omar Mokhtar (atas RFC).Peserta akan di dedahkan dengan kaedah pembetulan tulang belakang(Teknik pengubatan Jawi) yang berkesan untuk disinergikan dengan penggunaan herba.

Kursus ini akan dikendalikan oleh KPJ (pembelajaran langsung dengan pengarah) selama 2 hari termasuklah dengan pelbagai penggunaan herba-herba HPA.

Yuran pendaftaran: RM 150 (makan dan tempat tinggal tidak disediakan)

Bagi mereka yang datang dari jauh boleh membuat tempahan bilik-bilik homestay HPA dengan menghubungi terus pegawai yang bertugas.

Ust Samad (0194340717)
Pn Sikin (0175515911)

Oleh kerana tempat yang terhad kami akan mengutamakan bagi tempahan berbayar sahaja.TK

Rawatan di JHS dan Homestay.

Bagi mereka yang datang daripada jauh untuk perawatan di Jawi Herb Shop (JHS) bolehlah menghubungi pehak pengurusan homestay untuk tempahan tempat tinggal.Ini termasuk juga dengan pihak pengurusan atau ahli yang ingin menggunakan kemudahan homestay agar membuat tempahan lebih awal dari tarikh program yang ditetapkan.

Pengurusan Homestay dan JHS kini dibawah pengendalian En.Khir Juhari (013 4222716) atau 04-4483718 (pejabat).Tempahan dibuka sekarang.
Lawati Web
Jawi Homestay: http://hpa.com.my/jawihomestay
Jawi Herb Shop : http://hpa.com.my/jhs

Lawatan Tn Guru Hj Mohd Baqi.

Ucapan terima kasih atas lawatan Tn Guru Hj Mohd Baqi bin Othman dan cikgu Alias Hussin dari Temerloh ke RFC pada 21hb Jun 2008.Kami sangat menghargai kesudian para ulamak untuk sama-sama memberikan sokongan di atas pembukaan RFC.Bantu dan doakan HPA diposisi mana anda berada demi sebuah perjuangan dan maafilah atas serba kekurangan.TK

19 June 2008

Semoga bertambah kasih sayang kita.

"Isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata, penenang jiwa..."

Disini saya perturunkan beberapa kaedah kepada para isteri semoga menjadi isteri yang solehah berdasarkan kaedah terapi Pengubatan Jawi .Terapi ini paling berkesan dilakukan kepada suami anda apabila ia pulang dengan keletihan.

1. Aroma terapi - sediakan satu alat pemanas bagi menyemarakan rumah anda dengan aroma
yang sesuai. Biasanya aroma untuk penenang yang terbaik ialah minyak
Kenanga.

2. Air bermadu - Sediakan segelas air mineral HPA yang dicampurkan dengan madu Lebah asli
ataupun kopi radix bercampur madu.Jangan letak diatas meja tetapi hulurlah
dari tangan anda yang ikhlas.

2. Rendaman kaki - Sesekali anda sediakan pula air panas yang dicampur dengan garam dan
pokok hempedu bumi untuk rendaman kaki suami.Ini akan melegakan
keletihan kakinya berjalan mencari rezeki untuk anda sekeluarga.

3. Urutan reflexologi - sangat baik dan saya yakin tidak sampai 5 minit anda membuat terapi
untuk suami,dia akan tertidur.Kalau untuk tujuan membolehkan suami
tidur jangan gunakan minyak but-but tetapi gunakan minyak VCO atau
minyak zaitun kerana MBB akan menyebabkan dia terus segar.Sewaktu
pasangan anda sedang tidur,berdoalah agar dia
diberikan kesihatan dan bertambah kuat imanya dari hari kehari.
(ikut krusus reflexologi KPJ)

4. Kiro - kalau diperlukan anda boleh melakukan kiro pada suami anda.Jika
terdapat bunyi yang banyak,fahamilah bahawa dia sedang dilanda dengan
banyak masalah.Jadi jangan ditambah dengan masalah lagi.

Saya rasa cukup dahulu 4 tip perawatan Jawi untuk menjadi Isteri yang sentiasa di redhoi suami.InsyaAllah.

Madu Tualang Asli Gold

Madu ini dikutip oleh pencari madu lebah hutan.Selain daripada keaslianya yang diakui ia juga merupakan madu lebah liar yang hidup dalam hutan yang bersih dari pencemaran.Oleh kerana harganya yang mahal dan bemusim,HPA tidak menjanjikan pengeluaran tetap ada sepanjang masa.Hanya 3 bulan sahaja dalam setahun madu ini boleh diambil.

Madu ini dikatakan terbaik untuk minuman kerana qualiti bunga yang sukar didapati pada sepanjang musim.HPA bercadang untuk mengeluarkan lebih dari 10 jenis madu di Pasaran sebagai pilihan pada para pengguna.Tungguhlah kemunculanya nanti.InsyaAllah.

Satu sudu madu dicampur dengan seliter air dijadikan pembasuh muka sebelum tidur malam dan saat bangun waktu pagi sangat baik untuk terapi mata yang berselaput dan menjaga kecantikan kulit muka.

Madu jangan disimpan didalam peti ais kerana boleh menghilangkan khasiatnya.

Tukar tarikh hijriah

Anda dapat mengetahui tarikh lahir anda dalam kalender Islam dengan menggunakan kemudahan pada kolum "tukar tarikh hijriah".Masukan tarikh lahir anda pada ruangan yang disediakan.

Berapa tarikh lahir anda?

Menentukan penyakit dan peribadi sesaorang tidak boleh dilakukan dengan membuat pengiraan pada tarikh lahir.Jika ini dilakukan ia akan membawa kepada ilmu ramal atau nujum dan tertolak amalanya 40 hari.(kefahaman hadis)

Ilmu falakiah ini sangat cenderung untuk melihat perkara yang akan berlaku dan ianya juga sebuah tekaan yang tidak berdasarkan kepada hadis maupun Al-quran.Manusia boleh berubah dengan ilmu serta hidayah daripada Allah.Siapa yang dapat mengetahui apakah sesaorang itu akan mendapat hidayah ataupun tidak?

Jadi kita hanya diminta banyak berdoa agar mendapat hidayah dalam sepanjang kehidupan bukanya membuat pengiraan dari tarikh kelahiran.Semoga Allah lindungi kita dari golongan manusia yang suka mencari yang pelik-pelik.Amin.

diet berdasarkan jenis darah

Dunia perubatan sekali lagi dikejutkan dengan satu kaedah pencegahan penyakit berdasarkan pemilihan makanan yang betul.Pemilihan makan berdasarkan jenis-jenis darah manusia adalah hasil penemuan Dr Peter J. D'Adamo (1996)AS.

Beliau menyatakan orang-orang macam saya (darah B) sangat sesuai dengan produk susu dan hasil olahan susu.,tidak dianjurkan makan daging ayam tetapi dicadangkan mengambil dari kambing yang kurang lemak,daging lembu dan ikan.

Juga dicadangkan agar mendapatkan istirahat dan olahraga yang cukup.Stres diatasi dengan mengambil buah seperti pisang,tembikai/semangka-ind dan papaya.

Diet D'Adamo ini tidak mendapat sokongan dari para pakar-pakar pemakanan kerana katanya tidak memenuhi gizi pemakan yang sempurna.Isu ini turut dibahaskan oleh para doktor di Malaysia dan dimuatkan didada akhbar.

Siapapun yang memberi pendapat , saya ingin menyatakan bahawa diet yang terbaik adalah seperti dietnya Rasullulah saw .Ini terbukti kerana Rasullulah saw tidak pernah diare/cirit/mencret dalam kehidupanya mengalahkan pakar-pakar pemakanan yang selalu diare.Kedua,kekuatan tubuh badan Rasulullah saw dapat dilihat dari keupayaanya menjadi pemimpin umat tanpa lelah.Pemimpin kepada negara,pemimpin kepada keluarga,pemimpin dalam peperangan,pemimpin dalam pendidikan,pemimpin dalam solat ,pemimpin dalam ekonomi dan semua bidang kehidupan.Menjadi contuh nombor satu yang tidak ada tolok bandingan sampai hari ini.

Itu tidak lagi kita lihat ibadat baginda di malam hari,berdiri solat sahaja berjam-jam lamanya menghabiskan surah-surah Al-quran yang panjang. Jika kita kaji rahsia kekuatan tubuh badan Rasullah saw nanti kita akan temui jawapan bagi sebuah perbincangan "diat harian cara Nabi"

Kenapa Rasullulah saw melarang pengambilan ikan dengan susu? Apa pula yang tersembunyi dibalik puasa wajib dan puasa sunat? kenapa perlu berbekam? apakah zat pemakanan di dalam kurma ajwah?bagaimana dengan habatul saudak,kenapa Rasulullah mengambil madu?

Diet permakanan Rasulullah saw bukanya sebuah tiori diet sehari-hari tetapi ianya bersumberkan dari wahyu ilahi yang mengandungi haq,ma'ruf dan khair.

Ikuti kuliah KPJ bagi memantabkan anda dengan keyakinan ini.Amin.

18 June 2008

perjuangan.

Kiranya ...
kau bisa memahami
apakah ertinya sebuah perjuangan
tentunya kau tidak akan bertanya
masa sunyi yang kau rasakan itu
masihkah ada lagi sisa -sisa cinta

cuma kita sering terpisah
pada waktu yang cepat berlalu
kuntum-kuntum bunga tak sempat lagi
kukutip untukmu
buat pengubat rindu

bersabarlah..
kerana kebahagian itu berada
dibalik sebuah perjuangan

(salam pada semua ahli-ahli HPA yang terus berjuang memasarkan produk Halal)

Pengalaman,sains dan data-data klinikal.

Satu masa dahulu generasi lampau hanya menyatakan bahawa pokok Tungkat Ali baik untuk tenaga lelaki.Pada ketika itu tidak ada satu kajian sains yang membenarkan keyataan itu melainkan berdasarkan pengalaman orang yang mengamalkanya.Keyataan orang dahulu diguna pakai turun temurun sebagai kaedah perawatan dan penjagaan kesihatan berdasarkan herba.

Beberapa tahun kebelakangan ini barulah beberapa orang penyelidik tempatan dari beberapa buah universiti melakukan pemerhatian di dalam makmal.Hasilnya sangat memeranjatkan dunia pengubatan kerana pokok Tungkat Ali bukan sahaja untuk afrodisiac(perangsang sexs) tetapi juga berkemungkinan membentuk kelahiran anak lelaki.Disamping itu,kajian dari UPM pula menunjukan kesan anti kanser.

Jadi sains datang kemudian daripada pengalaman .Pada golongan yang percaya hanya pada sebuah kajian perlu berfikir semula,kadangkala kebenaran itu dapat kita lihat pada pengalaman yang lampau.Jika kita masih terus berpegang pada "data-data klinikal" untuk membenarkan sesuatu perubatan ,yang akan terjadi belum sempat data diperolehi ,orang-orang yang memiliki pengalaman pengubatan itu semuanya sudahpun mati.

Bagitulah juga kelebihan yang ada pada kopi Radix bukan satu kebetulan tetapi satu kenyataan walaupun tidak ada data klinikal.

17 June 2008

Pembelian ayam dari Thailand

Kerajaan sedang menimbang untuk membawa masuk ayam Thailand ke negara ini bagi mengimbangi harga ayam yang semakin tidak terkawal.Harga ayam diproses kini telah sampai RM8 perkg.

Bagi saya, ayam yang diternak di Thailand samalah dengan hasil pertanian yang lain terdedah kepada penggunaan bahan kimia yang tidak terkawal.Penggunaan vaksin dan anti biotik secara meleluasa termasuk beta egonist(agen pengemuk dari babi) dan lain-lain lagi.Jadi cadangan ini perlu dikaji semula perlaksanaanya.

HPA Farm akan terus membesarkan perladangan ayam organiknyanya khusus untk ahli-ahli HPA yang telah menjangkau 500 ribu orang.Kita komited untuk menjadi pengeluar makanan halal di dalam dan luar negara.

Kajian makanan ayam (baru) terus di lakukan oleh pakar pertenakan HPA(Dr Shaari) dari masa ke semasa dan doakan HPA berjaya mempunyai pusat penetasan anak ayamnya sendiri disuatu hari.Insyaalah.

16 June 2008

Daun ketum bukan ubat tetapi racun

Daun ketum kini telah dijadikan sebagai ubat ketagihan mengantikan daun ganja.Ramai sekali remaja yang menjadi penagih daun ketum dan mereka menanam pohon ini di belakang-belakang rumah.Amat menyedihkan sekali,melihat tubuh badan mereka yang sasa dan kuat menggigil apabila tidak mengambil air atau serbuk daun ketum.

Status tanaman ini juga perlu dijelaskan,apakah ia termasuk dalam ketegori dadah merbahaya yang boleh dihukum berat.(mati).Saya melihat jika keadaan ini tidak ditangapi dengan cepat ianya lebih bahaya dari dadah kerana ia bagitu mudah di dapati terutama dalam belukar-belukar kampung di utara Malaysia.

Perubatan jawi mencadangkan penggunaan kopi radix 6 sachet sehari untuk menghilangkan ketagihan dan kesan sampingan daun ketum.Ia juga berkesan untuk mereka yang mempunyai niat menghentikan hisap rokok.InsyaAllah.

Berat Mata Memandang

Berat lagi bahu yang memikul tugas dan tanggungjawab bagi menjana ekonomi ummah.Bila anda melihat HPA mula merancang untuk menguasai produk halal dipasaran,lakukanlah apa sahaja yang termampu bagi menungkat segala kelemahanya.Memperelokan bukan mencari kecacatan untuk disebar ke sana-sini.

Terfikirkah kita sejak dari dulu lagi kita makan dan minum sesuatu yang belum tentu halalnya.Sumber bahannya yang tidak jelas dari mana pembuatanya.Hari ini diberi status halal,esok pula ditarik kembali.

Syukur,Dicelah-celah kehidupan itu lahirnya satu wadah baru yang didokongi lebih dari 450,000 orang ahli yang di kenali sebagai HPA.HPA membawa sebuah perjuangan yang dinanti-nantikan iaitu "produk halal tanggungjawab bersama".

HPA bukannya mengambil peluang pada pasaran halal yang diperkatakan orang hari ini tetapi HPA melihat sebagai tanggungjawab yang wajib dilaksanakan.Penyertaan HPA di MIHAS juga tidak bertujuan mencari pasaran luar tetapi sekadar meramaikan program yang menguntungkan ummah.Kita bersungguh dalam hal ini bukan kerana kesempatan tetapi kerana amanah yang perlu dilaksanakan.

Namun bagitu menyediakan perancangan dari peringkat "belum jadi" kepada produk siap bukanya semudah membuat goreng pisang ditepi jalan tetapi penuh dengan ujian yang meminta kesabaran.Kesabaran dari pekerja,ahli dan keluarga.Tidak upaya kaki melangkah tanpa bantuan teman-teman dan ahli-ahli yang setia sekata kerana perjuangan ini memerlukan seribu rasa kebersamaan.Bukit sama didaki,lurah sama di turuni.Berat sama kita tanggung dan ringan sama kita jinjing.

Ayuh..kita sama-sama membantu HPA walau dimana posisi mana anda berada.InsyaAllah.

Tasauf dan ilmu saikologi

Tasauf mengajar manusia mengenal dirinya sendiri kerana dengan jalan itu dia akan lebih kuat berusaha kearah kehambaan.Manakala ilmu saikologi pula lebih menjurus kepada cubaan mengenal orang lain dan lebih cenderong menjadi penganalisa manusia dihadapanya.Dua bidang ini sangat terkait dengan perkerjaan hati tetapi mempunyai natijah yang berbeza.

Tasauf membawa rasa takut dan harap pada setiap saat manakala ilmu saikologi membawa kepada rasa tahu dan hebat pada diri sendiri.Cabang daripada ilmu saikologi lahirlah keupayaan sesaorang untuk "scan" atau membaca sesaorang yang berada dihadapan.Kesemuanya itu di sembunyikan dalam istilah-istilah yang hebat seperti "kashaf" dan "Firasat".Padahal tidak lebih dari ilmu saikologi berdasarkan pengalaman dan tekaan semata-mata.

Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? kerana ada unsur pengagungan kepada keperibadian tokoh.Tokoh itu diangkat sehingga walaupun bercanggah dengan syariat pun tetap dipertahankan.Kadangkala tokoh-tokoh yang di katakan hebat itu tidak melakukan solat jumaat,tidak solat berjamaah,tidak membantu amal ma'ruf dan nahi mungkar,lebih asyik dengan melayan datok-datok yang datang dengan pelbagai agenda dunia.

Jangan cuba masuk kedalam ruangan sempit yang inginkan pujian manusia.Puji diatas kelebihan luarbiasa dari orang lain kerana kesemuanya itu tidak membantu hati anda untuk lebih hampir dengan Allah.Banyaknya beribadat belum tentu jalanya benar jika syariat yang lain dilepas satu persatu.Beribadat kerana mahukan kelebihan dan habuan dunia sedangkan amalan yang ditinggalkan Rasululah saw di kesampingkan.Banyak wirid wirid kelebihan bermain dihujung tasbihnya sedangkan wirid-wirid dari hadis sohih tidak dihiraukan.Ini semua kerana mahukan habuan dan kelebihan dunia yang tersembunyi dibalik ungkapan kata-kata yang indah.Wallahualam.

Kopi Radix dan Pelaris.

Ramai kedai kopi yang ada di Malaysia menjadi pelanggan setia kopi Radix.Jualan kopi radix dalam bentuk "kopi papan" sentiasa meningkat dari masa kesemasa.Peningkatan ini adalah hasil dari para ahli HPA yang terus menggempur pasaran mengikut kapasiti mereka sendiri.hakikatnya kopi Radix sangat laris dipasaran.

Dalam masa yang sama ramai pekedai runcit terutama diKedah juga percaya peningkatan jualan Kopi Radix mereka kerana ilmu pelaris yang mereka gunakan.Ilmu yang mereka gunakan ialah dengan menggantungkan gambar seorang tokoh zaman dahulu didalam kedai-kedai mereka.Lebih 50% buah kedai kopi yang turut menggantungkan gambar tersebut.Dahulu gambarnya dalam bentuk hitam putih dan kini telahpun diwarnakan.

Kita juga merasa kesal dan berusaha untuk mengikis kepercayaan khurafat ini dalam masyarakat kita.Berdoalah agar generasi masa hadapan boleh memahami tentang penentuan rezeki itu adalah milik Allah.Lebih menyedihkan hati,Kebanyakan mereka adalah pelanggan kopi radix.

14 June 2008

Pengalaman perawatan

Saya ceritakan sedikit pengalaman saya melakukan perawatan di Jawi Herb Shop (JHS).Kadangkala agar sukar juga untuk meyakinkan pesakit dengan herba kerana mereka tidak pernah mengikuti mana-mana kuliah perubatan herba sebelum ini.Mereka datang dengan penuh harapan untuk sembuh.Biasanya yang datang kebanyakanya berada dalam tahap kritikal.

Selain dari tindakan herba yang lambat untuk beriaksi dalam tubuh,pesakit biasanya tidak sabar apatah lagi jika ada doc yang muncul.Kesemuanya ini perlu di terangkan dengan jelas pada pesakit.Saya akan bekalkan pada mereka sebuah buku doa yang dihimpun oleh seorang ulamak Indonesia bagi membantu perkuatkan harapan mereka dengan Allah.

Rawatan ini perlu kesabaran dari semua pehak(perawat,pesakit dan keluarga pesakit).Syukur,ramai yang faham hal ini walaupun pada peringkat awal mereka perlu segera sembuh seperti sediakala.Saya sering katakan pada pesakit "disini tidak ada yang dapat disembuhkan dengan cara pantas,ubat pertama yang perlu anda telan ialah pil kesabaran".

Saat yang paling mengembirakan saya ialah apabila pesakit datang membawa 'report lab' menunjukan telah berlaku perubahan yang dinanti-nantikan.Biasanya mereka yang dicadangkan oleh doktor untuk membuat pembedahan tidak perlu melakukan itu lagi.'Syukur'.

Petang hari hampir waktu maghrib selesailah perawatan dengan jumlah pesakit biasanya 40 orang.Saya meninggalkan JHS dalam keadaan sangat letih tapi bahagia dan berharap esok Allah panjangkan usia saya untuk tugas yang sedia ada.

Perawatan di Jawi Herb Shop

Bagi mereka yang hendak membuat perawatan bolehlah membuat pendaftaran dahulu kepada pegawai yang bertugas.Pihak JHS akan mengadakan rawatan pada hari yang telah ditetapkan mengikut kesesuaian masa.

Biasanya kami akan membuat rawatan apabila terdapat lebih dari 40 orang yang mendaftar.Perawatan jawi akan dilakukan oleh saya sendiri.InsyaAllah.

Hubungi Pn.Norhisham (0164361359 dan 04-4484712 ).email: jawi_herbshop@yahoo.com. website: http://hpa.com.my/jhs

Jemputan khas kepada semua PJS

Jemputan khas pada semua PJS untuk turut serta dalam majlis perasmian Kilang Kola Radix pada 6hb Julai 2008.Kehadiran tuan puan akan lebih memberi semangat pada ahli ahli yang turut serta di program tersebut.

Pihak tuan/puan boleh membawa rangkaian seramai mungkin tetapi perlu memaklumkan kepada urusetia terlebih dahulu bagi memastikan kecukupan makanan pada hari itu.Program ini dijangka akan disempurnakan oleh YAB MB Kedah serta liputan secara terus akan dibuat melalui WebTV HPA (http://hpa.com.my/webtv),'InsyaAllah'.

Kontrak Perladangan.

Berikut adalah jenis-jenis tanaman dan projek yang sedang diperbesarkan oleh HPA Farm

1. Tanaman jagung - makanan ayam dan kambing/lembu
2. Tanaman cili - untuk keperluan sos RFC
3. Tanaman tomato - untuk keperluan sos RFC
4. Pegaga - untuk herba ubatan HPA.
5. Roselle - untuk herba ubatan HPA
6. Serai - untuk herba ubatan HPA
7. Misai kucing - untuk herba ubatan HPA
8. Kunyit - untuk ubatan dan makanan ayam
9. Halia - untuk ubatan dan makanan ayam
10. Limau perut - untuk ubatan HPA
11. Ternakan ayam - untuk bekalan RFC
12. Baja organik - untuk tanaman herba ubatan.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan penerangan pada 18/6/08 di HQ.(baca artikel sebelum ini)

Tanaman Obat Keluarga (TOGA)

Menanam herba-herba ubatan boleh dijadikan hobi yang manfaat terutama yang boleh dijadikan ubat langsung.Dibawah disenaraikan beberapa herba yang boleh ditanam terus atas tanah ataupun dalam pasu/bag plastik putih.

1. Hempedu bumi - ubat demam
2. Bunga cina - sakit kepala
3. Kaca beling - batu karang
4. Delima - sakit kulit
5. Ati- ati - senggugut
6. Daun senduk - sembelit
7. Patawali - sakit kulit
8. Capa - herba mandian
9. Pandan wangi - gout
10.Ketumpang air - darah tinggi
11.Naga buana - bengkak badan
12.Serai wangi - buasir
13.Serai - senggugut
14.Cekur - buang angin
15.Halia merah - ubat tenaga
16.Pegaga - awet muda
17.Roselle - ulser
18.Kunyit - pencernaan
19.Temu - buang angin
20.Ruku-ruku - batuk

Banyak lagi herba renik yang boleh dijadikan 'toga' oleh kita dengan 2 syarat utama
1. Beli baja organik HPA.(masih dalam SLM)
2. Kena rajin menjaganya.

Ma'rifat Dalam Berubat

"Percaya kepada sebab yang memberi bekas adalah syirik manakala menolak sebab adalah kufur".Membentuk kepercayaan yang mendalam terhadap kuasa yang mutlak datang dari Allah bukanlah sesuatu yang senang kerana biasanya manusia sangat tergantung kepada sebab musabab.Mata dan telinga sering dijadikan ukuran untuk membuat sebuah kesimpulan pada tiap-tiap kejadian.

Ma'rifat atau tidak sesaorang itu boleh dikenal dari ucapan yang terkeluar daripada lidahnya apabila dimaklumkan sesuatu perkara buruk berlaku.Lantas ia akan menyatakan "daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali"Ucapan ini merupakan penyerahan yang total bagi kuasa dan hak Allah yang maha menentu.

Apapun Makrifat mestilah bersandarkan syariat(ajaran dari Allah S.W.T melalui Nabi S.A.W).Jika nabi juga berubat apabila sakit maka kita juga perlu berubat kerana itulah syariat yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.Walaupun ada pendapat yang mengaku apabila berada di sesuatu maqam nafsu (maqam nafsu 7) sesaorang itu tidak perlu berubat lagi.

Kita mengambil ubat kerana mencontohi Nabi S.A.W dan hatipun menjadi sedikit terhibur bukan kerana sandaran pada ubat tetapi Ma'rifat tentang kehebatan Allah S.W.T dalam memnciptakan ubat.'InsyaAllah'.

Kita tidak menggunakan tangkal kerana Nabi S.A.W melarang bertangkal walaupun ada guru-guru menyatakan itu hanyalah ma'rifat semata-mata.Ma'rifat pada kita mestilah bersandar kepada syariat. Wallahualam.

Seeing Is Believing

HPA terus dengan dasar terbukanya, membenarkan setiap ahli-ahlinya membuat lawatan dari masa ke semasa.Lawatan ini akan lebih meyakinkan ahli tentang kewujudan HPA sebagai badan peniagaan yang pesat berkembang.Setiap minggu kita menerima ramai pelawat-pelawat termasuklah pelajar-pelajar sekolah.

Projek ternakan ikan keli yang terletak berhampiran Pekan Padang Besar boleh juga dijadikan distinasi lawatan yang menarik.Ianya berdekatan dengan projek ternakan ayam tertutup di Batu 20,Titi Tinggi.Cumanya projek ternakan ayam tidak di dicadangkan untuk lawatan kerana dibimbangi berlakunya jangkitan kuman yang menyebabkan ayam-ayam akan mati.

Kami terus menanti anda di HPA.InsyaAllah.

12 June 2008

Kekurangan bukan kecurangan

Semua barang naik harga, tapi saya cuba mempertahankan produk-produk HPA supaya harga dikekalkan.Memanglah,kalau dikaji kadar keuntungan HPA sangat jauh lebih rendah berbanding produk-produk keluaran syarikat besar.Namun kita harus sedar kejayaan itu bukanlah terletak pada keuntungan semata-mata tetapi manfaatnya kepada ummah.

Kekurangan produk bukanlah pertanda lemahnya pengurusan, tetapi kerana sukarnya mencari bahan mentah yang halal.Disamping itu harganya yang mahal,harga dan stok bahan mentah ini juga tidak menentu.Dalam apa cara pun kita perlu berusaha untuk memastikan semuanya mencukupi.Bersabarlah kepada semua pejuang HPA dimana anda berada,kesempurnaan tidak akan berlaku dalam masa satu hari.

Kami akan pastikan produk mencukupi keperluan.InsyAllah.

Merawat masalah saka.

Pada kali ini saya ingin mengajak saudara mencuba kaedah perawatan JAWI khususnya untuk kes-kes yang dikatakan SAKA.Bagi saya SAKA itu merupakan situasi yang dibentuk kepercayaanya sehinggakan ia memberikan reaksi negatif pada tubuh badan.Jika kita kuat berusaha menolak alam fikir ini,InsyaAllah tidak belaku hal-hal yang tidak di ingini.Kaedah membuang saka bagi saya juga merupakan satu aksi motivasi yang membentuk kepercayaan bahawa perkara itu telah dapat diatasi.

Tanamkan keimanan yang tinggi melalui pelajaran Aqidah.MengESAkan Allah dengan sebenar-benarnya dan takut hanya pada Allah sahaja.Jangan sekali-kali berubat kepada orang yang mengagung-agungkan kekuasan jin atau saka.Berwiridlah dengan Wirid Al ma'thurat,iaitu satu himpunan Hadis Shahih.Jangan menerima sesuatu amalan yang tidak fahami jika tidak ada sumber sandaranya.

Dahulu,keluarga saya tidak boleh memasak sejenis kuih(buah melaka- utara)jika dilakukan juga semuanya seisi rumah akan demam.Namun apabila kami mula mempelajari tentang tauhid yang sebenar kepada Allah,hal itu tidak pernah berlaku lagi.Ini membuktikan bahawa ajaran tauhid sahaja yang dapat menolak penyakit yang ada hubungan dengan masalah spiritual.

Saya juga tidak bersetuju dengan kaedah yang dipertontonkan di tv untuk perawatan yang dikatakan saka dan lain-lain seumpamanya kerana bagi saya ia akan lebih melemahkan keimanan dan ketauhidan kepada Allah.Maka bertambah-tambahlah jin menjadi sombong.Kita adalah khalifah Allah di muka bumi,diciptakan Allah untk beribadah dan takut kepadanya bukan selain dari itu.Amin.

Peperiksaan pertengahan tahun KPJ

KPJ akan mengadakan peperiksaan pertengahan tahun kepada peserta kuliah bulanan yang berminat untuk mengikutinya;

Tarikh : 21 Jun 2008

Jam: 9 malam

Tempat : Dewan HPA Shahab Perdana dan
Dewan HPA Sungai Petani.

Bagi mereka yang ingin memasuki ujian perlulah membayar RM10.00 sebelum peperiksaan disamping sekeping gambar berukuran pasport.

Tidak ada syarat lain yang ditetapkan dan peperiksaan ini terbuka kepada sesiapa jua ahli HPA.

Program Bekam Di Alor Setar

KPJ masih menerima pendaftaran untuk menyertai krusus bekam yang akan diadakan di pejabat HPA Cawangan Shahab Perdana,Alor Setar.

Tarikh : 20 dan 21hb Jun 2008

Kos bayaran : RM 75 (tidak termasuk makan dan tempat tinggal)

Alat bekam (dijual ditempat kursus)

Call Cawangan sekitar anda.Modiul krusus bekam yang diadakan oleh KPJ termasuklah dalam menjelaskan titik-titik bekam Rasulullah saw dan hadis-hadis yang terkait denganya.Semoga kita tidak terlepas pandang dengan kaedah perubatan Nabi S.A.W. Amin.

Bukan Hanya Kola Radix

Kilang cola Radix yang baru(Sg Lalang) dijangka akan mula beroperasi pada minggu terakhir bulan jun ini.Kilang yang berkapasiti pengeluaran sejuta sebulan ini mampu untuk memberikan pilihan pada pengguna khususnya kepada seluruh warga HPA.

Produk yang akan dikeluarkan ialah:
1. Oren radix
2. Strawbery radix
3. Apple radix
4. Grape radix
5. Ais cream soda radix
6. Sarsi radix
7. Cola radix.

Semua jenis akan dikeluarkan dalam bentuk 2 saiz iaitu saiz besar (1.5 liter)dan saiz kecil (0.5 liter) .Kita akan pastikan stok mencukupi untuk bulan Ramadhan dan sambutan hari raya tahun ini.InsaAllah.

Terima kasih atas sumbagan anda semua untuk kejayaan bersama.'Amin'.

11 June 2008

Yayasan El Zahraa dan Yayasan Jawi.

Yayasan El- Zahraa telah siap didaftarkan di Indonesia bagi memenuhi keperluan dan tanggungjawab kepada ummah disana.Aktiviti-aktivi kebajikan akan terus di programkan terutamanya dalam bidang perubatan jawi.Klinik-klinik dibawah yayasan akan dikendalikan oleh para doktor yang ingin ingin bergabung dalam kerja amal ini.Tangungjawab kita terlalu berat dan tidak mampu ditanggung tanpa dokongan dari pelbagai pehak.Kepada para doktor bantulah yayasan ini kerana ummah.

Program 7P (rujuk berita lepas) akan dilaksanakan berperingkat sehingga pembinaan hospital siap dimasa hadapan.Insyalah di Malaysia juga kita dalam persiapan untuk mendapatkan kelulusan mengadakan Yayasan Jawi dimana sekaligus penyumbang kepada yayasan ini akan mendapat kelulusan pengecualian hasil dalam negeri.InsyaAllah.

Hati hati dengan penggunaan wafak

Kita(perubatan Jawi) mengambil pandangan ulamak yang melarang penggunaan wafak(rajah-rajah yang ditulis dengan huruf dan nombor)untuk tujuan pengubatan.Kaedah ini jelas merupakan kesinambungan kaedah perubatan jahiliah yang dipusakai dari orang orang Arab di Mesir pada zaman firaun.

Jika anda meihat beberapa wafak jelas sekali terdapat lakaran perjanjian dengan syaitan seperti segi tiga piramid dan gambar tapak kaki yang ditulis dengan kalimah Allah dan Muhammad.Saya pernah bertanya hal itu kepada beberapa orang guru yang kononnya arif dalam bidang-bidang ini.Kata mereka itu adalah "ma'rifat" sahaja.

Apa jua alasan yang diberikan,kita tetap menyatakan bahawa penghinaan kepada kalimah Allah dan Muhammad itu membawa kepada kafir.Ma'rifat apa yang ujud tanpa syariat?Malang sekali hari ini manusia menilai sesaorang dengan melihat kelebihanya padahal belum tentu kelebihan itu merupakan karomah dan kemungkinan besar dari amalan berjin.

Bagitu juga yang terjadi dalam soal bertangkal,walaupun sudah ada larangan yang keras dari hadis yang sohih namun masih ada lagi yang ingin melonggarkan hukum tanpa mengambil kira kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi pada aqidah ummat Islam.Mereka berhujah kononnya ulamak-ulamak tertentu tetap membolehkan tangkal.Bagi kita (perubatan Jawi)pegangan kita, yang tidak pernah sesat ialah selagi kita berpegang dengan al-Quran dan hadis-hadis Nabi.Amin.

Berhati-hati dengan guru yang membolehkan penggunaan rajah dalam ubatan.

Sijil Herbalis Kendalian 6 Doktor Perubatan

Sijil herbalis kali ini sangat menarik kerana ianya akan dikendalikan oleh 6 orang doktor yang diketuai oleh Dr Zaidul Akbar.Kita berdoa agar Perubatan jawi akan diangkat setaraf dengan pengubatan-pengubatan altenatif yang lain didunia.Impian ini boleh tercapai apabila tenaga penggeraknya terdiri dari para doktor.Cita-cita bagi mendirikan sebuah hospital herba akan dapat dilaksanakan pada suatu hari Nanti.InsyaAllah.

Program yang terdekat akan diadakan Bandung Indonesia.Sambil melancung di kota yang indah lagi dingin ini,kita akan mempelajari secara sistematik tentang pengubatan Jawi yang berteraskan kepada pengubatan alamiah dan ilahiah.Sudah sampai masanya method-method pengubatan Islam dipelajari didunia.Insyaalah.

Program tersebut akan diadakan pada dan tempat:-

Tempat: Komplek Daarul Tauhid,Bandung.
Tarikh : 28 Julai 2008
Kos : RM2200) (semua kos ditanggung kecuali tiket k/terbang pergi dan balik)
Tempoh : 2 minggu di Bandung, 1 Minggu di Malaysia.
Broser : http://hpa.com.my/intibah/herbalmedic.jpg (edisi indonesia)

Kemudahan untuk pengurusan tiket boleh dibuat dengan HPA Ilham Holiday Sdn Bhd (http://hpa.com.my/ilham) dan mereka yang berminat boleh menghubungi bahagian latihan Cik Azira 0194548727.

Majlis penerangan projek-projek pertanian

Bagi mereka yang berminat dalam ternakan dan penanaman herba dijemput hadir untuk mendengar taklimat bagi kontrak perladangan bersama HPA

Pada : 18hb JUN 2008
Tempat: Dewan Amir Ramadhan,HQ, Jejawi Dalam,Perlis
Masa : 10.00 Pagi.

Syarat yang wajib ada pada pengusaha ialah:
1. Tanah
2. Modal


Pihak HPA Farm akan menentukan harga beli bagi tiap jenis hasil yang dikeluarkan.

Jika berminat boleh menghubungi En-Rashid (013-5841757).T kasih.

Pembukaan Cawangan Baru

Dua buah lagi cawangan baru HPA akan dibuka dalam bulan ini,InsyAllah

1. HPA Cawangan Tanjung Karang, Selangor
2. HPA Cawangan Puchung, Selangor

Kepada ahli dan para leader,bantulah segera untuk mengadakan program-program mingguan bagi menjana sokongan masyarakat setempat.Saya yakin kita sedang menguasai pasaran tempatan dan global hasil dari sokongan anda semua,InsyaAllah.


Tel yang boleh dihubungi : 0134219727 (Siti)

Tarikh perasmian Kilang Kola Radix pada 6/7/08

Dijemput semua ahli-ahli HPA terus memberi sokongan dengan siapnya kilang radix kola yang menelan belanja jutaan ringgit di Sungai Petani.Datang beramai-ramai untuk meraikan detik-detik bersejarah perjuangan bagi mengeluarkan produk halal dipasaran.

Tarikh: 6hb Julai 2008 (10 Pagi)
Tempat: Kawasan perindustrian Sungai Lalang,Sg Petani.
Tel: 013-5305717(Amin), 017-4199465(Amir)

Kilang ini berkemampuan untuk mengeluarkan sejuta botol sebulan terutamanya persediaan kita dalam bulan ramadhan nanti.Ada 5 jenis perasa yang akan dikeluarkan,InsyaAllah.

Majlis perasmian juga akan diadakan secara live melalui web kita nanti.Ikuti melalui http://hpa.com.my/webtv

Doakan kejayaan disana.Amin dan InsyaAllah.

KPJ Pertama di Pulau Pinang

KPJ pertama di Pulang Pinang akan diadakan di Pulau Pinang pada:

Tarikh: 13hb jun 08

Tempat: An Nahdhoh Inn(Ust Mutalib)
Kubang Semang,Bukit Mertajam
Pulau Pinang.
Tel: 017 4291529

Penyampai : Pengarah Urusan HPA

Dijemput semua ahli HPA untuk mengikuti Kuliah Pengubatan Jawi (KPJ) untuk sama-sama hadir dalam majlis tersebut.InsyaAllah.

08 June 2008

Kilang Aiskrim

Satu lagi projek yang sedang dalam perlaksanaan ialah sebuah kilang aiskrim di bawah pengelolaan kilang Radix cola.Kilang ini merupakan satu satunya kilang aiskrim yang dikeluarkan oleh bumiputra di utara Malaysia.Tarikh siap kilang ini ialah pada penghujung bulan ogos yang menelan belanja hampir rm 1 juta.

Kerja-kerja wiring akan bermula pada minggu hadapan dan kilang ini mempunyai kapasiti pengeluaran sebulan 56,000 unit,InsyaAllah kita akan mengeluarkan semua jenis aiskrim seperti yang ada dipasaran.InsyaAllah.

Pusat Latihan Pertanian (HPA)

Bagi mereka yang ingin melibatkankan diri dengan penternakan ayam organik HPA,perlu mengikuti latihan intensif selama 3 bulan di pusat penternakan ayam Batu 6,Cangloon Kedah.Tujuan latihan tersebut ialah untuk mendedahkan kepada peserta teknik pemeliharaan di ladang.

Pusat Latihan Pertanian HPA cuma menyediakan tempat kediaman sementara kos-kos yang lain ditanggung oleh peserta.Kursus ini merupakan syarat utama kepada mereka yang hendak melibatkan diri dalam penternakan ayam secara komersial.Selepas menamatkan latihan pihak HPA akan membincangkan perlaksanaan projek secara kontrak perladangan.InsyaAllah mengikut penilaian peserta.

Kursus ini bermula pada 15 Jun 2008 dibawah seliaan Dr Syaari ,pakar penternakan ayam HPA Farm.mereka yang berminat boleh menghubungi En.Suhairi 013-4239717.

07 June 2008

Bihun organik dan RFC

Kini sudah 2 tahun isu bihun diperbincangkan dalam HPA namun belum lagi nampak kilangnya yang akan didirikan.Industri bihun mengalami satu zaman yang paling muram kerana dinegara ini tidak ada satupun kilang bihun muslim yang halal.HPA mengambil tangungjawab ini untuk mengumpulan semua kekuatanya bagi mengeluarkan produk keperluan harian yang dinanti-nantikan.

Mesyurat khas akan diadakan pada minggu hadapan dengan hanya satu agenda iaitu "pembinaan kilang bihun".Kami memerlukan sokongan yang tidak berbelah bagi dari anda semua bagi memastikan pasaran bihun kita tidak akan mati di tengah jalan.

Bila saya melihat pelanggan RFC , sangat terharu,pelanggan sanggup menanti sejam lebih untuk mendapatkan makanan dari sumber yang halal.Ramai YB-YB yang hadir,para ustaz yang memakai serban dan jubah tidak janggal menikmati produk bersama ini.Salah seorang ustaz menyatakan "saya menjadi sebak melihat sambutan ini" sambil air matanya berlinangan.Hati kecil saya terus berdoa "Ya Allah bantulah HPA dengan hamba-hambamu yang solih".Amin.

Buangkan mazmumah pada perawat

Jika kita ingin menjadi perawat lagi murabbi,syarat pertama hendaklah terlebih dahulu membuang sifat mazmumah pada diri sendiri.Perawat perlu meyakini berlaku semua kesembuhan bukanlah dari kepandaiannya tetapi kerana suratan takdir kesembuhanya itu melalui dirinya.Dia persis seorang posmen yang menyampaikan surat berisi wang pada penerima dan sudah tentu tidak layak berbangga bahawa wang itu daripadanya.

kedua,jangan sekali-kali menyabitkan kesakitan dengan "buatan orang" tetapi katakan "Minallah" kerana apa jua kesakitan hakikatnya datangnya dari Allah jua tidak perlu dibawa kehebatan manusia atau jin dalam jiwa persakit tetapi masukanlah kebesaran Allah yang menentukan segala-galanya.

ketiga, Jangan melakukan penilikan atau berkata sesuatu yang akan datang kerana tidak ada sesiapa yang mengetahui perkara yang akan datang walaupun dia seorang wali.Tekaan itu boleh jadi betul dan boleh jadi salah sedangkan Rasulullah saw menyatakan bahawa dia sendiri tidak mengetahui perkara akan datang.Doa juga mengubah sesuatu ketentuan.

Bila mazmumah sudah bersarang dalam hati,maka binasalah kekuatan akal dan iman melainkan "ghurur" semata-mata.Menjadi perosak hati dan aqidah pada pesakit.Pesakit akan menerima apa jua kata-kata perawat tanpa sempat di pertimbangkan dengan akal.Bertemu perawat bagini akan menjadikan keadaan semakin teruk tetapi inilah yang paling diminati oleh orang sakit iaitu menghubungkan kesakitan dengan buatan orang sedangkan merasa diri tetap bersih dari segala dosa.

Selamat Pulang para jemaah Umrah

7 Jun 2008: Kami warga HPA mengucapkan selamat pulang kepada semua ahli jemaah umrah HPA Ilham Holiday dengan doa semoga Allah menerima amal ibadah yang telah dilakukan.Rombongan ini akan sampai pada petang esok(ahad)mengikut jadual daripada Ilham Holiday.Syukur.

Pada mereka yang hendak mengerjakan umrah(ogos) bersama HPA Ilham Holiday bolehlah mendapat maklumat melalui web HPA Ilham Holiday Sdn Bhd, http://hpa.com.my/ilham yang dinyatakan.InsyaAllah kita doakan mudah-mudahan HPA Ilham akan merialisasikan kaedah mudah mengerjakan umrah pada para ahli.Amin.

05 June 2008

Pencapaian Zon Utara.

Zon Utara telah mencatat jumlah jualan paling tinggi dalam bulan Mei 2008 iaitu RM3,244,698.90 berbanding dengan zon-zon yang lain(tengah,selatan,timur dan borneo)Pencapaian ini adalah hasil kesepakatan PJS melaksanakan program bersama di tiga buah negeri iaitu Perlis,Kedah dan Penang.

PJS Utara (KPU) di bawah kepimpinan Ust.Zahir dan Sdr.Azizan sepakat melakukan program-program mingguan yang efektif.Ramai lagi seperti Cikgu Ismail,Sdra.Asri, Cikgu Nazri, Cikgu Razak serta PJS Wanita seperti Kak Pah,Kak Zaharah,Kak Maliah dan lain-lainnya terus memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi pada HPA.

Maaf kerana saya tak boleh menulis semua nama-nama disini tapi insyaAllah kalau tidak mendapat bantuan dari anda semua HPA juga tidak kemana.Saya juga sangat bersyukur mendapat pengurus zon yang sangat bertanggungjawab iaitu Ust.Samad(lulusan Universiti Al Azhar).

Info KPJ : Di zon utara ada dua kelas KPJ diadakan iaitu di Alor Setar dan di Sungai Petani dan sambutan,masya'Allah..memenuhi dewan yang disediakan.Syukur.

Penggunaan "Racak"

Masih ada lagi masyarakat orang Islam yang mengubati sesaorang pesakit melalui kaedah membuangnya ke laut atau sungai.Mereka membuat sesuatu objek yang dinamakan "racak" lalu dibacakan wirid tertentu dan di niatkan untuk di halau ke laut.Kadangkala berupa hidangan terdiri dari ayam yang dimasak separuh atau kadangkala pula berupa rajah yang di tusuk dengan jarum.

Ada satu lagi amalan perubatan iaitu memindahkan penyakit pada haiwan.Keadaan ini juga kadangkala diamalkan oleh para ustaz dan guru-guru (kiyai).Semuanya ini adalah amalan yang tidak ada dasar nas hadis maupun Al-quran.

Kita wajib menentang dan menjauhi gulungan ini kerana ternyata ia membawa kepada kesesatan yang nyata.Islam datang membawa aqidah yang sahih bebas dari amalan yang membawa kepada syirik.

Metro HPA

Metro HPA akan diberikan secara percuma kepada mereka yang mengikuti program PIC dan KPJ yang diadakan(sementara stok masih ada)Kepada agen stok boleh mendapatkan sebanyak 10 buah di tiap program yang diadakan.

Pastikan kita memeriahkan lagi program-program HPA di sana sini.

RFC hari ini

MasyaAllah dan Alhamdulillah...pengunjung tak putus-putus datang memberi sokongan pada peniagaan kita.Terpaksa menunggu sejam setengah untuk mendapatkan ayam RFC,mereka sangat bersabar sambil bercerita yang positif tentang RFC dan HPA.Inilah bahasa tanpa suara memberi pertunjukan bahawa makanan halal sangat dinanti-nantikan oleh ummah.

"kami lama dah tak makan bagini" seorang pelanggan mengadu pada saya.Hati kecil saya menangis melihat batapa besarnya harapan umat Islam khususnya kepada makanan yang diyakini halalnya.Terbayang pada saya bagaimana disuatu hari nanti RFC mempunyai cawanganya diseluruh dunia termasuk Makkah dan Madinah."Ya Allah,perkenankanlah doa kami" Amin.

Insyaalah,RFC akan menambah peralatannya bagi mempercepatkan pengeluaran.Beri sikit masa untuk perubahan ini.Bantulah perjuangan ini walaupun dengan seketul ayam goreng,wang anda sangat diperlukan pada kami untuk pengeluaran produk halal.

HPA dalam perjuangan.

Saya pun tak sangka kita akan mencapai kejayaan sebegini.Saya cuma orang kampung yang datang dari rumah berdinding buluh beratap rumbia,nun........... diutara malaysia(Perlis bukan Paris)Bermulanya perniagaan ini dari 6 orang pekerja sahaja.Kami bekerja seperti sebuah keluarga dan biasanya dewan mesyuarat kami pada masa itu dibawah pohon kelapa.Buat kerja lebih masa tak pernah mengira elaun,selalu sampai lepas solat insya barulah semua pulang.Masa itu kami cuma fikir nak cari rezeki yang halal sahaja kalau dapat untuk cukup makan pun dah memadai.

...........ikutilah kisah kisah menarik dalam buku "HPA satu Dekad".InsyaAllah.

04 June 2008

Daun ketum dan kopi harga murah

Berbagai usaha pihak tertentu telah dilakukan untuk memastikan HPA tidak muncul sebagai syarikat MLM yang berjaya.Mereka cuba merosakan pasaran dengan tawaran harga yang sangat rendah sehinggakan peniaga-peniaga HPA yang jujur juga terkubur.Namun usaha ini tidak memberi bekas kepada warga HPA yang telah matang dalam politik perniagaan.Mereka beralih langsung kepada pengguna tidak hanya bergantung kepada kedai-kedai kopi.Keadaan tetap damai dan tidak ada perkataan "mengamuk" pada HPA.'Syukur kepada Allah'.

Kini taktik yang kedua pula dijalankan dimana kopi radix dikaitkan dengan penggunaan daun ketum(diharamkan oleh Kementerian Kesihatan).Walaupun mereka cuba menambah bilangan herba dari tujuh kepada 8 namun terdapat 2500 orang ahli HPA yang telah mengikuti KPJ dan puluhan ribu yang mengikuti PBC dan PIC terus mempertahankan kejujuran dan keaslian kopi Radix."Kalau masuk daun ketum masakan dapat kelulusan kementerian" kata mereka.

Berita berita buruk ini akan terus datang untuk menghalang kopi Radix menguasai pasaran kopi pada masa hadapan.InsyaAllah dengan siapnya kilang kopi radix kita yang bernilai 30 juta,kita akan pastikan pasaran kopi negara dipegang oleh HPA di suatu hari nanti,InsyaAllah.

HPA akan keluarkan jenama seperti MILO

Tidak lama lagi HPA akan mengeluarkan produknya dari koko sama seperti MILO yang dikenali "MAILA".Persiapan akhir sedang dibuat bagi mendapatkan bekalan tetap koko bermutu tinggi dari Sabah.Dari segi persiapan kilang dan mesin ,kita telah bersedia dengan kapasiti keluaran melebihi dari kopi Radix dan dijangka produk ini akan menjadi produk killer selepas kopi radix.InsyaAllah.

"MAILA" dalam bermaksud "mai la cuba,mai la minum,mai la try dll.Saya menjangkakan produk MAILA kita akan menjadi altenatif kepada pengguna khususnya yang mencari produk halal dan baik dipasaran.

Terima kasih atas sokongan anda semua untuk projek RFC kita bersama.Bersabarlah,kesempurnaan tidak akan berlaku dalam satu hari.Bantulah HPA untuk membantu ummah.

PIC menjana pengedar berilmu

PIC kali ini akan diadakan di HQ Jejawi, Perlis pada 7 & 8hb Jun akan datang.Selain daripada mereka yang mendapat insentif khas mengikuti program berbayar ini ,masih ramai lagi yang datang dengan inisiatif sendiri dan sanggup membayar RM200.00. 'Tahniah'

Bila anda menghadiri PIC terdapat sedikit perbezaan dengan program PBC namun bagitu kedua-dua program tersebut mempunyai objektif yang sama untuk dicapai.Kita telah meletakan satu harapan bahawa pengedar yang banyak maklumatnya(ilmu) mampu menghadapi apa jua situasi peniagaan.

Kita tidak mahu pengedar kita menjadi kaku dan statik dalam menjalankan peniagaan,mereka mesti pandai mempromosikan produk untuk jualan.Bagaimana ini boleh dilakukan jika mereka tidak ada input (maklumat).Melalui PIC maklumat-maklumat baru akan diperolehi.

Satu kelainan baru dalam PIC ini,para pengedar akan dibawa melawat kilang pembuatan sos di Jejawi, Perlis.Sos tersebut digunakan dalam RFC dan akan dipasarkan dipasaran MLM secepat mungkin.InsyaAllah.

Memandangkan tempat yang masih ada yang kosong,kami masih mempelawa tuan-tuan untuk mengikuti PIC ini dengan jayanya.(Hubungi dengan Sdr Hafiz (0134899917) atau Cik Azira (0172980436)

03 June 2008

Ujian kuliah pengubatan Jawi (KPJ)

Ujian KPJ akan diadakan di beberapa tempat yang telah mencukupkan kuliah sebanyak 6 kali.Mereka yang berminat untuk memasuki ujian ini bolehlah mendaftar segera pada pengawai latihan zon yang mengendali kuliah tersebut.Ujian akan diadakan di tempat kuliah diadakan dengan bayaran RM10 sahaja.

Mereka yang lulus akan diberi sijil penghargaan dalam program-program HPA.InsyaAllah.Pesanan dari saya supaya peserta membeli semua VCD KPJ yang dijual disamping mengikuti ruangan blog ini untuk lebih memahami kaedah perawatan Jawi.

Mandi membuang penyakit.

Ada lagi amalan perubatan Melayu yang perlu saya beri pandangan iaitu mandi pesakit di tempat-tempat tertentu.Biasanya tempat-tempat yang dipilih ialah dikawasan yang dikatakan membunyai keramat seperti dikuburan wali,di Telaga Tok Sheikh dan lain-lain lagi.
Paling menyedihkan amalan perdukunan ini walaupun banyak mendatangkan perkara-perkara buruk tetapi masyarakat masih menerimanya sebagai pengubatan Islam.Di Kedah misalnya,Telaga Tok Shiekh di atas Gunung Jerai dijadikan sebagai tempat mandian bagi menolak sesuatu penyakit. Mereka percaya bahawa para wali yang ada disitu akan membantu amalan mereka."berkawan dengan wali apa salahnya" itulah alasan bodoh yang menjadi pegangan mereka.

Islam adalah agama yang lurus. Dalam beraqidah ia tidak disandarkan kepada kepercayaan serta pengagungan kepada benda atau tempat.

Wali Allah ialah manusia yang hidup dengan membawa aqidah yang jelas serta berpegang kepada sunnah Rasullulah saw.Mereka berjuang untuk menyelamatkan ummah bukannya membawa kepada perkara-perkara yang mistik dan luar biasa.Mereka tidak mengangkat diri dengan menceritakan kelebihan-kelebihan yang ada pada guru-guru mereka.

Amalan bagini wajib di bersihkan dari pengubatan Islam.InsyaAllah.

Dewan Omar Mokhtar.

Pihak RFC menawarkan kemudahan dewan mesyuaratnya(Dewan Omar Mokhtar) kepada mereka yang ingin mengadakan sesuatu acara di situ. Dewan ini mempunyai kapasiti untuk menampung seramai 500 orang dengan selesa.

Kadar bayaran yang ditawarkan ialah RM 2,200.00 (sehari) dan RM1,200.00 (separuh hari). Air Mineral HPA disediakan secara percuma.Dewan Omar Mokhtar diletakan di bawah pentadbiran HPA Ilham Holiday.Mereka yang berminat boleh menghubungi Pn.Sobihah 019-5089842 atau Ust.Samad 019-4340717.

02 June 2008

HPA Town (Sungai Petani)

Anda tentu mencari satu distinasi pelancongan pada musim percutian sekolah.Berkunjunglah ke Sungai Petani,bandar yang menjadi pusat kegiatan HPA.Antara tempat yang boleh anda lawati adalah seperti ;

1. Cawangan HPA Sg Petani - Cawangan yang paling banyak jualannya di seluruh Malaysia terletak di lokasi Bandar Amanjaya.(keluar Sungai Petani tol utara, simpang kekiri dan bangunan sebelah kiri yang pertama )

2. HPA Collection - Menyediakan pelbagai jualan barangan tanpa nilai mata seperti payung,t-shirt kanak-kanak,buku-buku HPA,alat bekam dll (bersebelahan cawangan).

3. Jawi Herbshop - Melihat konsep perubatan jawi dan beberapa jenis ubatan yang tidak masuk dalam MLM seperti Minyak Seribu Penawar,ubat periuk dan lain-lain lagi.

4. Homestay - HPA mempunyai homestay yang boleh disewa dari masa kesemasa dengan harga yang berpatutan untuk ahli.(terletak di bandar Laguna 5 minit dari cawangan)

5. RFC - restoran makanan segera yang menyelerakan daripada semua produk HPA.(Terletak bersebelahan Village Mall.)

6. Kilang Kosmetik Muslimah - menjadi pengeluar produk kosmatik kepada HPA.(terletak di kawasan perindustrian Sg Lalang,5 minit dari cawangan)

7. Kilang Kola Radix - terletak berhampiran kilang kosmetik muslimah.(mula beroperasi pada 1 julai 08)

8. Hotel El Zaharaa - Dalam persiapan terakhir dan dijangka siap pada 1 oktober(berhampiran RFC)

9. Pusat rawatan reflexologi dan bekam - dalam perancangan di sebelah JawiHerb Shop.

10. HPA Ilham Holiday - agensi pelancungan HPA berhampiran cawangan bagi mendapatkan khidmat booking tiket kapal terbang dan hotel.

11. Dan akan muncul pelbagai aktiviti dari masa kesemasa.InsyaAllah.

Sebarang pertanyaan hubungi Ustaz Samad 0194340717.

Seruan pada semua guru-guru

Dah sampai masa tenaga guru-guru HPA diperlukan untuk terus memberi info kepada para murid tentang ujudnya RFC.Makanan sihat,alami dan berkhasiat untuk mereka cuba bersama keluarga.Kelebihan RFC:-

1. Di miliki oleh 450,000 orang ahli-ahlinya
2. Ayam yang diternak sendiri
3. Makanan ayam yang di jauhi dari sumber-sumber haram
4. Ayam disembelih oleh orang yang dipercayai ugamanya
5. Sos yang tidak ada pewarna dan dari sumber segar(bukan puri)
6. Minuman sendiri(cola radix menggantikan coca cola dll)
7. Kelazatan sendiri
8. Membantu sesama ummat
9. 100% halal
10.Tidak ada kesangsian lagi.
11.Sekali dah cuba nak lagi.
12.DLL

Kita lakukan ini bertujuan bagi memperkenalkan kepada mereka satu pilihan suci dan sehat dan mengelakan mereka dari mengambil makanan yang mengandungi bahan kimia dan tidak halal.InsyaAllah merupakan ibadah disisi Allah.

Mengambil pasaran besar di Indonesia.

Setelah 7 tahun HPA berada di Indonesia kini saya dapat melihat beberapa perkara yang perlu dilakukan bagi menjadikan HPA sebagai pilihan utama umat Islam di sana.Ini ada hubunganya dengan dasar dasar negara yang jelas dan tidak jelas.Oleh itu HPA akan mengambil kira untuk menyusun semula potensi peniagaan MLMSnya.

1. Ketersediaan produk - HPA perlu membangunkan industri dari dalam negeri(Indonesia)
sendiri bukannya mengimport daripada negara luar(Malaysia)

2. Keizinan - Bagi mempercepatkan tindakan,produk-produk ini boleh di buat secara
kontrak pengilangan dengan mana-mana industri yang di iktiraf pemerintah

3. Membuka peluang kepada usahawan(Indonesia)muslim untuk memasarkan barangan mereka
melalui peniagaan MLMS HPA

4. Mengadakan pelbagai pilihan melebihi dari 180 item (seperti di Malaysia)

5. Mengadakan majlis-majlis peluncuran dari masa ke semasa.

Hasil dari kesepakatan HPA malaysia dan Pt Wahida Indonesia,tindakan ini akan dilakukan segera dan anggota HPA tidak lagi menghadapi masalah kesediaan barangan.Amin.

Jangan meramal tetapi mengenal

Ramai ahli-ahli HPA yang berkeupayaan melakukan diagnosis melalui pemeriksaan tapak tangan.Berdasarkan kepada ciri fizikal seperti warna,perubahan bentuk jari dan lain-lain lagi mereka seakan akan sebuah mesin x-ray yang boleh mencari kelemahan pada tubuh badan sesaorang.

Terdapat pelbagai kaedah untuk melakukan diagnosis seperti melihat pada iris,nadi,lidah dan lain-lain lagi.Ketepatan kaedah ini bergantung kepada pengalaman sesaorang sejauh mana dia mampu melihat pertunjuk pada tubuh badan.

Namun bagitu petunjuk atau kelemahan tidak boleh di sandarkan kepada perkara yang akan belaku pada masa hadapan.Adalah salah jika kita menyatakan "anda akan kena serangan stroke pada masa hadapan".Ini di sebut sebagai meramal dan tidak diizinkan oleh Islam.

Apa yang boleh kita katakan "kelemahan di tubuh anda boleh membawa kepada stoke jika tidak berhati-hati".Ini bererti tidak semestinya akan berlaku kerana tidak ada sesiapapun yang mengetahui perkara akan datang,boleh jadi ada sebab lain yang menyebabkan kemungkinan serangan penyakit itu tidak berlaku.

Berlindunglah kita daripada sifat suka menunjuk kelebihan pada orang lain dengan kenyataan-keyataan yang menakutkan pesakit.Berikanlah dengan pendekatan yang positif seperti kata-kata " InsyaAllah ,mudah-mudahan tidak berlaku sesuatu pada anda hasil dari pengamalan pemakanan mengikut sunnah Nabi saw.

Percaya pada peramal ,tertolak amalan 40 hari dan kufur kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi saw.

Program leader Nilai.

Saya ada menerima jemputan dari PJM Siti Habibah bt Yusof ke majlis pra konvek di cawangan HPA Nilai.Program ini dicadangkan akan diadakan pada 17hb Jun yang akan datang.Terdahulu saya sangat-sangat menyokong apa jua program yang dapat merapatkan kerjasama ahli-ahli HPA terutama dalam satu team(line)Sejauh pemerhatian saya kejayaan peniagaan mlm sangat bergantung kepada hubungan dalam satu rangkaian.Jika up line sentiasa turun kebawah mengambil tahu permasalahan rangkaianya secara otomatik jualanya juga akan bertambah.Ini sudah fitrah,manusia akan menghormati sesiapa yang menghormatinya.

Penghargaan itu sangat penting bagi menandakan ucapan terima kasih kita pada sesaorang.Walaupun dengan ucapan ,apatah lagi diberi sedikit buah tangan(hadiah)yang akan dikenang sepanjang zaman.

Terima kasih atas undangan.Semoga Allah memberkati peniagaan kita InsyaAllah.

01 June 2008

RFC jadi pilihan utama

Sesudah timbulnya pelbagai isu berhubung halal dan haram produk dari ayam,ramai di antara kita yang tidak berani untuk menjamu selera di restoran-restoran makanan segera.Apatah lagi golongan ustaz-ustaz yang berkepiah putih dan berserban lebih lagi tidak akan masuk kekedai sebegitu.

Apabila ujudnya RFC ,anda akan dapat melihat sampai ke saat malam ini,RFC yang baru kita resmi pagi tadi terus diserbu orang.Diluar jangkaan kita permintaan bagitu tinggi dan pelanggan juga seolah-olah tidak mahu meninggalkan RFC.Mereka terharu dengan pencapaian syarikat yang mereka kasihi.

Pengurus RFC,Tuan Syed tetap tenang mengawal anak buahnya dari depan sampai ke belakang dan yang lebih terharunya katanya ,pelanggan bukan hanya minta menu tetapi mereka nak beli semua sos yang RFC gunakan.Ini tidak pernah berlaku di tempat lama dia berkerja dan lagi pelanggan sanggup berbaris sampai kepintu besar.Inilah sesuatu yang unik menjadi milik HPA,para ahli akan memberikan sokongan tanpa berbelah bagi lantaran kasih dan cinta mereka pada syarikat ini. Tahniah.