Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

24 October 2008

Cawangan Baru di Zon selatan

Sebanyak 10 cawangan baru akan diresmikan serentak pada pertengahan bulan november nanti.Ini merupakan target terdekat HPA bagi meluaskan pasaran di zon selatan.Zon selatan mula digerakan dengan aktif bermula daripada pesediaan pejabat zon di Kluang Johor,KPJ dan pertemuan dengan gen 2 menampakkan potensi kejayaan untuk masa hadapan.
Semua leader di Selatan telah memberikan tenaga yang sepenuhnya bagi memastikan setiap program berjaya dilakukan.
Pertemuan gen 2 baru-baru ini dihaziri lebih dari 100 orang menyebabkan dewan sementara penuh sesak dengan pengedar yang siap siaga untuk menggempur pasaran.Dari temubual saya dengan mereka yang hazir,jelas membayangkan bahawa inilah yang dinanti-nantikan oleh seluruh ahli diselatan.Kini mereka tidak lagi terasa terpinggir dengan ketidakcukupan barang dipasaran.Sekarang kita akan menanti gerakan yang besar daripada ahli-ahli HPA untuk menguasai pasaran Halal di negara ini.Amin.

PIC DI SP

Bagi mereka yang ingin menjadi usahawan herbalis,marilah bersama-sama mengikuti pembelajaran ini yang lebih menumpukan kepada herba-herba ubatan HPA.Terdapat 13 kaedah detox yang akan dipelajari dalam kursus ini sebagai penambahan ilmu perawatan yang telah sama-sama kita pelajari pada masa dahulu.
Ilmu perawatan berkembang dengan cepat selari dengan bertambahnya penyakit-penyakit baru pada hari ini maka sebagai seorang pengedar produk herba ubatan sewajarnya usaha mempelajari ilmu herba juga perlu ditingkatkan.Herba menjadi alternatif perubatan dunia hari ini dan perubahan kepada penggunaan herba nampaknya seperti gelombang besar yang akan mengubah corak perubatan masa depan.
Masyarakat Melayu sendiri juga menyimpan pengalaman berharga dalam dunia ubatan dan sebahagian besar pengalaman ini tersimpan dalam perubatan JAWI serta diajarkan didalam kuliah-kuliah yang sering diadakan dari masa kesemasa.
Kami berjanji bahawa khazanah bernilai ini akan diajar secara telus bagi penerusan kepada generasi akan datang kerana generasi hari ini sudah jauh dari mengenali herba apatah lagi bagi mengingati nama dan khasiat herba herba tertentu.Kita mungkin terpanggil untuk menelaah kembali apabila kita melihat buku ubatan herba melayu tersimpan rapi di perpustakaan universiti di London.Semoga kita bertemu nanti di PIC yang akan diadakan.TK

23 October 2008

Bedak Bayi

Bedak IPK atau bedak bayi telah dikeluarkan dipasaran menggunakan dua jenis pewangi iaitu pewangi bayi perempuan(pink) dan bayi lelaki(biru).Ini menjadikan HPA kini mengeluarkan 4 jenis bedak wangi buat masa kini.Satu perkara yang sering dilakukan oleh ibu-ibu iaitu meletakan bedak pada bahagian sulit anak-anak.Hal ini sebenarnya tidak boleh dilakukan kerana kandungan kimia yang ada pada bedak juga boleh menjejaskan kesihatan anak-anak.Dalam HPA kita boleh menggunakan bedak delima biji yang dibuat daripada bedak sejuk dan kulit delima terutama untuk kesihatan bayi.Ia sangat baik bagi mendapatkan yis untuk kesihatan kesihatan.

Skim Cepat Kaya

Akhir-akhir ini telah muncul individu tertentu yang cuba mengambil kesempatan dengan nama HPA meujudkan skim cepat kaya.Mereka menawarkan keuntungan yang tidak logik atas jumlah pelaburan tertentu.Disini Pehak HPA akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan nama HPA tidak tercemar dengan peniagaan haram yang salah disegi ugama dan undang-undang.Ahli-ahli HPA yang boleh memberikan maklumat lengkap sehingga tertangkapnya individu ini akan mendapat saguhati dari syarikat serta sijil penghargaan sebagai pengedar setia.
HPA merupakan syarikat yang menentang Skim Cepat Kaya yang mengambil diposit dari orang ramai dengan cara yang salah.Kes ini akan diambil alih oleh peguam dan penasihat Undang-undang HPA (En Ghani).Bagi saya kemungkinan hal ini terjadi kerana nama HPA kini telah dikenali ramai.
Pelaburan dalam HPA cuma didalam Koperasi Wahida HPA sahaja.TK.

17 October 2008

METRO HPA

Salah satu media yang berkesan untuk menyampaikan maklumat perkembangan HPA ialah melalui METRO HPA.namub bagitu masih ramai yang tidak mendapatkanya atas sebab-sebab tertentu.Metro HPA di edarkan dicawangan-cawangan dengan harga jual RM 3.00 sahaja sementara kebanyakan program KPJ bersama pengarah majalah ini diberikan percuma(sementara stok masih ada).
Jika anda ingin melanggan majalah ini secara tetap,Bahagian Latihan HPA dari masa kesemasa mengedarkan borang keizinan untuk potongan bonus bulanan di Program-program yang diadakan.Kebiasaanya borang ini diedarkan dalam program KPJ,PIC dan acara-acara tertentu.
Ada juga ahli mencadangkan agar membuat potongan terus kepada penerima bonus,namun masih ada ahli yang tidak setuju dengan cara bagitu maka pelaksanaanya terpaksalah kembali pada cara asal.Nanti HPA akan sediakan borang dalam laman web untuk tempahan.>> Borang >>InsyaAllah.

14 October 2008

Pelaburan Koperasi Wahida HPA.

Ahli-ahli HPA diingatkan supaya jangan membuat pelaburan dalam mana-mana syarikat yang menjanjikan pulangan yang lumayan sedangkan mereka tidak memiliki kebenaran mengambil diposit dari Bank Negara.Kejadian sebegini sering berlaku dinegara kita menyebabkan sesetengah pehak menggunakan peluang ini bagi mengumpulkan dana peniagaan mereka.
Jika mereka menjanjikan lebih daripada 20% setahun sesuatu yang tidak boleh berlaku dalam keadaan ekonomi sebegini melainkan skim cepat kaya atau moneygame.Jika Ahli mempunyai keewangan untuk melabur mari bersama HPA dalam pelaburan koperasi wahida HPA yang sedang mengumpulkan dana rm10 juta untuk dilaburkan dalam peniagaantani dan RFC yang sedang giat di buka seluruh Malaysia.Pada tahun lepas koperasi telah mengeluarkan deviden sebanyak 10% kepada ahli bagi satu tahun operasi dan saya mejangkakan dividen ini akan terus naik dengan jumlah produk dan pemintaan bahan mentah yang semakin banyak oleh HPA.
Antara peniagaan yang dilaburkan masakini ialah membekalkan gula,kopi,cremer kepada Radix Industries yang digunakan untuk pengeluaran kopi radix di Malaysia dan Luar negara.
Doakan 9 tahun lagi koop akan menjadi sebuah bank yang sah di negara kita.Amin.

Cawangan-cawangan yang sedang dibuka.

Antara cawangan yang sedang dibuka ialah:

1. Petaling Jaya - akan siap 15/10/08
2. Seri Iskandar - 15/10/08
3. pusat pentadbiran zon timur Kuala Kerai - 50%
4. Cawangan baru Temerloh - 50%
5. Rantau Panjang - akan mula renovation
6. Raub - akan mula renovation
7. Kuantan - tambahan cawangan baru dekat Kem Askar.
8. Segamat - Insyaallah siap 1/11/08
9. Muar - siap 1/11/08
10. Kulai - dalam tindakan mendapatkan s harga.

Program Amal bersama oku

Semua manusia dilahirkan bersama kelebihan dan kekuranganya tetapi di balik kekurangan itu terdapat satu potensi yang boleh dibangunkan untuk ummah.(pen)

Program amal bersama dengan OKU (cacat penglihatan) akan dibuat pada hari ini 14hb di dewan Amir Ramadhan Perlis.Seramai 30 orang yang telah memberikan nama untuk hadir di majlis ini.

Tujuan perjumpaan ini ialah untuk melihat bagaimana HPA boleh memainkan peranan aktif bagi membantu gulungan OKU dalam aktiviti harian mereka.Mereka bukan hanya boleh menghasilkan produk tetapi boleh menjadi guru kepada institusi pendidikan dan kemahiran yang akan dibuka oleh HPA kelak.

Kejayaan HPA membentuk usahawan sangat berkesan kerana HPA sendiri menyadiakan peluang pasaran bagi produk yang dikeluarkan.Setakat ini lebih daripada 100 orang usahawan termasuk usahawan tani yang telah bergabung bersama HPA membentuk pasaran bersama MLM HPA dan kenapa tidak hari ini HPA melihat potensi yang ada dalam diri OKU pula.

Antara Kopi dan Teh

Antara kopi dan teh yang telah dan akan dikeluarkan dipasaran ialah seperti berikut
1. Teh herba (100%pegaga)
2. Teh Asiatika(untuk sembelit yang kronik)
3. Teh Manjakani(manjakani dan kacip fatimah)
4. Teh Lemongrass(serai)- akan keluar.
5. Teh Roselle(Roselle)- akan keluar
6. Kopi Radix (7 herba)
7. Kopi radix mild(kurang manis)- akan keluar.
8. Radix Koko - akan keluar.

sementara kordial pula terdiri daripada:

1. Kordial asiatika
2. Kordial jambu merah - baru
3. Kordial mangga
4. Kordial kurma
5. kordial roselle
6. RTD roselle
7. kordial kundur (dihentikan pengedaran)
8. honey comb (bermusim)

Majlis peluncuran produk baru di Indonesia.

InsyaAllah,HPA Indonesia akan membuat majlis peluncuran 4 produk herba di Jakarta pada 16/11/08.Indonesia yang terkenal dengan penggunaan jamu kembali menguatkan jaringan MLM disana menggunakan herba sebagai produk killer.Keempat produk tersebut telah mendapat kelulusan daripada dep.kesihatan Indonesia.
Semua PJS Indonesia dijemput dan InsyaAlah saya dan GM AWM akan turun ke Jakarta bagi tujuan tersebut.Semoga perjuangan HPA di Indonesia akan lebih semarak.Amin.

12 October 2008

Kutipan amal -pakaian terpakai

Satu program sosial yang sedang giat dilancarkan oleh HPA ialah mengumpulkan pakaian yang telah digunakan untuk projek jualan amal bagi membantu golongan miskin.Anda boleh meletakan baju-baju yang hendak disumbangkan dicawangan-cawangan HPA dan InsyaAllah baju-baju itu akan dihimpunkan terlebih dahulu sebelum ia dijual dengan harga murah sementara duit kutipan 100% akan diberikan kepada fakir miskin.

Pakain yang hendak di sedekahkan hendaklah pakaian yang anda sendiri sanggup memakainya ketika ke pejabat atau ketempat keramaian.kita tidak mahu menerima pakaian pakaian yang buruk yang tidak boleh digunakan.

Percayalah...jumlah pakaian anda yang banyak dalam almari pasti akan di soal oleh Allah kerana tidak digunakan sedangkan diluar sana jutaan umat Islam berada dalam kemiskinan.Tidak keterlaluan jika saya katakan cukuplah 7 helai baju kerja bagi kegunaan 7 hari dalam seminggu.

Semoga sumbangan Amal ini akan disambut hebat oleh para pejuang HPA yang telah siap sedia untuk menerima arahan.Amin

Teh manjakani

Sudah satu minggu teh manjakani berada dipasaran tetapi masih banyak tempat yang belum sampai lagi.Edaran teh bersama kopi radix kini mula memenuhi kembali cawangan-cawangan di seluruh Malaysia.Selepas pengumuman harga kopi akan dinaikan ramai para stokis mula membuat belian stok yang banyak sama seperti cola radix.Situasi ini menjejaskan hanya seminggu sahaja kerana kemampuan mesin baru kita boleh beroperasi dengan kapasiti yang tinggi.

HPA kini mengarahkan kembali kerja dua shif termasuk hari minggu kilangnya di Kuala Perlis dan pada minggu hadapan bekalan kopi dan kremer akan sampai dalam jumlah yang besar mencukupkan keperluan kopi tempatan dan Indonesia.Pengeluaran yang cepat menggunakan mesin fully otomatik akan menghilangkan keresahan pengguna setia kopi radix.InsyaAllah.

11 October 2008

Kopi Radix

Kopi Radix merupakan produk utama HPA kerana ianya mudah untuk dijual namun bagitu kita mempunyai lebih 100 produk lain dipasaran.Oleh kerana kita tidak melibatkan diri dalam program -program yang menjana ilmu pengetahuan produk kita merasakan dunia peniagaan menjadi sempit bila tidak adanya kopi Radix.Kesanya akan menyebabkan kejatuhan jualan semasa.

Bagi pehak HPA penyediaan kilang kopi baru yang fully otomatik merupakan satu langkah kedepan bagi mempersiapkan kecukupan produk dipasaran.Namun bagitu saranan untuk kembali kepada peniagaan herba perlu dilaungkan kembali.Di sini saya menyeru semua ahli-ahli HPA dan PJS menghaziri program KPJ yang diadakan bagi mengelakan dari situasi ini berulang lagi pada masa hadapan.

HPA berdiri atas tiga kekuatan produk iaitu
1. herba ubatan melalui perubatan jawi
2. kosmatik melalui produk daripada pegaga
3. Produk harian sebagai pelengkap keperluan rumah.

Dari yang saya lihat ahli-ahli mengenal kopi radix lebih daripada 3 D malah kalau ditanya bahan apa yang terkandung dalam akar mengkudu ramai yang tidak dapat memberikan jawapan yang betul.Kita tidak dapat meujudkan satu keunikan bisnes MLM jika hanya bergantung pada produk harian.Oleh itu perlu segera kita mencari nota-nota kuliah lama untuk mengasah kembali ketajaman pengubatan herba kita dalam dunia yang banyak penyakit dewasa ini.

HPA memiliki kilang ubatan herba yang bertaraf GMP dan ISO .kita pelupur perubatan herba tempatan.JAWI bererti Jejawi...Alamiah...Wathan...Ilahiah...

sajak di dewan Puri Pujangga ukm 1998

Puri Pujangga
sungguh hari ini
kami datang lagi mengutip dedaunan yang luruh
dari pusaka ninda yang terbuang
agar jangan hilang ditelan zaman. (Hj Zahir dan Hj Mokhtar - tentu tidak lupa)

harga ayam organik

Pertama kali saya minta maaf kepada semua ahli HPA bagi kenaikan beberapa barangan utama kita seperti kopi dan ayam dipasaran.Kenaikan ini ada hubungan dengan pelbagai bahan mentah yang mengalami kenaikan harga.namun bagitu kalau kita lihat syarikat lain misalnya kopi telahpun awal-awal menaikan harga mereka sedangkan HPA masih cuba mengimbangi harga lama.Contuh kedua ialah ayam organik,harga ayam organik tidak boleh disamakan dengan ayam biasa kerana tempoh penternakanya lambat dan kos makanan melebihi ayam biasa(yang menggunakan hormon pengemuk)Namun bagitu sesuai dengan dasar perjuangan HPA ialah untuk menjadi pembela pada pengguna maka harga itu cuba dipertahankan.Ada dua jenis ayam yang dikeluarkan oleh HPA .Satunya mengambil tempoh 5 minggu untuk sembelih dan satu lagi mengambil tempoh 2 bulan.Kedua-dua jenis tersebut diternak tidak menggunakan vaksin dan hormon tetapi kosnya berbeza kerana jenis yang kedua herganya lebih tinggi dan kebanyakanya tidak berat .Dagingnya lebih halus dan manis tetapi gred A ayam jenis ini lebih ringan dibandingkan gred A biasa.
Daging ayam HPA tidak hanyir bila anda membasuhnya baunya tidak terlekat pada tangan.Ini salah satu tanda makanan yang diberikan bersih dan berkhasiat.InsyaAllah.

09 October 2008

PIC 4 hari Di SP

Pada 25hb -28hb oktober akan diadakan PIC di Sungai Petani Kedah.Sebenarnya PIC ini merupakan program untuk 2 kelompok peserta iaitu:-

1. 25 - 26hb terdiri daripada staf-staf cawangan yang diwajibkan mengikuti latihan kemahiran tentang penggunaan herba sebagai ubatan.Namun bagitu kita juga membuka peluang untuk penyertaan luar dengan bayaran rm200 sahaja.(makan dan penginapan)

2. 27 - 28hb terdiri daripada para PJS yang juga diwajibkan bagi mendapat info terbaru tentang herba-herba ubatan.

Semua peserta luar SP akan menginap di Homestay HPA di Bandar Laguna Merbuk dan tempat kursus ialah di Dewan Omar Mokhtar.RFC.

Peserta diminta menyediakan pakaian untuk riadah penafasan dipadang terbuka Laguna dan diwajibkan memakai T Shirt Radix HPA (ada dijual) disamping bersama mengadakan qiamulail di masjid Laguna tersebut.

Oleh kerana homestay HPA dibuka juga untuk orang luar,semua keluar masuk Homestay tertakluk kepada arahan pentadbiran.

05 October 2008

Back to basic

HPA adalah singkatan Herba Penawar Al Wahida.Kita adalah pelupor pengubatan herba dinegara ini. Jangan sampai kegairahan kita dalam peniagaan produk harian menjadikan kita lupa matlamat untuk melahirkan usahawan herbalis. PBC menjana bagi melahirkan usahawan yang dinamik dan proaktif sementara PIC pula menjana bagi kelahiran herbalis yang menguasai ilmu perawatan. Selagi ada manusia diatas muka bumi ini, sekali-kali tidak akan habis pemintaan untuk pengubatan. Sayang sekali jika kita boleh berjaya mendapat pangkat "PENGARAH" tetapi tidak mengenal seni penyembuhan dalam pengubatan jawi.
Kembalilah kepada kekuatan luarbiasa yang dimiliki oleh mlm HPA dan jangan sampai orang lain mengambil alih posisi pengubatan herba.
Hadirlah PIC dan KPJ dengan tekun. InsyaAllah leader yang lahir hari ini hasil dari kecintaan mereka pada perubatan herba pada masa dahulu.

Deligasi Ilmu Ke Mesir.

Pada bulan febuari 2009 HPA Ilham Holidays Sdn Bhd akan mengadakan kursus berbekam dan pengubatan Nabi di Mesir selama 7 hari(2 hari pergi balik).Mereka yang berminat boleh menghubungi HPA Ilham bagi mendapat keterangan lanjut dengan kos RM4500(termasuk tiket,penginapan dan makanan).Disamping itu lawatan ke ladang Habbatussauda dan tempat-temnpat herba akan diadakan.Kita berharap program ini akan mendekatkan lagi para herbalis HPA dengan metod pengubatan Islam yang sebenarnya bukanya pengubatan yang berbaur tahyul dan khurafat.
Disamping itu kita berpeluang bertemu dengan para ulamak yang belajar berbekam dengan salasilah sampai kepada pembekam Rasulullah saw.InsyaAllah.Deligasi ilmu ini bukan kunjungan untuk liburan semata-mata tetapi program pendidikan menyambung pengubatan jawi yang telah di perkenalkan oleh HPA.
Kita hanya membuka peluang ini kepada 40 orang di Malaysia dan 40 orang di Indonesia.Tarikh sebenar akan diberitahu kemudian.

Pengedaran Ayam

Setelah menyelesaikan tempat sembelihan ayam sendiri kini HPA Farm telah menambah 4 buah lori baru untuk mempecepatkan pengedaran ayam keseluruh cawangan menjadikan 8 buah lori.Pengedaran yang cepat dari semua tempat sembelihan akan membolehkan pengguna terus menggunakan ayam halal organik HPA tanpa terputus bekalan.
Baru-baru ini saya menghadiri majlis rumah terbuka Kak Pah di Sungai petani. Komentar yang diterima dari tukang masak ialah "memang benar ayam organik HPA tidak hanyir seperti ayam-ayam yang lain "Bukan satu tempat saya mendengar hal sebegini dan inilah yang meyakinkan pengguna tentang kelebihan "AYAM KITA" dibandingkan dengan ayam yang lain.
Satu perkara lagi,hampir semua hidangan kenduri dirumah Kak Pah menggunakan produk HPA kecuali satu iaitu kicap.Bila HPA nak keluarkan kicap? Tunggulah, masa itu akan berlaku yang penting kita terus memberikan semampu mungkin sokongan pada HPA bagi membantu HPA terus berkembang.
Melencong sikit dari tajuk pengedaran ayam....rumah Kak Pah, Subhanallah. Seperti yang selalu saya sebutkan..banglo diatas bukit dibawah desir angin. Nampak Komtar Pulau Pinang dari Sungai Petani.Bila saya tanya,Kkak Pah kata "100% duit HPA". Allahuakbar...HPA yang dahulu sering diperkecilkan orang kini berjaya melahirkan jutawan.. InsyaAllah baca tulisan saya nanti "jutawan dari langit".Amin.

HPA terus berkembang.

Perancangan HPA dalam masa terdekat:-
1. Perasmiaan El zaharaa Hotel
2. Perasmian Restoran Bariani organik
3. Perkongsian Ilmu Cemerlang.
5. Kilang kopi fully outomatik mula beroperasi
6. Teh Manjakani dipasarkan.
7. Kilang kola Radix tambah satu line lagi pengeluaran
8. Persediaan pembukaan kilang ais krim
9. Perasmiaan radix koko
10. Pembukaan 3 outlet RFC
11. Sasaran penternakan 500 ribu ekor ayam satu pusingan.
12. pembukaan kilang kordial di Sungai Petani.
13. pemohonan 20 permit bas pesiaran oleh Ilham Holiday
14. Rumbungan dagang ke China
15. Insentif ke New Zealand
16. Kuliah bekam di Mesir
17. HPA perkenalkan plantisol gold.
18. Indonesia dijangka import 6 kontena kopi sebulan
19. Pembukaan HPA Town di Kluang
20. Pembukaan kilang plastik.
21. Pelajar tajaan HPA di cina mula belajar di Universiti
22. Perangcangan penubuhan universiti Teknologi HPA.
23. Pembukaan cawangan baru sebulan 5 buah akan tercapai.
24. Tribunal PJS akan mengemukan plan mencapai 17 juta.
25. Hampir semua kilang HPA kerja 2 shif sehari.
26. Pembentangan plan Radix cafe dan Radix Shop untuk pengedar.
27. Koop akan menambah pelaburan ahli ke 10 juta.
28. Memperkenalkan konsep pasar moden (RFC dan cawangan) dan lain-lain lagi.InsyaAllah.Doakan kejayaan kita bersama.Amin.