Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

20 August 2009

Herba di bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling baik untuk melakukan program detox kerana puasa itu sahaja sudah banyak menolong tubuh menyingkirkan bahan buangan beracun. Jika ditambah dengan pelbagai herba lagi ia akan menjadi tubuh benar-benar sihat. Ini termasuklah penggunaan kapi radix/kopi diet/koko Radix/serial radix/spirulina/omega 3/minyak zaitun dan lain-lain lagi.

Orang yang sedang sakit ternanti nanti bulan Ramadhan kerana puasa itu juga adalah metod penyembuhan daripada pelbagai penyakit.Ini lebih berkesan jika sekiranya herba diambil secara rutin cuma perlu betulkan masa pengambilanya iaitu waktu berbuka dan bersahur. Serial radix,kopi radix dan spirulina akan memberikan kecerdasan sepanjang hari.Amin.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG MUBARAK.

Tenaga Mahir.

Pehak ITHPA masih lagi mencari tenaga mahir dalam apa jua bidang untuk menjadi pensyarah. Mereka yang memohon tidak ada syarat umur malah lebih diberi keutamaan kepada mereka yang berpengalaman melebihi 20 tahun. Ini bertujuan agar ITHPA berjaya mengeluarkan pekerja yang berdaya saing diperingkat tempatan dan global. Pemohonan tersebut bolehlah di tujukan terus kepada bahagian ITHPA. Sehingga kini lebih daripada 50 orang sedang mengikuti kelas ini. InsyaAllah.

Perasmian Kios Di Hotel De Palma.

Syukur , petang tadi hampir 150 ahli telah hadir bagi sama-sama merasmikan satu lagi sejarah HPA iaitu pembukaan kios di Hotel. Hotel De Palma Ampang mengambil langkah terkehadapan daripada hotel-hotel yang lain bagi meujudkan sebuah hotel yang mengamalkan syariah. Kita tidak perlu risau untuk duduk menikmati makanan di kedua restorannya kerana kesemua produk disediakan telah dipastikan halal.

HPA juga mengucapkan t kasih atas kepercayaan pehak hotel membenarkan pembukaan kios produk Halal di lobby dan sekali gus sebagai syarikat yang memberikan keutamaan halal dalam bisnes kami juga offer agar pehak hotel mendapatkan sumber halal dengan HPA. Penggunaan ayam organik dan lain-lain produk HPA sangat sesuai bagi melengkapkan tujuan murni hotel.

Warga HPA turut mendukung usaha baik ini. Amin.

16 August 2009

Selamat datang PJS ke HPA City.

Kursus penghayatan HPA tahap pertama kali ke 2 untuk PJS akan diadakan esok dengan kehaziran melebihi 40 orang. PJS akan mengikuti 7 tahapan bermula dari darjah 1 sampai darjah 7 dan pehak Mutiara Hikmah yang mengendalikan latihan mengucapkan ucapan terima kasih banyak-banyak pada cikgu Murad dan Dr Ishak Sulaiman yang menjadi penceramah utama kursus ini.
Kepada PJS yang hazir,jangan lupa membeli roti di Radix Bakery.amin.

Demam yang sudah menjadi wabak.

"Jangan lupa IMT" dos yang diambil perlu tinggi . Kalau 2 kapsul perlu diambil selang/jarak 2 jam. Habiskan satu botol dalam masa 2 hari dan jika diambil selang/jarak 4 jam perlu 4 kapsul sekali pengambilan. Anak-anak kecil dibuka 1 kapsul digoncang dan cairkan larutan dalam air masak diberi minum dalam keadaan kurangkan pahitnya. beri minum terus hingga sembuh. Kita percaya dengan kaedah kita. Demam ini akan memperkenalkan pengubatan Jawi sebagai satu pilihan. InsyaAllah.

Lagi perkembangan HPA dalam Majalah Anis.

Majalah Anis bulan ini sekali lagi memuatkan berita HPA iaitu El Zahraa inn. Anis yang dijual mencapai 20,000 naskah sebulan kini menjadi media berita perkembangan HPA. Kita juga berterima kasih kepada pehak pengurusan yang sedia memuatkan berita HPA tanpa sebarang kos. Mudah-mudahan berita HPA akan tersebar luas dipasaran terbuka. InsyaAllah.

Cawangan Madi dan Kuala Kedah

2 buah cawangan baru di buka kelmarin iaitu cawangan Madi Jejawi perlis dan cawangan Kuala Kedah. Ini bererti ahli-ahli yang berada berhampiran dengan kawasan tersebut boleh mendapatkan produk HPA dengan mudah dan para leader yang berhampiran dijemput bagi mengadakan program untuk menghidupkan cawangan - cawangan tersebut. Target kita semua pekan-pekan kecil akan dibuka . InsyaAllah.

Cawangan baru di Zon selatan

Walaupun ekonomi dunia merudum tetapi peniagaan produk halal menjadi pilihan masakini. Zon Selatan juga merancang pembukaan 10 lagi cawanganya dalam tempoh sebulan dari sekarang iaitu :
1. senawang
2. kuala Pilah
3. Tampin
4. Jasin
5. Air Hitam
6. Larkin
7. Nusajaya
8. Bandar Tenggara
9. Yong Peng
10. Ulu Tiram

Dengan penambahan ini jumlah cawangan di zon selatan akan berjumlah32 cawangan. InsyaAllah. Tahniah juga kerana zon selatan menunjukan peningkatan jualan hampir sejuta ringgit. Kepada semua Ahli dan leader teruskan perjuangan dan luruskan niat.Amin.

Cabang Baru di Indonesia.

Semangat baru yang ditiupkan sewaktu pertemuan PJS di Acasia Hotel menjadikan Al Wahida International Ind (AWMIT) akan membuka 5 cawangan/cabang baru dalam tempoh sebulan dari sekarang. Cabang- cabang itu terletak di beberapa lokasi padat ahli iaitu:-
1. Medan (cawangan baru)
2. Padang
3. Depok
4. Bekasi timur
4. Semarang.

sebanyak 6 lokasi baru akan ditentukan segera untuk pembukaan. Indonesia akan mensasarkan dalam tempoh 3 tahun mereka akan berjaya membesarkan peniagaan MLMS ini seperti di Malaysia. InsyaAllah.

Pencapaian tertinggi - teruskan menggempur pasaran

Alhamdulillah penjualan bulan 7 telah dicatat sebagai rekod pencapaian tertinggi syarikat MLMS HPA. Kita menerima ini dengan penuh rendah diri dan menyedari ini sebagai ujian daripada Allah bagaimanakah kita sewajarnya mensyukuri nikmat ini.

Jualan sudah mencecah 15.5 juta t(ermasuk jualan di Indonesia.). Walaupun kita menghadapi sedikit masalah di Indonesia namun bagitu semua masalah telah dapat diselesaikan dan dijangka penjualan di indonesia akan menjangkau rm3 juta dalam tempoh masa yang terdekat. Jika ini berlaku diikuti dengan peningkatan di Malaysia kemungkinan besar tahun 2009 kita berjaya mencecah 20 juta InsyaAllah.

Terimakasih pada semua yang telah bekerja menghidupkan PBC dan saya sangat terkesan dengan sokongan padu yang diberikan oleh Ahli-ahli semasa KONVEK yang lepas. Semoga cita-cita kita menjadi pengeluar produk halal no 1 di dunia akan berjaya. Amin.

Cawangan baru di zon tengah.

5 lokasi baru untuk cawangan di zon tengah telahpun dikenalpasti iaitu :

1. Putrajaya
2. Kelana Jaya
3. Wangsa Maju
4. Jalan Pudu Raya
5. Hutan Melintang.

cadangan tambahan kios di 2 buah masjid iaitu :

1. Kios masjid Kuang
2. Kios Masjid gugusan Manjoi.

Semoga dengan bertambahnya cawangan - cawangan ini akan memudahkan ahli dan agen stok mendapatkan produk yang bilangannya akan menjadi 500 item InsyaAllah. Kini tugas PJS dan leader menjadikan cawangan sebagai tempat pertemuan mingguan bagi program keilmuan peniagaan bersama.

14 August 2009

Sardin HPA

InsyaAllah tidak lama lagi kita akan mempunyai produk sardin dalam tin . Ini sebagai pilihan kepada umat Islam yang mahukan sardin yang halal dan dibuat oleh syarikat bumiputra. Hari ini status halal yang digunakan oleh HPA bergantung kepada kelulusan halal jakim. Saya menjangkakan hujung bulan ini dah boleh dipasarkan. InsyaAllah.
Dengan ujudnya pengetingan sardin,ia akan membuka jalan bagi produk pengetingan yang lain. Amin.

13 August 2009

MLMS - perlukan penerangan yang jelas.

Penambahan stokis sekaligus akan menyebabkan penjualan semakin meningkat. Ini disebabkan stokis akan memainkan peranan utama bagi memastikan produk sentiasa mudah didapati untuk downline masing-masing. Setiap PJS disarankan berusaha mendapatkan sekurang-kurang 4 orang stokis sebulan. Selain daripada itu juga mereka perlu turun kebawah bagi memberikan gambaran HPA yang sebenarnya kerana masih ramai yang belum mengetahui tentang HPA. Mereka lebih kenal dengan kopi Radix sahaja sedangkan HPA memiliki lebih 200 item didalam pasaran.
Pengenalan kepada MLMS telah dijadikan agenda khas dalam program penghayatan HPA khusus untuk PJS. Dalam Minggu kumpulan kedua seramai 50 orang PJS lagi yang akan terlibat . Program PBC juga perlu memasukan perbincangan tentang MLMS sebagai bekal kepada ahli bagi tujuan untuk membezakan HPA dengan MLM yang lain. InsyaAllah.

06 August 2009

Pembukaan 45 cawangan baru menjelang 2010

HPA kini menggiatkan lagi usaha bagi mengenapkan 200 cawangan dan kios di seluruh negara sebelum berakhirnya tahun 2009. Setiap zon di mestikan membuka 10 cawangan baru dan 5 cawangan di Malaysia Timur. Cawangan yang banyak akan memudahkan ahli-ahli bagi mendapat produk halal terutamanya produk-produk yang sukar disimpan dengan banyaknya di stokis-stokis. Penambahan stokis juga akan berlaku mengikut jumlah penambahan PJS, dimana setiap PJS perlu mengujudkan 5 stokis sebulan. Dengan peningkatan jumlah stokis dan cawangan dijangka ahli-ahli yang aktif boleh dipertingkatkan. Amin.

Pengambilan pelajar ITHPA/pekerja HPA.

Pengambilan pelajar ITHPA akan diadakan kali kedua pada 12/8/09 bertempat di dewan Omar Mukhtar(DOM). Semua pekerja HPA diseluruh Malaysia wajib mengikuti Kursus Asas kerjaya melalui ITHPA. Ini bermakna mereka yang berminat untuk bekerja dengan mana-mana syarikat HPA diwajibkan mengikuti krusus ini selama sebulan di Sungai Petani. Hingga kini sebanyak 500 kekosongan yang perlu diisi.InsyaAllah.

02 August 2009

Majlis taklimat kerja HPA dan ITHPA.

Majlis ini akan diadakan pada esok hari 3/8/09 di dewan omar Mukhtar (DOM) jam 8.30 pagi . Semua anak-anak syarikat HPA dan pentadbiran zon tidak dibenarkan lagi mengambil terus pekerja-pekerja tetapi mestilah melalui ITHPA. Ini bermakna mereka yang hendak bekerja dalam HPA mestilah mengikuti kursus pra-kerja di ITHPA.
Tujuan diadakan program sebegini ialah untuk memastikan pekerja benar-benar mengetahui kehendak majikan terutama dalam urusan bisnis yang sangat mencabar. Kita tidak mahu pekerja yang sepatutnya menjadi asset syarikat tiba-tiba menjadi liability(tanggungan) . Ini sangat-sangat penting kerana kini HPA memiliki 1700 orang pekerja dan penambahan pekerja berlaku 50 - 100 orang sebulan. Peningkatan ini akan terus berlaku kerana bertambahnya outlet dan rangkaian peniagaan HPA diseluruh negara. Mereka yang berminat boleh menghubungi bahagian latihan (pengambilan pelajar dan pekerja) 0194650155(fahzan) .

Kursus Penghayatan HPA (PJS)

Selamat datang kepada semua pjs yang terpilih kedalam kursus Penghayatan HPA darjah pertama di SP pada 4 dan 5 haribulan. Kursus ini bertujuan bagi memperkuatkan lagi ukhwah sesama pemimpin kerana kita merangka peningkatan jualan melebihi 20 juta sebulan. Etika peniagaan syariaah dan ujian kefahaman produk turut diadakan disamping PJS akan dibawa melawat beberapa lokasi baru peniagaan Halal HPA seperti kedai kek,RFC pandu lalu,ROR dan lain-lain lagi.

Deodorant Radix Men dan Centella

Alhamdulilah kita telah pun memperkenalkan deodorant untuk lelaki dan wanita. Terdapat tiga jenis iaitu 1. Radix Men(lelaki) 2. Centella Woman 3. Centella Mild. Produk ini telah diperkenalkan semasa konvek 09 dan dijangka akan berda di pasaran pada pertengahan ogos nanti. Terima kasih kepada semua ahli-ahli yang mencadangkan pembangunan produk ini untuk pasaran MLM. Kita bertanggungjawab bagi meujudkan produk altenatif selagi ada kemampuan.InsyaAllah.