31 May 2008
Ucapan penghargaan
Ramai saya lihat teman-teman yang datang dari selatan,pantai timur dan juga dari Indonesia sudah mula memenuhi hotel-hotel di sekitar Sungai Petani.Panitia pula nampaknya sudah berapa hari bermalam disitu.Kesemuanya dalam situasi gembira seolah-olah ingin menyambut hari raya.
Kegembiraan ini lebih terasa kepada leader-leader yang telah bertungkus lumus membawa HPA kepesada MLM sehingga ke tahap ini.Saya terus menerima sms dari mereka yang akan mengikuti majlis pelancaran/perluncuran(ind) melalui laman web wahida.Para leader di tanah suci serta rumbungan HPA Ilham terus menghantar kata-kata semangat dari al-haramain.
Teman saya yang sedang belajar di negeri China juga turut pulang hanya untuk untuk mengikuti majlis dalam sejarah ini.Di Indonesia juga tidak kurang hebatnya dan mereka juga bersedia untuk mengikuti rancangan lintas langsung dari RFC.Terima kasih pada web master yang menyediakan siaran langsung untuk kesemua para ahli HPA.
Kami mengalu-alukan kehaziran teman-teman semua mudah mudahan berkekalan kasih sayang kita.Mari sama-sama kita menukar mimpi menjadi realiti".InsyaAllah.Amin.
Petua bukan cara untuk beramal.
1. Si isteri mengambil air wudhuknya dan di masak bersama nasi untuk suami.Suami akan mengikut arahan isteri.
2. Pada tahap kedua pula,air mandian isteri dijadikan minuman dalam kopi suami.
3. Air cuci ka'bah di doakan untuk minuman suami dll lagi.
Alangkah kejinya perbuatan ini walaupun mereka mengatakan air whuduk merupakan air musta'mal,suci(boleh di minum) tetapi tidak dapat menyucikan(utk berwudhuk)namun sanggupkah anda mengambil air basuhan tangan,hidung dan kaki anda untuk minuman suami.Kalau anda sendiri tidak sanggup meminumnya bagaimana anda tergamak memberikan pada orang lain meminumnya.
Kedua,berikan satu hadis yang dapat dirujuk bahawa amalan bagini telah diajar oleh Rasullulah SAW pada putri-putrinya untuk tujuan melembutkan hati suami.
Lebih dahsyat lagi, syaitan terus menyesatkan golongan ini dengan memberikan air mandian bagi niat menundukan suami habis-habisan.Inilah petua yang diajar oleh sebahagian para guru-guru kita khususnya pada isteri yang telah dipoligamikan.
Air basuhan ka'bah yang mengandungi bahan kimia pencuci dikatakan sebagai air barakah yang menolong bagi mencapai niat-niat tertentu.Benarkah itu dari ajaran Islam atau merupakan bidaah sesat lagi menyesatkan.
Di Sini saya mengajak seluruh ahli HPA menolak semua jenis amalan yang tidak mempunyai dasar dari ajaran ugama yang suci.Mudah-mudah-mudahan Aqidah dan Ibadah kita diterima Allah.Amin.
Sos cili/tomato/thai HPA.
Perbuatan sebahagian besar industri sos yang memasukkan pewarna bagi mendapatkan kilauan merah cili boleh mendatang masalah kesihatan dalam jangkamasa yang lama.Pewarna dikatakan salah satu bahan yang menyebabkan belakunya kanser.Dalam ertikata yang lain pewarna tidak menjadi darah dan daging dalam tubuh badan.
Orang yang ada kanser payudara sangat bahaya dengan kehaziran pewarna terutama pewarna yang ada pada belacan/terasi(indon) kerana ia menjadi penggalak/pemacu(ind) pertumbuhan kanser.Inilah kesan pewarna dalam makanan dan kelebihan sos kita untuk kesihatan.InsyAllah.
Yayasan Jawi
Garisrangka sumbangan Yayasan akan dibuat kepada beberapa tabung seperti:-
1. Tabung anak-anak yatim
2. Tabung biasiswa pelajaran
3. Tabung golongan miskin
4. Tabung golongan Kurang Upaya
5. Tabung bencana alam
6. Tabung rumah perlindungan
7. Tabung Ibu-ibu tunggal
8. Tabung orang tua-tua
9. Tabung pendidikan dll.
Kelak para ahli-ahli HPA bolehlah membuat sumbangan kepada yayasan dan mendapat pengecualian cukai pendapatan daripada lembaga hasil.InsyAllah.
30 May 2008
Perasmian Kilang Kola Radix
Kilang tanpa pinjaman itu merupakan hasil titik peluh para pengedar HPA yang bersungguh-sungguh membawa dan memperkenalkan produk halal di mana-mana.
Pada seluruh warga HPA di jemput untuk mengikuti majlis pelancaran kilang tersebut pada 1/7/08 nanti.Insyalah.
28 May 2008
Kursus Bekam
Tempat: Cawangan Alor Setar
Tarikh : 20-21 Jun 08
Bayaran kursus : RM75.00
Makanan dan tempat tinggal tidak disediakan.Alatan bekam dijual ditempat kursus.
Oleh kerana tempat terhad kami hanya menerima 50 peserta sahaja.Sila hubungi Us Samad (0194340717) atau Pn Syikin (0175515911). InsyAllah.
Perasmian RFC
Logo HPA berada disana-sini menandakan semaraknya semangat para ahli-ahlinya untuk terus memastikan produk sampai ditangan pengguna.Kadang-kadang saya menjadi terharu kerana sokongan ini.Petang tadi satu lagi ungkapan yang saya dengar datang dari seorang tua " Kalau pak cik tak sempat melihat kejayaan HPA biarlah anak cucu pakcik yang melihatnya nanti"
Bahasa ini datang dari hati seorang tua yang mampu berdoa untuk kejayaan HPA.Kita mara untk terus mengambil pasaran yang ada,ayuh semua bangun dan bantulah HPA.Amin.
Program KPJ/PIC.
Tentatif ini mungkin ada perubahan,dapatkan maklumat akhir dari cawangan-cawangan HPA.
1. 28hb May - KPJ Kangar
2. 29hb May - KPJ Alor Setar
3. 30hb May - KPJ SP
4. 1hb Jun - RFC
5. 7 - 8 jun - PIC (HQ)
6. 10 Jun - KPJ Ipoh
7. 21 Jun - KPJ KLIH.
7 .28hb Jun - KPJ Johor
8. 29 Jun - KPJ Melaka
Lanjutan perbicaraan tentang MLM.
Hujah: upline hanya servis pada downline generasi pertama ,oleh itu ia hanya layak mendapat bonus tersebut tetapi pada downline kebawah seterusnya tidak ada usaha dan ini menjadikan mereka hanya mengambil bonus dari usaha orang lain.Bagi membayar bonus itu maka pengguna di zalimi dengan harga yang tinggi.
Jawapan: Soal pengharaman ini berlaku apabila terdapat peningkatan harga yang tinggi pada pengguna khususnya bagi memberi bonus pada sistem MLM.Praktik dalam MLM HPA jauh berbeza dengan keedah penetapan harga dalam sistem MLM biasa( harga kos x 5).Penetapan harga di MLM HPA di ambil kira dari senilai harga produk dipasaran konvensional.
Perbandingkan 180 items produk HPA yang dijual dipasaran.Walaupun harganya sama dengan sistem penjualan konvensional namun bagitu penyediaan produk HPA jauh lebih bermutu daripada produk biasa dengan sijil GMP dan ISO.Dalam realiti bisnis situasi ini membayangkan HPA MENGURANGI KEUNTUNGAN SYARIKAT BUAT DIBERIKAN KEPADA PARA PENGEDARNYA DISEMUA GENERASI YANG ADA TANPA MENZALIMI PENGGUNA.
Servis bukan bererti kita turun untuk menemui semua orang tetapi termasuk servis ialah memberikan perhatian pada generasi pertama dan generasi pertama pula melakukan servis pada generasi seterusnya.Secara logiknya jika upline tidak melakukan servis pada generasi pertama maka generasi kedua juga menjadi tidak aktif.
Wallahualam.
Terima kasih pada pejuang HPA dimana sahaja anda berada.
HPA Ilham Holidays Sdn Bhd
Tarikh berangkat : 15 Ogos - 26 Ogos 2008
kos pembiayaan : RM6000.00
Ahli HPA yang mempunyai bonus boleh membuat bayaran dengan potongan bonus selama 5 bulan.Di kesempatan ini juga saya menyeru agar para pengedar HPA mengambil peluang untuk menghantar insan tersayang(ibubapa)melalui skim ini.
Pakej ini di buka hanya untuk 50 orang sahaja dan mereka yang bersetuju perlu memberikan wang pendahuluan tanda jadi sebanyak rm 1000 terlebih dahulu.
Untuk tempahan boleh menghubungi, 04 - 4482717
InsyaAlah.
Dividen Koperasi HPA Wahida.
Apa yang boleh saya komen,walaupun baru umur setahun koperasi dah mula menunjukan keuntungan yang tinggi.Tahniah atas kepercayaan ALP koperasi yang berani melibatkan diri dengan peniagaan HPA.Doakan koperasi kita akan bertukar menjadi Bank disuatu hari nanti.TK.
27 May 2008
kuliah KPJ di hujung bulan Mei.
1. KPJ Kangar - diadakan di dewan Amir Ramadhan komplek HPA jejawi (28/5/08)
2. KPJ Alor Setar - Diadakan di tingkat atas cawangan HPA Shahab Perdana (29/5/08)
3. KPJ Sungai Petani - Diadakan di cawangan HPA Aman Jaya (30/5/08)
Pastikan semua peserta kuliah boleh membeli buku teks "intibah siri 1" yang dijual di tempat program.InsyaAllah.
26 May 2008
5 hari lagi.
RFC akan mula beroperasi pada 1 jun 2008 menggamit semua ahlinya yang seramai 450 ribu orang untuk datang merasai keenakan makanannya yang disediakan.Setiap belian rm15 akan mendapat NM yang akan langsung ke sistem MLM.
2 lagi Produk RFC yang akan dijual di semua cawangan ialah 3 jenis sos(cili,tomato dan Thai) dan rempah untuk ayam goreng.InsyaAllah .Terima kasih untuk semua.
25 May 2008
Air Mineral berlebel biru.
Terdapat 2 jenis air mineral yang berada dipasaran namun bagitu air mineral(biru) mengandungi kadar alkali yang tinggi iaitu pH9 sangat sesuai digunakan untuk tujuan perubatan.Kita juga berharap masalah bekalan air mineral akan mencukupi di semua cawangan HPA terutama bagi negeri-negeri pantai barat.
Syukur.
Team doktor dalam Perubatan Jawi
1. Dr Ziadul Akbar
2. Dr Savitri
3. Dr Fajriati
4. Dr Farida Megalini
5. Dr Sri Septriani
6. Dr Erni.
Kumpulan doktor ini akan berusaha untuk membangunkan sebuah konsep "kejayaan Thibun Nabawi melalui Perwujudan perubatan jawi dengan program 7P."
7P itu ialah
1. pendidikan
2. penyelidikan
3. perubatan
4. Pengilangan
5. Penanaman
6. Pengabdian(CSR)
7. Penjualan.
Diharap ramai doktor-doktor terutamanya diMalaysia yang akan bergabung bersama pengubatan Jawi .InsyaAllah.
Rombongan pertama ke Tanah Suci.
HPA memberikan insentif umrah kepada pekerja-pekerja mengikut jumlah purata jualan bulanan dengan nisbah sejuta untuk tiga orang.Jika tahun ini penjualan boleh mencapai 20 juta bererti seramai 60 orang yang akan dapat insentif ini.InsyaAllah.
Bagi HPA Ilham Holiday pula ingin merakamkan rasa syukur atas sokongan padu ahli-ahli padanya terutama beberapa orang PJS yang turut serta dalam rombongan ini seperti Ustaz Zahir Hj Ghazali,Sdra.Asri Hanafiah ,Sdra Azizan Ahmad,Cikgu Abdul Razak dan Sdra.Mohamad Khatib.
Rombongan ini akan berada di Madinah (hotel Mawaddah)selama 3 hari dan di Makah(hotel Ar-Rashid) selama 9 hari.Ketua rombongan merangkap mutawif ialah Ust.Khairul Anwar bin Hj Ahmad daripada Ipoh.
Semoga mendapat Umrah yang di terima di sisi Allah,
24 May 2008
RFC satu altenatif.
RFC Alor Setar dirasmikan pada 7hb Feb 2009
RFC menggunakan radix cola sendiri menggantikan coca-cola dan rempahan yang digunakan untuk menghasilkan ayam RFC juga diproses dengan resepi tersendiri.Chili sos,tomato sos dan Thai Sos juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Jejawi Sematang Perlis.
Apa yang menarik ialah ahli-ahli yang makan di RFC akan diberi nilai mata (NM) sesuai dengan peniagaan MLM HPA.Manakala restoran RFC pula akan di "franchise" kepada ahli-ahli HPA yang berminat
Modal: RM 1.5 juta, rujuk syarat-syarat http://hpa.com.my/rfc/tips.htm
Menjelang tahun 2010 RFC berhasrat mempunyai 20 rangkaiannya diseluruh malaysia.InsyaAllah.
Mereka yang berminat boleh hubungi 0135309717 (Hj Fisal)untuk pertanyaan lanjut.
TK kepada semua ahli HPA.
23 May 2008
Rawatan Di Jawi Herb Shop
Setiap pesakit yang hendak mendapat rawatan terlebih dahulu menghubungi JHS untuk temujanji.Sehingga kini JHS menerima ramai pesakit termasuk yang datang dari jauh.Antara kemudahan yang disediakan untuk mereka yang datang dari jauh boleh menyewa jawi homestay di Bandar Laguna Merbuk ,kira-kira 5 minit perjalanan.
InsyaAlah, JHS di Sungai Petani akan menjadi salah satu tempat rawatan sementara sehingga HPA memiliki tempat yang akan dijadikan sebagai pusat rehat dan rawatan Jawi berasaskan "medical tourism" InsyaAllah.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:-
016-4361359 (Nurhisyam)
013 -4899917 (Hafiz)
22 May 2008
Masuk HPA kerana perjuangan
Jangan lupa orang miskin yang berada dikeliling kita.mereka tidak upaya lantaran beberapa kelemahan yang ada pada diri sendiri.Paling minimun warga HPA menjadikan produk ini sebagai pilihan keluarga dan jika mampu perjuangkanlah sebagai satu sumber pendapatan.
Bantulah HPA walaupun dengan secawan kopi.
Maklumat Produk
Bagi seluruh warga HPA boleh mendapatkan sumber perkongsian ilmu perubatan jawi melalui http://jawimedherb.blogspot.com/
Mudah-mudahan Allah mengurniakan pada kita kefahaman yang sebenarnya dalam dunia perubatan.InsyAllah.
Hukum MLM haram?
Terdahulu saya dengan rendah hati menyatakan isu ini merupakan isu yang perlu diperbincangkan diperingkat para ulamak yang mempunyai autoriti dalam bidang muamalah Islam.Ini mengelakan dari belakunya kesalahan-kesalahan dalam mengeluarkan fatwa.(mengharamkan yang halal)
Disudut pengurusan HPA ,kita amat berhati hati dengan hukum halal dan haram dalam peniagaan kerana itulah matlamat penubuhan HPA iaitu untuk mendapat keuntungan dunia akhirat.Diperingkat Awal keujudan mlm HPA pada tahun 1997 lagi ,kaedah pembahagian bonus dalam HPA telah diperbincangkan oleh jawatankuasa syariah yang telah dibentuk .Mereka terdiri daripada ulamak haraki yang mempunyai keluasan ilmu berhubung dengan sistem ekonomi Islam.Disini saya tulis dengan perkataan ulamak haraki kerana bagi saya ulamak-ulamak haraki memutuskan hukum bukan atas dasar kepentingan atau kedudukan jawatan mereka.Kedua,mereka mendapat pendedahan yang luas dengan perkembangan dunia hari ini kerana kesempitan ilmu menyebabkan fatwa menjadi sempit dan jumud.
Apabila HPA ke Indonesia sekali lagi mlm HPA dibawa ke majlis ulamak dibawah PKS(jamaah islam) dibawah pengendalian DR Salim yang kini menjadi duta Indonesia di Saudi Arabia.MlM HPA diberi status MLMS(Multi lavel marketing syariah)dan kami berpegang dengan pandangan ulamak-ulamak haraki ini sampai hari ini
Adapun kenyataan ust Zaharudin merupakan kenyataan umum bagi MLM yang sedia ada dinegara kita dan lebih cenderong memperkatakan tentang skim piramad.Namun bagitu teguranya yang ikhlas sepatutnya diambil secara positif bagi membersihkan peniagaan MLM yang dipandang negatif oleh sebahagian masyarakat kita.
Petikan kata-kata jawatankuasa syariah pada tahun 1997
"Kita tidak boleh mengharamkan sesuatu yang tidak jelas selagi peniagaan itu tidak memberikan kemudaratan pada orang lain"
Salah satu hujah yang dibangkitkan ialah keuntungan pada generasi kedua,ketiga dan seterusnya ,dikatakan mengambil untung atas angin.Ini keyataan yang berbentuk pengiraan metamatik dan tidak berdasarkan realiti peniagaan sebenarnya kerana jika anda menjadi pemimpin kepada generasi anda,anda perlu memperuntukan keewangan yang cukup bagi menjadikan downline anda aktif.Ini menolak pandangan sebahagian orang yang menyatakan bahawa wang bonus itu hasil kerja orang lain dan itu sama sekali tidak benar'
Jelaslah muamalah dalam HPA walaupun anda berada sbg upline sekiranya anda tidak berkerja pasti anda tidak akan dapat bonusnya dan ini diperluaskan dengan satu peraturan baru bagi ahli-ahli yang tidak aktif selama 6 bulan boleh memohon untuk mendaftar semula dibawah jaringan yang lain.
Berbeza dengan sistem piramid yang mengaut keuntungan daripada generasi dibawah dan orang diatas akan sentiasa diatas (bonusnya)kerana Dalam HPA down line boleh mendapat bonus melebihi dari up line mengikut usaha yang di lakukan dalam bisnis ini.
Inilah yang kita sebutkan konsep KEADILAN dalam plan pemasaran HPA dan inilah yang membezakan MLMS dan MLM biasa.
Teruskan perjuangan bersama HPA untuk merealisasikan impian kita menjadi pengeluar produk halal untuk ummah yang semakin terhimpit.Jangan sampai terjadi situasi ulamak sibuk memperkatakan persoalan halal dan haram daging katak sedangkan gejala murtad menjadi-jadi.Kini kita memiliki 180 produk halal dipasaran dan kita akan pastikan setiap makanan yang masuk kemulut ummah dari sumber yang halal dan bukan yang dihasilkan dari bikinin yahudi terlaknat.
20 May 2008
VCO
1. VCO softgel HPA digunakan sebagai ubat tairod
Dos yang dicadangkan ialah 3 x 3 .Pengambilan mestilah istiqamah selama 3 bulan berturut-turut.Insyalah sangat berkesan peda pesakit tairod yang menyebabkan badan menjadi kurus dan kehilangan berat badan.
2. VCO untuk ubat tidur
Dos yang digunakan ialah 3 x 3.
VCO sebenarnya menurunkan suhu badan yang menyebabkan tubuh boleh tidur di malam hari.Anda sendiri cuba rasakan kesannya nanti.
selamat mencuba.
Tranungkite
Kini kita sudah sampai diperingkat terakir untuk membuat kontrak pengilangan makanan ayam halal bagi digunakan dalam industri ini.Ayam-ayam yang telah diternak telah dijual dipasaran runcit(cawangan) melalui sistem mlm dengan mengikut harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan.Ini sekaligus membuktikan bahawa harga jualan produk HPA setanding dengan harga jualan biasa walaupun HPA memasarkan melalui peniagaan MLM.
Selain daripada ini produk ayam juga dijadikan produk untuk kegunaan RFC yang akan dibuka diseluruh negara.Kita memerlukan jumlah keluaran sejuta ekor sebulan untuk keperluan masa kini.Produk dalam bentuk ayam proses yang lain akan menyusul.
Selain di Terengganu,pusat pertenakan ayam kita juga ada di Perlis dan Kedah.Terimakasih pada semua yang terlibat dalam bisnis ini kerana dengan adanya orang-orang seperti tuan puan maka bolehlah HPA meneruskan pejuanganya menjadi pengeluar produk halal di Pasaran.Terima kasih.
Pelancaran RFC pada 1 Jun 2008 boleh diikuti melalui http://www.kptr.net/hpalive