Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

30 November 2009

Jom pi MILAD Indonesia.

Milad HPA Indonesia akan diadakan pada 30 januari 2010 di Jakarta Convention Centre dan dijangka kehadiran melebihi 5000 orang. Mereka yang ingin bersama rombongan HPA Malaysia bolehlah membuat tempahan tiket melalui HPA Ilham Holiday segera.

Pihak kami akan menguruskan semua keperluan seperti makan dan tempat tinggal di sana nanti.

Untuk keterangan lanjut, hubungi dengan HPA Ilham Holiday (013 -4389727 - Puan Roszaitun) segera. http://hpa.com.my/ilham

Alhamdulillah..

Banjir telah mulai surut dan keadaan kini terkawal. Semua cawangan HPA di Pantai Timur dalam keadaan baik dan tidak berlaku kerosakan . Walaupun penjualan turun sedikit namun kita wajib terus bersyukur kerana nikmat yang Allah berikan selama ini juga tidak terhitung. Sedikit kekurangan itu mungkin boleh menjadi pemangkin kepada arus kedua yang lebih hebat. Kepada semua ahli HPA yang terpaksa mengharung air banjir teruskan istiqamah dalam perjuangan produk halal ini miskipun kesusahan mulai dirasai. Jangan sekali-kali kita memakan sesuatu yang tidak jelas hukum halalnya.

lihatlah orang yang lebih derita dari kita tetapi masih mampu tersenyum memegang air mineral HPA sebagai satu pilihan. Kami akan terus berdoa akan kebajikan kita bersama amin.

28 November 2009

Inilah jalan kita.

kita sebenarnya memilih jalan ini
kerana kita sangat pasti
jalan kita ..
jalan kebenaran
jalan kita ...
jalan perjuangan
bukan hanya bicara laba untuk dunia
yang lebih penting
sebuah persiapan kesana...

persinggahan ini cuma sebentar
mungkin lebih pendek dari sehela nafas
tapi perjalanan sangat panjang
kerana penghujungnya juga tidak kelihatan

tersisih dari golongan kita
mereka yang ingin mencipta diatas hasil yang segera
sudah pasti sama sahaja
liku,lurah dan gunung
perlu dahulu di laluinya....

jika kita berhenti
pastikan untuk sekadar sahaja
hilang lelah..teruskan
miskipun kaki luka dan berdarah.

Inilah jalan kita..
yang menuntut seribu kekuatan dijiwa
jangan biarkan lemah menguasai diri
bangunlah berdiri dengan berani
sekali kita rebah
seribu tahun kita akan terus berlari.

26 November 2009

Berkorban apa sahaja.

Berkorban apa sahaja demi mencapai cita-cita yang murni atas moto perjuangan "produk halal tanggungjawab bersama". Seribu cadangan tidak ada ertinya jika pelaksanaannya cuma sebuah tiori hebat diatas kertas yang tidak mampu bekerja. Seminar dan bengkel cuma menjadi medan pengasahan bakat berhujah untuk lebih dikenali sebagai generasi intelektual sementara medan amal masih kosong dengan para pejuang sepenuh masa. Kalau adapun sekadar mengisi waktu yang terluang dan kalau berbelanjapun cuma wang siling lebihan shoping dari supermarket yang dimiliki oleh Yahudi.

Bagaimana ekonomi ummah mampu meraih kejayaan seperti zaman Rasul saw? atau kita hanya di takdirkan menjadi penonton yang bertepuk tangan dengan kejayaan orang lain. Terlalu banyak firasat yang lahir dari pelbagai gulungan yang bernama ulamak sehinggakan dunia kian beku dan hanya menanti kedatangan sebuah keajaiban. zaman sistem perekonomian barat yang kian runtuh tidak juga menjadi peluang untuk para peniaga muslim munjul dipemukaan dengan slogan takwa.

Para peniaga yang jahil terus mendakap sistem ekonomi jahiliah yang telah reput dan berkulat miskipun peniagaan halal menjaminkan seribu peluang. Akhirnya keseluruhan besar nama dan jenama produk halal sukar di tentukan siapa yang menghasilkanya. Keberanian mereka(non muslim) memberikan nama-nama Islam pada jenama mereka kini sudah boleh diterima oleh pasaran. Sijil halal pula memberikan laluan kanan yang pantas tanpa perlu berbaris menantikan perubahan pasaran.

Satu hal lagi Malaysia yang bakal menjadi Halal Hub di dunia tidak ada dalam senarai pesaing selepas Thailand,Australia dan Brazil. Apa dah jadi? dek kerana orang kita juga tidak menyokong orang kita dan kata mereka "sama sahaja".

21 November 2009

Perasmian RCH Kluang.

Esok perasmian RCH ke empat akan diadakan di Kluang Johor. Perasmian ini akan disempurnakan oleh PU 2 ,Hj Fisal bin HJ Ahmad Tajuddin. Dijangka seramai 2000 orang ahli HPA yang akan hadir untuk memberikan sokongan kedai makanan segera ini . HPA sangat berharap RCH akan menjadi daya tarikan kepada umum kerana kesucian yang digunakan tanpa was-was.

Turut dijangka hadir ialah tuan DO Kluang berserta semua kakitangan HPA yang berada dibawah pengendalian zon selatan. Tahniah pada puan zaimah dan kakitangannya yang mencapai target peresmian seperti yang dijangkakan.

HPA HALAL MART

HHM akan mula diujudkan mulai tahun hadapan bagi mempertengahkan sebanyak mungkin produk halal dipasaran. Semua cawangan baru HPA akan mula diubahsuai berbentuk minimarket dan sudah tentu kita sangat mengharapkan dalam tempoh masa-masa ke hadapan ianya bertukar menjadi supermarket.

Sesuatu yang menarik HHM merupakan minimarket MLM pertama di ujudkan InsyaAllah. SEmua produk kering dan basah akan dijual disini. Moto HHM ialah Halal dan organik lagi baik. Jika prototaip ini siap dan mendapat pemintaan yang tinggi ianya akan dibuka diseluruh negara bagi memudahkan ahli-ahli mmbeli yang halal ditengah-tengah ribuan produk yang tidak jelas hukumnya. Terima kasih atas sokongan semua ahli hingga hari ini. Teruskan perjuangan.

15 November 2009

Lapuran HPA Borneo

Bagi menguatkan pasaran di Borneo, InsyaAllah sebuah pejabat pentadbiran Zon Borneo akan di buka segera. Lokasi yang dipilih ialah di batu 7, Bandar Santosa. Kucing Sarawak. Disamping itu terdapat empat buah kilang akan dibangunkan termasuk kilang baru kopi Radix bertaraf GMP. Tarikh jangkaan kilang ini mula operasi ialah pada 1/12/09 bertempat di Lot kilang SME Kota Kinabalu. Selain daripada itu kilang kicap alami, kilang kola Radix dan kilang untuk produk kegunaan rumah juga akan segera dibuka.

Cawangan baru di Sandakan dijangka akan mula operasi pada 19/11/09. Semua cawangan-cawangan HPA yang akan dibuka pada masa hadapan akan lebih menjurus kepada konsep minimarket iaitu HPA HALAL MART (HHM) kearah persediaan supermarket 5 tahun lagi. InsyaAllah.

14 November 2009

Masjid Nurir Rahmani,Santubung.(13/11/09)

Sudah hampir 3 tahun tidak mengadakan program KPJ di Sarawak. Namun bagitu kesetiaan para leader terus mengembangkan peniagaan HPA tanpa jemunya . Kali ini dengan Izin dan kesempatan yang diluangkan Allah ,kami telahpun berada di bumi Kenyalang . Takdir Allah jua, membolehkan kami solat jumaat di kampung Santubung iaitu sebuah kampung yang berada dipinggir muara sungai .

Masjid Nurir Rahmani bukanlah merupakan masjid baru dengan pembinaan senibina klasik bumi Sarawak tetapi lokasi masjid ini sangat cantik dimana jika dipandang dari hadapannya.Kedudukan gunung Santubung dibelakangnya menjadikan masjid ini seolah-olah terletak dikaki gunung. Kabus kadangkala tebal menutup pemukaan gunung Santubung persis gunung Fuji di Jepun. Gunung Santubung juga tidak lepas dari cerita mistik tanpa dalil yang menunjukan bahawa pengaruh kepercayaan lama masih menebal walaupun Islam datang membawa cahaya tauhid. Agama yang benar itu adalah ugama fitrah (Islam). Rujuk surah 30 : 25.

Keramahan penduduk disini jelas membayangkan tidak ujud sebarang perasangka buruk mereka dengan orang luar. Persaudaraan atas dasar ugama menguatkan lagi hubungan hati walaupun mereka masih tidak tahu tentang HPA. Apa yang penting,masih banyak lagi tugas ahli-ahli HPA disini dan mudah-mudahan HPA disenangi oleh masyarakat tempatan kerana akhlaq yang mulia dari para pedagangnya.

11 November 2009

Gulai Itik

Pernahkah anda mencuba gulai/kari Itik yang baru dipasarkan dalam pasaran MLM HPA?Produk frozen ini dihasilkan dari penternakan itik di bukit Batu Hitam Cangloon Kedah. Harga satu pek 500gm ialah RM12.00(harga ahli). HPA Farm menternak itik Nila sebagai satu lagi projek komersialnya dan akan di tinkan pada masa hadapan. InsyaAllah.

Saya rasa keenakan gulai itik Nila ini disebabkan kerana dagingnya yang dimasak dengan daun nangka terlebih dahulu. Proses penyediaan gulai itik ini mengikut kaedah tradisional orang Melayu di utara dan pernah menjadi santapan istimewa dalam acara-acara tertentu. Apapun kita kena berani mencuba dahulu untuk kita menghakimi sejauh mana kelazatan produk frozen ini.

Pasaran ayam.

Pasaran ayam organik segar akan diperkenalkan oleh HPA bagi memastikan ayam-ayam yang dijual di cawangan tidak lebih dari 7 hari. Ini memerlukan kecekapan pengakutan bagi membawanya dari tempat sembelihan ke cawangan sesegera mungkin. Jika ini dapat dibuat,bererti kita akan dapat meningkatkan lagi kualiti ayam beku agar ianya sentiasa segar dan sedap di makan.

Salah satu cara bagi mendapatkan rasa enak ayam ialah dengan merendamkan sebentar ayam tersebut dalam larutan air yang di campur cuka asli (10liter air : 1 sudu cuka asli HPA). kemudian barulah di goreng .InsyaAllah daging ayam terasa sangat sedap apatah lagi jika di goreng menggunakan tepung RFC yang telah pun berada semula dipasaran. Selamat mencuba.

HPA terus melangkah Di Indonesia

Target untuk membuka 27 buah cawangan menjelang akhir tahun 2009 kemungkinan besar akan tercapai di Indonesia. Ini berdasarkan hingga kini sudah ujud 9 buah cawangan/cabang dan 1 buah lagi segera akan dibuka di Padang. Walaupun sudah 9 tahun HPA berada di Indonesia, kini baru tempoh 6 bulan kita mengambil alih pentadbiran keseluruhanya. Kopi radix kini membanjiri pasaran Indonesia namun bagitu dengan pemintaan yang sangat tinggi melebihi penghantaran yang dibuat.
Saya percaya dalam tempoh terdekat jualan Indonesia akan menghampiri penjualan Malaysia. Tahniah pada en Abdul Ghani, Pak Multi dan Pak Yuliadi. Tidak lupa juga pada semua PJS dan anggota yang setia terus miskipun kekurangan produk. Yakinilah kita akan menjadi MLM terbesar di Indonesia.InsyaAllah.

10 November 2009

Kursus herbalis Muda

HPA akan mengadakan kursus herbalis muda pada cuti hujung tahun ini selama 11 hari. Kursus ini akan diadakan di Sungai Petani dan kawasan-kawasan sekitarnya. Bagi mereka yang berminat bolehlah mendaftar di cawangan-cawangan HPA seluruh negara.

Mereka yang mendaftar dan membuat bayaran awal akan diberikan keutamaan. Kos bayaran tersebut sebanyak RM750.00 Peserta akan diajar bagaimana membuat perawatan dan cadangan herba yang tepat.Bagi mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi cawangan-cawangan HPA di seluruh negara. InsyaAllah.

06 November 2009

Musim Tengkujuh di Pantai Timur

"Laut Ngeri dibulan Disember ada kalanya lebih simpati, kerana mengambil diri dan melimpahkan rezeki, serentak pada hidup kami" Zubir Ali.

Pada semua warga HPA,marilah sama-sama kita berdoa agar Allah memberikan keselamatan kepada saudara-saudara kita yang kini berhadapan dengan banjir besar di pantai Timur. Sehingga malam ini keadaan semua pejabat HPA, Alhamdulilah belum dinaiki air tetapi langit terus menurunkan airnya tidak henti-henti.

Semua cawangan diarahkan membuka tabung bantuan banjir untuk dihantar kesana. Ini merupakan lanjutan kepada tabung gempa Padang yang berjaya membuat kutipan ribuan ringgit. InsyaAllah team relawan HPA yang baru pulang dari Padang akan segera untuk membantu di sana. Mereka yang berminat untuk bersama dalam kerja amal ini boleh menghubungi saudara Mahadi 0139299944.

InsyaAllah . kita segera menghulurkan bantuan ke Pantai Timur. Amin.