Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

Showing posts with label Produk Baru HPA. Show all posts
Showing posts with label Produk Baru HPA. Show all posts

23 September 2009

Cecair Fresia (CF) produk killer masa depan.

Pernahkah anda mencuba cecair Fresia? jangan ketinggalan kerana dia adalah produk houseware HPA, pertama akan diiklan dalam TV! .....keberkesananya, keharumanya mengalahkan semua cecair pencuci yang lain di pasaran. Kenapa saya berkata bagitu?
Entah...tapi hati saya berkata bagitu. Ustaz Adnan juga setuju selepas ia mencubanya. Ada orang Cina yang bertanya tentang fresia.

Ya Allah, doa siapa yang mustajab ini, sehingga rezeki kita terus terbuka . Teruskan berdoa, agar HPA berjaya menggegarkan ekonomi dunia. Apakah boleh jadi jutawan dengan pencuci kain? ya..tentu sahaja dengan Izin Allah kerana AMWAY(maaf terpaksa guna nama sebagai contuh) juga dahulu kuat dengan SA 8(pencuci kain dalam bentuk serbuk).

Semua rumah perlu pencuci kain...mereka menanti produk Muslim yang betul-betul standard dan kini produk itu telah muncul ditengah pasaran didokongi oleh 600 ribu orang ahli-ahlinya yang sangat setia.
YA Allah...amanah ini akan ku kembalikan kepada yang berhak menerimanya.Amin.

26 March 2009

Sardin dan ayam

Kita melangkah setapak lagi kehadapan bila berjaya keluarkan produk dalam tin dari ikan sardin dan ayam organik.Belum ada lagi ayam organik di tin kan.Inilah kejayaan kita bersama dimana kesungguhan ahli-ahli mengangkat HPA untuk mencapai impian .Namun bagitu kita perlu masa untuk bersabar bagi HPA menyiapkan semua stok produk yang dikeluarkan.

Sebenarnya HPA juga menghadapi masalah bagi mendapatkan sumber dari pembekal seperti kismis,mangga,madu dan lain-lain lagi kerana ia terkait dengan stok semasa.Kadangkala sesuatu produk yang sampai dari negara luar juga tidak mengikut standard seperti yang dikehendaki.Kordial mangga Perlis misalnya pada tahun ini buah tidak menjadi dan stok amat sedikit menyebabkan pengeluaran juga terhenti.

Inilah sedikit jawapan bagi ahli-ahli yang sering bertanya tentang stok produk-produk tertentu kenapa sampai habis.Saya rasa hal ini akan dapat kita atasi apabila jumlah stok yang ada ditingkatkan dan ahli-ahli membuat pilihan dengan produk lain yang sedia ada.

14 March 2009

Makanan Bayi "Radix Baby"

Syukur ,tidak lama lagi HPA akan mengeluarkan makanan bayi daripada berbagai bijirin terpilih sebagai pilihan dipasaran.Usaha ini dibuat memandangkan pemintaan daripada ahli yang terlalu banyak menggesa agar syarikat menyediakan makanan khas untuk anak-anak ahli.Asas makanan ini ialah padi organik yang bebas 100% daripada penggunaan racun bermula daripada awal penanaman sampailah kepada peringkat pengambilan hasil.Padi organik dicampur dengan pelbagai jenis bijirin untuk perkembangan tubuh dan minda anak diperingkat awal pertumbuhan.
Makanan ini juga menjadikan bayi kuat dan tidak mudah diserang penyakit sesuai dengan matlamat HPA yang ingin mewujudkan generasi yang kuat tubuh badan serta memiliki aqidah yang benar.Dijangka makanan ini akan mula dipasarkan pada pertengahan bulan April.InsyaAllah.

koleksi pakaian HPA

HPA collection kini telah mengeluarkan baju kemeja lelaki dengan butangnya tertulis perkataan HPA.Baju baru ini dibuat dari kain terbaik dari korea dan dijual dengan harga yang berpatutan.Kita akan mula membuat corak batik dengan usahasama dengan uitm Merbuk dan akan berada dipasaran dengan secepat mungkin.Bagitu juga dengan pakaian anak-anak kecil yang menutup aurat sedang dalam persiapan.
HPA juga sedang mencari pereka fesyen pakaian dan pereka motif tekstil bagi menampilkan pakaian menutup aurat seperti syariat terutama untuk semua peringkat umur.Ini melengkapkan peniagaan HPA dalam semua bidang yang menjadi keperluan umat Islam.Amin.

13 March 2009

Sate Radix

Minggu ini kita akan mula mengedarkan sate organik HPA dipasaran dalam bentuk sejuk beku.Walaupun harganya agak tinggi sedikit tetapi ianya menggunakan ayam organik HPA dan selepas ini sate kambing dan lembu organik juga akan dikeluarkan.Produk ini boleh dimasukkan dalam menu kenduri kendara sama seperti ais krim.
Menu ini telah di hidangkan kepada PJS semasa perasmian kilang kopi di Jejawi Perlis.Sate ini juga disediakan dalam sediaan separuh masak hanya perlu dipanaskan didalam oven sahaja sebelum dihidangkan.Selamat mencuba resepi organik kita bersama.

12 March 2009

Kicap HPA

HPA akan ,memasarkan segera kicap lemak manis dan kicap masin sebagai pilihan baru pada ahli ahli.HPA juga pada saat ini sedang giat menggenapkan 500 produk dipasaran sebelum berakhirnya tahun 2009.Target 150 cawangan menjelang bulan jun akan dapat dicapai,InsyaAllah dengan penambahan cawangan-cawangan baru yang banyak di zon selatan.Pada minggu hadapan sahaja mungkin lebih daripada 8 buah cawangan baru akan mula beroperasi.

Adanya cawangan baru bukanlah pesaing pada stokis tetapi memberikan kemudahan bagi mendapatkan produk yang mudah dan agen stok tidak perlu memperuntukan modal yang tinggi untuk mencukupkan stok pada satu-satu masa.Jika 500 produk yang ada dipasaran ia memerlukan di sekitar rm1 juta bagi sesebuah cawangan.

Lagipun sebahagian barang-barang pengguna memberikan keuntungan kecil tetapi berat dan sukar untuk dibawa kesana dan kesini.

10 March 2009

Ais Krim Toiyibah

InsyaAllah akan mula beredar dipasaran mulai sekarang.Beberapa buah cawangan telah membuat persediaan untuk pembelian Freezer .Selain daripada makan bersama pisang,aiskrim tersebut juga boleh ditaburi dengan badam atau kismis .Tekturnya yang halus memberikan sedikit perbezaan antara aiskrim toiyibah dengan aiskrim yang lain.Perasa kopi radix mengandungi 7 herba dan disediakan sedikit pahit bagi tujuan kesihatan.Diluar negara mereka lebih suka aiskrim yang agak pahit dibandingkan dengan yang manis.

Ucapan PU semasa Perlancaran Ais Krim Toiyibah

Kita mengharapkan peniagaan aiskrim akan menjadi satu peluang lagi pada ahli-ahli untuk berniaga produk halal.Walaupun peniagaan aiskrim nampak seperti peniagaan anak-anak namun disegi pemasaranya peniagaan ini juga menguasai market jutaan ringgit.amin.