Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

13 December 2012

PELANTIKAN PJS


MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 32

Alhamdulilah tahun 2012 akan berakhir dan pelantikan semua PJS juga akan berakhir. Pelantikan baru akan mula dibuat semula mengikut keaktifan seseorang PJ di dalam program PBC yang akan diadakan buat pertama kali pada 29-30/12/12 di PLPJ, Perlis. Para leader yang ingin dilantik sebagai PJS perlu menunjukan keaktifannya untuk menggerakkan PBC baru ini secara bersungguh-sungguh. HPA akan menjadikan status PJS sebagai status eksklusif bukanya status warisan dari tahun ke tahun. Dari sini kita akan dapat mengumpulkan tenaga baru dalam pergerakan yang lebih kuat untuk menjamin bonus 2013 tidak bermasalah.

Seperti masa yang lalu PBC telah  digerakkan oleh PJS dan ke semua PJS dan ahli- ahli lama telah mendapat manfaatnya daripada program tersebut. Begitu juga  dengan PBC tahun ini, pihak HPAIC akan memastikan PJS yang baru dilantik dan ahli-ahli yang aktif sempat menikmati status jutawan bahkan berjaya mempertahankanya daripada mengalami kejatuhan.

Mereka yang telah bersedia untuk menggempur pasaran baru dengan KOPI V RADIX  FENOMENA  di cadangkan jangan melepaskan diri dari menghadiri program PBC yang akan melakarkan sejarah baru MLMS ini.InsyaAllah.

11 December 2012

Tips Usahawan Berjaya 2

MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 31

Bisnes akan lebih berjaya apabila ada team yang boleh berkerjasama, saling memahami dan jauh dari sifat mementingkan diri sendiri. Tindakan syarikat itu selaras dengan misinya yang juga misi pemiliknya. Jika ramai orang penting dalam syarikat mula membuat misi sendiri maka bisnes akan mengalami kejatuhan. Perpecahan ini selalu berlaku seperti berpecahnya lembaga pengarah dengan menubuhkan syarikat-syarikat baru yang saling bersaing. Persaingan dengan menggunakan sumber dan medan yang sama akan memetakkan bisnes menjadi kotak kotak kecil.

Persaingan biasanya akan menjadikan syarikat bertambah maju tetapi persaingan dari team yang berpecah akan memundurkan bisnes bergantung kepada figure yang ada. Peranan figure sangat penting dan kebiasaanya kejayaan akan berpihak dari kepimpinan yang dihormati bukan yang mengusai kewangan. Disini pengalaman sangat penting, dimana orang yang memulakan perniagaan akan tahu bagaimana mengatasi permasalahan ini kerana memulakan bisnes pada awal lebih sukar daripada bisnes yang sedia ada. walaupun bisnes masih belum tentu masa hadapannya tetapi pengalaman yang ada pada pembisnes itulah gambaran masa hadapannya. Seorang pembisnes yang sebenar sangat kuat mentalnya mengatasi pelbagai masalah dan masalah ini tidak mampu ditanggung oleh orang biasa.

Jika bisnes tengah kencang, ramai sekali kawan yang datang tetapi bila bisnes gawat ramai sekali musuh yang datang. Saman menyaman mula berlaku, kalau boleh sampai syarikat jadi bankrupt baru puas hati. Apapun bila sudah nama orang bisnes semua ini tidak boleh elak kerana kadangkala apa yang kita rancang tidak sama dengan apa yang kita buat. Lebih-lebih lagi bagi syarikat yang tak kuat kewangannya. Orang bisnes tak minat masuk keluar mahkamah tetapi itu adalah syarat menjadi orang bisnes. Perjanjian perlu dibuat dengan cermat sebelum memulakan bisnes dan jangan malas untuk membuat perjanjian. Ambil khidmat lawyer tentang  terma dan kos yang digunakan jika tidak makin besar bisnes makin besar peluang orang mengambil kesempatan.

Kita perlu berfikir positif pada semua orang tetapi hakikatnya dunia bisnes ada yang positif dan ada yang negatif mengikut tabiat azali seseorang itu ketika keluar dari perut ibunya. Jika dia tidak mendapat bimbingan mereka akan mencari cacat celanya bisnes untuk dihebahkan walaupun mereka mendapat kepentingan dari bisnes tersebut. Sepatutnya disedari tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini dan begitu juga bisnes.

Sewaktu membuat sesuatu keputusan, siapa pun hanya mengandaikan sahaja tetapi kadang kala bisnes tak jadi juga, sama seperti orang buat kertas kerja, semuanya untung, hakikatnya ada yang rugi terus menerus dan tak kurang juga yang untung berganda. Kita merancang Allah menentukan.

PBC Gelombang kedua 2013

MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 30

Mampukah PBC Gelombang kedua 2013 mengatasi PBC Gelombang pertama 2005 -2011?

Jika dulu kopi Radix menjadi pemangkin utama PBC gelombang pertama, saya yakin kopi V-Radix dan produk Butea S boleh dijadikan sebagai pemangkin kebangkitan PBC gelombang kedua (2013). Kopi V Radix terbukti sebagai produk fenomena masa kini yang mampu ditampilkan sebagai produk killer utama yang menjadi kegilaan di kalangan masyarakat.
Dengan kelebihan ramuan 9 herba yang lebih ampuh dan perkasa beserta dengan harga dan nilai mata yang menggugat sudah tentu produk istimewa ini mampu untuk menggegarkan kembali pentas PBC serta mencetuskan jualan fenomena puluhan juta di pasaran.
PBC kali ini bakal kita berikan nafas baru dengan 5 Modul utama yang lebih menarik dan mengesankan serta kembali meniupkan semangat jihad bisnes yang tinggi dikalangan seluruh warga HPA.

Saya percaya apa sahaja permasalahan mampu kita selesaikan jika kita sama-sama menggembleng tenaga dan bersatu hati untuk menggempur kembali perjuangan di medan PBC. Lupakanlah sepenuhnya kepahitan masa lampau sebaliknya pelajarilah sesuatu pengajaran daripadanya. Mari kita tebus kembali setiap kesilapan dan kealpaan diri dahulu akibat sikap lupa diri dan kelalaian kita sendiri.

Sememangnya perit untuk kita bangkit kembali tetapi apakah kita sekadar mahu terus rebah dan mengalah atau kembali bangkit untuk meneruskan langkah perjuangan?? Saya percaya dengan kembali bersemaraknya PBC Gelombang kedua ini segala isu utama terutamanya tunggakan bonus yang menghantui kita sekian lama dan keputusan produk di pasaran dapat sama-sama kita atasi.

-Tulisan PJM cikgu Murad.

Terima kasih kepada PJM Cikgu Murad yang menghantar tulisan ini untuk renungan kita bersama. Saya mencadangkan  ramai lagi PJS yang akan  menulis bagi mengembangkan idea bisnes HPA InsyaAllah. Kita bukan pulau  sepi yang tiada penghuni tetapi kita adalah pengkalan yang menguruskan pedagang yang datang dan pergi. Jangan takut berhadapan dengan golongan kiri yang sentiasa negatif untuk menjadi insan sukses kerana mereka sudah memilik bentuk fikiran yang menghimpit mereka di kiri dan kanan perjalanan.  Kita akan terus menjadikan medan biseis HPA sesuatu yang manis untuk tujuan yang tinggi disisi Allah. InsyaAllah.

Amaran Kepada Penjual Kopi Radix Palsu

MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 29
Sekiranya tertangkapnya mereka yang menjual kopi palsu, mereka akan berhadapan dengan denda dan penjara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta  Perihal  Dagangan  1972 Section 3(1) (b).

Tindakan bersepadu antara leader dan Jabatan Perundangan HPAIC untuk operasi HAPUS ini merupakan gerak kerja terancang untuk membuktikan bahawa kita serius menangani isu ini. Sebelum ini tindakan kepada syarikat yang menggunakan nama RADIX  telah mengheret 4 syarikat besar ke mahkamah dan ada yang masih di dalam proses perbicaraan.

Kali ini berbeza dengan kes kopi yang menggunakan nama RADIX kerana kumpulan ini bersembunyi dengan label RADIX yang asli. Mereka menipu sehingga sukar dikesan oleh pelanggan dan pekedai.

Satu hal yang lain pekedai juga tidak ambil peduli apakah itu kopi asli atau kopi palsu asalkan mereka ditawarkan dengan  harga yang murah. Bagi HPA walau apapun jalan sukar yang bakal ditempuhi kita tetap meneruskan perjuangan ini kerana inilah maruah diri dan perjuangan. Pihak HPA akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan atau KPDNK untuk menjalankan siasatan yang lebih terperinci untuk mengenalpasti kilang-kilang haram yang beroperasi.

Serbuan akan diadakan pada bila-bila masa sahaja bersama pihak MEDIA. Seramai 17 orang ahli Majlis Perundingan Bersama telah hadir mewakili semua ahli MPB yang telah berjanji untuk hadir namun begitu ianya tidak akan menjejaskan operasi HAPUS ini. Terima kasih kepada semua yang telah berani untuk berada di saf paling hadapan mempertahankan HPA. Nama dan jasa baik tuan puan akan disenaraikan dalam pahatan sejarah perjuangan ini. InsyaAllah.

.

Perangi Kopi Radix Palsu Bersama

MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 28

Marilah kita mengembeling tenaga untuk melenyapkan kopi tiruan di pasaran. Kopi tiruan ialah kopi yang menggunakan nama Radix tetapi BUKAN dihasilkan dan/atau diproduksikan oleh HPA Industries SDN BHD.

Situasi ini berlaku akibat dari pemintaan pasaran retail yang begitu tinggi. Kumpulan ini kebanyakannya terdiri daripada bangsa-bangsa yang selalu melakukan "imitation" terhadap produk yang tinggi pemintaannya dipasaran. Kecekapan mereka mengatur strategi menjadikan mereka boleh lepas dari tindakan undang-undang.

Operasi HAPUS adalah sebuah gerakan bersepadu dari 100 orang leader HPA yang akan bergerak dengan panduan Bahagian Perundangan HPAIC secara menyeluruh akan membongkarkan kegiatan ini. Ia juga akan melibatkan pihak media untuk penyebaran maklumat seluruh negara dengan cepat.

Semua fail mahkamah kopi palsu akan dibuka di setiap negeri dan Pihak Perundangan HPAIC dengan bantuan Ahli MPB akan mendakwa sehingga munculnya pengilang dan pemborong yang dicari itu. Saya mengharap para leader semuanya telah bersedia untuk menghadiri SEMUA mesyuarat OPS HAPUS walaupun dimana kita berada kerana inilah JIHAD kita dan perjuangan kita untuk UMMAH.

Kita sanggup melakukan apa sahaja jika kita merasakan ini adalah sebuah tanggungjawab. Kita bukan PAK KADUK tetapi kita adalah pejuang yang tidak akan melarikan diri dan sanggup berdiri sebagai saksi dimahkamah nanti. Perahu sudah di air, dayung sudah ditangan, kita mara sebagai pejuang yang berani merentas semua cabaran dihadapan. InsyaAllah.

06 December 2012

Tips Berbisnes

Hubungan dengan orang awam sangat penting dalam bisnes kerana bisnes adalah contact bukanya bersifat personal. Orang yang hidup bersendirian tidak boleh sukses dalam bisnes. Bagaimana kita deal dengan orang awam itulah kunci keberhasilan bisnes. Orang bisnes kena tebal telinga, tidak boleh cepat marah dan melenting tetapi kena kuasai meja perundingan kerana perundingan itulah bisnesnya menjadi besar dan berpengaruh.

Sekali sekala orang bisnes perlu turun ke bawah sampai kepada tukang kebun dan tukang sapu kerana mereka itulah yang menyimpan banyak rahsia tentang gelagat pegawai-pegawai harapan. Jika mahu tahu hal sebenarnya golongan inilah yang lebih jujur dari tulisan indah laporan mingguan pegawai. Pegawai ialah orang kepercayaan yang sentiasa menjaga bisnes dan nama perniagaan. Jika ada yang mengheboh-heboh berita buruk petanda ianya akan menjadi duri dalam daging jika tidak diselesaikan segera. Tawarkan kepadanya samada bercuti, berhenti dan jika memudaratkan dikeluarkankan notis berhenti. Selepas memberhentikan seorang pegawai maka jenuhlah syarikat menolak keburukan yang akan dilakukannya mengikut rasa marah pada syarikat itu.

Semua ada risiko, menyimpan pegawai yang engkar atau membuangnya. Percayalah membuang itu lebih selamat dari mempertahankan seseorang yang bekerja secara terpaksa kerana dia akan menjadi sebiji epal busuk dalam satu raga epal. Masalah kewangan adalah rahsia syarikat dan tidak boleh didedahkan kepada orang lain. Pihak kewangan perlu jujur memelihara hal ini kerana implikasi adalah besar jika diketahui umum samada ketika kuat ataupun lemah.

Kebangkitan kedua bermula

Kebangkitan kedua bermula hari ini dengan pengiriman KOPI RADIX dan pelbagai produk ke semua cawangan HPA. Ada yang sudah sampai dan ada yang masih dalam perjalanan. Namun yang pasti semua produk MLM mesti cepat memenuhi rak-rak kosong di cawangan. Terima kasih kepada semua leader yang terus bertahan walaupun berhadapan dengan pelbagai ujian kesabaran.

Pada minggu ini kami akan memberi tumpuan bagi mencukupkan produk Kopi Radix, Kopi Diet, Koko Radix dan Radix Cereal. Hubungi cawangan terdekat dan pastikan produk telah sampai untuk kita bersama. Selain dari Kopi Radix produk yang lain juga turut dikeluarkan. Jika anda menghadapi masalah, terus email saya di rektor_kpj@yahoo.com.

Isu Palestin tidak berkesudahan

Isu Palestin tidak berkesudahan. Teriak dan tangisan bergantian menandakan kesakitan tidak pernah tamat dirasakan. Gaza yang menjadi medan pembalasan dendam gila Yahudi laknatullah terus menyaksikan kehancuran bangunan dan jiwa manusia. Nilai nafas itu terlalu murah dan boleh ditukar dengan sebotol COCA COLA dan seketul ayam KFC.

Negara umat Islam terus bersuara lantang ke atas serangan hebat Israel baru-baru ini. Begitulah setiap kali ada kejutan barulah tersedar selama ini bangsa itu (Yahudi) seperti anjing pembunuh yang dilatih untuk memikirkan mangsa yang bakal diterkam.

Kita tidak perlu pergi jauh ke Palestin tetapi cukuplah dengan melihat pasaraya yang paling hampir dengan rumah kita. Tahukah kita bahawa hampir semua bisnes itu dikuasai oleh YAHUDI. Kemampuan umat kita cuma mampu menjadi pembeli dan pengguna dan jauh lagi dalam penciptaan mesin teknologi tinggi mahupun penguasaan IT. Kemampuan orang Melayu hanya untuk menangkap JIN dan mengusir SAKA tetapi dalam segi persaingan menguasai alam luas milik Allah kita jauh ditinggalkan. Persoalannya sampai bila?

Allah wariskan alam ini untuk hamba-hambanya yang soleh agar mentadbir kesemua nikmat itu untuk tujuan "ubudiyah lillah hi wahdah". Bukankah begitu? Jika itu satu solusi yang kita fahami bersama, sudah tentu YAHUDI akan berhadapan dengan umat Islam yang tidak akan berbelanja kecuali di pasar mereka sendiri. Sudah sampai masanya mata jangan meleret lagi kepada semua produk yang menjadi pohon kurma untuk ekonomi mereka. Bangunlah wahai saudara muslimku agar tanganmu mampu menebang pohon kurma itu biarpun kekadang tanganmu ditikam duri yang tajam.

02 December 2012

1 Dec 2012 : SENARAI PRODUK MLM

Assalamualaikum,
Berikut disenaraikan dan dilampirkan senarai produk MLM yang telah dikemaskini untuk rujukan semua.
Terima kasih.

ALWAHIDA MARKETING SDN. BHD.











SENARAI PRODUK MLM




Updated 05 Disember 2012




Bil Produk NM Harga Pengedar Harga Pengguna
(PV) S.M S.S S.M S.S
1 Kopi Radix (Jumbo 32 Sachet) 10 32.00 34.00 34.00 36.00
2 Kopi Radix (Papan 20 Sachet) 6 20.00 22.00 23.00 25.00
3 Kopi Radix Diet (15 Sachet) 5 18.00 20.00 20.00 22.00
4 Kopi 'O' Radix (Papan 20 Sachet) 5 16.00 18.00 18.00 20.00
5 Radix Koko (1Kg) 5 20.00 22.00 22.00 24.00
6 Radix Koko (20 sachet) 6 22.00 24.00 24.00 26.00
7 Radix Goat (15 sachet) 10 30.00 35.00 35.00 40.00
8 Radix Mocha (15 sachet) 6 22.00 24.00 27.00 29.00
9 Radix Cereal 4 17.00 19.00 20.00 22.00
10 Teh Manjakani 6 20.00 22.00 22.00 24.00
11 Sos Cili Jejawi 0.25 2.90 3.30 3.30 3.80
12 Kordial Asiatica 4 13.00 15.00 15.00 18.00
13 Kordial Roselle 4 13.00 15.00 15.00 18.00
14 Kordial Mangga 4 13.00 15.00 15.00 18.00
15 Kordial Jambu Batu Merah 4 13.00 15.00 15.00 18.00
16 Air Mineral HPA (1500 ml) 0.5 2.20 2.50 2.50 3.00
17 Air Mineral HPA (600 ml) 0.25 1.10 1.40 1.40 1.60
18 Air Minuman Berakali (500 ml) 0.3 1.70 1.80 2.00 2.10
19 Air Zam-Zam (300 ml) 1 10.00 12.00 12.00 14.00
20 Minuman IMT 0.5 3.00 3.50 3.50 4.50
21 Evergreen Centella 15 47.00 49.00 52.00 54.00
22 Spirumadu 15 47.00 49.00 52.00 54.00
23 Kismis Minda 3 9.00 10.00 12.00 13.00
24 Extra Virgin Olive Oil  (Unfiltered) 12 50.00 52.00 55.00 57.00
25 EQ Minda 10 46.00 49.00 52.00 54.00
26 Cuka Nipah (375 ml) 2 10.50 12.50 12.50 15.00
27 Palm Honey (375 ml) 5 25.00 27.00 30.00 32.00
28 Madu Asli 5 19.00 21.00 24.00 27.00
29 Madu Sidir 35 135.00 - 145.00 -
30 Madu Tualang 7 30.00 - 35.00 -
31 Lady Cheer 5 16.00 18.00 19.00 22.00
32 Serbok Tanah Liat Putih 2 6.50 7.50 8.00 8.00
33 Ubat Gigi Herba 2 6.00 7.00 7.00 8.00
34 Cecair Pencuci Freesia 2 18.00 20.00 20.00 23.00
35 Freesia Serbok 2 10.00 12.00 12.00 14.00
36 Wahdah 1 5.30 5.70 5.70 6.70
37 Mastura Liquid Detergent (3 liter) 2 16.50 18.50 18.50 22.50
38 Nazifa Liquid Laundry Detergent 3 18.00 20.00 20.00 22.00
39 Widuri Pencuci Pinggan  (1000 ML) 1 7.50 8.50 8.50 9.50
40 Shampoo Sintok 2 16.00 18.00 18.00 20.00
41 Baunkem 50 140.00 - 150.00 -
42 Minyak But-But 4 8.50 10.50 10.50 13.00
43 Minyak Herba 4 8.50 10.50 10.50 13.00
44 Minyak Bayi 4 12.50 13.50 15.50 16.50
45 Minyak Pati Sepang 4 8.50 10.50 10.50 13.00
46 Tonik Pandan 4 10.50 12.50 15.50 18.50
47 Balm But-But Aromaterapi 2 7.00 8.50 8.50 10.00
48 Minuman Botani Pegaga 12 45.00 50.00 60.00 65.00
49 Minuman Pegaga Plus 12 45.00 50.00 60.00 65.00
50 Minuman Herba Hirta 9 20.00 22.00 24.00 26.00
51 Teh Instant 9 20.00 22.00 24.00 26.00
52 Set Bersalin 25 80.00 90.00 90.00 100.00
53 Barut Herba 15 70.00 80.00 90.00 100.00
54 D'Det 25 45.00 47.00 55.00 57.00
55 D'Karm 25 45.00 47.00 55.00 57.00
56 D'Deu 25 45.00 47.00 55.00 57.00
57 Coscinium Plus 10 29.90 31.90 33.90 35.90
58 Paramaria Plus 10 29.90 31.90 33.90 35.90
59 Herba Tuju Angin 10 29.90 31.90 33.90 35.90
60 Ardisia 10 29.90 31.90 33.90 35.90
61 Radix 10 29.90 31.90 33.90 35.90
62 Vitex 10 29.90 31.90 33.90 35.90
63 Plantisol 10 29.90 31.90 33.90 35.90
64 Herba Keputihan 10 29.90 31.90 33.90 35.90
65 Ficus 10 29.90 31.90 33.90 35.90
66 Morin-A 10 29.90 31.90 33.90 35.90
67 Malac 10 29.90 31.90 33.90 35.90
68 Pelawas 10 29.90 31.90 33.90 35.90
69 Herba Senggugut 10 29.90 31.90 33.90 35.90
70 Roselle Kapsul 10 29.90 31.90 33.90 35.90
71 Mengkudu 10 29.90 31.90 33.90 35.90
72 Stoma-K 9 29.90 31.90 33.90 35.90
73 HB 9 29.90 31.90 33.90 35.90
74 Kapsul Portulaca 9 29.90 31.90 33.90 35.90
75 Kapsul IMT 9 29.90 31.90 33.90 35.90
76 Kapsul Herba Jawi 9 29.90 31.90 33.90 35.90
77 Kapsul D' Campuca 9 29.90 31.90 33.90 35.90
78 Kapsul Curcumin 9 29.90 31.90 33.90 35.90
79 Kapsul Sireh Plus  9 29.90 31.90 33.90 35.90
80 Kapsul Iner-G  9 29.90 31.90 33.90 35.90
81 Kapsul D'Ria  9 29.90 31.90 33.90 35.90
82 Mega - 3  15 34.90 37.90 39.90 42.90
83 Spirulina 10 34.90 37.90 39.90 42.90
84 Shark Cartilage 10 56.00 58.00 64.00 66.00
85 Kapsul Deep Cleansing  20 75.00 77.00 95.00 97.00
86 Puraria (E) 25 50.00 55.00 60.00 65.00
87 Kapsul Sirsak 15 50.00 55.00 60.00 65.00
88 Moringa         15 50.00 55.00 60.00 65.00
89 Mangosteen (E) 15 50.00 55.00 60.00 65.00
90 Butea-S (E) 15 50.00 55.00 60.00 65.00

Jemputan Khas - dI TANGGUHKAN

Program di TANGGUHKAN. dan akan ditentukan pada tarikh lain.Harap Maaf