MEMO
DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 31
Bisnes akan lebih
berjaya apabila ada team yang boleh
berkerjasama, saling memahami dan jauh dari sifat mementingkan diri sendiri.
Tindakan syarikat itu selaras dengan misinya yang juga misi pemiliknya. Jika
ramai orang penting dalam syarikat mula membuat misi sendiri maka bisnes akan
mengalami kejatuhan. Perpecahan ini selalu berlaku seperti berpecahnya lembaga
pengarah dengan menubuhkan syarikat-syarikat baru yang saling bersaing. Persaingan dengan menggunakan sumber dan
medan yang sama akan memetakkan bisnes menjadi kotak kotak kecil.
Persaingan biasanya
akan menjadikan syarikat bertambah maju tetapi persaingan dari team yang berpecah akan memundurkan
bisnes bergantung kepada figure yang
ada. Peranan figure sangat penting
dan kebiasaanya kejayaan akan berpihak dari kepimpinan yang dihormati bukan
yang mengusai kewangan. Disini pengalaman sangat penting, dimana orang yang
memulakan perniagaan akan tahu bagaimana mengatasi permasalahan ini kerana
memulakan bisnes pada awal lebih sukar daripada bisnes yang sedia ada. walaupun
bisnes masih belum tentu masa hadapannya tetapi pengalaman yang ada pada
pembisnes itulah gambaran masa hadapannya. Seorang pembisnes yang sebenar
sangat kuat mentalnya mengatasi pelbagai masalah dan masalah ini tidak mampu
ditanggung oleh orang biasa.
Jika
bisnes tengah kencang, ramai sekali kawan yang datang tetapi bila bisnes gawat
ramai sekali musuh yang datang. Saman menyaman mula
berlaku, kalau boleh sampai syarikat jadi bankrupt
baru puas hati. Apapun bila sudah nama orang bisnes semua ini tidak boleh elak
kerana kadangkala apa yang kita rancang tidak sama dengan apa yang kita buat.
Lebih-lebih lagi bagi syarikat yang tak kuat kewangannya. Orang bisnes tak
minat masuk keluar mahkamah tetapi itu adalah syarat menjadi orang bisnes.
Perjanjian perlu dibuat dengan cermat sebelum memulakan bisnes dan jangan malas
untuk membuat perjanjian. Ambil khidmat lawyer
tentang terma dan kos yang digunakan
jika tidak makin besar bisnes makin besar peluang orang mengambil kesempatan.
Kita perlu berfikir
positif pada semua orang tetapi hakikatnya dunia bisnes ada yang positif dan
ada yang negatif mengikut tabiat azali seseorang itu ketika keluar dari perut
ibunya. Jika dia tidak mendapat bimbingan mereka akan mencari cacat celanya
bisnes untuk dihebahkan walaupun mereka mendapat kepentingan dari bisnes
tersebut. Sepatutnya disedari tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini dan
begitu juga bisnes.
Sewaktu membuat sesuatu
keputusan, siapa pun hanya mengandaikan sahaja tetapi kadang kala bisnes tak
jadi juga, sama seperti orang buat kertas kerja, semuanya untung, hakikatnya
ada yang rugi terus menerus dan tak kurang juga yang untung berganda. Kita
merancang Allah menentukan.
2 comments:
harap kowahida bayar balik saham kami secepat mungkin..sudah 4 tahun menunggu,,,banyak tu..
Post a Comment