28 December 2008
Sebuah doa seurat bihun.
Menyedari hal inilah HPA tepanggil dan dengan kekuatan ahli seramai hampir setengah juta orang melangkah terus melangkah tanpa toleh kiri dan kanan lagi mengejar impian ummah ini.
Kita tidak berupaya mendapatkan beras hancur di negara ini untuk pembuatan bihun kerana semua beras hancur telah ada pembelinya.Kita perlu memikirkan bagaimana kilang bihun boleh didirikan dinegara jiran yang mempunyai bekalan beras yang cukup.Saudara-saudara kita di selatan Thailand mempunyai kilang-kilang bihun yang besar tetapi terhad pasaranya boleh di lihat sebagai jalan keluar kepada pemasalahan ini.
InsyaAllah,hantarkanlah kepada HPA doa ikhlas dari para-para pengedar kerana setiap kali doa terkabul perjalanan menjadi mudah dan ada sahaja pertolongan dari sumber yang tidak disangka-sangka.Mudah-mudahan kita dapat keluarkan bihun di awal Februari.Amin.
27 December 2008
Lagi pelajar ke China.
Menurut Ust Mat,pencapaian adik-adik kita sangat memberangsangkan walaupun mereka baru belajar dalam jangkamasa yang pendek.
HPA juga ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada consulat Malaysia di Guang Zhou yang sedia menerima kunjungan pelajar-pelajar kami disana.Semoga Allah membalas jasabaik yang telah diberikan.Amin.
Pejabat SUK negeri Perlis.
Pehak HPA juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Majlis Bandaran Negeri Perlis yang telah mengizinkan papan iklan Radix di tengah-tengah pekan Kangar sekurang-kurangnya sehingga kini HPA telah memberikan peluang pekerjaan kepada lebih seribu orang pekerja di negeri Darul Sunnah ini.Amin.
Pembesaran kilang Radix Koko.
Bagi pehak HPA Industri pula,en zakaria selaku pengurus pengeluaran berkata bahawa mereka akan mengambil tindakan segera bagi mengatasi kekurangan ini dan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan daripada sekarang.Koko Radix juga akan mula diiklankan dalam TV apabila stok kita mencukupi dan pembikinan iklan ini sedang dilakukan.Para leader HPA perlu mengambil kesempatan ini bagi memberikan motivasi kepada ahli-ahli bahawa banyak lagi produk killer kita yang akan beradu kekuatan dipasaran.Apapun nikmat yang kita dapat semuanya daripada bantuan Allah mungkin doa dari para ahli yang ikhlas berjuang dengan niat yang jelas.Amin.
RFC di Lembah Kelang.
Namun bagitu pada masa kini kita telah mula merancang bagi pembukaan beberapa buah cawangan di Lembah Kelang yang menjadi kayu ukur pemintaan makanan ayam segera HPA dipasaran.Lokasi yang telah sedia ialah di Bangi,Shah Alam dan Klang.Ketiga tempat ini akan dibuka serentak mengikut perancangan akhir yang telah dibuat.Kegembiraan yang jelas daripada semua ahli-ahli HPA dapat dilihat dalam majlis KPJ yang diada di KLIH baru-baru ini dan lontaran takbir pun bergema selepas perancangan di maklumkan.Allahuakbar.
26 December 2008
Surau Nurul Hikmah
Kita biasa melihat masjid didirikan jauh dari kawasan aktiviti harian masyarakat.Walaupun tempatnya cantik seperti atas bukit atau atas air tidak semestinya masjid ini akan dipenuhi orang setiap masa.Jika masjid didirikan di tempat awam saya rasa ianya lebih memenuhi pemintaan semasa.Pilihan tempat seperti dekat stesyen bas,dekat supermarket dan kawasan berhimpunya orang ramai akan menjadikan institusi masjid kembali berfungsi sebagai pusat pembangunan insan yang berjaya.InsyaAllah.
25 December 2008
HPA jalinkan hubungan dengan Masjid-masjid di Hulu Selangor
Program yang akan diadakan pada 10 januari 2009 ini adalah hasil kerjasama antara pejabat ugama Islam Daerah & gabungan Nazir-nazir Masjid Hulu Selangor.Insyaallah mudah-mudahan setiap masjid akan membuka cawangan HPA bagi menyampaikan produk halal kepada ahli jemaahnya.Pendekatan bersama masjid merupakan langkah yang dipilih oleh HPA dalam memasyarakatkan peniagaan ini kepada umum.Dalam majlis tersebut sebanyak 3 kertas kerja akan dibentangkan dan HPA diizinkan untuk menyampaikan kertakerja keiga antara jam 2.00 hingga 3.00 petang.InsyaAllah.
Kunjungan Ketua Pengarah LPP Malaysia.
Permasalah besar yang sering dihadapi oleh penternak ayam ialah pasaran sedangkan HPA mempunyai rangkaian pasaranya sendiri yang terdiri daripada 460 ribu orang ahli seluruh Malaysia.Walaupun pengeluaran ayam kini sudah melebihi keperluan negara iaitu 120% namun ahli HPA tetap mengutamakan ayam dari syarikat yang mereka yakini kehalalanya.
Seluruh warga kerja HPA mengucapkan ucapan terima kasih atas kesudian dato KP LPP ke kilang-kilang kami dan semoga terjalin perhubungan antara LPP dan HPA.Amin.
20 December 2008
Zon utara bertambah 2 cawangan lagi.
Pengurusan Zon Selatan
1. Nilai
2. Semabuk
3. Muar
4. Tangkak
5. Johor Bharu
6. Pasir Gudang
7. Batu Pahat
8. Kulai
9. Port Dikson
10. Masjid tanah
11. Mersing
12. Kota Tinggi
13. Keluang 1
14. Keluang 2
15. Segamat
16. Simpang Renggam
17. Parit Raja
18. Rengit
19. Pontian
20. Sekudai.
Para leader di selatan mohon membantu semua cawangan-cawangan ini agar mengadakan program mingguan berkala.Tk
17 December 2008
Kursus Herbalis.
Pihak HPA juga akan mengundang pihak kementrian Kesihatan terutama jawatankuasa pelaksanaan pengubatan komplimentari untuk menilai tahap pendidikan sijil sebulan kursus herbalis yang telah diadakan kali ini.Kita berharap ini merupakan langkah pertama HPA dapat menyelamatkan Pengubatan Tradisional Melayu dari terkubur lantaran tidak ujudnya institusi pendidikan yang tersusun.Amin.
Program Herbalis Muda
Mereka juga di programkan mengikuti solat diawal waktu berjamaah,alma'surat,solat dhuha dan bacaan Quran .Pada malamnya peserta terpaksa menyiapkan khemah dan makanan masing-masing mengikut kumpulan.Kini 3 hari pertama telah tamat dengan selamatnya dan kini mereka menuju ke komplek HPA bagi meneruskan kursus hijamah,reflexologi,berenang,herba,berkayak dan memanah.Terima kasih atas kepercayaan Ibu bapa pada HPA
Institut Teknologi HPA (ITHPA)
Antara bidang yang ditawarkan ialah:
1. Pengurusan Peniagaan Multi-level(MLM)
2. Pengurasan Ladang
3. Pengurusan Hotel
4. Teknologi makanan
5. IT
6. Pembankan Islam
7. Industri kosmatik
8. Industri Herba
9. kursus bahasa
10. kursus sijil herbalis
11. lain-lain lagi (sedang dalam penyususunan)
Kursus-kursus ini mempunyai hubungan yang rapat dengan peniagaan HPA masa kini dimana pelajar yang cemerlang akan terus ditawarkan bekerja dengan HPA atau anak-anak syarikatnya.Mereka yang mempunya kelayakan menjadi pensyarah bolehlah membuat pemohonan seperti syarat yang akan di maklumkan kemudian.ITHPA megabungkan pensyarah-pensyarah yang terdiri daripada mereka yang mempunyai master digree dan tenaga terlatih(berpengalaman) walaupun tidak mempunyai kelulusan kerana kita ingin melahirkan pelajar yang boleh melaksanakan kerja sesuai dengan kehendak masakini.Ikuti perkembanganya dari masa kesemasa.
Pengambilan berperingkat belajar ke Negeri China.
Tarikh : 20hb Disember.
keperluan : 2 orang (lelaki sahaja)
Tempoh pendidikan : 5 tahun
kelulusan : lepasan SPM.
Kos pembiayaan : kontrak HPA.(10 tahun selepas belajar).
Jam temuduga : 8.30 - 2.00 petang.
(Terbuka kepada anak-anak ahli HPA/anak PJS diutamakan)
- sila bawa semua dukumen yang diperlukan termasuk fotostap kad ahli ibu atau ayah)
kilang di 3 buah negeri.
Koko radix mula diperkenalkan dipasaran sudah hampir sebulan dan pemintaanya sangat tinggi setanding dengan Kopi Radix.HPA Industri terpaksa bekerja 2 shif bagi memenuhi cawangan yang masih kosong.Bagi menyiapkan jumlah stok yang mencukupi HPA terpaksa mengambil masa sebulan lagi kerana kita memerlukan stok minimum sebanyak rm5 juta.
Saya yakin para pengedar boleh bersabar seperti mereka sabar menanti pembukaan 7 cawangan RFC dalam masa yang terdekat.Kesabaran yang menjadi inti perjuangan HPA kini meletakan syarikat MLM 100% bumi ini di puncak kejayaan.Kita bukan peniagaan roti segera tetapi kita berniaga dengan penuh waspada.Kegawatan ekonomi yang kian rancak diperkatakan orang menjadi medan adu kekukuhan organisasi HPA bermula dari seluruh warga kerja sampailah kepada para pengedar yang terkenal dengan kesetianya.
HPA akan membuka kilang tambahan Radix (kopi dan koko) di Pengkalan Cepa,Ipoh dan Kluang.Doakanlah peniagaan kita sentiasa di bawah peliharaan Allah.Amin.
Koperasi wahida .
Peratus dividen yang di tentukan oleh koperasi ialah 10 % dan jika cadangan untuk mengeluarkannya melebihi jumlah itu mestilah mendapat keizinan daripada pendaftar terlebih dahulu.Koperasi mengadakan MOU dengan HPA bagi membekalkan kopi radix kepada AWM pada setiap bulan.Keperluan kopi bulanan AWM dijangka melebihi rm6juta dan koop boleh membekalkan sampai kejumlah itu jika mempunyai modal yang cukup.
Ahli-ahli HPA yang mempunyai simpanan disarankan membuat pelaburan ini kerana dalam masa ini pemintaan kopi Radix semakin meningkat dipasaran walaupun kita menghadapi sabotaj dari kopi-kopi palsu.
Program bulan Januari 2009
Perasmian Radix Oriental Cuisine (Restoran Makanan Cina- Halal) akan diadakan pada 25hb Januari sementara RFC kedua di Alor setar pula dijangka akan akan mengadakan perasmianya pada 31hb nanti.ROC juga menyiapkan pakej makanan untuk kursus PBC yang diadakan oleh kpu pada setiap minggu disamping kemudahan hotel yang akan siap pada awal Februari.
Pada bulan Januari juga InsyaAllah jumlah cawangan HPA akan digenapkan menjadi 100 buah.Ini bererti dalam tempoh 5 bulan kemudian HPA akan mengadakan 40 buah lagi untuk mencapai 150 cawangan menjelang akhir Jun 2009.HPA mempunyai keyakinan kekerosotan ekonomi pada tahun hadapan tidak akan menjejaskan peniagaanya kerana kita meujudkan pengguna yang setia dan hanya memilih produk HPA sebagai produk halal dipasaran.
Bilangan ahli HPA kini hampir mencecah setengah juta orang menjadi tulang belakang yang kuat bagi memastikan HPA terus bengkit berdiri dan menjadi pengeluar produk halal di pasaran.
12 December 2008
Langkasuka atau langkaduka?
Malam hari pula akan menyaksikan kerlipan lampu-lampu yang berwarna warni yang terang dan suram bagai hikayat 1001 malam.Inilah namanya pembangunan tetapi jangan ditanya siapakah pemilik bangunan dan kedai-kedai tersebut.Bila anda berjalan di Pantai Cenang terutama diwaktu malam anda akan terasa seperti orang asing yang datang kenegara barat.Anak-anak tempatan yang dahulunya tak pandai bercakap orang putih kini sudah boleh berbual dengan baiknya.Kedai minuman arak juga diiklan dengan gahnya menandakan satu temadun yang telah mula diterima.
Sempat juga aku menjejaki pasir putih tempat qiamulai warga HPA 10tahun yang telah lalu.Terasa betapa indahnya pada ketika itu,malam yang langitnya ditaburi bintang menjadi saksi alunan zikir munajat mengikut deruan ombak yang menghempas dipantai.
kini Langkawi bukan lagi langkasuka pada orang sepertiku malah langkawi kini menempah sejarah baru lebih dahsyat dari sumpahan Mahsuri Pandak Mayah kesah lagenda yang ditambah-tambah.Langkawi bukan lagi padang jarak padang tekukur tetapi Langkawi kini benar-benar menjadi tempat penjualan arak dan kegiatan pelacur.Aduhai...aku terus berduka di Langkasuka ketenangan yang dicari menghasilkan sebuah kesedaran untuk bangkit merebut pasaran ummah.Marilah bersama kami wahai..mereka yang punya hati seperti kami.
Peluang akhir pada agen stok
Disamping mengikuti kursus mereka para peserta juga dapat meninjau perkembangan RFC yang telah mula operasi 24 jam,hotel el zahraa yang hampir siap serta ROC (restoran masakan cina)yang akan beroperasi pada bulan januari nanti.
Sungguhpun kita telah banyak kali mengikuti kursus-kursus KPJ namun perkembangan ilmu perubatan,pengamatan serta testimoni kesembuhan perlu dikongsikan jika kita mahu menguasai pasaran untuk masa hadapan. RFC Legenda Hight, Sg.Petani
setiap kali kita mengikuti kursus kita akan dapat sesuatu yang baru dan ini sangat berguna terutama dalam menghadapi kemelut ekonomi yang tidak menentu.Hanya masyarakat berilmu sahaja yang akan berjaya.InsyaAllah.(Langkawi)
04 December 2008
PIC terakhir pada tahun 2008.
Baru 50% agen stok yangtelah mengikuti kursus ini dan inilah peluang terkhir pada tahun 2008 bagi mereka yang ingin menjadikan peniagaan ini sebagai peniagaan sepenuh masa.Dalam kursus ini diajarkan tentang 13 kaedah detox mengikut kaedah perubatan jawi serta anda berpeluang untuk soal jawab bagi meluaskan wawasan peniagaan.Majlis ini hampir sepenuhnya dikendalikan oleh saya sendiri.InsyaAllah. Hubungi dengan bahagian latihan untuk maklumat lanjut. Terimakasih
PIC kepada Ahli HPA Bulan Okt Di Sg.Petani
RADIX KOKO.
Radix Koko
Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.
Oleh sebab itulah radix koko dijangka akan mendapat tempat dipasaran terbuka secara meluas InsyaAllah.
Program Zon Selatan
HPA Cawangan Mersing
Pada 5hb pula akan diadakan KPJ di hotel Selesa Pasir Gudang bermula jam 9 malam.Program peningkatan ilmu ini sepatutnya di hadiri oleh semua ahli HPA yang inginkan informasi terakhir daripada syarikat.PJS Syed Agel Bersama Ahli HPA dari Kota Tinggi - Ina Naim Dan Suhaimi (Inteam).
Semoga zon Selatan akan bangkit dengan semangat juang yang tinggi InsyaAllah.Amin.
02 December 2008
Menutup Tirai 2008.
Kini bentuk kursus baru sedang diperkenalkan iaitu PRA PIC dimana kursus ini lebih memberikan penekanan kepada pengusaan ilmu herba yang dijangka akan meningkat kepada 9 bilion pada tahun 2010.Ucapan terima kasih juga kepada pehak Kementerian Kesihatan yang mengundang HPA untuk berkongsi pengalaman pada 18 disember ini dalam memperkatakan pengubatan komplimentari di Kuala Lumpur.Sehubungan itu juga pada bulan Disember ini HPA akan mengadakan KPJ di Sungai Petani (13/12),Alor Setar (14/12) dan KLIH (18/12)di samping program herbalis bermula dari 11/12 hingga 31/12 dan kursus seminggu Herbalis muda mulai 15hb - 21hb.
Gambar: Sebahagian peserta Sijil Herbalis Siri 14 (Gambungan Indonesia & Malaysia)
HPA di bumi New Zealand & China
Pagi ini pula menyaksikan delegasi niaga HPA ke China melihat peluang niaga bersama.Ketibaan mereka akan di nantikan oleh wakil HPA Ust Mat(cina) bersama adik-adik yang sedang belajar disana.(biasiswa HPA).Mereka akan mempelajari teknik masakan cina yang akan disajikan dalam restoran RADIX ORIENTAL CUISINE (ROC).HPA memperkenalkan makanan cina halal bagi mereka yang tidak gemar dengan masakan berempah.Perasmian InsyaAllah pada 21hb Dis ini. >> Gambar >>
01 December 2008
Anugerah daripada MITI
Anugerah Perdana Menteri di MAHA 2008
Kita mensasarkan jumlah export HPA pada tahun hadapan bernilai RM10 juta ringgit sebulan memandangkan pemintaan diluar yang semakin tinggi.Buat masa sekarang HPA hanya meletakan pendapatan export hanya 10% daripada jualan keseluruhan.Ini kerana pemintaan dalam negeri pun belum sempat dipenuhi 100%.
Sebuah kilang kopi bernilai RM30 juta perlu didirikan segera bagi memenuhi pemintaan KOPI RADIX,KOPI DIET,TEH MANJAKANI DAN KOKO RADIX.Kita berdoa mudah-mudahan tahun 2009 HPA akan mencapai jumlah jualan tempatan RM300 juta setahun.InsyaAllah.