Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

25 December 2008

Kunjungan Ketua Pengarah LPP Malaysia.

Pada hari ahad yang lepas HPA Sungai Petani dikunjungi oleh Ketua Pengarah LPP Malaysia,Dato Rahim bin Ahmad bersama pengarah LPP Negeri Hj Nasir Hassan serta rumbungan.Pertemuan tersebut bagi membincangkan kerjasama antara usahawan PPK dengan HPA dalam pemasaran ayam.Dato Rahim berpendapat bahawa HPA yang telah mempunyai "nama"lebih mudah mengambil pasaran dengan berkonsepkan ayam organik.

Permasalah besar yang sering dihadapi oleh penternak ayam ialah pasaran sedangkan HPA mempunyai rangkaian pasaranya sendiri yang terdiri daripada 460 ribu orang ahli seluruh Malaysia.Walaupun pengeluaran ayam kini sudah melebihi keperluan negara iaitu 120% namun ahli HPA tetap mengutamakan ayam dari syarikat yang mereka yakini kehalalanya.

Seluruh warga kerja HPA mengucapkan ucapan terima kasih atas kesudian dato KP LPP ke kilang-kilang kami dan semoga terjalin perhubungan antara LPP dan HPA.Amin.

No comments: