Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

27 December 2008

Pejabat SUK negeri Perlis.

Ramai pekerja-pekerja HPA yang mendapat tawaran bekerja di Pejabat SUK negeri Perlis.Salah seorang yang mendapat tawaran bekerja menyatakan rasa terperanjatnya kerana dia tidak pernah memohon kerja disana tiba-tiba datang tawaran bekerja.Apapun bagi pehak HPA kita tidak ada hak untuk menahan para pekerja yang ingin berkhidmat ditempat lain melainkan kita meminta mereka dapat mengekalkan amalan al Ma'surat,solat dhuha dan aurat.Walaupun dimana kita berada yang penting ialah amanah kerja jangan dikhianati.Negara boleh menjadi hancur sekiranya rakyat tidak bergabung tenaga bagi menjana kekukuhan ekonomi dan kestabilan social dan menjauhi polimik kampung yang tidak habis-habis.

Pehak HPA juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Majlis Bandaran Negeri Perlis yang telah mengizinkan papan iklan Radix di tengah-tengah pekan Kangar sekurang-kurangnya sehingga kini HPA telah memberikan peluang pekerjaan kepada lebih seribu orang pekerja di negeri Darul Sunnah ini.Amin.

No comments: