Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

31 May 2009

Pengambilan 120 orang herbalis.

Kini HPA sedang membuka kepada umum bagi pengambilan 120 orang pelajar untuk berkhidmat sebagai herbalis sepenuh masa di semua cawangan HPA. Mereka yang berminat akan menjalani kursus herbalis selama 1 tahun di Institud Teknologi HPA Sungai Petani. Semua pelajar akan mendapat biasiswa sepenuhnya dari tabung pendidikan ITHPA dan syarat pemohonan adalah seperti berikut:-

1. Memiliki sijil SPM/Diploma/Ijazah.
2. Mempunyai asas pelajaran sains peringkat menengah.
3. Boleh bertugas dimana-mana negeri di Malaysia.
4. Mempunyai minat yang mendalam dalam pengubatan herba.
5. Mempunyai keterampilan diri.
6. Proaktif dan inovasi.

Mereka yang berminat boleh menghubungi dengan bahagian latihan seperti berikut:-
0193785079 (lutfi),0196330727(Sikin,Azira) . TK

Produk-Produk baru

Alhamdulillah kini sedang beredar produk-produk baru di pasaran:-

1. Rempah ikan dan daging

2. Minyak sahara

3. Lampin pakai buang (diapers)

4. Kicap lemak manis/Lemak masin ( dalam masa terdekat)

5. Ubat Anti lalat

6. Madu corcinium

7. Madu Ardisia.

Semoga semua cawangan adan agen stok dapat memastikan produk tersebut beredar dipasaran. InsyaAllah kita sedang menyiapkan 500 produk menjelang pembukaan HPA Halal Mall.InsyaAllah.

22 May 2009

Hotel El Zahra inn

InsyaAllah akan siap sepenuhnya dalam masa seminggu lagi. Majlis pelancaran akan diadakan berkemungkinan dalam bulan 6 selepas jemaah umrah HPA Ilham Holiday pulang daripada umrah. Umrah kali ini ialah seramai 75 orang akan bertolak pada minggu hadapan bersama dengan GM en Fisol Abdul Rahman, En Jafri (pengurus Ilham) dan para PJS seperti Hjh Syarifah Sulaiman dll. Kami juga mohon Doanya semoga Hotel El zahraa berjaya menjadi contuh Islamik hotel di Sungai Petani. Amin.

PIC di Taman Mini Jakarta.

Pagi ini seramai 700 orang peserta menanti untuk mengikuti PIC di Taman Mini Jakarta. Mereka datang dari pelbagai jaringan untuk mempelajari sesuatu yang baru dalam pengubatan herba. Semangat mereka boleh dipuji walaupun kadangkala mereka tidak mempunyai keewangan yang mencukupi masih sanggup meminjam pada teman-teman kerana ingin menuntut ilmu. Budaya belajar sangat tinggi di kalangan pemuda Indonesia kalau tidak masakan Jakarta dipenuhi dengan pelbagai jenis buku. Buku-buku yang diterjemahkan juga bagitu banyak walaupun baru seminggu dikeluarkan dalam bahasa asalnya boleh didapati terjemahanya dalam bahasa Indonesia .

Ini juga jelas saya lihat apabila mereka lebih suka membeli buku daripada produk . Kecenderongan membaca boleh dijadikan budaya dalam HPA sehingga kita mampu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan. Saya mula memikirkan bagi menjadikan buku sebagai salah satu produk utama dalam peniagaan mlm kita. Kata perpatah "Siapa kita lima tahun lagi ditentukan oleh buku apa yang kita baca hari ini". Jadi HPA juga merupakan perpustakaan ilmu yang bergerak bersama ahli-ahlinya. InsyaAllah. Amin.

19 May 2009

Jawi Herb Shop

JHS akan dibuka pada setiap negeri dan kini HPA mempelawa mereka yang telah tamat dari sijil herbalis bagi memohon mengisi kekosongan yang ada. Mereka yang berminat boleh menghubungi bahagian latihan untuk temuduga. Antara syarat yang dikenakan selain daripada pernah mengikuti program sijil adalah seperti berikut:-

1. Rekod peribadi yang baik
2. Tidak mengamalkan pengubatan mistik
3. Menerima konsep perubatan HPA
4. Kontrak kerja selama 5 tahun
5. Tawaran gaji awal sebanyak : RM1200 + 5 % daripada untung bersih sebulan.
6. mereka yang berjaya akan mengikuti latihan pengurusan JHS selama 1 bulan.

Ini juga termasuk di seluruh Indonesia dan pemohonan boleh dibuat sekarang.

HPA beli 3 buah kilang lagi di Jejawi.

Bagi memenuhi pemintaan yang semakin tinggi pehak HPA terpaksa membeli lagi 3 lot besar kilang di Kawasan MIEL Jejawi. Kilang- kilang ini dijangka akan mampu menyediakan keseluruhan produk HPA bagi menyiapkan jualan 20 juta sebulan. Ini juga ada kaitan dengan persiapan besar HPA di Indonesia.

Pembesaran kilang sos,kilang biskut dan produk dari daging ayam akan diberi keutamaan. Disamping ini dalam tempoh terdekat kita akan mengeluarkan rempah,kicap dan bihun untuk pasaran halal.insyaAllah. HPA mula menjadi jenama pilihan utama kerana keyakinan pengguna dalam isu halal produk -produk keluaranya.

16 May 2009

Perasmian RCH

Perasmian RCH kedua akan diadakan pada 1 jun 2009 di Kangar Perlis sekaligus dengan pelancaran lampin pakai buang.Pelancaran lampin yang akan diadakan pada 31 hb di Sungai Petani dibatalkan .Di Jemput semua ahli-ahli HPA turus serta dalam majlis tersebut bagi memperkukuhkan lagi peniagaan HPA di utara.

RCH kangar merupakan lokasi kedua selepas mendapat pemintaan yang bagitu baik di Kodiang Kedah.Semoga peniagaan kita akan diberkati Allah.

13 May 2009

Majlis Pelancaran 'Lampin Pakai Buang'

Syukur pada Allah yang telah mengurniakan pelbagai nikmat kepada warga HPA sehingga kita mampu mengeluarkan pelbagai produk termasuk "lampin pakai buang" diapers. Selamat datang kepada semua pejuang-pejuang produk halal ke majlis pelancaran yang akan diadakan pada 31hb di SP Inn, Bandar HPA Sg.Petani, Kedah jam 3.00 petang. InsyaAllah. Majlis pelancaran ini juga sekaligus dengan majlis penutup kursus sijil herbalis kali ke 16.

Kepada semua leader HPA diharap dapat bersama-sama meraikan satu lagi sejarah peniagaan kita bersama. Kerjasama dari KPU sangat-sangat diharapkan bagi menghimpunkan seribu orang ahli dalam majlis tersebut. Semoga Allah menautkan hati-hati kita dengan kasih sayang yang tidak putus-putus. Amin.

10 May 2009

Cawangan HPA di Hotel De Palma Ampang.

Kita memilih hotel ini kerana mereka menjadikan hotel ini sebagai hotel syariah pertama di Malaysia.Kita wajib memberikan sokongan agar hotel ini menjadi kukuh seperti hotel - hotel yang lain.Kukuh dengan syariat Islam itulah misi kita .Kita mahu berniaga dengan mereka kerana Allah tanpa meletakan syarat kerana mereka sanggup mengubah pandangan masyarakat agar percaya kepada perhotelan syariah.
InsyaAllah cawangan HPA akan siap pada awal Jun 2009 ini di lobby hotel de Palma.Kita membuka cawangan bagi tujuan menyampaikan maklumat produk halal kepada masyarakat yang berkunjung ke hotel.Sama misi dengan hotel de palma,kita jadi pelengkap kepada keperluan halal yang dicari .Usaha untuk menyampaikan produk halal ketangan pengguna terus giat dijalankan melalui rangkaian niaga yang semakin berkembang.Amin.

Kadar sewa bilik di hotel De Palma.

Hasil Usahasama antara HPA dan rangkaian Hotel De Palma ,kini pehak hotel telah menawarkan beberapa insentif khas kepada ahli-ahli HPA dengan potongan antara 25 - 50% daripada harga asal.Hotel-hotel De Palma adalah seperti berikut:-

1. Hotel De Palma Ampang
2. Hotel De Palma Shah Alam
3. Hotel De Palma Sepang
4. Hotel De Palma Kuala Selangor.

Insentif kedua pula untuk pakej- pakej kursus seperti PIC,KPJ dan PBC juga akan mendapat potongan harga yang sangat menarik.Pehak pengurusan HPA menyifatkan usahasama ini sebagai satu lagi kejayaan HPA dalam melebarkan jaringan peniagaanya dengan pelbagai pehak untuk kemudahan ahli.

Satu contuh insentif yang diberikan di Hotel De Palma Ampang kepada ahli HPA ialah seperti berikut:-

1. Bilik Superior harga Asal RM320.00 harga ahli HPA RM145.00
2. Business harga asal RM365.00 harga ahli HPA RM170.00
3. Junior Suite harga asal RM465.00 harga ahli HPA RM260.00
4. Executive Suite harga asal RM650.00 harga ahli HPA RM350.00
5. De Palma Suite Harga asal RM800.00 harga ahli HPA RM400.00

Kadar harga ini juga berubah mengikut lokasi hotel-hotel tersebut. Sila dapatkan pamplet khas dari cawangan yang berhampiran sedikit masa lagi. Jangan lupa menunjukan kad ahli apabila menginap di hotel-hotel tersebut.

InsyaAllah , ke "Arah Menguasai Pasaran Global".

08 May 2009

Produk HPA Nusantara

Produk unggul yang akan dikeluarkan di Indonesia ialah Spirumadu Kid (campuran spirulina dan madu lebah).Produk ini sangat sesuai untuk balita yang digunakan khususnya bagi meningkatkan sistem imuniti.Kemunculan produk ini juga sebagai satu pilihan terutamanya dalam keadaan serangan virus selsema babi yang sedang melanda dunia.

Disamping menjaga kebersihan,anak-anak kecil perlu diberikan perlindungan khas dari serangan tersebut.Banyak hadis-hadis pengubatan yang boleh dijadikan alasan kenapa spirumadu sewajarnya menjadi pilihan umat Islam di dunia.

Maksud dari Sabda Rasululah saw "hendaklah kamu menggunakan dua kesembuhan , Al-Quran dan Madu"Zat pemakanan yang dapat meningkatkan daya tahan tubuh ialah madu lebah sementara spirulina pula membekalkan nutrisi yang tinggi khususnya pada anak-anak kecil.Ciri unik yang ada pada spirumadu Kid ialah kandungan air dibawah 10% dan keujudan pelbagai bunga hutan yang menghasilkan jumlah koloidal yang tinggi.

Harga Jual : Rp 54,000
Harga anggota : Rp45,000
PV : 15,000

Selain dari spirumadu kid HPA Nusantara juga akan membuat jualan produk buku "Jawi Medicianal Herbs" bagi menguatkan pengetahuan para anggota HPA dalam dunia pengubatan herba.Buku ini dijual dengan harga seperti berikut:-

Harga Jual : Rp 65,000
Harga anggota : Rp 55,000
PV : 15,000

kesemua produk akan dijual dalam acara dan setiap cabang HPA di Indonesia.InsyaAllah.

04 May 2009

Buat pendaftaran team-team di Indonesia.

Sampai saat ini kami warga kerja HPA Nusantara terus memperlengkapkan semua dukumen penghantaran barang mengikut perancangan.Saya sangat memahami kegawatan peniagaan di Indonesia kerana ketiadaan kopi radix khususnya di lapangan.Kini 3 orang dari team pengurusan Malaysia sedang berada di Jakarta untuk tujuan ini.Sedikit lagi urusan import export akan selesai.

Pubrik kita di Malaysia juga telah siap untuk penghantaran pertama yang dijangkan akan dilakukan pada esok hari.InsyaAllah kita doakan peniagaan HPA Nusantara akan sukses bersama dengan kesabaran yang tidak terbelah bahagi dari bapak-bapak dan ibu-ibu sekelian.

Namun bagitu masih banyak produk di Indonesia yang tidak bisa dijual kerana ketiadaan ilmu produknya.Jesteru itu pertemuan kita nanti pada tanggal 21 dan 22 Mei,sangat penting terutama kepada para leader dan anggota HPA yang berniaga sepenuh masa.Saya juga mengharapkan semua kota-kota besar bisa mengadakan teamnya sendiri bagi mewujudkan pelatihan sendiri.Team ini diminta melapurkan kepada kantor Melawai bagi mendapat certifikat kuasa dari HQ.Certifikat ini akan di berikan tanggal 21 Mei dalam acara nanti.Perlu di jelaskan nanti siapa anggota team tersebut untuk rujukan pehak HQ nanti.

PIC dan Kopi Radix.

Menjadi seorang herbalis bukanya dengan hanya menghaziri sekali PIC tetapi ia memerlukan jangkamasa yang panjang.Herbalis terdidik dalam sausana yang sebenar berhadapan dengan pesakit dan memerhatikan perlakuan kepada kesan sesuatu ubatan herba yang diberikan.Jadi herbalis memerlukan kesungguhan belajar dari masa kesemasa tanpa rasa putus asa.

Packaging Baru Kopi Radix, Teh Manjakani, Radix Koko, Radix Diet

Walaupun sekali menghaziri PIC tidak bermakna kita dapat mencerap semua ilmu yang dibahaskan dan mungkin kita perlu mengikuti PIC berulang-ulang kali bagi mendapatkan teknikal perawatan yang sempurna. Saya percaya dengan adanya kelangsungan menimba ilmu di HPA generasi ini akan dapat dilahirkan.I ni dapat kita lihat dari pengakuan ikhlas mereka yang telah berjaya meninggalkan ubatan kimia digantikan dengan pengubatan herba. Jumlah mereka semakin ramai hasil dari kesedaran yang mendalam betapa bahan kimia yang digunakan sebagai ubat juga merupakan racun pada tubuh.

Sedikit sebanyak kenyataan ini tidak sukai oleh para doktor yang berjuang meningkatkan tahap kesihatan rakyat melalui "drug therapy". Suara kegelisahan ini muncul apabila isu steroid dalam kopi radix dibangkitkan. Dalam blog ini saya ingin memberikan pandangan bahawa steroid dalam herba tidak sama dengan steroid sintatik yang digunakan di hospital. sebagai contoh beta-sitosterol dan stigma sterol merupakan rangkaian steroid yang terdapat dalam akar lalang,pegaga,tungkat ali ,patawali dan lain-lain lagi.Akar lalang telah digunakan di dalam ubatan cina (TCM)sudah ribuan tahun dan tidak mendatangkan kesan sampingan malah menjadi herba bagi rawatan penyakit-penyakit yang bersifat panas(yang) seperti imsomnia(susah tidur) dll.

Dalam kopi Radix juga tidak ada kesan toksisiti(racun) yang ditemui jika diambil oleh pengguna berterusan. Ia diproses di kilang yang mempunyai status gmp dan ISO.Bagitu banyak testimoni yang telah di berikan menjadikan sebahagian pehak tidak senang dengan pencapaian perubatan JAWI ini. Saya juga ingin memberikan pandangan kepada pehak kementerian Kesihatan supaya para doktor yang akan menghabiskan pengajian ilmu kedoktoranya perlul mengikuti pengajian perubatan herba selama setahun seperti negara China bagi memastikan kekayaan pengubatan herba Melayu dan ribuan spesis ubatan negara tidak menjadi milik orang lain disuatu hari kelak.
Negara akan berjaya mengeluarkan Doktor herbalis.InsyaAllah.

01 May 2009

Program PIC siri 1 berubah tempat ke SP.

Program PIC yang akan diadakan di Jejawi Perlis telah ditukar ke Dewan Omar Mukhtar Sungai Petani (atas RFC). Program ini akan diadakan pada esok (2 - 3 Mei). Peserta yang telah membeli tiket ke Kangar boleh menghubungi En Hamidi (013-3008154) atau En Jafri 013-4384717 bagi menaiki kenderaan khas yang disediakan di stesyen bas Kangar.

Pertukaran tempat ini adalah pindaan terakhir atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan dan pihak saya memohon maaf atas kesilapan ini. PIC Siri 1 ini dikendalikan oleh bahagian latihan tetapi hampir 80% pemahaman ilmu akan disampaikan oleh saya sendiri.

2 buah buku yang akan jadi rujukan iaitu "kecekapan diagnosis dan ketepatan herba" dan "buku terbaru tentang diagnosis". Kedua buku ini boleh didapati ditempat program.

Pihak HPA hanya menghadkan kepada 120 orang sahaja untuk sekali program dan tempat ini telah penuh untuk program kali ini. Mereka yang ingin mengikuti untuk bulan Jun bolehlah memohon untuk program yang akan datang.