Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

06 September 2011

Duri duri peniagaan.

Bisnes bukan gimik tetapi adalah realiti. Ahli HPA mestilah matang dalam menghadapi segala mehnah perniagaan, lebih-lebih lagi apabila ia menjadi besar kerana pesaing di pasaran tidak akan memberikan laluan mudah untuk mengambil pasaran yang sedia ada. Sikap tidak percaya kepada keupayaan umat Islam dalam bidang perniagaan juga merupakan faktor yang akan menarik bisnes ke bawah.

Kadangkala bisnes yang kecil mudah mendapat sokongan pengguna dibandingkan bisnes besar yang setiap hari bertambah perasaan hasad di kalangan kaum sendiri. Bukan mudah untuk memuatkan laporan dan berita berupa iklan dalam surat kabar kerana iklan percuma hanya diberikan ketika mengulas isu-isu negatif tentang kelemahan bisnes sahaja.

Kita perlu belajar daripada bangsa-bangsa yang maju pada hari ini kerana bagi mereka bisnes adalah satu pakej perjuangan dalam kehidupan. Mereka berniaga kerana keperluan dan minat yang mendalam sekalipun dalam situasi perang. Sebagai contohnya beberapa buah syarikat Korea didapati mengembangkan perniagaan mereka ketika Iraq di ambang peperangan. Begitu juga ketika dunia masih belum menjengok benua Afrika, syarikat besar dari Korea dan China sudah pun membangunkan potensi bisnes di sana.

Syarikat muslim sepatutnya mengambil pelajaran ini dari hanya bergantung kepada publisiti dan gimik bisnes dalam negeri. Kita perlu meluaskan wawasan bisnes dengan gagasan ekonomi produk halal dunia. HPAic yang menjadi pusat pertemuan peniaga muslim sedunia akan terus menggiatkan program "Network Matching" bukan hanya dalam negara tetapi seluruh dunia Islam.

Rakan bisnes sedunia perlu diramaikan bagi membangkitkan isu halal sebagai isu global meskipun pada masa kini, bisnes halal dikuasai oleh negara yang minoriti umat Islam. Bagi HPA yang mewakili bisnes 100% milik bumiputra bukan sahaja berhadapan dengan cabaran production untuk menyediakan bahan asas kepada barang siap (A to Z) tetapi kita juga terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barang dan kejatuhan jualan. Syarikat-syarikat gergasi akan mempertahankan market mereka sementara HPA terpaksa bergelut dengan keyakinan ummat dan keperluan modal yang tinggi.

Inilah yang dikatakan jihad dalam perniagaan dan kita boleh berniaga kerana kita adalah seorang hamba Allah yang yakin 100% tentang keberkatan dan janji baik dari sebuah perjuangan dan kepada semua ahli-ahli HPA perlulah matang dan jangan terperangkap dengan isu- isu negatif harian.

04 September 2011

PEJUANG KEBENARAN 

Iman yang tidak mantap apabila berhadapan dengan ujian akan menampakkan rasa panik dan cemas. Inilah yang perlu diperhatikan oleh pejuang kebenaran kerana selebihnya dari rasa percaya yang kuat, kekuatan yang akan muncul selepas itu ialah kekuatan tawakkal. 
Ini jelas digambarkan oleh Allah SWT di dalam Surah Ali Imran (ayat 154) dari kisah peperangan Uhud.
 
ثُمَّ أَنزَلَ عَلَيْكُم مِّن بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُّعَاساً يَغْشَى طَآئِفَةً مِّنكُمْ وَطَآئِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِاللّهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ
“Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri mereka sendiri, mereka menyangkakan terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliah…” (Surah Ali Imran, ayat 154).
 
Sangkaan yang tidak benar terhadap Allah SWT sehingga meragui perjuangan yang membawa mereka ke Syurga. Mereka menyangka jika Nabi Muhammad SAW itu benar-benar Nabi dan Rasul tentu dia tidak dikalahkan dalam peperangan. Sangkaan ini menjadi semakin keliru sehingga mereka menyabitkan; sekiranya mereka tidak keluar berperang pasti mereka tidak akan dibunuh.
 
يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ الأَمْرِ شَيْءٌ مَّا قُتِلْنَا هَاهُنَا قُل لَّوْ كُنتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ الَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ إِلَى مَضَاجِعِهِمْ وَلِيَبْتَلِيَ اللّهُ مَا فِي صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحَّصَ مَا فِي قُلُوبِكُمْ وَاللّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
“Mereka berkata (sesama sendiri): ‘Kalaulah kita mempunyai sedikit pilihan (sudah tentu kita akan memilih tidak keluar berperang dan)  tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?’. Katakanlah (wahai Muhammad); ‘Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah di takdirkan (oleh Allah)  akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing’. Dan (apa yang berlaku di medan perang uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada” (Surah Ali Imran, ayat 154).
  Hati yang mati tidak mampu lagi melihat hikmah dan rahsia di sebalik sesuatu kejadian. Akibat dari inilah hati mereka akan menjadi keras, kufur serta berani menentang sesuatu hukum dari Allah SWT dan RasulNya. Apabila kita berpegang dengan Islam, sekali-kali jangan disalahkan sesiapa apabila datangnya ujian tetapi tabahilah kerana di sinilah yang bernama mujahadah. Persiapkan diri untuk sakit dan selesa bersama perjuangan kebenaran, bukannya hanya untuk musim gembira sahaja. Sabda Nabi s.a.w.:
 
أَلا إِنَّ رَحَى الإِسْلامِ دَائِرَةٌ، فَدُورُوا مَعَ الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ، أَلا إِنَّ الْكِتَابَ وَالسُّلْطَانَ سَيَفْتَرِقَانِ، فَلا تُفَارِقُوا الْكِتَابَ، أَلا إِنَّهُ سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَقْضُونَ لأَنْفُسِهِمْ مَا لا يَقْضُونَ لَكُمْ، إِنْ عَصَيْتُمُوهُمْ قَتَلُوكُمْ، وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ أَضَلُّوكُمْ"، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، كَيْفَ نَصْنَعُ؟ قَالَ:"كَمَا صَنَعَ أَصْحَابُ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ، نُشِرُوا بِالْمَنَاشِيرَ، وَحُمِلُوا عَلَى الْخَشَبِ، مَوْتٌ فِي طَاعَةِ اللَّهِ خَيْرٌ مِنْ حَيَاةٍ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ
“Ingatlah bahawasanya roda Islam itu berpusing, maka berpusinglah kamu bersama Kitab Allah di mana sahaja ia berpusing. Ingatlah bahawasanya Kitab Allah dan pemerintah akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dengan Kitab Allah. Ingatlah bahawasanya kamu akan diperintah oleh pemimpin-pemimpin yang mereka memutuskan untuk mereka apa yang tidak mereka putuskan untuk kamu di mana jika kamu engkari mereka, mereka akan membunuh kamu, namun jika kamu taati mereka mereka akan sesatkan kamu”. Para sahabat bertanya; “Ya Rasulullah, apa yang perlu kami lakukan?”. Jawab Nabi; “Lakukanlah sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Nabi Isa a.s.. Mereka digergaji dengan gergaji-gergaji dan disalib di atas batang-batang kayu (namun mereka tetap teguh). Sanggup mati kerana mentaati Allah lebih baik dari hidup yang terpaksa menderhakai Allah” (HR Imam at-Tabrani dari Mu’az bin Jabal r.a.)
 
Kebanyakan dari kita merasa gembira dengan kejayaan sesuatu perjuangan tetapi apabila perjuangan ditimpa kesusahan mereka lari ke belakang. Ini bukanlah dinamakan orang berjuang tetapi sekadar ikut-ikutan kerana perjuangan itu  belum kukuh di hati. Saat kita mendapat kejayaan, perjuangan memang menjadi indah, tetapi saat kita diuji ternyata hakikatnya tidak ramai yang mampu bersyukur lagi. Firman Allah SWT:
 
وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
“Sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur” (Surah Saba’, ayat 14).
 
Kita yang pernah hidup senang perlu bersyukur ketika susah atas nikmat lalu walaupun telah hilang. Kita yang pernah merasai hidup berkeluarga perlu bersyukur atas nikmat lalu meskipun sekarang telah berpisah. Redha atas setiap ketentuan Ilahi meskipun yang Allah berikan cuma  mimpi yang indah. Jelaslah iman itu mempunyai mata yang mampu melihat hikmah kejadian Allah pada dirinya, redha dan mensyukuri meskipun tidak diberi. Nikmat hidup dalam iman dan Islam adalah sesuatu yang menutupi segala nikmat kehidupan yang lain, dari itu tidak perlu lagi dihitung lagi menang atau kalah. Firman Allah SWT:
 
وَلَئِن قُتِلْتُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أَوْ مُتُّمْ لَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللّهِ وَرَحْمَةٌ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ
“Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah atau kamu mati (dengan mati biasa), sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) himpunkan (dari segala jenis kesenangan dunia)” (Surah Ali Imran, ayat 157). 
Inilah jawapan kepada kemuncak sebuah keimanan. Allahu ghayatuna (Allahlah matlamat kita). Amin.

29 August 2011

Bingkisan Hari Raya.

Perutusan Hari Raya untuk semua warga HPA.

Salam Aidil Fitri untuk semua warga HPA di mana sahaja kita berada semoga diampuni Allah dunia dan akhirat. Sesungguhnya perjuangan kita adalah jihad yang memerlukan karamah "istiqamah" . Kerja-kerja menyedarkan manusia agar kembali kepada produk halal bukanlah sekadar laungan atau tulisan di dalam media tetapi yang lebih penting mengadakan produk altenatif. Kita perlu kemahiran dan industri dan kita memerlukan rangkaian serta kesedaran. Bila keempat faktor ini bertemu barulah dinamakan altenatif ataupun pilihan kepada umat Islam.

Syukur kepada Allah swt kerana pada tahun ini kita mampu mengeluarkan ayam yang mencukupi untuk sebulan Ramadhan dibandingkan dengan tahun yang lepas sekurang kurangnya untuk mencukupi keperluan warga HPA yang "komited". Ini membuktikan betapa kita bersungguh untuk menyediakan produk yang halal kepada umat Islam. Selain dari itu produk produk kegunaan harian juga kini memenuhi kembali premis kita yang ada. Apapun Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun tahun yang lepas.

Saya juga berterima kasih kepada semua kelab yang menyediakan program pertemuan dan majlis berbuka puasa bersama. Kita sempat mengadakan program di Sungai Petani, Kelantan,HPAIC dan juga Melaka, merangkumi semua zon tidak termasuk zon Borneo. Selepas ESP musim kedua sudah tentu semua warga dan pejuang produk halal HPA sedang siap siaga untuk menanti apakah perancangan syarikat untuk bangkit semula selepas bulan Ramadhan ini.

Sudah semestinya kita perlu bangun segera untuk memenafaatkan pasaran yang ada secepat yang boleh. Pihak syarikat komited untuk mencukupkan kembali produk yang langka di pasaran seperti kopi radix jumbo,kopi diet,kopi O dan koko radix disamping sinergi herba yang telah berada disemua cawangan. Bentuk pek ekonomi akan dikeluarkan khususnya untuk memudahkan pengedar mengusai kembali pasaran disamping iklan berbentuk poster dan media eletronik.

Program ESP akan masuk era ketiga dengan bengkel kemahiran kejurujualan serta penguasaan seni pengubatan jawi dan dijangka akan menjadi laluan hijau di pasaran terbuka.

"Kita jangan terlalu banyak berfikir tentang persaingan kerana ia tidak akan habis sampai hari kiamat tetapi mereka yang telah berjaya mengusai pasaran ialah mereka yang sedia diberi latihan sampai hari kiamat"

Penumpuan HPA untuk melahirkan usahawan seramai 50,000 orang tidak akan menjadi mustahil apabila kita dapat menubuhkan kelab Kepengunaan & Keusahawan (K&K)HPA di semua menara gading . Bagitu juga kelab ini akan diujudkan disemua tempat di negara kita. Paling minima ahli kelab akan menjadi pengguna dan jika mereka mampu kita akan dorong agar mereka menjadi usahawan mlms HPA yang sukses sesuai dengan cita-cita negara.

Kita bukan memandang kejayaan timur atau kejayaan barat sebagai ukuran tetapi jika negara mahu menjadi sebuah negara maju,jalan yang paling mudah ialah melahirkan usahawan. Program tranfomasi dari takok lama kepada era baru memerlukan proses penyalinan kulit luar dan dalam,cara fikir dan lebih penting cara melihat sesebuah perubahan. Perubahan mestilah berlaku atas perubahan nilai modal Insan bukannya atas nilai kebendaan dan kerakusan. Proses menyalin slogan berjaya dan bersatu tidak akan berlaku selagi wajah tidak fokus kepada gerakerja bersepadu.

Saya mengambil kesempatan ini bagi memohon maaf atas sedikit permasalah pengedaran bonus yang sepatutnya lebih cepat terutamanya pada musim perayaan ini tetapi inilah dia yang bernama Lukisan alam yang tidak selalunya indah seperti yang kita kehendaki. Teguhlah anda berdiri disisi mana kita berada kerana kesetiaan itulah detik manis untuk diingati ketika musim bunga nanti.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari team pengurusan kepada semua warga kerja HPA dan pengedar yang berada di seluruh Nusantara ini dengan ucapan " Kita akan bangkit dengan keupayaan yang tidak mampu dijangka kawan dan lawan"
" Produk Halal Tanggungjawab bersama". Allahuakbar.

24 August 2011

Rezeki dari Allah

REZEKI

Kali ini mari kita merenung serangkai ayat Qur'an yang menceritakan tentang rezeki. Firman Allah SWT :

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا
"......dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud, ayat 6).

Jaminan rezeki dari Allah SWT pada mahklukNya adalah jaminan yang pasti lagi benar bagi menunjukkan betapa Maha Kaya Allah yang memiliki segala sifat kebesaranNya.

Firman Allah SWT:

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ
"Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan" (Surah Ali Imran, ayat 109).

Selain dari Allah SWT siapa lagi yang boleh mencukupkan sumber rezeki yang tidak pernah putus-putus bagi menyambung kitaran kehidupan di alam ini. Bukan satu atau dua hari tetapi ribuan malah mungkin jutaan tahun. Hanya Dia sahaja yang berhak dan layak untuk menurun dan mengeluarkan segala rezeki dari sumber mana yang dikehendakiNya.

Inilah antara makna "Ilah" yang terkandung di dalam kalimah syahadah iaitu "la ilah haillallah". Dalam permasalahan rezeki, kalimah syahadah ini mengajar kita iktiqad "Tidak ada yang memberi rezeki melainkan Allah". Jika seseorang mengakui bahawa ada makhluk yang memberi selain Allah SWT bererti dia telah beriktikad dengan iktikad yang salah dan boleh membawa kepada syirik.

Majikan atau tempat kita kerja adalah seperti posmen yang menghantar surat kepada seseorang. Bukannya surat itu daripadanya sendiri kerana rezeki yang berada ditangannya itu juga datang dari Allah. Bagaimana jika Allah menahan rezeki kepadanya?

Firman Allah SWT :

أَمَّنْ هَٰذَا الَّذِي يَرْزُقُكُمْ إِنْ أَمْسَكَ رِزْقَهُ ۚ
"Siapakah yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya" (Surah Al-Mulk, ayat 21).

Pada waktu pagi kita dianjurkan membaca doa ini:

اللَّهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِي مِنْ نِعْمَةٍ أَوْ بِأَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ فَمِنْكَ وَحْدَكَ ، لا شَرِيكَ لَكَ ، فَلَكَ الْحَمْدُ ، وَلَكَ الشُّكْرُ
"Ya Allah, pada pagi-pagi ini, apa juga nikmat yang ada padaku atau mana-mana makhlukMu, semuanya dariMu. Tiada sekutu bagiMu. Milikmu segala pujian dan terima kasih kami" (Zikir al-Ma'surat. Riwayat Imam an-Nasai dari Abdullah bin Ghannam r.a.).

Ini membawa pengertian supaya akidah tauhid kita dibetulkan sebelum kita memulakan aktiviti mencari rezeki pada awal-awal pagi. Manusia hanyalah makhluk yang sangat lemah sehingga tidak mampu menjadikan sebiji nasi pun di atas bumi ini dan bergantung kepada pohon padi dari ciptaan Allah SWT

Allah SWT menjamin rezeki pada semua mahluk tetapi kenapa ada yang mati kebuluran. Hal ini diterangkan Allah dalam firmanNya :

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)" (Surah ar-Rum, ayat 41).

Kematian dan kebuluran 26 ribu orang di Euthopia bukti sebuah kebinasaan akibat dari pendurhakaan manusia. Bumi dirosakkan oleh tangan-tangan manusia seperti tubuh badan yang dirosakkan oleh ubatan kimia yang bernama drugs. Tubuh yang dibekalkan dengan sistem imuniti juga hancur akibat dari dadah yang diambilnya pada setiap hari. Inilah sebabnya Allah menurunkan peraturan hidup yang sempurna untuk kesinambungan rezeki dan hidup di dunia ini.

Bagi menyelamat dunia yang kian hancur ini hanya satu sahaja iaitu ugama Allah. Ugama yang perlu ditegakkan sebagai "deenulhayah" untuk kesejahteraan ummat di muka bumi ini jika tidak terimalah padahnya iaitu penderitaan dan kemusnahan.

Perkara kedua dari ayat awal di atas difahami bahawa rezeki itu juga perlu dicari sebagaimana Allah menyatakan dengan kalimah "makhluk bergerak" bukannya hanya menanti yang bulat datang bergolek dan yang pipih datang melayang. Lihatlah rezeki seekor burung yang terjamin apabila ia keluar dari sarangnya. Kemalasan berikhtiar menjadikan periuk nasi juga kosong bukan kerana tidak ada jaminan dari Allah tetapi kerana ia yang memilih untuk itu.

Ini terkecuali dengan ujian dari Allah yg berupa kekurangan makanan dan buah-buahan seperti firman Allah:

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" (Surah al-Baqarah, ayat 155).

Ujian adalah hak Allah sama seperti rezeki. Hikmah dari ujian akan menjadikan sesuatu ummat itu bertambah kuat bukannya semakin lemah. Ia tergantung bagaimana sikap yang diambil terhadap ujian yang menimpanya. Jika ujian itu mematikan jiwa dan semangatnya, petandanya Allahlah yang menyempitkan kehidupannya seperti asma' Allah yang bernama "Al Qobidh".

وَاللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
"Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan" (Surah al-Baqarah, ayat 245).

Bangsa-bangsa yang terus "bergerak" telah menguasai dunia dibandingkan dengan bangsa yang suka berpeluk tubuh. Mereka menguasai semua bidang keilmuan di atas pokok perubahan yang dilakukan pada setiap detik. Rezeki itu kuncinya ilmu kerana itulah ia perlu bergerak bagi mencarinya.

Berkata Imam Syafi'ie rhm:

من أراد الدنيا فعليه بالعلم ومن أراد الآخرة فعليه بالعلم
"Sesiapa mengingini dunia, ia memerlukan ilmu. Sesiapa menghendaki akhirat, ia juga memerlukan ilmu".

Nasib itu tidak terletak pada tapak tangan tetapi terletak pada tangan dan kaki. Keluar dari zon statik kepada zon dinamik untuk mengubah nasib yang menimpa diri sendiri.

Firman Allah SWT :

إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" (Surah ar-Ra'du, ayat 11).

Soal rezeki terlalu panjang perbahasannya tetapi penutupnya pula adalah pendek lagi ringkas iaitu semuanya rezeki itu adalah datang dari Ar Razaq.

03 June 2011

kilang baru kopi radix.

Bulan ini insyaAllah kita akan siap untuk membuat penambahan mesin mesin kopi baru di tapak kilang jejawi Perlis. Pemintaan yang tinggi selama ini masih menyebabkan banyak lagi outlet HPA yang kosong. Persiapan ini yang mengambil masa 4 bulan sedikit sebanyak menjejaskan pengeluaran berdasarkan pemintaan yang sangat sangat tinggi.
Pengguna berpuashati kerana kopi radix sama sekali tak sama dengan kopi yang lain.Orang yang minum kopi radix merasa kuat dan bertenaga dan ini tidak terdapat pada kopi yang lain.Jenama RADIX pun semakin banyak muncul dipasaran namun nama boleh tiru tapi khasiat jauh sekali. Ada syarikat yang minta HPA membekalkan kopi kepada mereka tetapi minta dimasukan aroma kopi sintatik untuk pasaran terbuka. Buat masa kini, HPA tidak pernah bersetuju dengan penggunaan bahan kimia dalam kopi kerana ia menjejaskan kesihatan. Kita yang keluarkan,keluarga kita juga meminumnya bukan untuk orang lain diberikan sesuatu yang beracun.

14 February 2011

PERJUANGAN HPA

1. PERUBATAN JAWI

“Herba Menuju Kecermelangan”

· Perubatan Jawi diwujudkan di atas tujuan untuk memperkenalkan Thibbun Nabawi kepada masyarakat zaman sekarang.
· Pengubatan yg menggunakan sumber yang Halal yang berdasarkan pada Alamiyah dan Ilahiyah.
· Suatu usaha untuk mengumpul kembali khazanah pengubatan yang dinamakan Pengubatan JAWI yang bukan dari Timur atau dari Barat tetapi berdasarkan kepada etika Perubatan Islam yang lebih tinggi dari pengubatan Timur atau Barat.
· Graduan Sijil Herbalis harus menjadi ahli aktif Kelab Alumni Herbalis agar ilmu sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa.
· Usaha akan berterusan untuk menjadikan Perubatan JAWI suatu perubatan yang diiktiraf dunia sebagaimana Ayurvedic, Traditional Chinese Medicine (TCM) dan Homeopathy.
· Perubatan JAWI akan dimasukkan di dalam syllabus di MANHAL (Madrasah HPA) iaitu menjadi salah satu lima perkara yang wajib dipelajari oleh semua anak didik MANHAL iaitu

1. Al-Qur’an dan Hadith.

2. Ilmu Perniagaan.

3. Pertanian dan Industri (Pengolahan Sumber Alam)

4. Perubatan JAWI

5. Bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Malaysia, English, Mandarin dan lain-lain)



2. PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA™

HPA komited untuk mewujudkan produk-produk alternative bagi menggantikan produk-produk yang tidak halal di pasaran dengan Motto PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA™.



3. PENDIDIKAN

HPA juga komited untuk membangunkan sistem pendidikan yang akan melahirkan Generasi Rabbani yang kuat pegangan tauhidnya kepada ALLAH SWT. Generasi yang akan menyambung perjuangan kita semua mengamal dan menyebarkan Perubatan JAWI dan generasi yang memperjuangkan produk-produk Halal ke seluruh dunia. InshaALLAH.

27 January 2011

Tahun 2011

Tahun ini HPA akan lebih fokus dengan produk produk yang dihasilkan di kilangnya sendiri. Ini bagi mengelakan dari berlakunya kekurangan produknya dipasaran.Sebanyak 100 produk sahaja yang akan di dijadikan produk utama dimana produk produk runcit akan dikurangi dari masa kesemasa.Produk tumpuan ialah produk herba,keperluan seperti sabun, syampo akan diberi keutamaan. Sementara kopi,koko dan penapis air juga termasuk produk utama.

Tahun ini,HPA akan memberikan tumpuan dalam produk pengubatan jawi yg menjadi teras utama peniagaan hpa.