Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

06 September 2011

Duri duri peniagaan.

Bisnes bukan gimik tetapi adalah realiti. Ahli HPA mestilah matang dalam menghadapi segala mehnah perniagaan, lebih-lebih lagi apabila ia menjadi besar kerana pesaing di pasaran tidak akan memberikan laluan mudah untuk mengambil pasaran yang sedia ada. Sikap tidak percaya kepada keupayaan umat Islam dalam bidang perniagaan juga merupakan faktor yang akan menarik bisnes ke bawah.

Kadangkala bisnes yang kecil mudah mendapat sokongan pengguna dibandingkan bisnes besar yang setiap hari bertambah perasaan hasad di kalangan kaum sendiri. Bukan mudah untuk memuatkan laporan dan berita berupa iklan dalam surat kabar kerana iklan percuma hanya diberikan ketika mengulas isu-isu negatif tentang kelemahan bisnes sahaja.

Kita perlu belajar daripada bangsa-bangsa yang maju pada hari ini kerana bagi mereka bisnes adalah satu pakej perjuangan dalam kehidupan. Mereka berniaga kerana keperluan dan minat yang mendalam sekalipun dalam situasi perang. Sebagai contohnya beberapa buah syarikat Korea didapati mengembangkan perniagaan mereka ketika Iraq di ambang peperangan. Begitu juga ketika dunia masih belum menjengok benua Afrika, syarikat besar dari Korea dan China sudah pun membangunkan potensi bisnes di sana.

Syarikat muslim sepatutnya mengambil pelajaran ini dari hanya bergantung kepada publisiti dan gimik bisnes dalam negeri. Kita perlu meluaskan wawasan bisnes dengan gagasan ekonomi produk halal dunia. HPAic yang menjadi pusat pertemuan peniaga muslim sedunia akan terus menggiatkan program "Network Matching" bukan hanya dalam negara tetapi seluruh dunia Islam.

Rakan bisnes sedunia perlu diramaikan bagi membangkitkan isu halal sebagai isu global meskipun pada masa kini, bisnes halal dikuasai oleh negara yang minoriti umat Islam. Bagi HPA yang mewakili bisnes 100% milik bumiputra bukan sahaja berhadapan dengan cabaran production untuk menyediakan bahan asas kepada barang siap (A to Z) tetapi kita juga terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barang dan kejatuhan jualan. Syarikat-syarikat gergasi akan mempertahankan market mereka sementara HPA terpaksa bergelut dengan keyakinan ummat dan keperluan modal yang tinggi.

Inilah yang dikatakan jihad dalam perniagaan dan kita boleh berniaga kerana kita adalah seorang hamba Allah yang yakin 100% tentang keberkatan dan janji baik dari sebuah perjuangan dan kepada semua ahli-ahli HPA perlulah matang dan jangan terperangkap dengan isu- isu negatif harian.

No comments: