30 April 2009
Pentadbiran Wahida Nusantara.
PIC juga diadakan gratis bagi membicarakan 12 pruduk HPA yang telah sedia ada di Indonesia.InsyaAllah.Para leader perlu memastikan lebih 2000 anggota bisa hadir ke majlis itu.InsyaAllah.
RFC DI Mydin Melaka.
HALAL HUB HPA (H3)
Langkah ke dua ialah membuka kios H3 di hotel-hotel bagi menyediakan kemudahan berbelanja produk halal khususnya untuk pelanggan hotel yang datang dan pergi.Beberapa buah hotel telah dikenalpasti untuk tujuan diatas.Paling kurang sebuah Kios Halal Hub HPA(H3) akan disiapkan pada bulan Mei ini sebagai contuh.InsyaAllah.
Tanah Liat putih.
Dalam HPA produk dari tanah liat terdapat dalam tiga bentuk iaitu : body scrub, sabun clay dan serbuk tanah liat halus. Produk yang baru ialah dari debu tanah tanah liat dengan pakaging seperti harga dibawah;
harga ahli RM6 dan NM2. Ini akan membolehkan setiap rumah menyimpan produk ini untuk perubatan.
29 April 2009
Budaya membaca.
Buku ini dijangka akan dapat dijual melebihi 10,000 naskah di Malaysia. Buku kedua juga akan dikeluarkan dalam bulan Mei nanti. InsyaAllah.
28 April 2009
KOPERASI HPA WAHIDA.
Setiap ahli boleh membeli syer seperti yang diputuskan dan sekiranya wang itu diperlukan kembali dengan kadar segera maka pehak koop akan menjual syer tersebut dalam tempoh masa terdekat.Saya dimaklumkan bahawa koop tidak mempunyai masalah bagi mengeluarkan wang syer dalam temph terdekat kerana ramai ahli yang sedia ada mahu membeli syer-syer tersebut.InsyaAllah.
KPJ KHAS SIRI 1
Mereka yang mengikutinya akan dapat memelajari teknik pengubatan Jawi dan pelbagai jenis herba HPA dan petua-petua yang telah terbukti kejayaanya. kpj khas ini akan diadakan di semua tempat-tempat yang telah diadakan kpj sebelum ini.
KPJ KUANTAN
Bagi memenuhi cita-cita HPA mendapatkan jualan 20 juta sebulan ,salah satu stateginya ialah untuk membangunkan kumpulan ahli-ahli yang berilmu.KPJ adalah program berkala membentuk generasi yang pintar menjadikan herba sebagai ubatan.
22 April 2009
Sambutan majlis peluncuran PT HPA Nusantara
Buku "Jawi Medical Herb" yang menjadi rujukan anggota/ahli HPA mendapat sambutan yang sangat baik. Mereka yang inginkan keterangan yang lebih jelas boleh mendapatkanya dalam buku ini. Acara kali ini menampilkan wajah-wajah baru dalam HPA seperti Ustaz Adnan Fadzil dan Dr Zaidul Akbar(MD) turut memberikan kesan yang terkesan pada hati anggota.
PT HPA Nusantara juga tidak menukar pejabat/kantor operasinya iaitu masih lagi di Melawai(pejabat PT Wahida Indonesia). Sebagai Pengarah Urusan (MD) saya sangat-sangat berharap semua team dalam HPA akan disatukan dibawah satu pengurusan,satu matmalat dan satu tindakan. Tumpukan matlamat 10 M yang akan dicapai segera.amin.
19 April 2009
Kicap akan segera berada di Pasaran.
Kita berjuang bagi pastikan tidak ada sesen pun wang kita yang jatuh ketangan mereka.Produk yang masih tidak mampu,kita bersabar,InsyaAllah R@D akan terus berjalan.Tahniah pada jabatan itu yang berjaya menghasilkan bijirin untuk anak-anak kecil.amin.
Majlis peluncuran PT Wahida Nusantara
antara bahan bacaan untuk acara esok ialah:-
1, Buku MLMS(dijual)
2. Buku Perubatan Jawi(di jual)
3. Info HPA Nusantara (gratis)
4. Metro HPA Malaysia (baru).
selamat berjuang pada semua teman-teman disana.Amin.
17 April 2009
HPA akan keluarkan lampin pakai buang
PT Wahida Nusantara
Terima kasih atas kebijaksanaan yang telah diambil oleh pengurusan PT Wahida Indonesia atas niat yang murni bagi melihat HPA besar di Indonesia.. Juga terima kasih pada semua team kerja yang kini berada di Jakarta meneruskan misi peniagaan "produk Halal Tanggung Jawab bersama".
15 April 2009
Mengambil hadis berbekam secara ber"sanad"
Mengambil hadis ini dengan sausana seperti Rasullulah menyampaikannya kepada para sahabat dan insyalah keberkatan berlajar bersanad akan dapat dirasai oleh hati sehingga kita merasinya seperti mendengar terus dari Rasullulah saw.
Muhaddisin ialah mereka yang mempelajari kebanyakan hadis-hadis nabi saw dan diakui benar ilmunya.bilangan mereka tidak ramai .Oleh itu kami mempersilakan seluruh perawat HPA mengambil hadis ini secara bersanad.Hubungi bahagian latihan.En Jafri.
ILMU PELARIS ,
Peniagaan merupakan satu seni yang perlu disepadukan dengan segala kebolehan untuk menawan hati pelanggan.Kegagalan berbuat demikian menjadikan umur sesuatu peniagaan itu singkat dan tidak berdaya maju.Apatah lagi apabila ujud persaingan yang besar untuk menguasai pasaran yang sedia ada.Siapakah yang akan menjadi pemenang bergantung kepada siapa yang dapat memenangi hati pengguna.
Menang atau berjaya mendapatkan pelanggan bukan semestinya kejayaan untuk selama-lamanya kerana jika tidak dijaga perkhidmatan atau produknya ia akan tenggelam pelahan-lahan tanpa disedari.Oleh sebab itulah kita memerlukan ILMU PELARIS bagi memastikan kejayaan sentiasa berpehak kepada peniagaan kita.Mereka yang berniaga tanpa ilmu pelaris bagaikan tentera yang tidak terlatih dalam medan tempur yang sangat sengit.Keberangkalian untuk gagal lebih besar dari harapan untuk berjaya.Bagitulah daripada pengalaman hidup yang dapat kita saksikan dari masa kesemasa.
Fahami maksud.
Saya tidak membawa maksud ilmu pelaris itu ialah segala jenis ilmu yang boleh membawa manusia menjadi syirik kepada Allah.Ilmu pelaris yang dimaksudkan ialah pengurusan peniagaan yang tersusun rapi bersumberkan Al-Quran dan Sunnah.Masyarakat primitive yang percaya kepada kuasa batu,pokok,bulan dan bintang,gambar-gambar,rajah-rajah dan sebagainya bukan sahaja tidak berjaya menjadi kuasa besar ekonomi malah terpenjara dalam kepercayaan khurafat yang jauh kesesatanya.Islam datang membawa cahaya penyuluh bagaimana untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya melalui akhlaq seorang Nabi sebagai ikutan.Setiap nabi membawa profesionnya masing-masing dan profesion nabi kita adalah seorang peniaga.Peniaga dan usahawan yang ulung ditengah kekuatan ekonomi yang dikuasai oleh orang Yahudi seperti masa kini.Benteng peniagaan Yahudi pecah dan hancur bila berhadapan dengan keunikan peniagaan Islam.
Formula yang paling mudah untuk berjaya dalam dunia peniagaan ialah percepatkan langkah menyusuri kembali jejak Rasullullah saw sebagai jalan benar untuk kejayaan.
Takwa dan tawakkal asas dalam ilmu pelaris.
Firman Allah
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkan(keperluanya).
Surah At- Talaq: 2-3
Allah yang mempunyai nama “Ar-Razak” pemberi rezeki yang maha luas menjanjikan kemudahan dalam menghadapi situasi hidup ini.Allah jualah yang mencipta seribu jalan keluar pada tiap permasaalahan walau dipandang besar oleh manusia.Syaratnya manusia itu perlu mensucikan Allah dari segala sekutu dan kepercayaan.Inilah pintu kejayaan yang sudah ada jaminan daripada Allah.Tanpa takwa peniagaan bagaikan kapal tanpa arah tujunya.Manusia yang tidak bertakwa sangat rendah kekuatan peribadinya,mudah mengalah dengan tekanan.Akhirnya peniagaan akan runtuh satu persatu.Ini sangat berbeza dengan mereka yang bertakwa.peribadinya kuat dan yakin dengan Allah.Tidak mudah berputus asa serta memiliki motivasi dari dalam diri.Orang yang bertakwa melihat jatuh bangun peniagaan sebagai ujian daripada Allah dan akan diganjari pahala.Waktu diberikan kejayaan dia akan bersyukur dan diwaktu kegawatan dia akan bersabar.Ini sangat berbeza dengan orang yang tidak ada takwa.Bila senang mereka lupakan Allah dan apabila susah mereka putus asa.Inilah kayu ukur untuk bagi menentukan kejayaan dalam sesuatu peniagaan.Andaikata kita telah pun bergelar jutawan ,itupun masih tidak layak untuk diagung-agungkan persis anda melihat lukisan yang sangat cantik,sudah tentu puji pujian hanya untuk Allah tuhan sekelian alam yang telah mencipta pelukis tersebut.
Tawakkal
Rahsia ke dua yang perlu ada bagi menempah kejayaan ialah bergantung kepada sejauhmana tawakkalnya pada Allah.Semakin kuat penyerahan diri secara total kepada Allah semakin mudah orang berniaga akan mencapai keuntungan.Apabila kita menyerahkan semuanya kepada perancangan Allah nescaya Allah akan mengilhamkan jalan-jalan peniagaan yang menguntungkan sama seperti burung yang keluar pagi dengan perut kosong dan pulang dengan perut kenyang.
Tawakkal tidak boleh di buat kiraan pada logik kerana ini merupakan persoalan iman yang tidak boleh di hitung dalam kiraan metematik.
Jawi Medicianal Herbs
Buku “ Jawi Medicinal Herbs” merupakan pembukuan semula tulisan dalam blog saya(jawi Med Herb).Mudah dijadikan rujukan terutama kepada semua ahli yang sedang dan akan menggunakan herba-herba Jawi(HPA) sebagai terapi.Pandangan-pandangan serta pengalaman perubatan herba akan terus dilengkapkan dalam buku –buku seterusnya.Buku ini mengandungi 130 halaman dan terima kasih saya kepada Pak dadi yang telah menyusun semula tulisan ini.Buku ini kini telah dipasarkan terutama didalam KPJ.
Saya amat berharap ahli-ahli HPA boleh menjadikan buku ini sebagai asas pembacaan awal bagi mengenali pengubatan jawi yang sedang diperjuangkan.Semoga Allah memberikan kita pertunjuk.
10 April 2009
Radix Chicken House
1. ayam golek
2. ayam panggang.
3. ayam goreng RFC
2. sate organik
3. Nasi ayam
4. ais krim
5. Nasi itik
6. jagung bakar
7. Jagung cup
8. pop corn
9. Semua jenis minuman HPA dan lain-lain lagi.
Bagi mereka yang membuat lawatan ke kilang HPA,jangan lepaskan peluang singgah di RCH untuk menikmati semua makanan yang dihasilkan dari ladang HPA.Tempahan terus boleh dibuat dengan pengurus RCH en Zamri : 013 4305717.
Pengambilan pelajar pertama ITHPA
Kos pembiayaan kursus ialah RM1500 selama 6 bulan.Penginapan sahaja yang disediakan .Namun bagitu pelajar akan dibayar elaun praktikal sebanyak rm800 pada bulan ke 4,5 dan 6.Mereka yang lulus akan ditawarkan menjadi pengurus RFC bagi cawangan-cawangan baru yang akan dibuka.Pengajian akan bermula pada bulan 5,InsyaAllah.
Pengedaran ais krim
09 April 2009
Badan kehormat HPA Nusantara
MD PT Nusantara akan di pegang sendiri oleh saya (H.Ismail Ahmad)bagi memastikan perjalanan peniagaan selaras dengan perkembangan di Malaysia.Pekerja-pekerja akan dihantar berkursus di Malaysia bagi benar-benar menghayati penerapan kerja baru ini.Dijangka HPA Nusantara akan memberika peluang pekerjaan lebih dari 1000 orang dalam masa yang terdekat.InsyaAllah.
Ahli-ahli badan kehormat ialah:
1. En Fisol
2. Ust Adnan
3. En Rosli
4. H Fisal
5. Pn Rashidah.
Doakan kita bergerak dalam saf yang tersusun rapi bagai bangunan yang gagah demi memertabatkan Islam didunia ini.
Penal Syariah HPA Nusantara dan bidang tugasnya.
1. Dr Ishak bin Sulaiman (Malaysia) - Ketua
2. Ustaz Ahmad Adnan Fadzil(Malaysia) - Timbalan ketua/setiausaha
3. Prof.Dr KH.Dindin Hafidhuddin (Indonesia)
4. Dr Muslih bin Abdul Karim(Indonesia)
5. Ustaz Azahari Hatim (Indonesia)
Tugas-tugas penal syariah
1. Memastikan peniagaan MLM HPA Nusantara mengikut syariat Islam
2. Menjadi rujukan jika berlaku masalah antara direktor.
3. Memutuskan tindakan displin bagi pemecatan distributor yang melanggar etika syarikat
4. Memutuskan kehalalal sesuatu produk yang ingin dipasarkan jika terdapat pertikaian.
PT HPA NUSANTARA
PT HPA Nusantara merupakan proses "duplicate"HPA malaysia yang kini telah menduduki antara "ranking"tertinggi MLM di Malaysia.Pengalaman pengurusan dan pengalaman pentadbiran industri akan berjalan serentak untuk mengejar impian bersama.HPA Nusantara akan mengambil masa 3 tahun sahaja,InsyaAllah untuk duduk sama tinggi dengan HPA di Malaysia.Sokongan daripada distributor HPA tidak dapat dinafikan dan sampai saat ini kami masih menerima SMS menyambut baik perlaksanaan PT HPA Nusantara ini.
Kepada semua anggota HPA,kini perlu menyiapkan diri untuk program "GROOM BIG"."GROOM" bererti mempersiapkan,mendidik dan melatih semua peringkat agar menjadi besar.Cita-cita yang besar dengan "action" yang besar dan bersungguh-sungguh.8 orang tenaga dari Malaysia kini siap bertugas di Jakarta mereka terdiri daripada:-
1. Fisol Abdul Rahman - GM
2. Ustaz Adnan Fazil - pengurus pentadbiran
3. en Rosli - Pengurus akaun
4. Puan Rashidah - pengurus MIS
5. Puan Husni - Pengurus HR
6. Abdul Ghani - pengurus undang-undang
7. Hj Fisal - pembangunan projek
8. en Radzi - akauntan.
Sesuatu yang telah di suarakan oleh semua anggota ialah memastikan kecukupan produk kerana itulah yang menjadi gendalanya selama ini."Semangat telah sedia ada tetapi jika tak ada produk bagaimana mahu menjadi besar" ucap Ustaz Muslim Yatim,PJS Padang dalam pertemuan di Perlis baru-baru ini.
InsyaAllah ,kami akan cuba menyiapkan stok melebihi 40 juta ringgit dalam bentuk produk di Indonesia.Sekalung terima kasih saya pada semua PJS dan ahli yang tidak pernah putus-putus mendoakan HPA dan salam kasih sayang kami pada Bapak Taufiq dan Ibu Tuti yang tetap bersama dalam apa jua situasi.Maaf pada semua teman-teman yang baik hati.
07 April 2009
Indonesia perlukan 10 cabang dalam masa terdekat.
Semua produk masuk Ke Indonesia.
Faktor kedua pula ialah sokongan padu dari semua ahli HPA INDONESIA yang mengenal HPA sejak 9 tahun dahulu.Kita benar-benar berlari menuju kejayaan dengan moto perjuangan produk halal tanggungjawab bersama.Kepada semua ahli HPA berikanlah sokongan penuh anda semua dalam program di jakarta nanti.amin.
Cawangan Bachok dah beroperasi.
Cawangan Setiu juga akan mula beroperasi esok.InsyaAllah.
Jom kita ke Jakarta...
Kontrak perladangan dengan LPP/PPK
RFC dan ROC jadi tumpuan.
Sempat juga mereka terkejut apabila betul-betul dihadapan Jawi Herb Shop,terdapat markas calun bebas.Namun berita HPA masuk bertanding atas tikit bebas hilang bagitu sahaja kerana calunnya adalah orang India dan tempat tersebut mendapat kelulusan dari majlis bandaran SP.
PR Bukit Selambau sekaligus mempromosikan HPA dipasaran terbuka.
Pakaging baru
Nantilah kemunculan imej baru dan saya rasa pengedar akan turut bangga dengan perubahan besar ini kerana kita berjaya berdiri sama tinggi dengan syarikat syarikat yang lain.Pastikan kita tidak lepas dengan arus perubahan ini.Insyallah.
06 April 2009
PT HPA Nusantara
Program terdekat yang akan diadakankan ialah "GROOM BIG" pada 16 hb April bertempat di Islamic Center Jakarta.Agenda program tersebut ialah seperti berikut.
1. Peluncuran serta bedah buku "JAWI MEDICAL HERB" (MD PT HPA Nusantara)
2. HPA dan MLMS (Penal syariah Pt HPA Nusantara)
3. Bersedia untuk " GROOM BIG"(GM)
persiapan kopi sebanyak 8 kontena sedang dilakukan.Doakan program groom big ini berjaya.
InsyaAllah bertemu teman-teman lama yang masih setia bersama HPA.
Bila tirai telah dilabuhkan.
Usahawan HPA - jangan lupa zakat
Jualan tertinggi dalam sejarah.
semua zon menunjukan peningkatan dan penambahan cawangan-cawangan baru juga memberikan kemudahan pada semua ahli untuk terus membeli.Teruskan perjuangan anda semua dan kita akan bertemu dalam konvek tahun ini.Amin.
04 April 2009
Halal Hub bermula di Masjid
Cawangan-cawangan baru yang akan dibuka
1. cawangan kangar 2
2. cawangan Arau
3. Cawangan Selama
4. Cawangan Kuala Kedah
zon Timur
1. Cawangan Ketereh
2. Cawangan Bachok (dah operasi)
3. Cawangan Tanah Merah
4. Cawangan Kerteh
5. Cawangan Setiu (akan di buka pada 8hb April.)
6. Cawangan Bera
7. Cawangan Jerantut
8. Cawangan Kuala Lipis
9. Cawangan Kota Bharu
10. Cawangan Pulau Melaka
11. Cawangan Pasir Tumbuh
zon Tengah
1. Cawangan Shah Alam
2. Cawangan Sg Buluh (akan mula operasi 15 April)
3. Cawangan Bandar Tun Razak
4. Kiosk Masjid Serendah (akan mula operasi 10 april)
Zon Selatan
1. Cawangan Bahau.
jumlah cawangan HPA menjelang akhir bulan 4 sebanyak 115 buah.InsyaAllah.