Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

09 April 2009

PT HPA NUSANTARA

Syarikat ini merupakan syarikat baru HPA di Indonesia dan tidak ada kena mengena dengan syarikat yang telah sedia ada.Ianya merupakan kesepakatan bersama antara pengurusan HPA di Malaysia dengan PT Wahida Indonesia bagi melihat peluang peniagaan yang lebih luas di bumi Indonesia.Sebenarnya misi dan visi kita tidak berubah iaitu menjadikan peniagaan MLMS HPA sukses di negara umat Islam teramai di dunia.Kita semua yakin jika pendekatan bersama diambil dengan lebih serious peniagaan MLM HPA akan muncul sebagai pilihan nombor satu pada umat Islam.

PT HPA Nusantara merupakan proses "duplicate"HPA malaysia yang kini telah menduduki antara "ranking"tertinggi MLM di Malaysia.Pengalaman pengurusan dan pengalaman pentadbiran industri akan berjalan serentak untuk mengejar impian bersama.HPA Nusantara akan mengambil masa 3 tahun sahaja,InsyaAllah untuk duduk sama tinggi dengan HPA di Malaysia.Sokongan daripada distributor HPA tidak dapat dinafikan dan sampai saat ini kami masih menerima SMS menyambut baik perlaksanaan PT HPA Nusantara ini.

Kepada semua anggota HPA,kini perlu menyiapkan diri untuk program "GROOM BIG"."GROOM" bererti mempersiapkan,mendidik dan melatih semua peringkat agar menjadi besar.Cita-cita yang besar dengan "action" yang besar dan bersungguh-sungguh.8 orang tenaga dari Malaysia kini siap bertugas di Jakarta mereka terdiri daripada:-
1. Fisol Abdul Rahman - GM
2. Ustaz Adnan Fazil - pengurus pentadbiran
3. en Rosli - Pengurus akaun
4. Puan Rashidah - pengurus MIS
5. Puan Husni - Pengurus HR
6. Abdul Ghani - pengurus undang-undang
7. Hj Fisal - pembangunan projek
8. en Radzi - akauntan.

Sesuatu yang telah di suarakan oleh semua anggota ialah memastikan kecukupan produk kerana itulah yang menjadi gendalanya selama ini."Semangat telah sedia ada tetapi jika tak ada produk bagaimana mahu menjadi besar" ucap Ustaz Muslim Yatim,PJS Padang dalam pertemuan di Perlis baru-baru ini.
InsyaAllah ,kami akan cuba menyiapkan stok melebihi 40 juta ringgit dalam bentuk produk di Indonesia.Sekalung terima kasih saya pada semua PJS dan ahli yang tidak pernah putus-putus mendoakan HPA dan salam kasih sayang kami pada Bapak Taufiq dan Ibu Tuti yang tetap bersama dalam apa jua situasi.Maaf pada semua teman-teman yang baik hati.

No comments: