Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

25 June 2010

HIV

Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari ubatan HIV telah dilakukan di seluruh dunia. Tiba-tiba kita digegar oleh penemuan seorang ulamak dari Yaman.(Shiekh Abdul Majid) Walaupun ianya dipertikaikan namun mereka boleh membuktikan ratusan patien yang sembuh dengan perubatan mereka. Syukur. Rahsia ini menjadi kajian di barat sehinggakan mereka sangat cemburu dengan penemuan ulamak Islam dari negara tersebut.

Di negara kita pula ,banyak juga kita mendengar ada klinik yang mampu mengubati penyakit HIV dan ada pula yang dijatuhkan hukuman di mahkamah kerana dakwaan mereka itu. Kenapa isu HIV sangat sensitif? dimana ada masalah disitu ada peluang.....sesiapa yang menjumpai ubatannya akan sangat terkenal didunia pengubatan dan penjualan ubatan tersebut juga menjadi besar.

Shiekh Abdul Majid melakukan perubatan dengan kaedah ilahiah dan alamiah dan dia sanggup buktikan keimanan yang benar akan menjadi jalan di ijabahnya doa oleh Allah swt. Perubatan Jawi juga percaya hal yang sama dan kini sedang membuka peluang kepada mereka yang menghidapi gejala HIV tetapi bukan penagih dadah untuk diterapi dengan herba. Kita tidak mendakwa menyatakan kita menemui ubatannya tetapi kita akan buktikan kepada 10 orang pesakit HIV dengan testimoni kesembuhannya.

Berapakah % keyakinan akan sembuh dengan herba ini? jika anda bertanya bagitu pada saya maka saat ini saya ingin menyatakan bahawa saya mempunyai keyakinan 100% sembuh dengan Izin Allah. Mudah-mudahan saya juga akan menjadi seperti shiekh Abdul Majid yang menemui penawar HIV tetapi bukan kerana wang tapi kerana sebuah perjuangan. Amin.

20 June 2010

Rumah kecil tiang seribu.

Peniagaan ibarat satu peperangan yang akan dimenangi oleh siapa yang benar-benar kuat. Berbagai cara dan strategi pemasaran telah digunakan untuk memastikan sesebuah syarikat itu sentiasa mendahului pesaingnya. Bagi orang Yahudi mereka akan menggunakan apa jua cara untuk memonopoli dunia peniagaan.Falsafah mereka “niat menghalalkan cara” mengizinkan mereka terus menipu dan melakukan jenayah peniagaan . Mereka bekerja siang dan malam bagi memastikan peniagaan dunia milik mereka kerana kekuatan ekonomi yang mereka miliki menjadikan mereka terus menjadi pengganas dan perompak di setiap belahan bumi ini.

Kadangkala mereka meminjam kata-kata indah seperti "jihad ekonomi" bagi dijadikan moto perjuangan mereka di negara umat Islam dan ini tidak lain dari bentuk propaganda bagi membenarkan jalan mereka. Kita sedia mengetahui bahawa apa jua istilah yang digunakan sedikitpun tidak akan mengubah hakikat sesuatu peniagaan. Lebih-lebih lagi jika peniagaan itu terus memberi sumbangan kepada Yahudi untuk terus membunuh ummat di mana sahaja.

Umat Islam pula yang telah lama leka dalam bidang ekonomi terus menjadi pengguna yang menyerah pada kuasa pasaran bikinan mereka(Yahudi). Hari ini mereka membuka supermarket seperti membuka kedai runcit ,setiap bulan ada sahaja cawangan baru. Mereka akan memonopoli dan terus menekan peniaga-peniaga kecil ke dinding.

Dahulu pada zaman awal kemerdekaan, kerajaan menghadkan pembukaan supermarket kerana ingin memberi peluang peniaga-peniaga kecil berkembang yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu Islam. Hari ini keadaan itu sudah hilang kawalan di mana peniagaan Melayu Muslim cuma layak membuka warung di tepi jalan sahaja. Ini amat menyedihkan.

Ada satu bentuk peniagaan yang boleh mencabar ekonomi orang yahudi iaitu peniagaan MLM. MLM yang jujur dan mempunyai wibawa untuk menguruskan peniagaan ummah bukannya MLM yang bersifat lipstick di bibir, mudah wujud dan mudah hilang.…(bersambung)

Demam dan Muhasabah.

Apabila kita demam,tenang-tenangkanlah hatimu kerana hati yang tenang akan mempercepatkan kesembuhan dengan Izin Allah. NIkmatilah kesakitan dengan sempurnanya sambil hati jangan dimatikan dari terus memuji zat yang menciptakan diri. Dialah Allah yang menjadikan kesakitan dan sedikit kepayahan dalam hidup untuk disempurnakan ganjaran di akhirat nanti. Dialah Allah yang sedia mendengar rintihan hamba-hambanya ketika menahan kesakitan kecil maupun besar. Dialah Allah yang tidak pernah meninggalkan manusia ketika ditimpa kesusahan. Maha Suci Dia yang ujud dalam setiap nafasmu dan semua penciptaannya.

Takala tubuh menjadi lemah jangan dibiarkan hati dan fikiran juga turut lemah.Mata dan telinga miskipun tidak upaya menangkap dari rupa benda dan bunyi tetapi hati tetap terus menerus memuji ilahi. Kita bukan hanya bersyukur pada benda yang ada tetapi tetap bersabar takala tiada.

Demam menjadi pembakar pada racun dan dosa dan jalan mana yang kita sendiri mungkin tidak terduga. Hari-hari yang kita lalui terlalu banyak patah perkataan,arahan,tindakan yang telah dilakukan. Semuanya kita lakukan dengan sesumpurna mungkin tetapi mungkin ada lagi yang tersalah tafsir dan bahasa maka semestinya kita mengharap keampunan yang sempurna dari Allah. Setiap saat kita cuba menjadi manusia terbaik pada pandangan Allah ,namun sudah tentu tidak akan dapat memuaskan hati manusia semuanya. Kepada Allahlah kembali segala urusan.

Jika tubuhmu masih demam,teruskan muhasabah sehingga sampai renunganmu bahawa kesakitan itu merupakan bunga kasih dari tuhan. Jika engkau ditakdirkan sembuh ,teruskanlah kebaktianmu sampai nafas tidak upaya dihela lagi. Jika engkau di beri kesakitan yang panjang ,nikmatilah sebuah suratan tuhan padamu tanpa keluh kesah kerana Allah tidak pernah meninggalkanmu sedetik jua pun dan Allah mengangkat darjatmu dengan kepayahan pada tubuhmu itu. Berbahagialah.

12 June 2010

Petikan fb PU

11 Jun 2010

No.1 : Dua rumbungan umrah telah selamat sampai ke Madinah dan kini akan mula berangkat ke Makkah. Rumbungan kali ini termasuk skim insentif HPA (konvek 2009),para staf (hari staf 2009) dan Webmaster.

No.2 : Perhimpunan staf bulanan (SP) akan diadakan pada petang ini di Dewan Omar Mukhtar jam 2.30 am. Perjumpaan bulanan ini untuk dapat maklumat semasa tentang halatuju HPA dari Pengarah Urusan. InsyaAllah. Peserta MIBF pula akan mengadakan lawatan ke Kilang Napoh.



fb pu hpa: @Perubatan Jawi : Penduduk Arguni Irian Jaya membawa kubah masjid yang disumbang oleh seluruh ahli-ahli HPA. Memberi pada yang memerlukanya . Tk semua yang menyokong peniagaan HPA.amin.

11 June 2010

Petikan fb PU

No.1: Majlis Perasmian HIC akan diadakan pada 1 Ogos 2010 .Semua di jemput hadir untuk sama-sama melihat mercu kejayaan HPA hasil perjuangan bersama.Amin.

No.2: Perasmian RFC Perlis pada 30hb Jun dan kini Perlis mempunyai 6 cawangan,2 RCH dan 1 RFC. Perasmian di buat oleh YAB MB Perlis. Semua ahli HPA di jemput hadir.tk

No.3: Buku Jawi Med Herbs ke 3 akan mulai berada dipasaran pada minggu hadapan. Sila dapatkan koleksi perubatan Jawi sebagai rujukan dan jangan lupa juga membeli buku niat sebagai koreksi diri dalam dari masa kesemasa.

No.4: Seramai 41 orang lagi akan mengikuti kursus awal MIBF di Sungai Petani pada 12 dan 13hb ini. mereka semua adalah pengusaha yang sedang membesarkan peniagaan bersama HPA. InsyaAllah

05 June 2010

Perjalanan Dakwah PU HPA Ke Irian Jaya


Kubah Masjid sedang dibawa ke pendalaman

04 June 2010

Burung cendrawasih

Burung cendrawasih yang menjadi mitos dan mistik pada penduduk Irian kini menjadi burung antik yang mahal di pasaran.Burung jantan biasanya mempunyai bulu halus dan terindah d bandingkan dengan burung lain.oleh kerana ingin menjaga bulunya,burung ini akan membuat pintu keluar yang lain.Tubuhnya mempunyai tulang seperti dawai panjang. //@pengasas perubatan jawi dari Fak Fak, Irian Jaya

03 June 2010

Misi Dakwah PU HPA Fak Fak Irian Jaya

3hb Jun 2010: Hari ini kita menbuat program kemasyarakatan dgn penduduk fak fak, Irian Jaya dimana seramai lebih 600 org yg datang membuat rawatan di samping pengedaran al-Quran sebanyak 1 juta naskah di beri berperingkat Jjumlah jangkaan anak2 berkhitan seramai 7500 dan hari ini 200 org, pesakit wanita lebih 200 org dan lelaki lebih 200 org.waktu malam, hpa di benarkan memberi kuliah d masjid dgn di haziri oleh wakil bupati fak fak dan malam ini kuliah di perkampungan bugis - kiriman PU melalui sms dari Fak-Fak



Pinggir Kota Fak-Fak, Irian Jaya dikirim oleh PU melalui MMS

02 June 2010

Perjalanan Dakwah Ke Irian Jaya

Share

2hb Jun 2010: Program Seminar Sehari Produk Halal Tanggungjawab Bersama bersama Tn Hj Ismail Bin Hj Ahmad di Masjid Munawwarah,Irian Jaya

01 June 2010

Perjalanan Dakwah Ke Irian Jaya

30hb Mei 2010: Bismillah,kami mulakan perjalanan ke Irian atau nur war dengan niat sebuah ibadah. Bumi mana yang ada umat Nabi perlu sampai produk halal di sana. Kami berempat akan bertolak dari Jakarta ke Ambon dan terus ke Fak-fak. Terima kasih pada Halalgel yang turut memberi sumbangan bentuk meterial dan seluruh warga HPA yang mendoakannya.

31hb Mei 2010:Program Kuliah ITHPA bersama Tn Hj Ismail Ahmad;Pengarah Urusan HPA INDUSTRIES Sdn Bhd d Jakarta,Indonesia.

1hb Jun 2010: Program Kuliah Produk Halal Tanggungjawab Bersama dan Perkenalan HPA d Fak fak berlangsung d Masjid Munawwarah,Irian Jaya;ahli Panel 1.Tn Hj Ismail Ahmad,2.Ust Fadzlan,3.Ust Mohammad Ibrahim,4.Ust Irham.