Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

31 July 2009

Demam

Kebiasaanya terapi herba untuk kes demam adalah seperti dibawah. Saya kerap juga ditanya tentang H1N1 ,apakah ubat yang herba yang perlu dicadangkan. Penyakit ini merupakan jangkitan akut yang perlu segera dirawat di hospital jika tidak ,boleh menyebabkan kematian. Persediaan herba dibawah merupakan keedah tradisi pengubatan jawi untuk jangkitan Virus namun bagitu kepada penyakit H1N1 perlukan nasihat dari doktor.


1. IMT - 3 kapsul selang 2 jam ( 3 x 6)
2. Teh roselle - (minum terus menerus) - hingga habis sekotak.
3. spirulina - 2 kapsul selang 2 jam sehingga habis 1 botol.
4. eq minda - minum hingga sembuh.
5. sewaktu kepanasan mendadak tinggi,jaram dengan daun bunga cina.

HPA - Harapan Paling Akhir.

H1N1

Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah "pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan" . Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti:-
1. IMT - 3 x 3
2. Roselle - 5 x 3 dan teh roselle - 2 x3
3. Madu corcinium - 2 x 3
4. kopi Radix
5. Malac - 2 x 3
6. Teh herba

Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian. InsyaAllah .

Walau apapun mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini .Amin.

27 July 2009

Expo peladang peringkat Negeri Kedah

Kemeriahan expo bagitu ketara dengan pameran,persembahan nasyid,forum hal ehwal Islam dan lain-lain lagi. Ramai pengunjung memenuhi restoran RFC , yang betul-betul berada ditengah-tengah tapak expo. Gerai jualan HPA yang dikendalikan oleh bahagian latihan dan ustaz Zahir nampaknya dipenuhi pengunjung dari masa kesemasa.

Kepada semua ahli yang berada di utara datanglah ke expo ini untuk memberikan sokongan moral kepada peniagaan HPA dan jangan lupa singgah di RFC Laguna menikmati hasil perjuangan kita bersama. Bonus yang kecil bukan makna kita orang kecil tetapi yang paling penting HPA perlu besar mewakili perjuangan ummah buat masa ini. InsyaAllah. hotel masih boleh ditempah. amin.

Produk baru yang akan berada dipasaran

Banyak produk baru yang akan berada dipasaran seperti:-
1. Aiskrim dari pelbagai jenis
2. produk daripada ayam seperti nugget,sossej,budger dll
3. Sardin
4. produk kosmatik
5. pelbagai jenis pencuci
6. choklat dari pelbagai jenis
7. kuih daripada kacang bermadu
8. album nasyid 1
9. mee kering dll.

produk yang baru dijual seperti ikan kering tanpa pengawit juga mendapat pemintaan yang tinggi. Kalau mampu kita akan pastikan produk dari yang paling kecil sampailah kereta kita mampu keluarkan. Amin.

Konvek 09

Alhamdulilah kita telahpun selesai mengadakan konvek pada tahun ini. Tahniah pada mereka yang telah berjaya dianugerahkan dengan pelbagai anugerah. Teruskan perjuangan sehingga akhir hayat dan jangan berasa letih atau lemah kerana kita adalah umat yang terpilih dari rasul yang terpilih.

Keberadaan HPA kini telah dirasai diseluruh negara dan nanti iklan koko Radix akan keluar di tv 9 bersama dengan ubatan kita yang tidak kurang dipasaran. Ahli-ahli siap dengan semangat dan maklumat kerana inilah jalan kita kerana rangkaian MLM merupakan rangkaian terbaik bagi memperceptkan peniagaan kita InsyaAllah.

Segala kekurangan daripada KONVEK 09 saya dahulu dengan ucapan mohon maaf bayak-banyak. Para staf dengan GM AWM telah bertungkus lumus sejak sebulan lagi. Apapun kita semakin jauh kehadapan membawa imej peniagaan Islam dibandingkan dengan MLM bukan syariaah dinegara ini.

26 July 2009

Perjuangan HPA

Salam.
Lihatlah bagaimana Islam diperlakukan didunia hari ini, bagitulah bangkitnya semangat HPA untuk bangun memperjuangkan maruah ummat. Kita melihat dengan mata dan kepala bagaimana penipuan atas nama "halal" hari hari dibongkarkan oleh surat khabar tetapi tidak ada orang yang bangun memperjuangkan halal sebenarnya. HPA dengan segala kekuranganya bangun dari kelekaan merapatkan saf untuk mewujudkan muamalah sesama muslim yang terdaya seperti yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.

20 July 2009

sejarah kita..

teman...
masih ingatkah engkau
dengan nama "ubat resdung dan menawan Kasih"
botol-botol kaca jernih
dan lebel kertas fotostap putih
kita jelajahi daerah dan negeri.

biarkan sejarah kita menjadi bahan cerita.
kesah suka duka..... sampai bila-bila

aduhai teman...
yang sering berada disisi
sejarah kita bermula dari titik sifar
mengukir mimpi
lalu melukisnya pada langit biru
nan tinggi

biarkan sejarah kita menjadi bahan cerita
pada mereka yang memilih untuk bersama.

kalian dahulu
juga
bagai kota kukuh
menahan cemas menungkat setia
detik yang tidak terduga
sedangkan
janji entah bila akan dikota.
namun cita-cita terus mara

tahukah kalian
waktu itu
aku cuma mampu dan gagah berdiri
agar tidak dilihat rebah
sedangkan nafas menjadi pendek
yang menanti detik henti

aduhai teman..
yang datang kemudian
teruskan ...
merentas segala kesusahan
dan sebuah kemenangan buat ummat
perlu dimartabatkan.

Kini
konvek menjelang lagi
aku rakamkan
sejuta penghargaan
buat kalian yang berjuang dan terus berjuang.

Konvek 2009

Kini tiba saat-saat yang ditunggu iaitu hari penganugrahan dan penghargaan kepada semua ahli-ahli HPA Malaysia yang telah bertungkus lumus berjuang bersama HPA hingga kedetik ini. Kita berjumpa di Dewan MAHA,Mardi Serdang ,Selangor iaitu lokasi dimana HPA menerima anugerah Perdana daripada Perdana Menteri tahun 2008.



Himpunan 5000 orang nanti insyaAllah sebagai himpunan terbesar MLMS yang berjaya mempertahankan usia peniagaan sampai tahun ke 12. Perjumpaan kali ini akan dihaziri oleh duta-duta dari negara-negara luar yang bekerja di Malaysia sebagai tetamu jemputan. Sesuatu yang istimewa pada kali ini ialah banyak produk-produk baru akan dipekenalkan sebagai jualan pada hari tersebut. Antaranya ialah buku Jawi Med Herb siri 2, album nashid TQA,produk kosmatik,cokelat Radix,produk-produk dari el zahraa ini,HPA collection,produk baru dari aiskrim dll. Metro HPA juga dijangka dikeluarkan pada hari tersebut.

Pastikan anda datang lebih awal bagi mengisi tempat duduk dihadapan kerana dewan ini jauh memanjang kebelakang. Kami menanti anda di Konvek 2009. InsyaAllah.

Semuanya bukan perancangan kita.

Ketika kerajaan negeri Kedah memutuskan untuk mengadakan festival perdagangan dan hari Peladang,penternak dan Nelayan peringkat negeri di Bandar Laguna Sungai petani, tidak ada langsung maklumat itu kepada HPA. Cumanya kita pada ketika itu bergelut menyiapkan sebuat prototaip "RFC padu lalu"di tempat yang sama. Jika anda berpeluang datanglah ke festival yang dijangka akan menghimpunkan lebih 2 juta pengunjung ini untuk melihat sendiri bagaimana RFC bagaikan sebutir permata ditengah-tengah gerai-gerai pameran dan jualan.

RFC Bandar Laguna Merbuk

Semoga festival perdagangan ini menjadi media iklan RFC keseluruh ceruk rantau dinegara ini. Jika anda bercadang untuk menginap di homestay kita,saya rasa perlu confirm terlebih dahulu kerana kemungkinan telah pun habis dibuat tempahan oleh agensi-agensi kerajaan mulai 22hb sampai 28 hb ini.
HPA juga terlibat dalam gerai Jualan mempertengahkan syarikat Mutiara Hikmah (penjualan buku-buku HPA dan semua produk termasuk makanan dan minuman. Selain daripada itu kumpulan Nashid HPA dijangka akan mengadakan persembahan pada malamnya bersama dengan persembahan pentas yang lain. Tahniah kepada kumpulan TaQwA(TQA) yang telah siap album pertamanya sebagai hiburan altenatif untuk semua ahli. Teruskan perjuangan dimana sahaja kita berada. Amin.

El Zahraa Inn

El Zahraa Inn telah siap dan akan beroperasi pada 23hb ini. Selamat datang kepada semua pencinta-pencinta HPA,selamat datang kepada semua PJS dan saya masih lagi memegang janji kita yang lama. PJS mendapat penginapan percuma 1 malam dengan syarat wajib iaitu : membuat tempahan 1 minggu dari hari yang diperlukan.
Disamping ini ahli-ahli juga dapat menginap dengan NM yang telah ditentukan. Pagi esoknya boleh menikmati sarapan enak dari ROR (Radix Organic Resepi) . Di atas ROR juga disediakan dewan kuliah untuk PBC (dewan Kuliah Jawi 1) jika diperlukan dengan sewa sehari hanya RM250 sahaja. Anda juga boleh mendapatkan barang-barang cenderahati yang sangat cantik di hotel dan hampir kesemua keperluan yang disediakan adalah daripada produk HPA.

Selamat Datang dan bermalamlah di kediaman hasil dari usaha anda sendiri. Kami sangat-sangat berbangga menanti kunjungan anda kesini.Amin.

Team pengurusan zon utara.

Pengurusan Sungai Petani akan terus di uruskan oleh seorang GM dan 3 orang AGM bagi memastikan semua projek berjalan dengan lancar. Mereka terdiri daripada GM Hj Fisal Ahmad Tajuddin, AGM Ustaz Adnan Fadzil,AGM Us Samad Ayob dan AGM Hafiz Ismail. Ini berikutan dengan penumpuan HQ yang sedang membangunkan pentadbiran di Lembah kelang . Projek-projek baru yang kini telah berjalan dengan lancarnya ialah seperti berikut:-
1. Radix Printing.
2. Kilang Kola Radix
3. Kilang Muslimah
4. RFC
5. ROR
6. ROC
7. ITHPA
8. El Zahraa Inn
9. RCH
10. Homestay
11. Toharah Dobi
12. Pertenakan Ayam
13. Kilang air mineral
14. JHS
15. Radix Bakery
16. kilang makanan ayam
17. kilang baja organik .
18. Perladangan padi organik.
19. Kilang pemerosesan Satay
20. Perabut PJS.
21. HPA Collection
22. HPA Ilham Holidays.
23. Mutiara Hikmah (kedai buku Islam)

Semua projek-projek ini akan dibangunkan satu persatu di lembah kelang berdasarkan pengalaman yang sedia ada. InsyaAllah target jualan rm20juta akan tercapai dengan berlakunya penumpuan yang lebih di ibukota .InsyaAllah.

Pelantikan GM Indonesia.

Selepas kumpulan kerja yang terdiri dari pengurusan kanan di HQ bertungkus lumus di Indonesia,kini GM baru yang dilantik disana ialah saudara Abdul Ghani yang jugamerangkap penasihat undang-undang HPA. Beliau dahulunya mempunyai syarikat guaman sendiri di Ipoh Perak telah berkhidmat lebih dari setahun di HPA dan mempunyai prestasi yang baik untuk meneruskan operasi pembangunan di seluruh Indonesia.

Semua team kerja yang ditugaskan di Jakarta selama ini akan menamatkan operasi pengurusan disana pada hujung bulan ini. Pengurusan HPA di Jakarta sudah mampu menguruskan perjalanan peniagaan secara mandiri dibawah pentadbiran en Ghani. Penumpuan produk lokal akan diberi keutamaan disana. Ucapan Tahniah kepada beliau yang akan memikul tugas besar ini sekaligus ,beliau dilantik sebagai AGM dalam carta organisasi HPA keseluruhanya. Tahniah.

19 July 2009

HPA menuju ke Putrajaya.

Sudah sampai masanya segenap kekuatan HPA digembling untuk operasi "gempur Radix" di Lembah Kelang. Bermula pejabat di Jejawi Perlis ,kemudian menumpukan kekuatan di sekitar Sungai Petani untuk menguasai zon utara kini....HPA akan mula berpengkalan di Lembah Kelang bagi menguasai pasaran zon tengah.

Team kerja,plan pemasaran,logistik dan stategi kita sudah siap dan dijangka penempatan baru akan bermula pada awal bulan hadapan. Beberapa cadangan tempat telah diberikan seperti Shah Alam,Bangi,Ampang dan lain-lain lagi namun bagitu kemungkinan besar lokasi yang akan diputuskan pada mesyuarat GM &AGM ialah di Putrajaya.

Rancangan ini pernah dirancang 5 tahun dahulu tetapi tertangguh kerana pembangunan HPA City Sungai Petani. Semoga KPA terus memberikan sokongan kuat sehingga projek ini berjaya.
Mereka yang akan bersama bergerak ke pentadbiran di Putrajaya ialah GM Fisol Abdul Rahman, GM Rashidah (MIS), GM Rosli (Acc) dan Puan Husni (pengurus Pentadbiran). Sehubungan dengan itu HPA akan mengadakan temuduga terbuka bagi melengkapkan semua pengurusan di sana.

HPA akan memindahkan "prototaip SP" ke Lembah kelang dengan melengkap pelbagai kemudahan disana. InsyaAllah.

05 July 2009

Yahudi.

Didalam protokol Yahudi dinyatakan bahawa sistem yang perlu dirosakan dalam sesuatu bangsa yang ingin dikuasainya ialah sistem pendidikan. Sehinggalah sistem pendidikan terbentuk dengan nilai dan norma yang menolak keujudan ugama atau tuhan. Pengaruh kepada ilmu falsafah dan logik mengusai gaya berfikir sehinggakan mereka berjaya menjauhkan gulungan terpelajar dari pengkajian Al Quran dan sunnah.

Bagitu juga dalam dunia pengubatan dimana orang yahudi menguasai lebih daripada 80% industri ubat didunia. Mereka memperkenalkan pil perancang keluarga berdasarkan logik untuk kecukupan ekonomi sesuatu keluarga yang ideal. Selanjutnya orang Yahudi tidak lagi perlu berkerja keras kerana mereka mempunyai anak didik yang sentiasa tamat pengajian pada setiap tahun.

Akhirnya ummat Islam terus terpenjara dalam situasi " ditelan mati emak,diluah mati bapa"terutama kepada para doktor yang mula memberikan perhatian kepada tibbun Nabawi. Semoga kita terus merdeka bagi memilih sesuatu yang tidak bercanggah dengan pengubatan Islam.Amin.

04 July 2009

ITHPA

Kita masih membuka penyertaan kedalam ITHPA dimana ia terbuka untuk 2 jenis pemohonan iaitu:-

1. Pelajar khusus
- mereka yang telah pun memiliki sijil khas
- pembiayaan rumah RM50 sebulan.
- praktikal di mana-mana syarikat dibawah HPA
- pengajian selama 6 bulan
- boleh diserapkan ke jawatan kosong (jika terdapat kekosongan)
- Yuran pengajian (rm1500/-) dihapuskan.

2. Pelajar umum.
- pelajar umum tidak mengira umur dan kelulusan.
- pembiayaan hanya rm50 sahaja untuk sewa rumah.
- makan sendiri
- tempoh pendidikan 1 tahun
- selepas tamat boleh memilih samada bekerja dengan HPA atau menjadi usahawan HPA
(pekerjaan sedia menanti)
- boleh memohon untuk mengisi kekosongan jawatan (ketika dalam kursus,jika ada)

Mereka yang berminat boleh menghubungi bahagian latihan HPA dengan kadar segera.tk

MINI KONVEK ZON SELATAN

Tahniah pada Kumpulan Al Wahida Selatan (KAS) atas program mini konvek yang pada saya merupakan program yang sangat menarik. Disamping penganugrahan yang diberikan ianya juga membentuk kerja berpasukan yang lebih mantab. Selatan kini mula terselah dengan jaringan MLM HPA di setiap daerah. Semangat ahli-ahli diselatan juga sekental ahli-ahli diutara.

klik gambar lagi gambar

Walaupn jualan utara masih mendahului semua zon tetapi peningakatan zon tengah,timur dan barat dijangka akan menyamai zon utara dalam tempoh yang terdekat ini. Cawangan-cawangan baru terus giat dibuka sehinggakan kemungkinan sekali setiap felcra akan ada satu cawangan HPA.

Mini Konvek yang diadakan di Universiti Teknologi Hussin Onn Malaysia (UTHM) pada pagi tadi benar-benar akan menjadi sumber motivasi pada semua ahli HPA nanti. InsyaAllah. Tahniah pada presiden KAS en Rahmat Daim dan panitia program. Teruskan menguasai negeri Johor. HPA Boleh InsyaAllah.

Master Radix

Warga HPA kini berhadapan dengan satu lagi persaingan kopi pracampuran di pasaran. Teknik pengeliruan yang dilakukan oleh pehak tertentu nampaknya benar-benar ingin meniti atas nama RADIX. Mereka mengalihkan perhatian pengguna dengan meujudkan MASTER RADIX pek baru dengan 8 herba. Pekedai yang dahulunya menjual kopi radix kini mula menerima MASTER RADIX sebagai produk baru keluaran HPA.

Inilah dunia persaingan yang akan menyaksikan siapakan yang lebih kuat rangkaian peniagaanya. Semua warga HPA perlu bangun mempertahankan pasaran kopi yang telah kita kuasai bersama. Para leader perlu memberikan penerangan bahawa MASTER RADIX itu sebenarnya bukanNya RADIX menjadi minuman kesihatanya pada masa kini.