Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

20 July 2009

Semuanya bukan perancangan kita.

Ketika kerajaan negeri Kedah memutuskan untuk mengadakan festival perdagangan dan hari Peladang,penternak dan Nelayan peringkat negeri di Bandar Laguna Sungai petani, tidak ada langsung maklumat itu kepada HPA. Cumanya kita pada ketika itu bergelut menyiapkan sebuat prototaip "RFC padu lalu"di tempat yang sama. Jika anda berpeluang datanglah ke festival yang dijangka akan menghimpunkan lebih 2 juta pengunjung ini untuk melihat sendiri bagaimana RFC bagaikan sebutir permata ditengah-tengah gerai-gerai pameran dan jualan.

RFC Bandar Laguna Merbuk

Semoga festival perdagangan ini menjadi media iklan RFC keseluruh ceruk rantau dinegara ini. Jika anda bercadang untuk menginap di homestay kita,saya rasa perlu confirm terlebih dahulu kerana kemungkinan telah pun habis dibuat tempahan oleh agensi-agensi kerajaan mulai 22hb sampai 28 hb ini.
HPA juga terlibat dalam gerai Jualan mempertengahkan syarikat Mutiara Hikmah (penjualan buku-buku HPA dan semua produk termasuk makanan dan minuman. Selain daripada itu kumpulan Nashid HPA dijangka akan mengadakan persembahan pada malamnya bersama dengan persembahan pentas yang lain. Tahniah kepada kumpulan TaQwA(TQA) yang telah siap album pertamanya sebagai hiburan altenatif untuk semua ahli. Teruskan perjuangan dimana sahaja kita berada. Amin.

No comments: